Jujurnya, ini kali pertama aku berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis pelancaran projek perumahan. Dengan jemputan daripada pihak Nuffnang ni, paling tidak sedikit-sebanyak aku dapat ruang dan peluang untuk tahu selok-belok, sedikit-sebanyak pasal projek perumahan, developer dan suasana di majlis pelancaran.Ya, umur dah meningkat dewasa. Dah tiba masanya untuk fikir masa depan,nak ada kediaman/rumah sendiri. So, boleh buat persediaan seawal yang mungkin especially in term of saving.


Majlis yang dimaksudkan adalah Majlis Pelancaran Nada Alam di Pajam, Negeri Sembilan. Majlis pelancaran ini dianjurkan oleh pihak Seri Pajam selaku developer rasmi untuk projek perumahan ini pada 20 Oktober 2013 (Ahad). Jadi, kat sini aku nak share pasal majlis pelancaran di Nada Alam Gallery dan review rumah  contoh di Nada Alam. Semoga info yang ada ni dapat membantu semua pembaca yang mengidamkan/mengimpikan untuk beli rumah di Nada Alam, Pajam, Negeri Sembilan. Cekidout....


Nada Alam


Projek Nada Alam ni berkonsepkan kepada Eco friendly. Setiap fasa pembinaan dan pembangunan Nada Alam memang terancang dan mengambil kira aspek mesra alam sekitar.



Lokasi Nada Alam jugak memang stategik. Dekat dengan KTM Batang Benar, TESCO, Giant, dan pusat pengajian seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), INTI Laureate International Universities, dan Nilai University. Dengan Nilai 3 pun dekat. 


Serba-sedikit info pasal projek Nada Alam
  1. Meliputi keluasan kawasan sekitar 160 ekar
  2. Status freehold
  3. Projek dijangka siap pada tahun 2019
  4. Mempunyai 1 tasik penapis air semulajadi
  5. Jogging track 7km
  6. Cycling track
  7. 5 taman tema untuk setiap fasa (Nada 1, Nada 2, Nada 3,  Nada 4 dan Nada 5)
  8. Lokasi yang strategik dan dekat dengan kemudahan awam (5 minit dari KTM Batang Benar)
  9. Teknologi rain harvesting 
  10. Sistem keselamatan 3 peringkat iaitu pegawai keselamatan dan cctv 24 jam

Nada Alam merupakan Projek ke-8 Seri Pajam Development. Maklumat lanjut, boleh kunjungi website:
 

Seri Pajam Development


Seri  Pajam mula beroperasi pada tahun 2012 dan Nada Alam merupakan projek terbaru, iaitu yang ke-8 sepanjang beroperasi. Seri Pajam pernah menang anugerah Malaysian Construction Industry Excellence Awards (MCIEA) 2010 dan Industrialized Building System (IBS) Special Award. Maksudnya, Seri Pajam bukan calang-calang developer. Paling penting, untuk 7 projek sebelumnya, Seri Pajam berjaya menyiapkan setiap projek dan tiada satu pun projek yang terbengkalai. 


Kalau nak beli rumah, salah satu faktor kita mesti consider adalah portfolio dan rekod developer. Bukan apa, nanti dah beli dan bayar semua, tengok-tengok, terbengkalai. Tak nak la kan? Jadi, untuk Seri Pajam, antara projek di bawah naungannya adalah seperti:

Nak tahu lebih lanjut pasal Seri Pajam Development, boleh kunjungi website rasmi:



Majlis Pelancaran


Selepas mendengar kata alu-aluan oleh MD Seri Pajam, majlis diteruskan dengan Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YB Dato'  Hassan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.



Upacara perasmian memang menarik dan penuh gilang-gemilang. Eksited jugak lah aku tengok sampai lupa nak rekod,haha. 


Rakan Bloggers


Antara rakan bloggers yang turut serta adalah abang Hazman Fadzil, kak Yana Yassin, kak Lily dan MahaMahu. Dengar kata, dorang  plan nak beli rumah dan nak duk berjiran,haha. Untunglah, boleh bertukar-tukar juadah setiap hari.



