Ephyra Treasure Hunt 2014

/
21 Comments
Ephyra Treasure Hunt 2014 sudahpun berjaya dianjurkan oleh pihak Ephyra dengan kerjasama Denaihati Network pada 24 May 2014 (Sabtu) bertempat di Putrajaya. 27 bloggers, 7 kereta dan 7 kumpulan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM5,000. Wow, memang gempak habis.Paling best, kitorang semua tak tahu siapa ahli kumpulan sehinggalah diumumkan pada hari pendaftaran.Suspen betul, nak susun strategi pun tak dapat, wakaka.


Macam mana boleh terjebak join? Sebenarnya, bila tengok poster timbul kat timeline facebook terus register. Takut terlepas macam Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB) dulu. Tak sempat register, tup tup dah full house. Tak ke frust menunggeng? Jadi, untuk Ephyra Treasure Hunt ni, tak mahu sejarah berulang. Belajar dari kesilapan, ceeewah. Daftar cepat-cepat, berharap agar dapat. 


Sebenarnya, lama juga tunggu e-mel maklum balas atau jemputan, tapi tak dapat-dapat. Ingat ke memang dah tak dapat sebab penyertaan adalah terhad. Watlek, watpeace je walaupun dalam hati penuh berharap nak join. Then, beberapa hari sebelum event, dapat confirmation dari blogger otai selaku wakil Denaihati Network. Yeazzza, akhirnya dapat jugak turut serta bersama 27 bloggers  yang lain. Eksited! Lompat bintang pat puloh pat kali *warming up*.

Presint 10, Putrajaya

Bertolak dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke Putrajaya lebih kurang jam 830 pagi dengan menaiki ERL. Terima kasih brader Izzue Islam yang sudi tumpangkan dari Putrajaya Sentral untuk ke Presint 10, Putrajaya. Dekat pukul 900 pagi baru sampai kat sana. Kalau nak tahu, seawal jam 830 pagi lagi, masing-masing dah semangat dan terpacak di tempat pendaftaran iaitu di Puspanitapuri Presint 10, Putajaya.



Selesai taklimat ringkas daripada organizer iaitu wakil dari team Denaihati Network, dah isi borang semua, kami diberi t-shirt rasmi Ephyra, makanan dan minuman untuk breakfast. Akhir sekali, kami dibahagikan kepada 7 kumpulan. Tak dilupakan, paling penting sepaket Ephyra setiap seorang untuk diminum sebelum breakfast dan melaksanakan tugasan pertama. Nak tahu apa tugasan pertama? Jom layan... Cabaran kini bermula! Dan PB dipilih untuk menyertai Team 3.



Task 1
Instavideo - Minum Ephyra


Tugasan pertama adalah merakam instavideo untuk tunjuk bagaimana cara minum Ephyra. Mudah je caranya, 180ml air, sepaket Ephyra, goncang dan minum. Semudah A,B,C. Jujurnya, ini kali pertama PB try Ephyra. Mantap juga rasanya, perisa Oren tapi penuh berkhasiat. Yang susahnya, nak cari idea untuk buat video dengan kreatif dan menarik. Nak tahu macam mana gaya instavideo penaberkala bersama Ephyra buat pertama kali? Jom terjah sini, http://instagram.com/p/oXNneMTP74/ Kalau teringin nak tengok video-video team Acai Beri, boleh terjah hashtag #EphyraTeam3 di instagram.



Selepas breakfast dan selesai tugasan pertama, ada sesi taklimat ringkas bersama pengasas Ephyra iaitu Puan Amiza. Nak tahu apa yang menarik? Kesemua 7 kumpulan yang join Ephyra Treasure Hunt tadi kini diberi nama baru untuk setiap kumpulan berdasarkan ingredients Ephyra. Brilliant! Paling tidak, kami semua aware dengan ramuan semulajadi yang ada dalam Ephyra.

#EphyraTeam1
Astaxanthin

#EphyraTeam2
Glutathion

#EphyraTeam3
Acai Beri

#EphyraTeam4
Gam Akasia

#EphyraTeam5
Tomato
#EphyraTeam6
Marigold
#EphyraTeam7
Acerolla


INFO
9 ramuan semulajadi Ephyra terdiri daripada kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathion, Astaxanthin, Acai Beri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato

Selepas sesi group photo, Treasure Hunt bermula dengan klu yang pertama berbunyi, "Bota di Perak, Sungai Petani di Kedah". Ce teka kat mana destinasi yang ingin dituju? Kalau nak  tahu, destinasi check point pertama adalah ke Taman Botani, Putrajaya.

