Sunday, December 22, 2013

Merasai Suasana Kampung di Banghuris Homestay, Sepang

Usai saja majlis pelancaran Voluntourism di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia (#SMCC1M) bergerak ke Banghuris Homestay. Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, kali ini aku nak berkongsi cerita kami berkampung di Banghuris Homestay. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk sesiapa saja yang berhajat nak datang dan buat aktiviti kat sini. Tak pun, yang merancang untuk bawa rakan-rakan dari luar negara melancong ke Malaysia dan merasai sendiri suasana kampung. Aku yakin, rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang belum tahu kewujudan tempat ini, ye dok?



INFO!
Best Homestay in Malaysia, Malaysia Tourism Award 2014 daripada Tourism Malaysia
Dilengkapi dengan kemudahan seperti 80 rumah homestay dan 100 bilik homestay


♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ Kompang dipalu ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯





Rombongan SMCC1M datang dengan menaiki 2 buah bas. Setibanya di Banghuris Homestay, kami disambut dengan paluan kompang. Ececece, dah macam pengantin baru la pulok. Siap dengan bunga manggar dan khemah tempat makan. Memang meriah.



Teringin nak merasai suasana kampung?

Nak belajar tentang gaya hidup di desa?

Ya, memang sesuai untuk bertandang ke sini. Bagi aku yang menetap dan membesar di kampung sejak kecil, bila sampai di Banghuris Homestay sedikit-sebanyak dapat mengimbau kenangan silam zaman kanak-kanak. Bezanya, kampung aku ada sawah padi, kat sini ada ladang kelapa sawit.


FAKTA!
Banghuris Homestay berasal dari gabungan nama tiga kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung HuluTeris


Unik kan nama yang diberi? Kreatif betul siapa yang main cantum-cantum nama camni,haha. Oh, lagi satu. Mesti ramai yang nak tahu lokasi sebenar Banghuris Homestay. To be exact, ia terletak di daerah Sepang.iaitu:
  1. 35km dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
  2. 50km dari Putrajaya
  3. 97km dari Kuala Lumpur
  4. 40km dari Port Dickson
  5. 15km dari Sepang Gold Coast
 
TIPS!
Ikut signboard ke Kuala Langat dan seterusnya ke Sungai Pelek


Ok, sambung cerita pasal trip kami, gang Sahabat Media CC1M yang telah disambut dengan paluan kompang tadi. Pihak Banghuris Homestay dah siap-siap sediakan juadah untuk makan petang. Memandangkan cuaca memang panas terik, turun je dari bas, masing-masing serbu khemah yang ada menyediakan minuman dan makanan. Lagi-lagi, bila air kelapa yang disediakan. Memang cocok dengan cuaca, semua pakat serbu untuk menghilangkan haus dan dahaga.


,Masing-masing excited nak minum air kelapa


 

Bukan hanya air kelapa, malah kami juga dihidangkan dengan juadah lain macam mee sup, buah durian dan tempe goreng. Perasaan? Seronok dan rasa dah macam berada di kenduri kahwin di kampung,haha. Terbaik :)


 Mee sup udang


 Serasi bersama air kelapa


Duk tengah slurpppp mee sup dan sedut air kelapa, wak bertopi merah datang hulur durian pulak. Fuuuh, dugaan. Nak makan kenyang, tak makan menyesal. Apa lagi, ngap saja durian tu. Isi durian kat sini memang cantik, rasa manis dan sedap. Kuning ala-ala durian Musang King. Tapi yang dia bagi, tak tahu pulak nama apa. Ngap je tahu,lol.





♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ Kuda ku lari, gagah berani...... ♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯



Sebenarnya, kami bukan hanya makan-makan dan borak-borak dengan rakan-rakan bloggers dan media di meja makan time ni. Kami juga dihiburkan dengan Kumpulan Gitar Rancak (kugiran) Banghuris Homestay. Penampilan istimewa, Iqwal yang turut serta dalam trip Sahabat Media CC1M turut dijemput untuk menyanyi dan menghiburkan kami semua. Ini first time dengar Iqwal nyanyi, memang power suara dia.


