Wednesday, November 27, 2013

Pemenang Blog Your Way Dream Getaway with Travelar

Baru-baru ni, ada Travelar Bloggers Contest yang dianjurkan oleh pihak  Travelar.com dengan kerjasama Nuffnang. Memandangkan hadiah yang ditawarkan agak lumayan dan menarik, jadi aku tanpa ragu-ragu join sekadar untuk mencuba nasib.


Nak tahu apa hadiah yang ditawarkan? Nah, ce tengok nih. Mana tahu ada rezeki nak ke Yangon ataupun ke Bali kan? Belum cuba belum tahu.


1st prize
1x 2nights at Chatrium Hotel, Royal Lake Hotel, Yangon

2nd prize
1x 2 nights at Grand Mega Resort and Spa, Bali

3rd – 5th prize
1x RM200 hotel voucher on Malaysian hotels bought on Travelar.com



Selepas hampir sebulan berlalu, maka hari ni keputusan Bloggers Contest :  Blog Your Way Dream Getaway with Travelar telahpun diumumkan. Jeng jeng jeng. Bukak e-mail hari ni sambil tersenyum lebar. Tu pun terpinga-pinga pelik lepas Mek Onie ucap tahniah di inbox fb dengan tiba-tiba.



Hi Nuffnanger,

Congratulations! We are pleased to inform that you have been crowned as the
consolation prize winner for the "Blog for Your Dream Getaway with Travelar" Contest. :D

Your blog entry has been chosen and you have won yourself:


1x RM200 hotel voucher on Malaysian hotels bought on Travelar.com


Senarai pemenang "Blog for Your Dream Getaway with Travelar" Contest adalah sepertikat bawah ni. Kalau nak baca entri-entri pemenang, boleh pergi skodeng blog dorang.

1st prize
3Days 2Nights at Chatrium Hotel, Royal Lake Hotel, Yangon
babymiloxoxo9

2nd prize
3Days 2Nights at Grand Mega Resort and Spa, Bali
dimplemakesperfect

3rd – 5th prize
1x RM200 hotel voucher on Malaysian hotels bought on Travelar.com
penaberkala
akubiomed
kiflimally




Tak apa lah tak menang Grand Prizes : Penginapan di Yangon mahupun di Bali pun, dapat consolation prize dah ok la tuh *sedapkan hati*. Aku yakin, bukan sikit bloggers yang join. Terpilih jadi Top 5 pun dah boleh lompat bintang lima puluh kali.


Alhamdulillah

Apapun, terima kasih diucapkan kepada sponsors, Travelar.com dan Nuffnang

Nak baca entri yang menang tempat ke-3 tuh? Nah, boleh baca kat sini



Notakaki: Tengah berkira-kira nak pilih hotel mana. Tak pun buleh book awal-awal untuk bermalam sehari time pergi bercuti ke Kuching 25-29 Disember nanti. Herm, ayuh survey hotel best-best di Travelar.com


Bila nak menang Grand Prize nih?Asyik consolation prize je memanjang. Takpe-takpe, next time cuba lagi. Kalau dah rezeki, tak kan ke mana. Trip ke Manchester terlepas, trip ke Yangon/Bali pun terlepas. Mungkin rezeki di tempat lain. Bila lah nak merasa bercuti ke negara orang.





Tuesday, November 26, 2013

Makan malam 20 sen

Bila fikir-fikir balik, dah lama tak makan sedap-sedap di Restoran Sri Kelantan yang terletak di bawah flat tempat aku tinggal. Teringin la pulak nak makan tomyam ke, nasi goreng kampung ke, kuew teow kungfu ke time lapar-lapar macam ni. Berbaju hijau #TSDayOut dan berkain pelikat petak-petak, aku pun ambil sekeping note RM20, kunci rumah dan telefon bimbit terus menapak turun dari tingkat 6.


Sampai-sampai, aku terus duduk menghadap tv layan cerita Jackie Chan. Tak sampai 2 minit, akak dah tercegat di sebelah meja nak ambil order. Belek-belek menu tak tahu nak makan apa. Secara spontan tunjuk itu, tunjuk ini.