Taman Botani, Putrajaya


Sebelum sampai ke checkpoint pertama, group kami Acai Beri dah mula start selfie. Ye lah, nak score point dengan share gambar di social  media seperti twitter, facebook dan  instagram dengan hashtag #EphyraTreasureHunt , #Ephyra , #EphyraTeam3. Nasib baik semua team members sporting. Memang havoc dorang ni, brader Daud, kak Diana dan Aina.


Task 2
Nama spesies pokok

Untuk tugasan ke-2, kami perlu menjawab semua soalan berdasarkan nama-nama pokok dan spesies pokok yang ada di sekitar Taman Botani, Putrajaya. Berdasarkan nombor pokok yang diberi, kami kena berikan nama saintifik dan ada juga kena berikan nama tempatan pokok tersebut. Memang berlari-lari anak la mencari pokok berkenaan. Siap tugasan ni, baru dapat klu untuk ke checkpoint seterusnya.


Klu seterusnya ni membawa kami ke tempat membeli tiket kapal terbang, ke-dua dan bukan yang pertama, dan mereka sedang menunggu di Starbucks. Fikir punya fikir, rupanya next checkpoint kami ke KLIA2.


Exit Bangi Highway

Dalam perjalanan kami ke KLIA2, kami perlu usha-usha di sepanjang highway takut-takut ada terserempak dengan billboard Ephyra. Ada satu tugasan yang perlu diselesaikan kat situ. Nak tahu apa?

Task 3
Selfie

Inilah dia tugasan yang perlu diselesaikan iaitu selfie dengan billboard Ephyra. Ini memang lawak, berhenti tepi jalan, turun selfie dan terloncat-loncat tepi highway. Terima kasih yang duk hon-hon tuh, kami anggap itu sebagai tanda sokongan walaupun ini memang kerja gila,wakakaka. Slumber dek je duk selfie tengah panas terik. Korang ada bran nak buat camni? Ce try  



Ni la gaya beberapa cubaan melompat untuk mendapatkan gambar yang lain dari yang lain. Alang-alang nak post kat social network, kena jadi kreatif sikit. Mana tahu dapat extra mark ke kan? LOL



Inilah hasil selfie kami di billboard Ephyra. Nasib baik bro Daud bawak monopod time nih. Semua dapat interframe dalam gambar yang "rare" nih.  Kalau tak join treasure hunt ni, konpem tak kan singgah tepi jalan ambil gambar macam ni. Selesai je task 3, kami menuju ke KLIA2.


KLIA 2



Inilah dia gerangan jejaka-jejaka hangat Malaya sedang menunggu ketibaan kami di Starbucks KLIA2. Bro Eizil, Shakiddo, Anarm, dan Melastik Bintang. Bukan main banyak dorang dera bagi tugasan yang mencabar di KLIA2. Lepas satu, satu  tugasan yang perlu diselesaikan. Kalau fikir balik, mau tergelak pun ada. Macam mana eh boleh buat semua tugasan kat sana? Hermmm.Ini namanya semangat berpasukan, susah senang kami hadap semua. Cabaran disahut satu persatu, cuma masalah line internet je yang membantutkan proses. Jenuh jugak cari port untuk upload gambar dan instavideo. 


Ini antara kompilasi gambar-gambar yang diambil dengan monopod di sekitar KLIA2 untuk menyelasaikan tugasan yang diberi dan juga untuk perkongsian di media sosial.


Task 3
Signage KLIA2

Tugasan pertama di KLIA adalah selfie di signage KLIA2. Bukan main ramai orang bergambar kat situ, sampai kena beratur tunggu turn. Terima kasih encik monopod kerana telah memudahkan urusan kami sepanjang treasure hunt berlangsung. Settle selfie, kami siapkan soalan teka-taki berdasarkan nama-nama kedai yang ada di Level 2 dan Level 3 KLIA2. Mudah je, refer directory, touch sana, touch sini, tak payah jalan-jalan, hehe.


Task 4
Foreigner

Tugasan seterusnya adalah snap gambar bersama seorang pelancong asing. Gigih kami semua memburu pelancong yang lalu-lalang di KLIA2. Akhirnya, dapatlah tangkap sorang mamat ni dari Itali.


Task 5
Instavideo - Lelaki berbaju biru

Kemudian, kena rekod video duk cerita pasal Ephyra kepada seorang lelaki berbaju biru. Nasib baik jumpa brader ni duk sorang-sorang main handphone. Lepas pujuk-rayu suruh berlakon kejap, dia sanggup walaupun tersiput-sipu malu. Thank you brader Manchester City! Nah ni video dia:


Task 6
Instavideo - Perempuan berbaju turquoise

Lepas lelaki, sekarang giliran mencari seorang perempuan berambut panjang dan berbaju warna turquoise. Part ni agak mencabar sebab boleh kira dengan jari berapa kerat je pakai baju warna ni. Keliling KLIA2 kami pusing cari mangsa. Akhirnya jumpa dengan akak ni bersama family dia. Nasib baik dia sporting. Power lah kak Diana siap speaking berbelit lidah explain pasal Ephyra. Ce tengok sini:
http://instagram.com/p/oXloW9zP5Q/


Task 7
Instavideo - Cheer

Memandangkan tugasan di KLIA2 berakhir jam 230 petang, jadi tugasan terakhir yang sempat kami selesaikan adalah group cheer di depan 3 orang pelancong. Nak reka cheer satu hal, nak cari 3 orang penonton yang sudi tengok pulak satu hal. Memang lagi mencabar dari yang tadi. Terima kasih kepada gadis-gadis cun yang sudi jadi penonton team Acai Beri. Mai tengok dorang siap tepuk tangan lagi:




Sebelum beredar dari KLIA2, kita wefie dulu seround bersama semua peserta Ephyra Treasure Hunt yang ohsem, sempoi dan happening! Kasik gegar satu KLIA2. Amacam, banyak tak cabaran kena buat? Alah bisa, tegal biasa.


Task 8
Kuiz

Dalam perjalanan ke Petronas untuk solat dan makan tengah hari, kami diberi satu lagi tugasan. Kali ni kena jawab beberapa soalan pasal Ephyra dan English puzzle. Sambil makan nasi ayam, sambil makan ais krim McD,sambil tu lah kami bincang jawapan. Multitasking betul, haha.


Jom Heboh, Putrajaya

Lokasi terakhir kami adalah ke Booth Ephyra di Jom Heboh, Putrajaya. Sepatutnya kena naik shuttle bus, tapi sebab masalah parking, semua team terus menghala ke lokasi. Tapi, still masalah yang sama. Kami park je di tempat yang berdekatan dan menapak. Dekat tak dekat, dalam 20 minit jugak berjalan kaki. Sempat lagi singgah possing di jambatan Putrajaya. Stylo Mylo!



Tibalah kami ke tugasan terakhir iaitu Blind Soccer. Kali ni, duta Ephyra iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza pun turut serta untuk memeriahkan suasana di booth Ephyra.




Task 8
Blind Soccer

Untuk tugasan ni, perlawanan kalah mati dan team yang menang dapat point. Team Acai Beri menentang team Tomato. Power kak Diana berjaya score goal dan mengalahkan team Tomato. Salute! Persaingan memang sengit, lama juga dorang berhempas-pulas nak menjaringkan gol dalam keadaan mata tertutup.Lagipun, kak Lily dan Nani bukan calang-calang orang untuk dikalahkan. Last but not least, setiap team kena persembahkan group cheer kat  depan Norman dan Memey. Fuuuh!




Sementara menunggu keputusan, hilangkan debaran, jom kita bergambar dengan duta Ephyra, Norman Hakim. First time jumpa pelakon Gerak Khas.




Keputusan Ephyra Blogger Treasure Hunt 2014

Tibalah di kemuncak, saat-saat yang dinantikan iaitu keputusan Ephyra Treasure Hunt 2014. Team Acai Beri dah set target, at least dapat nombor 3. Itulah salah satu pembakar semangat untuk kami semua berusaha bersungguh-sungguh untuk setiap cabaran. Adakah kami berjaya mencapai target? Jom, kita tengok keputusannya. Jeng jeng jeng


Tempat ke-3
Tomato
RM800 + Produk Ephyra

Tempat ke-2
Acai Beri
RM1200 + Produk Ephyra

Juara
Glutathion
RM2000 + Produk Ephyra


Alhamdulillah, akhirnya kami diumumkan selaku pemenang tempat ke-dua. Memang semua happy sebab target dapat nombor 3. Tiba-tiba diumumkan dapat nombor 2, jadi kira rezeki la ni. Syukur!
 


Tahniah juga kepada team Astaxanthin, Gam Akasia, Marigold dan Acerolla. Walaupun tak dapat 3 tempat teratas, tetapi semua tidak balik dengan tangan kosong. Semua dapat hamper produk  Ephyra yang bernilai RM150. 




Kalau nak tahu cerita mereka sepanjang Ephyra Treasure Hunt, boleh usha-usha blog dorang. Jom terjah!