Mr Jocko, Uzair Othman, Sohoque, Shakiddo pun ada. Sebelum melawat rumah contoh, kami makan tengah hari dulu. Perut pun dah berkeroncong duk jalan-jalan tengok replika model rumah dalam Galeri Nada Alam.



Lepas kenyang perut, kami meneruskan agenda untuk melawat rumah yang kami beli. Eh silap, rumah contoh di Nada Alam. Tengok,semua tersenyum lebar dapat masuk dan berehat rumah baru. Aku syak, dorang nak beli rumah kat sini nih. Beriya duk cek setiap ruang bilik. Jocko siap nak buat bridge untuk sambung ke rumah depan kalau dorang berjian, hahahaha. 


Model Rumah

Pelan lokasi keseluruhan projek Nada Alam pun ada. Setiap fasa akan ada satu taman tema. Memang menarik.

Antara model-model rumah yang dipamerkan. Tengok, begitu ramai yang datang nak beli rumah. Kalau nak tahu, untuk Nada Alam Fasa 1, hampir kesemua unit dah terjual. Ce tengok yang kotak-kotak dengan sticker oren tu. Hah, tu la yang sudah ada orang booked dan beli. Dah macam goreng pisang panas.



Tak puas hati tengok replika dalam galeri? Jangan bimbang, kenderaan untuk pergi tengok rumah contoh pun ada. Tengok yang real dan rasai sendiri pengalaman mendiami kediaman di Nada Alam lagi syok. Jom usha!


Rumah Contoh Nada 1

Oh lagi satu, Nada Alam (Nada 1) ada dua model iaitu Type A dan Type B. Nak tahu apa beza? Jom tengok gambar kat bawah. Kalau tak puas hati tengok dalam gambar, boleh usha sendiri di Nada Alam, Pajam, Negeri Sembilan.


Nada 1 Type A




Harga bermula RM472,400

Nada 1 Type B


Harga bermula RM 440,500


Interior Design

Tak sah kalau tak masuk lepak-lepak dalam rumah contoh. Tengok rumah contoh dengan interior design yang menarik ni mampu menaikkan semangat untuk memiliki rumah sendiri.  Fuuh, panjang aku berangan. Syok wooo kalau dapat rumah macam ni. Jom tengok ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik dalam rumah contoh Type A.


Amacam? Menarik kan? Setiap bilik ada bilik air. Satu rumah ada 4 bilik. Ok,dah boleh start pasang angan-angan untuk beli rumah macam nih. Cantik, menarik dan memang da bomb. Jadi, kepada sesape yang nak beli rumah di Nada Alam, Pajam, boleh lah hubungi Seri Pajam untuk maklumat lanjut.

Senario 1
Ce try imagine, nak pergi beli makanan terlupa nak bawa dompet. Nak bayar dengan apa kan? Konpem la kena patah balik, bergegas ambil dompet dan pergi balik. Kalau tak, memang malu beb. Ambil makanan syok-syok, time nak bayar cek dompet takde. Hampagas betul. *bercakap atas pengalaman sendiri,LOL*


Senario 2
Ce try imagine, nak pergi beli makanan tak payah bawak dompet. Bawa smartphone cukup. Nak order makanan, cuma perlu tunjuk tweet/instagram je. Fuuuh, ohsem kan? *imagine kalau ini benar-benar berlaku di alam realiti* 


Senario 1 adalah senario normal kita sehari-hari. Senario 2 pula adalah angan-angan mat jenin aku dulu-dulu. Tapi, bila ada hebahan pasal event #NNFoodFest, aku cukup tertarik dengan konsep yang cuba dibawakan oleh pihak penganjur Malaysia's First Ever TW(Eat) Fest iaitu Nuffnang dalam event terbesar mereka untuk tahun 2013 iaitu #NNFoodFest. Apa yang lagi menarik selain tweet untuk makan (eat) *baca TW(EAT)*, bilamana event kali ni cukup berbeza dari event-event sebelumnya. Kali ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira bloggers ataupun tidak asalkan ada akaun twitter. Easy peasy lemon squeezy :)




Bertempat di Sunway Pyramid, Blue Atrium, #NNFoodFest berjaya mengumpulkan berpuluh-puluh vendors industri makanan dan minuman di Malaysia. Tak kira nama besar, nama kecil, nama baru, semua datang berkumpul di bawah satu bumbung, iaitu #NNFoodFest. 5 Oktober 2013, dah jadi detik bersejarah buat Nuffnang selaku penganjur pertama di Malaysia yang menggunakan media social dalam menjayakan event FoodFest. Syabas to the team! 