Kerabu campur

Tomyam campur

Nasi putih

Teh O ais 


Makan kat sini best sebab satunya cepat, ke-duanya memang sedap. Dah la dekat. Tengah kusyuk tengok cerita Jackie Chan, makanan yang dipesan dah pun sampai untuk diNGAPPP. Dengan lafaz bismillah, aku pun snap la gambar kerabu campur dulu sebagai kenang-kenangan, lol. Ok, jom makan....

Makan...


Makan...


Tengok tv...


Makan...


Makan...


Minum...


Tengok tv...


Blurpppp, kenyang...


Biasanya, lepas makan aku bangun pergi bayar di kaunter. Malam ni rasa malas nak bangun gi bayar. Panggil akak tuh suruh kira berapa harga. Dia tekan kalkulator tup tap tup tap, RM11.20. Aku hulur sekeping note RM20 tadi.


Lama jugak akak ni duk kira-kira duit di kaunter nak bagi balance. Ada dalam 3 minit duk tunggu. "Terima kasih", sambil dia hulur duit kertas dan syiling. Aku pun beredar dengan muka happy sebab kenyang. Blurpppp, alhamdulillah untuk rezeki malam ni.


Dalam duk tengah berjalan tuh, sempat aku duk kira-kira duit. Tengok kelibat duit kertas warna merah, warna hijau, warna biru, dan syiling. Eh, banyak pulak duit baki malam ni. Kira punya kira, duit di tangan berjumlah RM19.80. Aish, biar betul. Setan kat sebelah duk bisik-bisik dah,"pergi je, buat donno je, ambik je, balik je, watlek wat peace je".


Mungkin ini ujian bagi aku. Dengan konfiden aku patah balik, berjalan pergi cari akak tu dan cakap, "kak, balance lebih ni tadi. Bagi RM20, kenapa banyak pulak balance?". Aku hulur RM10 dan akak tu tersipu-sipu malu sambil angguk-angguk.


Kesimpulannya, kalau aku buat dek je tadi, makan malam hari ni adalah makan malam paling murah di dunia. Hanya 20 sen, dapat tomyam, kerabu campur, nasi dan air teh o ais. Mana mau dapat bhai? Moral of the story, ujian itu tak perlu besar, payah ataupun susah. Kadang-kadang, benda-benda yang simple/kecik macam ni pun dah jadi ujian buat kita. Semuanya bergantung kepada kita untuk hadapi ujian yang kita alami macam mana. Puii,berfalsampah pulak dah malam-malam ni. Padahal masih nak tergelak waka waka dengan tragedi malam ni. Adeh, geli jasad golgi.


Begitulah, al-kisah 20 sen. Sanggup eh baca sampai habis? Kalau ada yang baca lah kan, hehe. Apapun, sama-sama kita ambil pengajaran dan iktibar agar bacaan kisah entah apa-apa ni tak sia-sia. Pertama, semoga kita sentiasa dibimbing untuk terus berlaku jujur dalam apa jua keadaan sekalipun. Dan ke-dua, manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kalau salah ataupun silap, kita sama-sama perbetulkan. Mungkin lepas ni, akak tuh akan berhati-hati nak bagi balance kat aku lain  kali kan? Kah3.



Notakaki: Saya bayar RM20,akak bagi balance RM19.80. Saya pulangkan balik RM10, saya pulak jadi berhutang dengan akak RM1 lagi. Aish, pening ahhh *baca gaya Syuib SepahTu* Esok la pi hantar. Pandai akak ni main teka-teki. Seb bek si Amir ni gigih kira.Kalau tak dah berhutang RM1 dengan akak tu. "Hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut"





Monday, November 25, 2013

Video Brosur, Blooggers dan Khadijah's Kitchen, Setapak

Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk join event Blooggers. Ini kali ke-3 join event bersama Blooggers. Terima kasih untuk jemputan yang kesekian kalinya. Event kali ni agak grand, iaitu Majlis Pelancaran Video Brosur bertempat di Khadijah's Kitchen, Setapak.


 

Event ni santai, tapi agak meriah dengan kehadiran tetamu jemputan, media dan tak lain tak bukan para bloggers yang join komuniti Blooggers. Antara aktiviti yang diadakan selain ucapan dari wakil Video Brosur dan wakil Blooggers iaitu Mr Jocko, ada games, ada makan-makan dan jugak paling eksklusif, ada persembahan dari Datuk Khadijah Ibrahim dan anak-anaknya. 