Tarikan utama di Banghuris Homestay

Homestay - Rumah tradisional
Bunga manggar
Masakan tradisional
Kompang
Cempuling
Tarian tradisional
Congkak
Batu seremban
Memancing
Menoreh getah
Mengait kelapa sawit
 Menanam pokok
Kebun buah-buahan
Kebun buluh
Kebun kopi
Pemposesan tempe
Kilang makanan segera
Kilang mee dan tofu
Kilang kerepek ubi kayu


Perut sudah kenyang, tiba masa kami semua merasai sendiri aktiviti-aktiviti menarik di Banghuris Homestay. Nak tahu apa yang sempat kami buat? Jom layan penjelajahan kami merasai suasana kampung dan merakam detik-detik indah bersama.


Memancing


Jujur aku cakap, dalam hidup boleh bilang dengan jari berapa kali je aku memancing. Memang takde bakat dari kecik lagi bab-bab memancing nih. Nama je duk kat kampung, tapi memancing tak pandai. Jatuh standard, kah3. Seronok tengok rakan-rakan blogger yang memancing dan dapat ikan. Aku dapat juga, dapat pegang joran je. Ikan satu pun tak sangkut. Memang give up! Menyerah tanpa sebarang hasil. Spoil :(



Ramai yang dah give memancing, terutama aku. Yang duk menyanyi di pentas utama pun dah habis lagu dorang nyanyi.Jadi, kami beralih ke lokasi seterusnya. Nak tahu ke mana destinasi kami seterusnya? Ayuh kita sambung pengembaraan di Banghuris Homestay.


Menoreh pokok getah


Bila melawat ladang getah, first benda aku buat kutip biji getah. Time tuh memang dah teringat balik pengalaman time kecik. Kalau nak tahu, kebun getah memang dah jadi port best masa kecik-kecik dulu. Cari biji getah, main laga-laga tengok biji getah siapa paling kukuh dan lasak. Itu permainan paling best time tuh.Ye lah, mana ada ipad, laptop bagai nak main. Games? Belum sampai lagi kat kampung aku time tuh,haha.


Kat ladang getah, kami diberi penerangan pasal mesin getah keping dan teknik-teknik menoreh getah yang betul. Walaupun bau getah busuk, hasilnya memang wangi (duit). Bau-bau busuk inilah yang menghinggap tubuh badan mak aku untuk cari duit buat bekal aku sekolah dan belajar tinggi-tinggi.Salute! I adore u mom, love you so much. Aku pun tak mampu nak buat semua benda nih.



Ladang buluh

Lokasi terakhir adalah di ladang buluh.Mesti pelik kan, ladang buluh pun nak melawat. Haa,ce tengok sini. Mau tak nak tengok kalau dah cantik macam ni.


Kat sini lah tempat yang paling lama kami berhenti untuk bergambar. Memang teruja dengan suasana kat sini. Untung orang-orang sekitar Banghuris Homestay yang nak kahwin, tak payah pergi jauh-jauh untuk photoshoot. Datang sini je, memang dah cun-melecun.


 

Antara moment yang sempat dirakam sebelum berangkat pulang. Nak feeling-feeling bergambar macam di Korea, hah boleh datang sini.



Macam biasa, tak cukup dengan hanya tinggalkan tapak kaki kat sini. Apa kata kita bergambar sekali buat kenang-kenangan. Fuyoooh, dah sampai kat Korea Darul Ehsan, wakakaka.


Cukup sampai di sini saja perkongsian pasal Banghuris Homestay untuk kali ini. Jadi, kalau rasa dah berminat nak melawat tempat macam ni, bolehlah hubungi mereka yang berkenaan.


Hubungi:  
Haji Basir Wagiman
012-662 8548
Puan Misriah Natijo
019-391 9547
Encik Azizi Bin Haji Basir
017-630 3601

Fax: 
 +603 3142 1010

Address:  
Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor, Malaysia


Sebenarnya, Malaysia pun ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Cuma perlu masa dan tahu cara untuk diterokai. Nak melancong, tak semestinya pergi jauh seberang laut, melancong dalam negara pun tak kurang hebatnya. Apapun, sekali lagi sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tourism Malaysia, Santai Travel, M-Mode dan Sahabat Media untuk penganjuran trip kali ini. Sehingga ketemu lagi di lain waktu dan ketika.