Dari kacamata seorang pengunjung #NNFoodFest, aku rasa antara 10 keseronokan dan keistimewaan event kali ni adalah:
  1. Pengunjung dapat try sample makanan/minuman dari setiap gerai secara percuma dengan hanya satu tweet. At the same time, pihak vendors dapat mempromosikan produk mereka kepada umum di rangkaian media social. Win-win situation.
  2. Pengunjung dapat try pelbagai jenis makanan/minuman dari vendors yang ada di lokasi yang sama. Tak perlu ke premis vendors yang rata-ratanya berada di lokasi yang berbeza untuk try especially for the first timer. Jimat masa, jimat tenaga. Kalau sedap dan berminat, boleh berkunjung bersama rakan-rakan di masa akan datang. Best platform for food hunters.
  3. Platform untuk pengunjung kenal produk-produk dan jenama-jenama terutamanya yang baru di pasaran. 
  4. Label gerai yang Halal dan Non-Halal disediakan oleh pihak penganjur. Satu pujian untuk organizer yang menjaga sensitivi pengunjung yang beragama Islam.
  5. Program-program lain yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada pengunjung macam Food Photograpy, Food Blogging bersama Nuffnang bloggers, So You Think You Can Cook oleh pihak penaja utama iaitu Maggi dan juga ada acara Bloggers Cook Off Challenge.
  6. Kenyang
  7. Kenyang
  8. Kenyang
  9. Kenyang
  10. Kenyang, keh3. #NNFoodFest dah macam buffet kat open house time raya. LOL


PENDAFTARAN


 

Aku sampai seawal pukul 3 petang. Tapi, tengok di kaunter pendaftaran, fulamak. Panjang woooo beratur. Nasib baik kaunter pendaftaran ada di 2 lokasi iaitu di G dan LG floor. Kalau tak, mau berjanggut kena beratur. Nak tahu event sukses ke tidak, tengok pada crowd. Bagi aku, event #NNFoodFest kali ni BERJAYA! Cayalah.


Langkah mudah untuk mendaptkan makanan secara PERCUMA:

Scan with #NNFoodFest apps

atau

Post a twitter update with keywords #NNFoodFest and #Brand

atau

Like or share their facebook page 


TW(EAT) #NNFOODFEST

Taktik nak dapatkan makanan/minuman free dah tau camne, apa tunggu lagi. Terus mulakan kerja sebagai food hunters. Pastikan smartphone di tangan, internet on, twitter/Instagram on dan bateri cukup! Jom, mulakan pengembaraan di #NNFoodFest.



@CrayonBurger

Ini kali pertama try Crayon Burger. One word to say, SEDAP! Roti dia lembut, daging dia agak juicy. Rasa memang umphhhh. 



@WaroengPenyet

Biasanya, makan Ayam Penyet Api, kali ni try pekena Ayam Penyet di Waroeng Penyet. Walaupun takde nasi, portion yang diberikan memang mengenyangkan. Ayam seketul, sambal, ulam-ulaman dan minuman. Sambal kat sini memang sedap. Tak terlampau pedas, just nice.



@NandosMY

Dah banyak kali makan, tapi lapar mata bila tengok. Too hot to handle bhai, keh3. Satu pujian untuk Nandos sebab bagi seketul ayam Nandos yang agak besar untuk kami semua merasa. Dah bukan merasa lagi namanya, memang melantak terus. Kenyang jadinya lepas tu.