Mesti ada yang tertanya-tertanya kan, apa itu Video Brosur? Meh meh, nak story sikit. Sambil-sambil layan gambar sepanjang event tempoh hari, jom sambil-sambil kutip info.


 Video Brosur

Pertama sekali aku tahu pasal Video Brosur ni melalu Facebook Blooggers. Excited jugak nak tahu lebih lanjut pasal Video Brosur ni. Jadi, godek-godek lah website Video Brosur Akhirnya, dapat lah faham serba-sedikit apa itu Video Brosur.


Mungkin ada yang first time dengar dan first time tahu pasal Video Brosur macam aku. Jadi kat sini, mai nak share apa itu Video Brosur. Video Brosur ni adalah salah satu medium pengiklanan terutama kepada usahawan-usahawan tempatan ataupun usahawan industri kecil dan sederhana (SME) untuk memasarkan produk mereka dengan lebih mudah. Nak beriklan kat stesen TV mungkin mahal dan tak mampu kan? So,Video Brosur ada penyelesaiannya.

Video Brosur menyediakan perkhidmatan video web untuk pengiklanan berdurasi dari 30 saat hingga ke 5 minit untuk memberi penjelasan mengenai produk/service kepada pelanggan dengan cara yang berkesan. Apa yang menarik, Video Brosur mempunyai presenter mereka tersendiri. Nak tahu lebih lanjut, boleh cek kat sini : Video Brosur Presenter


Upacara kemuncak, potong kek Video Brosur dan Blooggers

Kek coklat ni seriously sedap. Kalau nak order bolehlah usha-usha Coklatmanis2u


Bergambar kenang-kenangan di photo booth Video Brosur


Khadijah's Kitchen



Ini kali pertama aku sampai di Restoran Khadijah's Kitchen, PV128 Setapak. Interior design restoran ni agak menarik. Lagi best, bila dapat jumpa sendiri Datuk Khadijah Ibrahim. Nak tahu menu apa yang ada semasa Majlis Pelancaran Video Brosur? Jom, layan kasik meleleh



Mee Goreng dan cucur

Laksa

Blooggers sedang asyik ingin mencuba juadah yang disediakan

Persembahan istimewa daripada Datuk Khadijah Ibrahim dan anak-anak


Sedap gila makan laksa di Khadijah's Kitchen. Kuah dia memang pekat dan lazat. Kalau ikutkan, nak je tambah lagi. Tapi, apakan nasib, perut dah kenyang. Ini kali pertama pergi restoran, tuan kedai sendiri buat show,hahaha. Ohsem!

Blue Nagas



Di kesempatan ini, sekalung tahniah diucapkan kepada Blue Nagas untuk majlis pelancaran gilang-gemilang di Khadijah's Kitchen. Semoga terus maju jaya. Kalau nak extra presenter, contact-contact la ye, keh3.


Blooggers



Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada Blooggers untuk jemputan kali ni. Tahniah diucapkan untuk kejayaan sulong mengendalikan event yang agak besar. Semoga terus sukses bagi event-event seterusnya di masa akan datang. All the best!


Sponsors

Tak dilupakan juga kepada semua sponsors untuk goodies bag sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Macam-macam ada. Mug, kain tudung (tak tau nak kasik kat sape), cheese cake yang super lazat, dan macam-macam lagi. Terima kasih daun keladi :) Wish you all the best for your business!


  
 

Coklatmanis2u


Sampai ketemu di lain waktu dan ketika.

Adios Amigos! 





Saturday, November 23, 2013

Sector Focused Career Fair (SFCF), Talent Corp Malaysia

Kat Malaysia ni, ada macam-macam Career Fair yang dianjurkan terutama kepada fresh graduate. Salah satu Career Fair yang nak dikongsi di sini adalah mengenai Sector Focused Career Fair (SFCF). Kalau nak tahu, objektif utama SFCF adalah untuk memberi kesedaran kepada semua tentang peluang pekerjaan yang ada dalam sektor-sektor tertentu yang tergolong dalam 11 Key Economic Areas negara.



Baru-baru ini, pada 12 November 2013, Sector Focus Career Fair (SFCF) telah dianjurkan di Universti Teknologi MARA, Shah Alam. SFCF UiTM adalah hasil kolaborasi antara TalentCorp, Graduan, MDeC dan UiTM. Fokus utama untuk SFCF UiTM Shah Alam kali ini adalah tertumpu kepada Shared Services and Outsourcing (SSO).




Untuk SFCF di UiTM Shah Alam, terdapat lebih 30 syarikat termasuklah AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan PwC telah turut serta. Setidak-tidaknya,SFCF juga memberi peluang kepada graduan untuk berjumpa CEO dan wakil senior HR untuk syarikat-syarikat yang turut serta face to face. Dalam masa yang sama, syarikat tesebut pun dapat cari calon sesuai untuk ditemuduga dan dipilih sebagai talent baru syarikat.


Eh, macam cam je, macam kenal je ..

Dalam program dua hari, pelbagai acara diadakan. Antaranya Caeer Talks dan Couch Corner Slot. Career Talk ni memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mengetahui lebih mendalam mengenai bidang-bidang tertentu daripada tokoh-tokoh terkenal di Malaysia. Couch Corner Slot pulak dianjurkan untuk memberi peluang kepada anak-anak muda berinteraksi dengan wakil syarikat secara santai. Hah, macam Fara Fauzana tengah buat tuh. Tiba-tiba ada gambar junior sekali dalam gambar tuh, Oje dan Zaid, LOL.


Untuk maklumat lanjut mengenai SFCF terutama kepada graduan yang masih mencari kerja, boleh rujuk di www.talentcorp.com.my atau www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSFCF



Kepada semua job hunters, jangan lupa temujanji bersama SFCF di lokasi seterusnya iaitu di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia pada 4-5 Disember 2013.


Jangan lupa, LIKE facebook SFCF untuk career fair akan datang



Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
Ditubuhkan pada 1 Januari 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengenalpasti talent-talent baru dalam sektor utama untuk kemajuan ekonomi negara. Kolaborasi dengan agensi kerajaan  dan syarikat-syarikat besar di Malaysia, TalentCorp mengutamakan 3 strategi utama iaitu:  
(1) Optimise Malaysian talent
(2) Facilitate Global Talent
(3) Membina Networks untuk Top Talent.


Disclaimer: This is a sponsored post  





Sunday, November 17, 2013

Cara-cara Memohon ke Tingkatan 1 MRSM 2014

Dalam entri yang lepas, saya ada berkongsi mengenai tarikh-tarikh penting untuk permohonan ke MRSM bagi pelajar lepasan UPSR 2013 untuk ke tingkatan 1 (klik sini) Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai cara-cara untuk membuat permohonan ke MRSM bagi pelajar tingkatan 1 bagi sessi 2014.  Semoga perkongsian ini dapat membantu sesiapa saja yang ingin membuat permohonan masuk ke MRSM bagi anak-anak, anak-anak buah, saudara-mara, sepupu-sepapat dan sesiapa saja yang anda kenali. 

 

Nombor Pin / Kata Laluan 

Nombor pin atau kata laluan boleh diambil dari Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan secara PERCUMA bermula pada hari keputusan UPSR 2013 diumumkan secara rasmi iaitu 14 November 2013.

PENTING! Pemohon perlu membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2013 yang telah disahkan 
 

Permohonan Online

Permohonan atas talian (online) boleh dibuat di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2014. (Sila guna Internet Explorer)

Isi semua maklumat pemohon yang diperlukan dan pastikan permohonan berjaya dihantar secara online.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut : 
Permohonan ke Tingkatan Satu, 
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 
21, Jalan Raja Laut, 
50609 KUALA LUMPUR.
 
PERINGATAN! Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak. 
 

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan secara online akan ditutup pada 27 November 2013.

Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013.

PERINGATAN! Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

 

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian berikut:
03-2690 3765
03-2613 4509
03-2613 4513
 
 
Maklumat tambahan boleh rujuk di:
  1. Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 1
  2. Kurikulum MRSM
  3. Kemudahan Pelajar di MRSM
  4. Senarai MRSM
Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan; Alamat MRSM

 

Program MRSM

  1. MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  2. MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  4. MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE. 