Saturday, December 21, 2013

Voluntourism sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

"Kelik pah, kelik pah", bak kata orang Kelantan (Baca: pejam celik, pejam celik), dah nak masuk tahun baru 2014. Beberapa hari saja lagi, kita semua akan menyambut tahun baru, 2014 sekaligus menyambut ketibaan para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) atau Visit Malaysia Year 2014 (VMY2014). Untuk tahun 2014, Malaysia mensasarkan seramai 28 juta orang pelancong. Aku pun tiba-tiba eksited nak melancong dalam negara sendiri. 2013 tahun yang bermakna sebab semua negeri di Malaysia sudahpun berjaya dikunjungi. 2014 adalah tahun yang sesuai untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia sempena kempen #VMY2014


Fakta 
  • 18.8 juta pelancong bagi tempoh Januari-September 2013 (Peningkatan 3.3% berbanding 2012)
  • Destinasi ke-4 di dunia yang menjadi tumpuan untuk membeli-belah selepas London, Tokyo dan New York

 Program Adoption Voluntourism Program Pengindahan Pantai Bagan Lalang

Nak hangatkan lagi mood cuti-cuti Malaysia, Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Kuala Lumpur/Putrajaya dan Tourism Selangor tampil dengan inisiatif strategik selaras dengan National Blue Ocean Strategy (NBOS) ke arah memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat Malaysia sekaligus membangunkan industri pelancongan. Program yang dimaksudkan adalah Voluntourism, maksudnya  volunteer + tourism kini bergabung ke arah mempromosikan Malaysia untuk #VMY2014.



 Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU)

Detik bersejarah ini telah berlangsung pada 15 Disember 2013 bertempat di Avani Sepang Goldcoast Resort. Nampak tak? Sekarang NGOs dan Sektor Swasta pun sudah mengambil bahagian dalam memperkasakan industri perlancongan negara. Nak tahu apa yang menarik pasal Voluntourism?

Klik sini dan daftar:



Kalau nak tahu, lima organisasi swasta dan Badan Bukan Berkanun (NGO) yang telahpun menandatangani MoU untuk program kali adalah seperti:
  1. Sepang Goldcoast Resort, Sepang
  2. Syarikat Hiap Teck Venture Berhad
  3. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  4. Kelab Pengakap Malaysia
  5. Malaysia Nature Society (MNS)

Jadi, apa tugas kita? Kalau macam aku, aku pilih Volunsharing sebab boleh share tempat-tempat menarik di Malaysia di laman sosial seperti Blog, Twitter, Facebook, mahupun Instagram. Untuk kempen Voluntourism ni, ada 5 kategori semuanya. So, boleh pilih mana yang rasa berkenan dan dekat di hati
 
1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC)
Kempen memelihara  alam sekitar mencapai misi Green & Clean 
  
1Malaysia Volunsharing
Perkongsian di social media

1Malaysia Voluntutoring
Memberi latihan keada pengusaha homestay ataupun penduduk kampung
 
  
1Malaysia Master Chef
Mengajar kemahiran masakan dan kulinari

1Malaysia Event
Semua event 1Malaysia

Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia (SMCC1M)

Terima kasih diucapkan kepada Kak Ana dari M-Mode untuk jemputan kali ini. Akhirnya, setelah terlepas beberapa trip ke Lembah Bujang, Cherating, dan Kuala Selangor atas sebab waktu bekerja, kali ini berpeluang untuk turut serta Sahabat Media ke Goldcoast, Sepang. Jadi, officially aku join Sahabat Media. Harap-harap, ada lagi trip-trip yang best next year.



Tu dia, happy sakan muka dorang ni di majlis pelancaran program Voluntourism. Masing-masing excited nak cuci mata nak tengok keindahan di Bagan Lalang, Sepang.