#MaggiHotCup

Boleh dikatakan booth yang paling meriah time #NNFoodFest adalah booth Maggi. Memang sempoi, memang gempak. Tweet je, dapat maggi hot cup seketul. Nak makan pun boleh, nak join games pun ada. Untung-untung, dapat maggi berpaket-paket. Boleh buat stok kat rumah, lol. Maggi terbaik... Cepat dimasak, sedap dimakan.


Time duk kusyuk tweet/instagram dan makan-makan, phone pulak berkokok

|||||1% Bateri Low|||||


Mujur lah Nuffnang baik hati ada bagi power bank seketul untuk orang yang terawal bateri phone kurang 10% dan  tweet #UTOOS2powerbank . Dapatlah seketul free bawak balik. Puas hati sebab power bank UTOOS2 ni agak nipis dan ringan untuk dibawa. Dah la free, torbaik pulak tuh. Memandangkan bateri dah KO, gi solat dan rehat jap dalam Sunway Pyramid sebelum meneruskan misi food hunters.



#NZNThisIsJoy

Sesi ke-2, jom try dessert pulak. First sekali try ais krim New Zealand Natural. Ini first time try, kalau Baskin Robbin tu pernah la makan. Ramai member cakap ais krim ni sedap, alang-alang tuh, try la terus. Herm, not bad. Try perisa pudina.



#NBrew

Lepas tu, try ais krim lagi. Tapi, kali ni dari NBrew. Ais krim ni agak canggih, boleh tengok depan mata camne dorang proses buat ais krim menggunakan Nitrogen liquid. Huish, berasap-asap tu. Rasanya sedap, teksturnya pun lembut. Cone waffle dia memang terbaik, manis dan rangup. Next time, boleh pi beli di Mid Valley.



@ChatimeMy

Makan dah banyak, ais krim pun sudah, tekak pun dah rasa haus. Singgah jap di booth Chatime. Pekena lemon ais segelas. Fuh, nikmat wooo. Lepas sedut chatime, sedut Yakult pulak. Yang ni, memang baik untuk penghadaman, lol.


Overall, memang enjoy datang #NNFoodFest. Bukan sekadar seronok makan-makan, tapi seronok jumpa rakan bloggers lain yang turut serta. Petang makan-makan, sebelah malam pulak masak-masak. Aku stay sampai malam sebab join Blogger Cook Off anjuran Maggi. Nak tahu masak apa? Tunggu story next time.


Lain-lain cerita, boleh intai-intai ke sana.
Cekidout:


Ya, Malaysia memang famous dengan pelbagai aneka juadah makanan yang enak-enak. Pesta makan-makan memang menjadi kegilaan tak kira bangsa dan peringkat umur. Jadi, di kesempatan ni, apa kata kita suggest kat Nuffnang supaya next time jadi organizer untuk sports day pulak. Ye lah, lepas makan mesti kena bersukan dan beriadah kan? Hah, nampak tak kesinambungan kat situ. Mesti syok kalau semua rakyat Malaysia pakat turun padang ramai-ramai bersukan dan beramah-mesra antara satu sama lain. Lagi syok kalau buat macam rumah sukan macam rumah Biru, Merah, Hijau, dan Kuning. Mesti semua pakat mengimbau kenangan zaman muda-mudi dolu-dolu di sekolah. Mesti syok kan? Semoga hasrat ini akan menjadi kenyataan di suatu hari nanti. Sports day untuk komuniti bloggers dan pengguna media social. Make it happen first in Malaysia, 2014 maybe. Cool :)

Pada 6 Oktober 2013 (Ahad) yang lepas, dapat jemputan dari pihak Nuffnang untuk join Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge bertempat di Sunway Pyramid (blue atrium) berhadapan pintu masuk Sunway Lagoon. Event bermula pukul 1100 pagi. Time baca e-mail invitation tuh, dah mula excited sebab ada tulis "get ready to get wet". Herm, bunyi macam betul-betul mencabar ni. Oyeah, tak sabar nak tahu apa yang adventurous yang bakal ditampilkan oleh pihak Nestle Drumstick.