Sumber rujukan: http://eputra.com/





Thursday, November 14, 2013

Permohonan Kemasukan ke MRSM 2014

Sempena keputusan UPSR 2013 yang sudahpun diumumkan secara rasminya pada hari ini, 14 Disember 2013, jadi rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit-sebanyak info berkaitan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2014 untuk pengambilan pelajar tingkatan 1.




Kenapa MRSM? Kerana aku sendiri pun salah seorang pelajar yang pernah belajar di MRSM selama 5 tahun. Jadi, tahu la selok-belok sistem pendidikan dan budaya di MRSM. Cikgu-cikgu dulu pernah kata, "Awak tahu tak? Awak semua ni pelajar cemerlang UPSR yang direject. Tak dapat SBP, diorang pass ke MRSM" Aku tak tahu lah itu hinaan atau pun hanya gurauan. Dalam hati aku selalu kata, "Tak kisah pun, keh3" Cuba ambil kata-kata tu sebagai semangat. Apa yang penting, kita buktikan tanggapan itu tidak benar. Cuba buktikan kat mana-mana pun kita belajar, kita boleh berjaya dan cemerlang. Kalau nak berjaya, sekolah kampung pun boleh berjaya. Bezanya, NAK ke TAK NAK. Tu je.


Aiyak, dah panjang berbebel. Harap-harap dapat bagi semangat kat adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke MRSM kelak. Back to topic asal, untuk semua ibu bapa, abang, kakak, mak cik, pak cik, mak long, pak ngah, mak teh, pak lang, dan semua sekali. Kalau berminat nak hantar anak-anak atau anak-anak buah atau adik, boleh rujuk tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan tingkatan 1 ke MRSM bagi tahun 2014.


Permohonanan Kemasukan ke-MRSM 2014

Pengambilan Tingkatan 1
Iklan di akhbar perdana
03 & 04 Nov. 2013

Permohonan Kemasukan (secara online) ke MRSM
14 – 27 Nov. 2013

Bagi Semenanjung , Sabah & Sarawak (Selepas keluar keputusan UPSR)

Ujian UKKM Ting. 1 & Temuduga
31 Dis. 2013 – 04 Jan 2014

Pendaftaran pelajar baru Ting. 1 ke MRSM
13 Jan. 2014


MRSM
Program IGCSE
Program Ulul Albab
Program Biasa
Notakaki: Nak tahu apa beza IGCSE, Ulul Albab dan Biasa? Mungkin akan berkongsi pasal ni dalam blogpost seterusnya.


Untuk lepasan PMR 2013 pun ada kalau berminat nak sambung pengajian di MRSM untuk Tingkatan 4. Selamat mencuba!

Pengambilan Tingkatan 4

Ujian UKKM Tingkatan 4
25 – 29 Nov. 2013

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan. 4 ke MRSM
3 Feb. 2014
 
Sila kongsikan info-info berikut untuk adik-adik, anak-anak, anak-anak buah, sepupu-sepapat, dan saudara-mara yang terdekat. Semoga bermanfaat. 


Permohonan Online Tingkatan 1 Pengambilan 2014 ke MRSM (Klik sini)

 

Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 Pengambilan 2014 (Klik sini)

 





Monday, November 11, 2013

Binatang pelik ditemui di Vietnam?

Terkejut jugak bila tengok video ni di facebook. Nampak gaya macam lintah, tapi takkan lintah besar gedabak macam ni kan? Nak kata ikan paus, tak nampak rupa ikan pun. Besar mengalahkan raksasa. Bila tengok video yang dirakam, tengok orang yang duk pakat tengok tuh, alahai... Kecik benor kalau nak dibandingkan dengan binatang tuh.


Ada google jugak pasal ni, katanya binatang pelik ni ditarik keluar dari tanah dan ditemui di Vietnam.Aku pun tak sure sahih ke tak pasal lokasi tu. Cuma tertarik nak share kat sini sebab pelik dan besar. Nak cakap besar tak besar benda ni, sampai kena angkat guna kren dan bawak naik trailer. Subhanallah.


Binatang apakah ini? 

Ce tengok macam apa....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger