Sebenarnya, dah lama dah tak pergi hiking mahupun jungle trekking. Last trip tahun lepas, 2013 adalah ke Broga Hill. Subhanallah, memang cantik, indah dan nyaman pemandangan kat puncak Bukit Broga. Untuk sesiapa yang beminat nak beriadah, molek benar la pergi terjah. Laluan pun tak bahaya macam Bukit Tabur.


Untuk permulaan 2014, first jungle trekking adalah ke Lata Tok Muda. Lata Tok Muda ni terletak di Kampung Beng, Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Mesti pelik kan, kenapa tiba-tiba tercampak ke sana? Kalau nak tahu pucuk-pangkal ekplorasi ke Lata Tok Muda ni, hah kena terjah blogpost sebelum ni:

Part 1

Part 2


Ini lah langkah demi langkah yang sempat dirakam sebelum disajikan dengan pemandangan indah di air terjun Lata Tok Muda. Perjalanan dari Homestay Kampung Batu Ring, Kampung Beng untuk ke Lata Tok Muda ni cuma ambil masa selama 30 minit sambil kita lenggang-lenggang kangkung. 


Laluan nak ke sana pun tak payah mana, jangan bimbang. Cuma, mengah-mengah sikit tu biasa la kan? Becak jugak ketiak tuh, hehe. Tapi awas, wajib berhati-hati. Watch your steps! Takut tergolek, terguling jatuh je. Especially bila hari hujan sebab laluan agak licin dan becak. Jom tengok eksplorasi kami ke Lata Tok Muda...


 Merentas hutan belukar dalam kebun getah


RAW dan DikBee berhati-hati menyusun tapak


Awas! Ada dawai elektrik.


Merentasi anak sungai

Ok, dah hampir 30 minit duk redah hutan belukar, merangkak bawah dawai elektrik dan merentas anak sungai bagai, maka akhirnya sampai lah kami semua di Lata Tok Muda. Time dengar bunyi air terjun, semua dah eksited. "Hah, dah dekat, dah dekat". 


Mai layan gambar moment-moment yang sempat dirakam. Nak mandi pun, sebab pakai jean, so terpaksalah batalkan hasrat. Kalau pakai track suit dah lama berendam dan main gelongsor kat situ.


 Mandi kat homestay pun sejuk, mandi kat sini tak tahu lah, haha


 Jom, skodeng apa yang dorang duk buat


 Oh, ini keje dorang rupanya. Duk berendam sambil chit-chat


Adik-adik Kampung Beng duk syok berenang


Ok, Lata Tok Muda checked! Alang-alang dah sampai Kampung Beng, bermalam pulak di Homestay Kampung Batu Ring, tak lengkap rasanya kalau tak pi terjah Lata Tok Muda.Mungkin, ini lah kot punca air ke homestay kami. No wonder lah nak mandi pagi, termenung jugak lah dek kesejukan air yang mampu mencucuk sampai ke sum-sum tulang, lol. Yang penting, lepas mandi terus rasa segar!

Orang kata, kalau nak makan seafood yang best, kena pergi ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebab kat sana banyak makanan laut yang segar-bugar. Tapi, jauh la pulok kan? Kalau nak tahu, kat area KLIA pun ada satu tempat untuk makan seafood best terutamanya masakan Chinese Muslim. Lokasi yang dimaksudkan adalah tak lain tak bukan Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR).


Untuk sape-sape yang belum tahu, Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) ni terletak berhampiran dengan KLCC / LCCT atau Concorde Inn. Hanya lebih kurang 15 minit dari Bangi. Kalau rasa-rasa sesat atau tak jumpa, guna je Waze atau google map, teknologi sekarang kan dah canggih-manggih.




Apa yang menarik kat sini? Dah tentu lah masakan Chinese Muslim dan aneka seafood. Hah, tengoklah antara juadah yang telah dihidangkan kepada kami. 13 menu istimewa dan tarikan utama di DKSR. Apapun, terima kasih kepada food blogger famous-Amos,  MahaMahu kerana telah menjemput PB dan rakan bloggers yang lain sekaligus memperkenalkan tempat makan yang best ni. 


Kelvin, Hazman Fadzil, MahaMahu, Carl, Rawlin, Jae, Kifli, Atika Ramlan


Jangan khuatir jangan bimbang, walaupun Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) menyediakan makanan Cina, tapi semuanya HALAL. Itu yang penting. Pemilik restoran ni pun orang Melayu, iaitu Prof. Dr.Abu Talib Othman.



Kalau ada plan nak buat family gathering atau annual dinner, boleh datang sini. Kat sini ada private dining room berhawa dingin yang boleh memuatkan sehingga 180 orang. Business lounge dan free wifi pun ada. Pendek kata, memang puas hati.



Dekorasi dan tatarias tempat makan di Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) agak eksklusif dan menarik. Dengan merah menyala, lampu pulak ala-ala tanglong,memang menampakkan identiti orang Cina. Bukan tu je, seni kaligrafi yang ada mempamerkan seni Islam. Kombinasi yang ada, memang mempamerkan konsep sebenar DKSR iaitu Chinese Muslim Cuisine concept.



Juadah Top di Downtown KLIA Seafoods Restaurant

Mai nak share, apa menu-menu yang korang patut order dan cuba bila bertandang ke DKSR. Ye lah, kalau sampai kat sana baru nak order, jenuh nak fikir. Rambang mata beb sebab bukan sikit menu yang ada, hehe. Jadi, sebelum pergi buat pilihan awal-awal nak makan apa. Layan.....


Salted Egg Squid

 Beef with Ginger & Ring Onion

 Sizzling Seafood

 Volcano Beancurd

 Kam Heong Clam

 Butter Prawn

 Mushroom with Brocolli

Mangolian Chicken

 Spicy Four Vegetables

 Kailan with Oyster Sauce

 Creamer Butter Crab

Assam Steamed Fish


Ok, tak payah cakap banyak. Tengok food presentation pun korang boleh teka kan sedap ke tak? Bagi PB, setiap masakan yang dihidangkan memang kena dengan tunas rasa. Lagi-lagi, salted egg squid dan assam steamed fish. Minuman pulak, kedondong asam boi. Superb! Kalau pergi lagi ke DKSR, memang akan order 2 menu ni. Hao liao!


Dah snap gambar, jangan lupa upload di Instagram dengan hashtag #DowntownKLIASeafood


Akhir kata, terima kasih kepada pemilik restoran Downtown KLIA Seafoods, Prof. Dr.Abu Talib Othman dan Pengurus Restoran, Cik Siti Masmazliana. Makanan kat DKSR memang terbaik.




Untuk maklumat lanjut pasal DKSR, boleh rujuk details kat bawah:

Alamat
No.B40-B48, Block B,
Jalan KLIA 1/60,
Charterfield Commercial Centre, KLIA

Untuk tempahan
03-8783 1031
zsb01@streamyx.com / sitimasmazliana@ymail.com

Waktu operasi
Isnin hingga Sabtu
10.00 pagi - 10.00 malam

Facebook

Sebut saja pasal mural, street arts ataupun wall painting, pasti semua akan cakap tentang Penang. Memang banyak hasil seni yang ada di sekitar bandar Georgetown. Macam-macam warna, bentuk, motif dan saiz boleh didapati seperti basikal, motosikal, arca dawai dan lukisan dinding yang tersergam indah. Sape-sape yang pernah pergi, mesti tahu keseronokan bergambar dengan setiap hasil seni yang ada.


Tahukah anda? Kini, satu lagi lokasi yang kian mendapat perhatian umum terutamanya kepada kaki photo dan kaki rayap. Tempat yang dimaksudkan tak lain tak bukan di Artsphere, The Atmosphere, Seri Kembangan. Kalau nak tahu, tempat ni betul-betul berdekatan dengan Giant. Nak tahu exact location, boleh refer di bahagian akhir entri termasuk koordinat GPS sekali.