 

Bila sampai di Sunway Pyramid, baru tahu cabaran yang perlu kami semua tempuhi. Rupanya, ada cabaran ambil ice cream Drumstick dari bilik misteri. Dalam masa 5 saat, kena bawak keluar. Tapi,  kat dalam tuh, akan ada halangan macam dalam wipe out challenge. Torbaikkkkk.


Agak menarik event kali ni. Semua yang datang ke lokasi Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge yang daftar, layak join cabaran. Sebelum beraksi, perlu pakai PPE dulu. Safety first! Then, get ready to get wet dengan simbahan air sabun, jeli, tumbukan maut dalam bilik misteri yang pastinya cuba menghalang peserta yang membawa ice cream Drumstick keluar dalam masa 5 saat.



Selain tu, sesiapa saja yang ada apps LINE dalam phone, just tunjuk untuk redeem free ice cream Drumstick dari pihak Nestle. Sementara tunggu turn untuk beraksi dalam Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge, so sempatlah redeem dulu ice cream Drumstick. Ambik energy dulu sebelum kena belasah dalam bilik puaka tuh, haha.



Antara bloggers yang berjaya menamatkan cabaran. Foreigner pun ada yang join. Kalau tak berjaya keluar dalam masa 5 saat yang ditetapkan, still dapat hadiah iaitu ice cream Drumstick yang berjaya dibawa keluar tadi dan 1 tiket Sunway Lagoon all park. Join cabaran ni, masuk kering, keluar konpem basah. Hahaha.


Antara peserta yang terawal berjaya sahut cabaran dalam 5 saat dan memenangi RM50 dan tiket Sunway Lagoon adalah Jae dan Nisa Kay. Bloggers lain macam Anis, Sabby, Cik Lily Putih, Mira, Rawlins, Hanis dan Sabrina tetap menang tiket Sunway Lagoon. Kesian tengok Yuyu kena belasah, sampai merah hidung-hidung. Dah la dia kecik. Apapun, korang tetap cool! Berani sahut cabaran.



Lama jugak tunggu turn sebab dorang berhenti lunch. Sempat pi ngeteh dengan bro Jocko sementara tunggu sambung balik. Ingat dah nak balik terus lepas minum, macam lambat je. Cuaca pun dah mula panas terik Tapi, alang-alang dah datang kalau tak join macam tak syok la pulak. Arghhh, join je lah. Bolos saja bilik puaka itu. Nervous jugak takut kena hentam teruk,kah3.



Start je, terus berlari masuk cari peti ice cream untuk ambil Drumstick seketul. Dalam kiraan 5, get ready untuk tunggu pintu dibuka dan bolos keluar dari bilik cabaran secepat yang mungkin. Banyak jugak halangan dalam tuh, licin pulak tuh. Dengan bersungguh aku lari macam main ragbi rempuh setiap halangan, last-last buat aksi sliding untuk keluar dari bilik cabaran dalam catatan masa 3 saat. Yeahhhhhh! Akhirnya, aku berjaya wooo. 



Ganjarannya, dapatlah ice cream Drumstick tadi, sekeping tiket Sunway Lagoon dan RM50. Boleh lah buat beli stock ice cream Drumstick kat rumah, wakakakaka. Apapun, terima kasih kepada pihak Nestle Drumstick dan Nuffnang untuk event yang ohsem ni. Harap-harap, in the future, ada event wipe out yang real tu pulak. Baru syok, keh3.



Owh, sebelum aku terlupa, mai nak bagitau. Sebenarnya, sekarang pihak Nestle Drumstick sedang mengadakan contest mudah, Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge bermula 30 September 2013 hingga 10 Novermber 2013. Hadiah memang lumayan. Kalau nak mencuba nasib, boleh la join. Mana tau ada rezeki kan? Masyuk woo kalau menang. Nak tahu maklumat lanjut pasal contest, boleh layari:

Facebook
Drumstick Most Adventurous Challenge


Website
www.nestle.com.my/drumsticks


Good luck and all the best! 


Disclaimer: This is a sponsored post  
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...