#EphyraTeam3 - Acai Beri


Di kesempatan ni, mai nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua teammates yang ohsem iaitu Daud, Aina dan Diana. Korang memang rawks!



Tahniah diucapkan kepada organizer, team Denaihati Network dan Ephyra untuk penganjuran treasure hunt yang hebat. Semoga event sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Pendapat PB, mungkin next time boleh anjurkan event seumpama ini kepada pengguna setia Ephyra yang bertuah. Tak pun, buat acara sukan ke pulak, mesti meriah kan?


Event ni best sebab dapat kenal lebih ramai blogger dan pada masa yang sama dapat merapatkan ukhwah dalam kalangan blogger. Tak kira yang baru kenal atauapun yang dah lama kenal, bila ada event macam ni dapat berkumpul kembali ramai-ramai dan bikin suasana jadi meriah. Tanpa mengira blogger baru atau lama, masing-masing tak lepaskan peluang untuk berkenalan antara satu sama lain. Ini lah salah satu sebab komuniti blogger kita kuat.


Apakah itu EPHYRA ?

Alang-alang duk cerita pasal Ephyra, kat sini mai nak bagi sedikit-sebanyak info pasal Ephyra. Secara ringkasnya, Ephyra adalah produk minuman kesihatan terhangat dipasaran dengan 100% terbukti keberkesanannya.

Ephyra sesuai untuk semua tak kira lelaki ataupun wanita, Kanak-kanak (4 tahun keatas), Ibu menyusu dan hamil (6 bulan ke atas) dan juga kepada mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam

EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum.

Digabung dengan 9 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda! 

Kelebihan menggunakan EPHYRA
  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

Info lanjut mengenai Ephyra, boleh layari:

Website
http://www.oceanlife2u.com/
Facebook
https://www.facebook.com/oceanlife2u

Instagram

Alamat
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur



Memandangkan dapat produk Ephyra tempoh hari, jadi cabaran 30 hari bersama Ephyra kini bermula!

Ayuh, Keep Calm and Drink Ephyra!



You may also like

21 comments:

  1. Mantap!!tahniah buat PB and the team :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok taip entri pasal treasure hunt ni, tak sedar dah panjang berjela..
      btw, thank you
      salam kenal

      Delete
  2. Inilah treasure hunt yang sungguh happening .....tapi lagi untuk demo selfie dengan EMILY kan.... hohhohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu boh.. makan, pakai, minum semua terjaga.. organizer kemah-keming :)
      jumpa Emily kat stesen ERL BTS..

      Delete
    2. wahahaha itu bang hazman jeles ni xoxo

      Delete
    3. hahaha, dia jeles nk selfie jugak la tuh

      Delete
  3. Tahnaih pb..yang penting kita enjoyy..hehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)
      betul tuh, menang kalah adat bertanding
      apa yang penting kita enjoy dan pengalaman tuh

      Delete
  4. Tahniah pb,happening sangat rasanya ,dapat plak kenal korang2 yang memang gila2 ni heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik ngah ter..
      hahaha, sakit perut duk asyik gelak je klu jumpa ramai-ramai camni

      Delete
  5. Happening btol kan hari tu. Best sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah habis..
      part KLIA2 tu hura-hara nk setlekan tugasan, lawak betul

      Delete
  6. Tahniah PB dan semua peserta treasure hunt. Happening sgt tgk gmbar2 tu semua. Aktif betul PB. Bagus3.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis...
      Alhamdulillah, ada rezeki untuk kali ni :)

      Delete
  7. wow very details write up!
    LOL mungkin kita kalah kat sepak bola gol tu
    kalau tdk kita yg dpt no 2...ceh just joking* :P
    MY-Emily

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, you are right.. i think so..
      klu korang menang blind soccer tu, konpem dapat no 2, hehe..
      ni tak tulis details lagi la, part sepak kerusi di stesen ERL x tulis pun. Juz kidding

      Delete
  8. meriah giler tetiba jeles rasanya

    ReplyDelete
  9. salam jauh dari blog Kak Emila,

    hehe... thank you for the postcards from Acheh, poskad yang saya hantar dah dapat ke?
    btw, when will you join us again at emilayusof.com? semua merindui.. hehe

    Jaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam jaja.. hoho, lama tak sembang di kotak komen kak emila kan?

      no problem, most welcome.. runsing gak sebab takut tak sampai.. tnya kak emila aritu dia cakap takde sampai.. poskad jaja takde sampai lagi

      Delete
  10. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...