Antara muka-muka blogger yang turut serta untuk trip kali ni, Khai, Syukri Tahir, Erry, Maryam, Lia dan Ieda. Ada yang dah kenal, ada yang baru kenal. Apapun, salam perkenalan.




Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang

Ini kali pertama aku sampai di Avani Sepang Goldcoast, Sepang. First impression, perghhhh. Cantik jugak tempat nih. Tengok resort dalam air, nyaman je rasa. Tak percaya? Ce pergi tengok sendiri. Tak berkesempatan nak pergi, boleh usha-usha gambar yang sempat dirakam tempoh hari. Enjoy :)





Menarik tengok struktur bumbung di sini. Ada yang macam bentuk bumbung tepee Red Indian. Teringat time pergi ke Eagle Ranch Resort, Port Dickson Oktober lepas.




Apa yang menarik di sini, pengunjung boleh naik buggy ataupun berbasikal untuk ke bilik resort masing-masing. Amacam? Best tak? Kalau ada peluang dan ruang, aku rasa Avani Resort akan jadi salah satu tempat pilihan untuk bercuti.


Alang-alang dah sampai, tak lengkap rasanya kalau tak bergambar kenang-kenangan. Ye dok? Jadi, ayuh lah kita possing sikit ala-ala model terbuang, kah3.


 
Kalau rasa nak bercuti dan tenangkan fikiran, boleh datang sini
Tak mampu ke Goldcoast Australia, kita ke Goldcoast Sepang
Only in Malaysia

Avani Sepang Goldcoast Resort, 
Bagan Lalang, Sepang, 
Selangor Darul Ehsan

Website:


Setakat ni saja untuk perkongsian kali ni. Untuk entri berikutnya, aku akan kongsi kenangan manis melawat ke Banghuris Homestay, Bagan Lalang. Satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi dan macam-macam aktiviti best yang boleh dibuat. View pun memang cantik kalau nak bergambar. 





Monday, December 16, 2013

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru

Kalau dah bertapak di arena blogging, mustahil kalau tak kenal atau tak pernah dengar nama Denaihati. Bagi aku, secara jujurnya boleh dikatakan pencapaian blog Denaihati adalah antara blog yang paling berjaya di Malaysia. Satu benchmark untuk dijadikan contoh bagi blogger-blogger lain.


Best Personal Blog 2013

Antara pencapaian terbaru blog Denaihati adalah apabila dinobatkan sebagai Best Personal Blog 2013  bagi Blogger Most Wanted Award dalam program anjuran Blogrr di Mines pada 14 Disember 2013 yang lalu. Sekalung tahniah kepada tuan Denaihati dan team di atas kejayaan ini.




Secara ringkasnya, keputusan Anugerah Blogrrr 2013 untuk 11 kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
  1. Best Food & Travel BlogTheBigSmallBoy
  2. Best Personal Blog – Denaihati
  3. Best of Disability BlogAmir-Hamidi
  4. Best Blogshop – EightDesignsBoutique
  5. Best IT and Gadget Blog – JomPHP
  6. Best Art & Photography BlogTheEggYolks
  7. Best Entertainment Blog – RotiKaya
  8. Best Sports BlogSokernet
  9. Best Fashion & Beauty BlogMaxmayo
  10. Best Family & Health BlogIbuBapaCemerlang2012
  11. Best Automotive BlogPaultan
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : Denaihati


Aplikasi Android Denaihati 

Kredibiliti blog Denaihati sebagai Best Personal Blog 2013 memang tidak dapat disangkal lagi. Mana taknya, kita masih blogging macam biasa, Denaihati dan team dah maju setapak. Kini muncul pula dengan Aplikasi Android sendiri. Memang kagum. Tak hairan lah kalau semakin hari semakin maju sebab rupanya mereka ni segar dengan idea-idea baru dan inovatif dalam dunia blogging. Salute!