Apa yang menarik sangat pasal Artsphere ni? Hah, kalau tengok gambar kat atas tuh pun dah tahu macam mana keterujaan kami bila sampai di tempat ni. Mana taknya, ada 80 mural yang diconteng di dinding-dinding bangunan oleh 20 pelukis yang berbakat. Warna-warni, 2D ada, 3D pun ada. Rambang mata nak pilih yang mana satu.


Pendek kata, kalau pergi sehari memang tak habis pusing. Apatah kami yang pergi ke sana hanya untuk beberapa jam saja. Jadi, kat bawah ni mai nak share hasil kerja kami sepanjang berada di Artsphere, The Atmosphere, Seri Kembangan. Mana tahu ada yang berminat nak pergi kan? So, boleh la cilok mana-mana idea yang rasa berkenan untuk bergambar nanti. Tak pun, setidak-tidaknya dapatlah spot mural-mural yang rasa berkenan di hati untuk dicari bila sampai kat sana nanti. Enjoy the photos :)









TIPS: Ronda-ronda di 2nd  floor, sebab kat situ teduh dan banyak mural-mural yang cantik. Then, turun ronda-ronda di main entrance and first floor. Lastly, baru pi ronda-ronda ke semua blok sebab banyak mural tersembunyi. Perlu jalan-jalan lebih sikit kalau nak tengok mural yang best-best. Dinasihatkan pergi waktu pagi sebab tak panas. Nanti kang tak pasal-pasal sunburn, keh3.


Amacam, menarik bukan? Rasanya, street arts kat sini memang mengancam dan penuh dengan warna-warni. Memang memukau lagi-lagi bila kita beraksi dan berinteraksi dengan mural-mural yang ada. Nak tahu keseronokan menggunakan imiginasi bersama mural yang tidak bernyawa, bolehlah terjah ke sana.


Terima kasih kepada model-model jemputan dan juga photographer tak bertauliah, Payun dan Danish. Dengan kerjasama mereka, maka segmen #penalencong dapat diteruskan untuk dikongsi bersama para pembaca. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) ni, hah apa lagi? Ayuh, selongkar destinasi menarik di Malaysia. 


Memandangkan ramai yang duk bertanya lokasi kat mana, kat sini disertakan alamat lengkap. Nah, boleh ambil sebagai rujukan. Nak share dengan member-member pun boleh. Angkut member-member sekali pergi buat photoshoot kat sana. Konpem meletop!


Address
The Atmosphere Sdn Bhd
1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinate
N 2° 58.952’ E 101°39.767’

Phone No
03-8942 3663

Website

Facebook


Ingat! Bawa kamera, bateri kena cukup.
Bila berada di lokasi, guna imiginasi, mulakan aksi.
Snap, snap and snap.
Have fun!
 
notakaki: Kalau nak tengok gambar yang lebih jelas, boleh buka instagram @penaberkala ataupun seach #penalencong di instagram.
Kalau ditanya, "Pernah duduk hostel?", "Pernah duduk hotel?", "Pernah duduk chalet?", "Pernah duduk resort?", "Pernah berkhemah?". Jawapan aku, "Ya, pernah!"


Tapi, bila ditanya, "Pernah duduk homestay?". Hermmm, jawapan jujur aku, "Tak pernah!". Hah, sape-sape yang sekepala dengan aku, sila angkat tangan. Hujung tahun 2013, pernah pergi ke Homestay Banghuris, Sepang. Tapi, balik hari lah. Tak sempat nak merasai pengalaman bermalam di sana.


Jadi, bila Tourism Malaysia dan RTAM menganjurkan trip ke Perak sempena Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi (klik sini), tanpa ragu-ragu aku setuju untuk join Sahabat Media untuk sama-sama mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di sekitar Perak. Terima kasih ye untuk jemputan kali ini. Dah lama nak join, akhirnya baru ada kelapangan masa :)


Ye lah, tahun 2014 ni kan Tahun Melawat Malaysia. Jadi, tak salah kalau kita sendiri selaku rakyat Malaysia berusaha untuk kenal dengan lebih dekat negara kita sendiri.Pergi ke tempat-tempat yang tak pernah kita pergi, kemudian share di laman sosial. At least, orang tahu, "Oh, ada eh tempat ni? Kat mana eh?". Hah, nampak tak? Kadang-kadang kita sendiri tak tahu tempat-tempat di negara kita. Jadi, berpegang kepada prinsip, "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri", akan aku cuba untuk selongkar tempat menarik dan berkongsi dengan semua. Maksudnya, walau macam mana pun kelebihan negara orang, tetap negara sendiri yang lebih baik. 


Kampung Beng


Ok, get ready. Jom ikut penaberkala mengembara ke Homestay Kampung Beng


Pernah tahu tak kat Malaysia ni wujud tempat yang bernama Kampung Beng? Aku pun baru tahu. Betul lah orang kata, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Mai nak story sikit pasal sejarah dan info mengenai Kampung Beng.

Sejarah
Kampung Beng telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang dikenali sebagai 'Tok Beng' yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Nama kampung dipercayai diambil sempena nama 'Tok Beng'.


Lokasi
Terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Leng­gong atau 45 minit perjalanan dari Kuala Kangsar, Homestay Kampung Beng antara perkampungan tradisional di pinggir Tasik Chenderoh. Homestay Kampung Beng terletak di Mukim Durian Pipit, Leng­gong, Perak


Kampung Beng terdiri daripada 6 buah perkampungan kecil iaitu:
  1. Kampung Durian Lubuk
  2. Kampung Beng Dalam\
  3. Kampung Dusun
  4. Kampung Sekolah
  5. Kampung Durau
  6. Kampung Batu Ring


Destinasi kami kali ni adalah ke Homestay Kampung Batu Ring. Nak tahu apa yang menarik kat sana? Moh moh,  kita naik sampan yob!

 Pengangkutan utama ke Kampung Beng


Kalau nak tahu, untuk sampai ke Kampung Beng, pengunjung perlu menyusuri sungai dan tasik menggunakan bot tradisional kira-kira 10 minit dari Jeti Peng­kalan Durian. Huh, nasib baik sekarang teknologi dah maju.At least, ada jugak enjin untuk gerakkan bot. Tak lah bersusah-payah nak kayuh macam zaman dulu-dulu.


Alternatif
Pengunjung boleh menaiki kereta namun mengambil masa yang agak lama berbanding bot. Selain itu, jalan yang ada berbukit-bukau dan bengkang-bengkok.



Homestay Kampung Batu Ring

Pertama kali sampai di sini, dah jatuh cinta. Pertamanya dengan pengalaman menaiki bot tradisional merentasi tasik dan sungai. Keduanya, dengan suasana kampung dan panorama yang indah. Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan bila kami semua naik bot jam 3 pagi untuk ke Homestay Kampung Beng dengan hujan renyai-renyai bila first time sampai. Cuak jugak lah,haha. Alhamdulillah, semua selamat dan kenangan indah yang tercipta bolehlah disemadikan di blog picisan ni.


 Perjalanan dari Kampung Batu Ring ke Pusat Pelancongan Tasik Raban


 Gelagat Sahabat Media merakam panorama indah di sepanjang perjalanan


 Ok, penaberkala dah sampai di Kampung Batu Ring


Panorama

Alang-alang dah sampai di Kampung Batu Ring, tak sah kalau tak ronda-ronda tengok apa yang best kat sini. Jom, kita tengok suasana kampung pulak sambil kita tembak panorama-panoram yang menarik.


