Sepetang di Kalumpang Resort and Training Centre

/
8 Comments
Destinasi seterusnya selepas aktiviti skodeng burung di Kuala Kubu Bharu adalah ke Kalumpang Resort and Training Centre. First time dapat tahu, rupa-rupanya ada nama tempat Kalumpang di Selangor. Sekali sebut macam "kulempang" pun ada,keh3. Selain makan steamboat di Kalumpang, salah satu tarikan kat sini adalah di Kalumpang Resort and Training Centre. Sebab apa? Hah, kena baca sampai habis kalau nak tahu....
 


Pintu masuk Kalumpang Resort and Training Centre. Kreatif dan unik. Ceritanya, resort ni asalnya tanah persendirian. Kemudian, dah ramai yang datang mandi sungai dan air terjun di kawasan milik tuan tanah, maka terdetik idea untuk buka resort. Hah,maka jadilah Kalumpang Resort and Training Centre. Tempat yang best untuk aktiviti riadah dan berkelah bersama keluarga.



Ini salah satu challet yang ada di Kalumpang Resort and Training Centre. Boleh nak sewa sehari atau untuk bermalam. Memang cukup lengkap, bilik mandi, tv, katil dan tilam semua ada. Kalau nak buat aktiviti rehat minda atau team building untuk kompeni memang sesuai.



Dah nama pun resort, mesti ada tarikan tersendiri. Ye dak? Tarikan utama di Kalumpang Resort and Training Centre sudah tentu air terjun dan sungai. Air kat sini sejuk kaw-kaw dan memang bersih amat. Syok betul bila dapat mandi-manda kat sini. Maklumlah, dah lama tak mandi sungai. Kalau ikutkan hati, nak je try main tubing. Malangnya, musim kemarau dan air kering, jadi aktiviti tubing tak dapat dijalankan. Takpe, next time boleh try.




Sebenarnya, selain aktiviti mandi-manda atau tubing, aktiviti yang lagi best di Kalumpang Resort and Training Centre adalah 4 wheels drive (4WD). Pernah cuba naik 4WD di jalan berbukit-bukau, masuk sungai dan redah hutan bagai? Hah, kalau rasa nak try pengalaman baru yang extreme boleh datang sini.
 


Ni salah satu 4WD yang ada di Kalumpang Resort and Training Centre. Bukan sekadar dapat masuk hutan dan redah sungai, naik bukit 60-70 darjah pun mampu. Kalau tak tengok, tak percaya kan? Dah tengok, naik sendiri, hah baru rasa macam mana. Cuak tu memang ada, lagi-lagi first timer macam aku.



Muka-muka eksited nak tunggu panjat bukit yang agak curam. Tengok pun dah seriau, kalau naik tak tahu lah macam mana. Tapi, kalau dah dapat naik benda ni, memang dah tercapailah untuk merasai pengalaman aktivit extreme dengan menggunakan 4WD. Respect dan salute dengan driver yang cekap, tangkas dan berani.



Amboih, brader TV3 kusyuk duk buat rakaman dalam 4WD. Hah, kat belakang tu dikbee. Siap buat peace lagi tuu dapat naik 4WD. Tak cuak ke? hohoho



Hah, ni pula gelagat ruggedmom nak cuba jadi driver 4WD. Gaya dah ada tu kak.. Agak-agak, kalau pi naik bukit yang 45 degree tu, lepas tak? hehe.



Inilah kami. Muka pasrah tunggu giliran nak naik bukit. Malangnya, sebab masalah teknikal, tukar lokasi. Dari panjat bukit, kami redah hutan. Bukan sekali, bukan dua kali, tiga kali. Perghhh, bergegar otak-otak bhai. Cuak jugak naik bendalah ni. Bukan jalan rata macam highway tuh ye. Jalannya dalam hutan. Semak-samun, kayu balak, semua dia redah kasi pecah. Hoh, dah macam duk dalam blender jadinya tegoyang-goyang duk belakang. Syok woo. Ini namanya, pengalaman!



Selain 4WD, kat Kalumpang Resort and Training Centre juga ada aktivit lasak yang lain macam mini skytrack, abseiling dan flying fox. Alang-alang dah sampai, rugi pulak tak try kan. So, kita layan je apa yang ada. Torbaikkkk!


Amacam, menarik tak Kalumpang Resort and Training Centre? Kalau nak tahu lebih lanjut pasal resort ni, boleh usha-usha di website atau terus terjah ke lokasi di Kalumpang. Memang sesuai untuk riadah dan berkelah. Untuk aktiviti team building atau family day pun cun juga tempat ni.


Alamat:
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang
44100 Kerling, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.

Website:
http://kalumpangresort.com.my/

Tel : (+603) 6049 1969
Fax : (+603) 6049 1087
Email : kalumpang.resort@yahoo.com
 


You may also like

8 comments:

  1. Stress belajar selalu lepak ngan kawan-kawan kat air terjun tu.. Nyamannya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok tempat ni sebab bersih dan cantik..
      sebenarnya first time tau dan sampai di Kalumpang ni..

      Delete
  2. kalau dpt pegi sana lagi boleh request pegi tempat nie... mcm best ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best... klu gi next time, plan nk try aktiviti tubing

      Delete
  3. Memang best giler kalumpang resort nie,... sejuk mata memandang kan. Xyah econ pun dah sejuk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. air pun sejuk dan tempat pun bersih...
      sebab tu ramai yang pergi..
      seronok gak first time mandi-manda kat situ

      Delete
  4. untungla dh makin femes dh, anak kesayangan tourism malaysia nie. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend je boleh merayap bro...
      join je apa aktiviti yang ada..
      release stress

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...