Aplikasi Android Denaihati ni khas untuk pengguna android smartphone. Tahniah kepada developer, Eizil Network & IT Solutions. Kepada pengguna-pengguna produk Apple dan lain-lain, jangan jeolous ye,hehe. Giliran korang mungkin akan tiba tak lama lagi. 


Macam mana nak install? Mudah saja. Cuma 3 langkah mudah:
  1. Klik "Play Store"
  2. Search 'Denaihati"
  3. Klik "Install" 

 Taddddaaaa


Saya sudah install. Anda bila lagi?

5 dalam 1

Apa yang dimaksudkan 5 dalam 1? Maksudnya, buka je satu aplikasi ni, terus dapat tengok kesemua lima-lima rangkaian sosial media Denaihati. Ohsem! Kalah dah produk 3 in 1 kat supermarket. Sekarang, nah amekaw, 5 in 1 terus dia kasik.


1) Blog

Namapun blogger, mesti lah blog yang menjadi medium utama. Sekarang ni, orang ke hulu ke hilir bawa smartphone je. Jarang tengok orang online guna laptop kat mana-mana sekarang. Jadi, memang sesuai untuk memudahkan readers baca blog kalau ada app macam nih. Pantas dan tuntas!



2) Facebook

Kalau nak tahu, Denaihati bukan ada 1 je Facebook fan page, bukan 2, tapi 3. Tengok pulak berapa riban yang like untuk setiap page yang ada. Perghhhhhhhh.




3) Youtube

Dengar kata, Denaihati ada Akademi Denaihati untuk bloggers belajar teknik-teknik yang power dalam blogging. Kalau nak tengok feedback, boleh layan di channel youtube Denaihati.



4) Twitter

Tak cukup dengan itu, twitter pun ada. Ayuh sama-sama kita berkicau dengan burung biru. Maklumat yang paling pantas dan cepat untuk kita dapat hari ini adalah melalui twitter.



5) Instagram

Platform yang makin popular saban hari iaitu instagram. Kalau nak kenal siapa founder blog Denaihati, boleh follow instagram beliau.


Pendek kata, kalau nak keep in touch dengan Denaihati, install je Aplikasi Android ni. Nak tahu lebih lanjut pasal aplikasi android Denaihati ni, sila la install sendiri. Seminit je.Semua ada kat situ.

Akademi Denaihati

Nak belajar ilmu-ilmu berkaitan blogging? Nak tahu macam mana nak menjana pendapatan dengan blog? Jangan masuk Akademi Fantasia atau Akademi Nasyid. Masuk lah Akademi Denaihati. So far, aku tengok blogger yang pergi kelas Denaihati nih, masing-masing dah berjaya sekarang.


Apapun, kalau rasa nak tanya apa-apa pasal blog atau isu-isu berkaitan blogging, boleh jugak rujuk terus kepada Denaihati dan team dengan merujuk e-mail dan website yang tertera di bawah. Memang layak untuk menjadi pakar rujuk. Dah menang macam-macam award sebelum nih, Best Of The Best Blog of The Year 2012 dan Most Creative Blog 2013.



Blog sendiri? Dah ada mobile version pun dah syukur. Memang tak gheti bab-bab technical nih. Fail! At least, ada mobile version macam ni memudahkan readers untuk baca blog dengan menggunakan smartphone.




Notakaki : Satu benda yang aku belajar untuk berjaya dalam blogging ni adalah KOMITED! Sudah tentu, nak berjaya bukan mudah macam naik lif, tekan butang nombor seratus terus sampai ke tingkat 100. Nak berjaya kena ambil langkah, step by step. Takde lif, kita naik eskelator. Takde eskalator, kita naik tangga.Takde tangga? Panjatlah sikit demi sikit dengan kudrat yang ada. Janji berusaha.. Apa yang penting, KOMITMEN, PASSION, KREATIF dan INOVATIF! Tapi sekarang, gua bizi sikit. Tak dapat nak menyibukkan diri dengan event, melainkan weekend :)





Monday, December 9, 2013

Southville City @ KL South, Bangi

Sekarang ni, bila dah berkerjaya, banyak benda yang kena consider dan ambik tahu. Selain daripada memperkasakan diri pasal hal ehwal kewangan, antara subjek yang perlu tahu adalah pasal property terutama sekali soal beli rumah. Orang sekarang, bukan hanya beli rumah untuk dijadikan kediaman atau tempat tinggal semata-mata, ada jugak yang beli rumah untuk tujuan pelaburan. Apapun tujuannya, faktor utama yang perlu diambil kira adalah lokasi dan harga.