 Laluan utama penduduk kampung dari jeti untuk ke kediaman masing-masing


 Laluan ke balai raya dan ke jeti. Kiri kanan dipenuhi dengan pokok getah


 Pemandangan indah dari jeti Kampung Batu Ring


 Kediaman penduduk kampung di tebing sungai


Aktiviti-aktiviti menarik

Antara aktiviti yang korang boleh buat sepanjang berada di Kampung Batu Ring ada seperti yang tersenarai kat bawah ni. Memandangkan trip kali ni jadual agak padat, jadi kami tak sempat untuk buat semua aktiviti. Apa yang best, kami semua ada mak dan ayah angkat. Satu rumah dalam 4-5 orang.

Demo menoreh getah
Persembahan kebudayaan
Lawatan sekitar kampung menaiki bot
Lawatan ke Lata Tok Muda
Penyerahan cenderamata


Apa yang sempat kam buat? Boleh layan gambar-gambar kat bawah. Roll it..


Persembahan kugiran Kampung Batu Ring dan karaoke sempena makan malam


 Menyusuri Tasik Raban untuk ke Dataran Lenggong sempena Pesta Makanan Tradisional Perak 2014


 Sahabat Media, Media dan NBOS staff


 Aktivit gotong-royong untuk makan malam.Talipia merah wooo!


 Mak cik-mak cik sibuk memasak di balai raya, kami sibuk jalan-jalan keliling kampung


 Inilah destinasi yang sempat kami terokai beramai-ramai : Lata Tok Muda!


 Pelita daripada buah betik. Unik dan kreatif. First time tengok


 Faris (Tourism TV) - penaberkala - Khairul (UiTM) - Raizs (KLIA TV) - Suhaimi (NBOS)
Menerima cenderamata daripada mak dan ayah angkat (Mak Chu dan Pak Chu)


 Inilah kediaman Mak Chu dan Pak Chu yang kami duduk selama 2 hari 2 malam


Info
Terdapat 59 rumah yang terlibat dalam program home­stay di Kampung Beng. Kampung Batu Ring salah satu kampung yang aktif dan mempunyai sebanyak 26 rumah yang menyertai program homestay.


Bergambar kenang-kenangan bersama Mak Chu dan Pak Chu sebelum pulang


Apapun, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Mak Chu dan Pak Chu untuk layanan yang terbaik sepanjang kami berada di sana. Kami sebenarnya bertuah sebab terpilih untuk menginap di homestay yang pernah dinobatkan sebagai rumah tercantik di Kampung Batu Ring.


Amacam? Menarik tak Homestay Kampung Batu Ring, Kampung Beng. Kalau teringin nak bercuti ke sini, boleh tengok pakej yang ada. Satu je nak pesan, air kat sini memang sejuk giler. Menggigil tak ingat dunia woo nak mandi pagi-pagi. Air bukit katakan. Lagi-lagi, time kitorang pergi tu musim hujan, grrrrrr. Menggelupur, adeh.


Pakej

Kalau ada yang nak datang bercuti ke Homestay Kampung Beng, antara pakej yang ditawarkan macam disenaraikan kat bawah ni. Pendek kata, buatlah macam rumah sendiri, famili sendiri.

Pengangkutan bot ke homestay Kampung Beng
Sambutan Selamat Datang
Sarapan pagi / Makan tengah hari / Minum petang / Makan Malam
Penginapan di rumah keluarga angkat
Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung


Berbaju merah, berkopiah putih. Hah, itulah dia gerangan Ketua Kampung

Pe­nyelaras Homestay
Homestay Kampung Beng
Pejabat Daerah & Tanah Lenggong
33400 Lenggong, Perak
Telefon: 016-565 4303
Fax: 05-767 7102

Website


Dah panjang membebel kat sini, next time pulak la ye kita sambung cerita.
Coming soon.....
Lata Tok Muda
Kediaman Mak Chu dan Pak Chu
Makanan Tradisional Perak
Victoria Bridge
Kuala Kangsar


Stay tune!

"Malaysia Truly Asia"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...