Terima kasih pihak Mah Sing Group dan Nuffnang untuk jemputan ke Majlis Pelancaran Southville City. At least, berpeluang untuk jenguk-jenguk tapak projek dan tahu sedikit-sebanyak pasal projek terbaru ni dan berkongsi dengan member-member yang pasang hajat nak beli rumah di area Bangi.


Southville City @ KL South

Pada 30 November 2013, majlis pelancaran Southville City @ KL South, Bangi sudahpun dilancarkan oleh pihak Mah Sing Group. Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Jeneral Tan Sri Yaacob Bin Mat Zain, Chairman Mah Sing Group dan VIP-VIP seperti Tan Sri Leong Hoy Kum, Group Managing Director Mah Sing Group, Mr James Bruyns, Chief Operating Officer, Township dan ramai lagi.



Keluasan keseluruhan pembinaan meliputi lebih kurang 428 ekar dan berstatus freehold.Konsep yang diketengahkan oleh pihak Mah Sing Group adalah Urban Lifestyle, Country Living. Maknanya, lokasi yang dipilih  dan proses pembinaan projek ini mengambil berat soal alam sekitar. 



Projek
Southville City @ KL South

Lokasi
Bangi

Poperty
Mixed development (Residential & commercial)

Developer
Tristar Acres Sdn Bhd

Status
Freehold

Keluasan
428 ekar

Kemudahan istimewa
Riverside walk
Natural's Trail
Urban Park
13km pedestrian footpath-cum-bicycle track



Lokasi yang strategik adalah faktor utama untuk Southville City menjadi pilihan para pembeli. Berada di tier 2 dari pusat bandar Kuala Lumpur, berdekatan dengan pengangkutan awam seperti KTM Bangi,dan berhampiran dengan hub-hub pendidikan menjadikan Southville City bakal menjadi aset penting di masa hadapan. 


 Hub Pendidikan berdekatan Southville City
Universiti Multimedia
Lim Kok Wing University
UPM
UNITEN
UKM
Universiti Sains Islam Malaysia



Untuk sesiapa yang bekerja atau tinggal di Bangi, Kajang, Belakong, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Seremban, bolehlah consider untuk miliki kediaman di Southville City.

Dari KL ke Bangi
25km / 15 minutes drive

Shah Alam/PJ ke Bangi
35km

Subang Jaya/Puchong ke Bangi
25km

Kajang/Cheras ke Bangi
12km

Cyberjaya/Putrajaya ke Bangi
15km

Nilai/Seremban ke Bangi
15km/30km


Savanna, Southville City

Untuk fasa pertama pembinaan, pihak Mah Sing Group sudahpun membuka pendaftaran untuk jualan Savanna Executive Suites. Kalau nak tahu, Savanna ni adalah kediaman jenis kondominium 3 bilik yang di bawahnya ada lot-lot kedai. Nak tengok rupanya macam mana, boleh tengok gambar di bawah.




Savanna ni memang sesuai untuk first time homebuyers / upgraders / natural lovers dan juga mampu milik untuk young executive / fresh gaduate with income RM 4000 and above. Jadi, sesiapa yang bercadang nak ada aset di Bangi, bolehlah usha-usha di galeri Southville City, Bangi.


Selain ada lot-lot kedai di bahagian bawah kediaman, 2 blok kediaman dihubungkan dengan jambatan dan berkongsi kemudahan asas di tingkat 5.

Kemudahan (Recreational Podium, Level 5)
Swimming Pool
Jacuzzi
Aqua Gym
Sun Deck
Water Play Area
Maze Garden
Reflexology Path
Yoga Deck
Herb Garden
BBQ Area
Changing Room
Dining Pavillion
Gymnasium
Multipurpose Hall
Nursery
Playground
Link bridge


Terbaik jugak kemudahan-kemudahan yang disediakan. Bila combine 2 blok dan share kemudahan, jadi banyak lah sikit kemudahan yang ada. Menurut pihak Mah Sing Group, maintenance fee yang dikenakan adalah 25 sen per square feet.


Interior Design, Savanna

Untuk Savanna, ada tiga jenis semuanya iaitu Type A, Type B dan Type C. Maklumat lanjut untuk setiap jenis adalah seperti berikut:

Type A
956 sf

Type B
1017 sf 
with Balkoni

Type C
960 sf



Savanna Executive Suites
Harga bermula RM 318,000



Rumah Contoh : Savanna, Southville City

Alang-alang dah ada di galeri, tak lengkap rasanya kalau tak tinjau sendiri ke rumah contoh. Kat bawah ni ada sedikit gambar untuk dikongsi bersama tertutama kepada bakal pembeli. Dari pintu masuk, ada dapur dan dining table, dan ruang tamu. Selain itu, ada 3 bilik tidur, 2 tandas dan balkoni. Ini salah satu rumah contoh untuk Savanna Type B.
 


Maklumat lanjut dan info menarik mengenai Southville City, boleh rujuk di sini
 
Facebook

Website





Sunday, December 8, 2013

The Influencer

Minggu ini, nampak ramai bloggers duk share gambar-gambar dan blogpost pasal The Influencer. First time tengok, terdetik juga kat dalam hati, "Apa tu The Influencer?" Semangat ingin tahu berkobar-kobar. Selidik punya selidik, baru dapat tahu, The Influencer merupakan rancangan realiti online terbaru tajaan Nokia dengan kerjasama PersonEdge Sdn Bhd dan Lowyat MSC.



Dapat tahu pasal The Influencer dari gambar yang dimuatnaik oleh blogger otai, Denaihati di instagram. Dari situ, dapat tahu salah seorang peserta The Influencer adalah blogger famous, Ben Ashaari. Rupa-rupanya, ada 10 peserta kesemuanya yang terdiri daripada personaliti social media, bloggers yang turut serta merebut gelaran The Influencer.
 
 
10 Contestants
 
Six Challenges
 
Six Themes
 
Who will be The Influencer?




10 peserta yang dimaksudkan adalah seperti berikut

Cheerserland
Vernon Chan
Ben Ashaari
Kelly Chin
Rebecca Saw
Ami Schaheera
Karen Kho
Jacklyn Gan
Ah Bok
Chriz Ooi


Dalam ramai-ramai peserta yang join The Influencer ni, ada dua blogger yang pernah aku jumpa iaitu Kelly Chin (trip to Kuching) dan Ah Bok (video shooting Samsung). Dan satu peserta lagi yang pernah jumpa adalah Chriz Ooi, iaitu salah seorang ahli Elecoldxhot time trip ke Genting Highland.


Jadi, sesiapa yang nak tahu pasal program realiti online The Influencer dan menyaksikan blogger-blogger berjuang merebut title The Inluencer, boleh layan di lowyat.tv/theinfluencer


Untuk Episod 1 The Influencer, boleh layan kat bawah ni. Cabaran minggu pertama adalah mereka Apps. Selepas brainstorm, mereka kena present idea, bukan dalam bentuk power point ke apa, tapi dalam tarian dan nyanyian. Hahahahaha, struggle semua peserta nak deliver presentation sambil rap.




Untuk episod seterusnya, boleh layari lowyat.tv/theinfluencer  setiap hari Jumaat di mana Episod 1 bermula 6 disember 2013. Apapun, semoga berjaya kepada semua peserta The Influencer.


Notakaki: Menarik jugak tengok Episod 1 The Influencer. Ala-ala The Apprentice pun ada. Setiap peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Red team dan Blue team untuk siapkan cabaran yang diberikan. Dan setiap minggu, cabaran-cabaran berbeza akan diberikan. Ada unsur surprise kat situ. Can't wait for next episode :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger