Sunday, February 24, 2013

LASERTAG PIALA RED MUMMY

Lama betul duk peram entri Tournament Lasertag Piala Red Mummy ni. Segan pun ada, sebab baru nak update. Apakan daya, dah sibuk sangat mengalahkan menteri, nak buat macam mana. Nak menghadap keyboard pun tak sempat. Here we go! Layannn... Walaupun cerita dah basi.



Tournament lasertag ni sebenarnya diadakan sempena Red Mummy Blogger Gathering. Event ni telahpun diadakan pada 17 Februari 2013 di Laser Warzone, e@curve. Terima kasih kepada Kak Red dan pihak Nuffnang yang sudi jemput untuk join event yang super awesome ni. Ingat ke main suka-suka je, rupa-rupanya siap ada Piala dan medal bagai. Cayalah.


Untuk event kali ni, sponsor utama kita adalah pihak Laser Warzone dan e@curve sendiri. Terima kasih atas layanan istimewa. Syok jugak dapat main lasertag for the first time. Ingat ke boring sebab tak mencabar main dalam bangunan siap ada air-cond lagi. Rupanya, layan la jugak. Balik pun, takde bawak balik lebam-lebam macam main paintball di Sri Iskandar dan Sungai Buloh dulu.


Lagi syok bila dapat jumpa blogger yang hebat-hebat. Antara ramai-ramai yang ada, cuma Broframestone dan Iera je yang aku pernah jumpa. Blogger lain, bukan tak kenal. Cuma, tak pernah jumpa. So, segan la sikit nak tegur bila first time jumpa. Lagi-lagi yang famous-amous macam Red Mummy, Kid,Ciklilyputih,CikEpal , Jamar Bahar  dan paling segan nak tegur adalah Beliamuda, eh!

Antara bloggers lain yang turut serta adalah:
Carmen  
Akma 
Hazman bin Fadzil 
Nory Zoulkefle
Noor Hidayah Baharum
Sid
Alyza Fisol
Ezna Binti Ahmad Khalili
Nurul 
Nur Nadia Farahida 
Anas 
Normaya 
Deqnoor 

Ada lagi ke yang tertinggal dan tak disebut? Mohon tinggalkan link ye. Apepun, salam perkenalan kepada semua.Semoga lain kali kita jumpa lagi.


Memandangkan, pukul 2 petang pun masih ada lagi bloggers yang tak sampai, jadi yang dah ada ni bolehlah penuhkan tangki. Torbaik pihak penaja sediakan makanan : Nasi lemak, bihun goreng, rendang ayam, karipap dan kuih-muih. Blurpppp, kenyang makan bihun dan rendang ayam. Padahal, sebelum event dah baham meatball dan udang air sejuk di IKEA.


Seterusnya, bila semua dah sampai. Kami diberi taklimat ringkas pasal peraturan nak main lasertag. Sape-sape rasa nak try pi main lasertag, antara peraturan asas yang perlu tahu adalah:
  1. Pegang pistol laser tu dengan keadaan yang selesa, cuma perlu letak tangan kat bahagian bawah di depan tuh (sensor) untuk memastikan ia berfungsi
  2. Tembak di bahagian lampu di jaket pihak lawan (biru/hijau) atau pistol, dapat 50point
  3. Tembak di bahagian belakang di jaket pihak lawan, dapat 100point
As simple as that, tak payah takut dan gerun. Takde yang mati kena laser setakat ni. Dijamin selamat. Apa yang penting, kena enjoy :)

Semua bloggers yang hadir dibahagikan kepada 8 team : 4 team di Group A dan 4 team di Group B. Setiap kumpulan, kena lawan dalam group masing-masing, 3 kali bertempur untuk pungut mata sebanyak mungkin, merebut 2 tempat teratas group dan melayakkan diri ke semi-final.

GROUP A : Arena, Mak Jemah, Kapten Abang, Purplelyciuos

GROUP B : The Ultimates, Mak Merah, Slurpee, Sharpshooter

Memandangkan aku dari team Arena, jadi aku bagitau pasal team sendiri je lah eh. Nak tahu pasal team-team lain, boleh terjah ke blog mereka. Boleh rujuk links di bahagian penutup entri nanti. Dan aku, ditakdirkan di Group A dalam kumpulan ARENA bersama blogger kacak Broframestone , Beliamuda dan jelita Nurul , Deqnoor , Iera


Match 1
Arena mengalahkan Mak Jemah

Match 2
Arena mengalahkan Kapten Abang

Match 3
Arena mengalahkan Purplelyciuos

Arena berjaya mara ke Semi-final bertemu team Slurpee. Manakala, Mak Jemah pulak bertarung dengan Sharpshooter.

Semi-final
Arena mengalahkan Slurpee
Mak Jemah mengalahkan Sharpshooter

Team Slurpee dianggotai kanak-kanak Ribena. Tapi, nak terberak jugak abang-abang dan kakak-kakak Arena kena kejar dek adik-adik yang hyperactive nih, adoyai. Nasib baik menang, kalau kalah abang rela terjun e@curve dik, haha.



Ini lah masanya, Grand Fnale Piala Red Mummy antara Mak Jemah dan Arena. Korang dah tengok kan, kehebatan team Arena menang bersih dalam semua perlawanan. Final? Apalah sangat kan. Kitorang tengok team Mak Jemah rancak duk susun strategi. Ada yang siap duk baca jampi serapah *ok, tipu*


KEPUTUSAN GRAND FINALE


Team Sharpshooter membelasah team Slurpee untuk menang tempat ke-3. Dengan itu, Sharpshooter diumumkan selaku 2nd Runner Up!

Sharpshooter

Keputusan akhir, nampaknya berpihak kepada team Mak Jemah. Team Arena kena titik dengan Mak Jemah di final. Amboih, berdendam benor deme ni dengan kite. Kita kalahkan depa 400point je kot, dia balas kalahkan kita di final dengan beza hampir 4000 points.


Apepun, Arena dengan bangganya memegang title 1st Runner Up dan meraih silver medal. Tahniah kepada team Mak Jemah yang beraksi cemerlang di final dengan strategi serang hendap dan sembunyi-sembunyi mereka. Kami berusaha sedaya-upaya dah sebenarnya, becak ketiak-ketiak, cramp sampai kaki-kaki. Memandangkan team Mak Jemah terlampau hebat, kami akur, haha.

Arena

Mak Jemah

Deqnoor - Iera - Cik Siezuka - Kak Red - BroFramestone - Penaberkala - Beliamuda
Di sebalik kekalahan Arena di Grand Finale, sebenarnya, kat bawah ni lah 2 orang yang bertanggungjawab atas kekalahan kami. Perghhhh, hebat gila main lasertag. Ni konpem sejak baby lagi berlatih. 

Cik Epal dan Encik Epal,eh!
Apapun, tahniah diucapkan kepada semua bloggers yang menjayakan event kali ni. I'm glad to be there! Nice to meet you all! Sekian saja cerita pasal lasertag. Terima kasih banyak-banyak kepada sponsors and organizer. Hingga kita berjumpa lagi. Kbai



Untuk cerita versi lain, boleh klik ke blog mereka:
















Terima kasih kepada Marshall yang sporting!

Nak try main lasertag, bolehlah berkunjung ke:

Laser Warzone di e@curve ataupun IOI Mall Puchong





Saturday, February 23, 2013

VIDEO : BUDDYZ NEVER APART MANIFESTO

Lisa Surihani and Blogger fans -  Buddyz Never Apart Manifesto

Entri kali ni kesinambungan kepada entri yang lalu, Kami Buddyz, Kami Takkan Terpisah. Cuma bezanya, skrip untuk Buddyz Never Apart Manifesto kali ni ada sedikit perubahan dan penambahan.

Thanks kepada beliamudadan kak ayu yang sudi join untuk event kali ni. Mereka lah yang jadi my buddyz on that day. Sehari-suntuk jugak berkelana di DiGi House.
Sebelum berceloteh panjang pasal event ni, baik layan dulu hasil kerja MelakaBoy dan The Malaya crews. 




Jom layan video Buddyz Never Apart Manifesto edisi Bloggers bersama Lisa Surihani untuk DiGi



Nampak video pendek je, rupanya nak shooting bukan main ambil masa yang lama untuk siapkan. Shooting satu hal, nak siapkan video pulak satu hal makan masa. Lebih kurang sebulan lebih jugak lah baru publish video ni. Uish, gigih betul diorang bekerja. Baru tahu, bukan mudah nak hasilkan video/iklan. Ni pengalaman ke-dua shooting untuk viral commercial video selepas Samsung di Hotel InterContinental pada tahun 2011.


Notakaki : Lawak jugak Lisa Surihani rupanya. First time jumpa face to face. Bagus dia nih, asyik bawak mak je kalau nak ke mana-mana. Update len kali la citer pasal di sebalik tabir untuk shooting video ni. Kbye





Friday, February 15, 2013

TERJUN BANGUNAN

Memang pesen orang zaman sekarang ke macam ni? Ada masalah sikit, terjun bangunan. Ada masalah sikit, bunuh diri. Masalah betul. Dulu KB Mall, sekarang di Times Square, Kuala Lumpur. Tapi, kat KB Mall dulu, takde lah sampai mati hancur macam kes hari ni.


Puncanya? Masih belum tahu. Bunuh diri ke, terjatuh ke, ditolak ke, itu semua hanya si mati dan orang yang ada di sisi dia sebelum kejadian yang tahu. Kita yang tak tahu ni, ambil je lah iktibar apa yang sudah berlaku.


Naik seram jugak tengok gambar yang orang duk post sana sini. Terpeleot jatuh macam tuh. Seriau wooo jatuh dari ketinggian 6,7,8 tingkat ni. Duk tingkat 2 pun dah gayat. Fuh!


Hari ini dalam sejarah, 14 Februari 2013 tragedi berdarah di Times Square. Hancur lebur kepala dengar kata. Ye ke? Apepun, takziah kepada keluarga mangsa. Saksi-saksi kejadian, boleh lah tampil ke depan beri keterangan ye.


UPDATE

Macam-macam spekulasi yang ada, aku pun hampir tertipu dek berita-berita panas yang cepat tersebar di twitter dan facebook. Versi pagi tadi aku baca, gadis 19 tahun terjun bangunan bunuh diri. Lepas tu, ada jugak yang kata gaduh dengan boyfriend. Ada pulak yang kata boyfriend tolak sampai jatuh.


Alih-alih, yang terbaru rupanya wanita berusia 36 tahun yang jatuh. Yang mana satu aku pun tak tahu. Tunggu masuk Buletin Utama malam esok la ye.

"Wanita cina yang mati ini dikenal pasti sebagai Choo Czek Yeng yang berusia 36 tahun dipercayai telah bersandar pada pagar shopping mall dibahagian tingkat 6 sebelum terjatuh ke bawah lobi Berjaya Times Square, mengikut sumber maklumat mangsa juga bakal menerima rawatan mental dan tinggal bersama keluarganya di Bangsar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata tiada kecederaan fizikal pada badan kelihatan dan pihak polis juga masih menyiasat punca sebenar kes ini kerana kawasan tersebut tidak dilindungi oleh CCTV"

Sumber : Khai


notakaki : Tengok-tengok, esok berita lain pulak yang keluar, adeh. Abaikan carutan aku kat atas tuh, itu monolog aku bila first time dapat tau pasal berita nih. 





Saturday, February 9, 2013

SKYTREX ADVENTURE PARK, SHAH ALAM

Tak tahu nak buat apa time cuti panjang? Buntu tak tahu nak pergi mana time weekend? Malas nak bersesak-sesak di mall-mall atau di jalan raya? Tapi, inginkan aktiviti luar (outdoor) yang dapat menguji ketahanan mental dan fizikal. Satu tempat yang boleh aku cadangkan adalah Skytrex Adventure Park, Shah Alam.


Tak pernah dengar atau tak pernah tahu? Aku pun sama. First time dengar, meng"Google" jugak lah cari. Nak tahu jugak,apa yang ada, kat mana lokasinya. Cari punya cari, jumpa lah sedikit-sebanyak maklumat yang diperlukan. Bila tengok video-video yang ada, fuuuuh! Eksited la pulak nak pergi. Terima kasih Nuffnang untuk jemputan, kasik chance kat aku merasai sendiri pengalaman best di Skytrex.


Paling penting untuk first timer macam aku adalah lokasi. Untuk sape-sape yang berhajat nak try perg ke Skytrex, alamat adalah seperti berikut:

SKYTREX ADVENTURE PARK
Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Sekadar berkongsi, di Skytrex ada 3 cabaran yang disediakan iaitu Little Adventure, Big Thrill dan Extreme Challenge. Maklumat untuk setiap cabaran boleh rujuk di bawah. 


Little Adventure
23 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 7 meter
Tulang Naga (Dragon Bones)
Jungkit Arnab (Rabbit Flip-Flop)
Ketinggian antara 3-5 meter
Masa untuk tamatkan cabaran : 30 minit
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.1 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa


Big Thrill
26 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 17 meter
Crazy Zig-Zag
Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle
The Earthquake
Happy Hopper
100 meters Wild Revenge
Masa untuk tamatkan cabaran : 2-3 jam
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.4 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa


Extreme Challenge
34 adventure challenges (Easy to Difficult)
Rubah Terbang (Flying Fox) : 22 meter
Masa untuk tamatkan cabaran : 2-3 jam
Kelayakan Ketinggian Minimum : 1.4 meter
Kelayakan Berat Maksimum : 100kg
Penting: Untuk kanak-kanak berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa


Jadi, pilih lah mana yang berkenan. Budak-budak boleh buat, tak kan kita yang dewasa ni tak boleh kan? Tu je lah motivasi untuk orang-orang gayat macam aku, keh3.


Pelan keseluruhan Skytrex Adventure Park ada dalam gambar kat bawah. Boleh lah rujuk kalau bercadang nak serbu Skytrex di masa-masa akan datang.




Masuk toilet sekarang pun bayar 30sen, inikan pulak aktivit yang best macam ni. Konpem lah kena bayar. Untuk setiap cabaran, bayarannya adalah berlainan. Nasib baik time pergi arituh Nuffnang dan pihak Skytrex sendiri yang sponsor. Terima kasih daun keladi, kalau boleh jemput lagi, hoho.

Little Adventure (LA)
RM 35.00

Big Thrill (BT)
RM 45.00

Extreme Challenge (XT)
RM 55.00

Untuk event tempoh hari, aku pilih untuk buat Extreme Challenge. Baru syok, alang-alang nak try, pilih yang paling mencabar. Lebih kurang 30 bloggers yang telah mengambil bahagian, 15 orang try Big Thrill dan 15 orang lagi try Extreme Challenge.


Setibanya di Taman Botani Shah Alam, kami dibawa menaiki shutter menuju ke Skytrex Adventure Park. Lebih kurang 15-20 minit jugak lah kot kalau tak salah naik bas open air. Torbaikkkkk. Sampai di Skytrex, breakfast dah pun tersedia. Thanks for the sponsor, The Bakery Moments



Lepas breakfast, tibalah masa untuk registration.Kena isi form pasal details peribadi dan surat aku janji. Time ni lah boleh berkenalan dengan bloggers lain sementara tunggu event start. So, ini adalah antara bloggers yang turut serta menjadi tarzan di Skytrex. Awesome




Selesai registration, ada briefing yang dikelolakan oleh Encik Azlan,Managing Director Skytrex. Semua teruja dengar cerita pasal asal-usul Skytrex.


Habis je briefing, kami diberikan gloves dan bottle holder. Semuanya secara percuma. Untuk sape-sape yang nak bertandang ke Skytrex, jangan lupa bawa gloves. Nanti tak pasal-pasal melecet habis tapak tangan time bergayut atas pokok. Kalau tak bawak, jangan bimbang. Gloves ada dijual dengan harga RM3.


Untuk bottle holder, boleh disewa dengan kadar RM2 bersama deposit RM5. Sama juga dengan perkhidmatan locker yang disediakan untuk simpan barang-barang berharga semasa beraktiviti.


Sementara tunggu untuk beraksi, boleh lepak-lepak dulu di pondok yang ada. Time ni lah nak meroyan ambil gambar sini-sana. Apa yang manarik di Skytrex, ada jugak kemudahan untuk mengadakan birthday party ataupun team building.


Get ready! Sebelum tuh, kena pakai Personal Protective Equipments (PPE) iaitu harness. Macam pakai underwear pun ada, LOL.


Ingat dah siap pakai PPE dah boleh start. Rupanya, ada lagi briefing macam mana nak guna clips yang ada pada harness.Apa yang penting? Pastinya keselamatan. Kena pastikan clips dikunci dengan baik untuk setiap station sebelum melakukan sebarang aksi. Nanti, tak pasal-pasal jatuh.


Cabaran pertama, mendaki tangga setinggi 22 meter. Perghh, gayat nak mampus. Tapi, bila tahu harness dan clips akan tampung badan kita kalau jatuh, jadi konfiden la panjat laju-laju. Paling best di Skytrex adalah flying fox. Lebih 5 kali kot sepanjang trex, itu memang best.


Kalau nak cerita satu per satu setiap cabaran yang ada di Skytrex, aku rasa tak habis 7 hari 7 malam. Jadi, layan je lah setiap gambar yang ada. Berusah gigih aku snap dari ketinggian 22 m atas pokok. Walaupun tangan dah menggigil, kuatkan semangat jugak untuk snap sebagai kenang-kenangan. Lagipun, keseronokan dan kegembiraan di Skytrex tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Layan.....









Ni last challenge, macam jaring nak perangkap gajah je aku tengok, LOL. Hah, amacam? Dah tengok kan sedikit-sebanyak cabaran yang ada untuk Extreme Challenge, Skytrex. Ada bran nak mencuba? Selamat mencuba la ye.


Tahniah kepada kawan-kawan bloggers yang berjaya menghabiskan cabaran Skytrex. Anda memang awesome! Madi dan Daniel lah sumber motivasi aku.Dorang boleh buat, tak kan aku tak boleh kan? Walaupun sedikit gayat, tangan pun dah terketar-ketar penat. Aku gagahi juga untuk tamatkan cabaran. Salute sama Izzatiee, cayalah ambil Extreme Challenge bersama kitorang.


Lagi satu yang special, habis je program tup tup dapat sijil penghargaan daripada pihak Skytrex Adventure Park. Terima kasih kami ucapkan. Layanan anda memang terbaik! Siap dapat sijil bagai.


Satu je nak kata, tak rugi klu nak try pergi Skytrex. Memang lah mahal, tapi for once in a lifetime, aku rasa berbaloi. Keseronokan yang ada kat sana, tak mungkin korang akan dapat kat mana-mana shopping complex mahupun di depan laptop menghadap facebook, keh3.


Cerita tentang pengalaman rakan-rakan blogger yang lain boleh klik di link di bawah ni:
 Nak tengok gambar-gambar aku macam tarzan, kat blog Nuffnang banyak. Klik sini : Taking Over The Forest Canopy #NNSkytrexAdventure


Cukuplah perkongsian untuk event kali ni. Memory saved!
Terima kash kepada semua, see you again in the next event.


Event ini ditaja sepenuhnya oleh Nuffnang

For more details, visit : Skytrex Adventure Park





Friday, February 8, 2013

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : EPISOD 6

Alam Wakaka dan Arjaa Lee

Huh, nasib baik ada gambar kenang-kenangan bersama juara Episod 6 Fear Factor Selebriti Malaysia semasa event House Challenge Bloggers Edition, Sunway Pyramid. Apapun, tahniah diucapkan kepada Arjaa Lee dan Alam.


Episod 6 kali ni agak "panas" dek provokasi yang dilemparkan oleh Gambit kepada peserta-peserta lain dalam Cabaran 2 Fear Factor Selebriti Malaysia. Katanya, "saya pasti ada yang akan lemas" selepas berjaya melakukan aksi dalam masa yang ditetapkan. Padahal, takde lah pantas sangat pon. Kemonlah, aku yang dengar pun berdising telinga. Moral of the story, kot ye pun kita hebat, tak perlu nak merendahkan kebolehan dan kemampuan orang lain.


Episod 6
Cabaran 1 : Kereta tergantung dan bendera


Lokasi untuk Episod 6 bagi Cabaran 1 adalah di Waterfront. Untuk aksi ini, wakil untuk setiap pasukan perlu hantar wakil untuk berlawan dengan wakil kumpulan yang lain secara 1 vs 1. Cabarannya adalah mengutip bendera yang diletakkan di kereta yang tergantung.

Untuk cabaran 1, Alam dan Arja Lee mencatat masa terpatas iaitu 48 saat. Macam biasa, peserta yang mencatat masa terpantas akan diberi imuniti untuk tidak beraksi di cabaran 2. Namun, kali ini Arja Lee dan Alam sepakat menyerahkan imuniti mereka kepada Hafizul dan Hefny yang gagal menyempurnakan cabaran dalam cabaran 1 kerana terjatuh semasa beraksi menyelesaikan cabaran.

Selain Alam dan Arja Lee, peserta yang menang imuniti adalah Dazrin dan Hairul serta Ajak Shiro dan ELfira Loy. Nampaknya, mereka memilih untuk tidak beraksi dalam cabaran 2.


Cabaran 2 : Balang air dan penyelam

 

Lokasi untuk Episod 6 bagi Cabaran 2 adalah di Maiden's Cove.Untuk cabaran 2, 3 balang berisi air disediakan. Balang 1 berisi ketam, balang 2 berisi belut dan balang 3 berisi blok kayu bulat. Peserta yang tidak melakukan aksi cabaran 1 perlu melaksanakan tugasan kali ini dengan kaki diikat dan kepala ke bawah. Pasukan yang mencatat masa terpantas akan diumumkan sebagai pemenang mingguan, merebut RM10,000.

Cabaran kali ni agak mudah ditonton, tapi aku yakin susah untuk dibuat. Mana taknya, bila kepala ke bawah, kaki ke atas, kena selam dalam air macam tuh dan perlu ambil ketam, belut dan kayu calit kuning dengan cepat dan masukkan dalam kotak yang disediakan di sudut tepi peti. Kalau lambat, konpem lemas.

Juara Mingguan
  Alam
Arja Lee

 
Peserta yang tersingkir
  Azri AF
Atu Zero


Credit photo : Fear Factor Malaysia

Siaran ulangan Fear Factor Selebriti Malaysia pada hari Ahad, 100-200 petang di Astro Ria

  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||
|| Profile peserta || Selebriti Fear Factor ||
|| Koleksi video Mingguan || Episod Mingguan ||

Cabaran Mingguan
 





Sunday, February 3, 2013

SAMSUNG ECO BUBBLE

Ce korang tengok video kat bawah ni, dengar kata semasa pihak Samsung menjalankan projek penggambaran untuk iklan produk terbaru mereka, ada tetamu istimewa yang datang. Nak tahu sape? Jom usha dulu video nih.





Hah, dah tahu kan siapa tetamu istimewa yang dimaksudkan? Aku ingat, Samsung ni pandai keluarkan produk televisyen, telefon pintar (smartphone) dan tab je, rupanya mesin basuh pun dia balun sekali. Cayalah. Inilah iklan terbaru untuk produk Samsung Eco Bubble.


Rupanya, tetamu yang dimaksudkan dalam video adalah beruang. Beruang yang muncul secara tiba-tiba, datang ke lokasi penggambaran untuk basuh bulu, LOL. Bagi aku, video ni cukup kreatif, short and simple, but meaningful. Kalaulah beruang betul-betul boleh basuh bulu macam dalam video tadi, aku konpem kedai-kedai dobi makin maju. Slumber dek je buka bulu macam buka baju untuk dicuci. Guna washing machine pulak tuh, kah3. Nak tunjuk mesra alam punya pasal.



Apa yang dimaksudkan dengan Eco Bubble? 

Ecobubble merupakan teknologi baru yang digunakan dalam menghasilkan mesin basuh yang berteknologi tinggi tetapi mesra alam. Fungsi adanya Ecobubble teknologi adalah untuk melarutkan detergen dalam larutan air serta membekalkan udara untuk menghasilkan buih-buih yang dapat menghasilkan cucian yang berkesan. Ecobubble juga merupakan teknologi yang mesra alam kerana hanya mencuci pakaian pada suhu 15°C dan dapat menjimatan tenaga dengan hasil yang berkesan. 

Setakat ini, terdapat 17 produk Eco Bubble yang ditawarkan daripada pihak Samsung untuk pengguna di luar sana. Untuk mengetahu ciri-ciri lebih lanjut untuk setiap produk, boleh rujuk di sini : Samsung Eco Bubble List


Secara ringkasnya, ciri-ciri revolusi yang ada pada Samsung Eco Bubble adalah seperti berikut:


Teknologi mengurangkan bunyi
Sensor yang berteknologi tinggi untuk mengurangkan bunyi dan getaran

Motor yang efisien dan tahan lasak
Digital Inverter Motor yang dapat mengurangkan pembaziran tenaga dan tahan lasak.

Diamond drum
Direka khas untuk menghasilkan cucian yang berkualiti. Rekaan khas ini dapat menjamin kualiti pakaian dan fabric semasa proses mencuci

Anti-limescale Heater
Mengurangkan mendapan Kalsium/detergen semasa cucian dan membolehkan heater tahan lebih lama

15-minute Quick Wash

Program mencuci pakaian yang cepat dan singkat, hanya 15 minit dapat membantu pengguna yang kesuntukan masa dalam urusan sehari-hari untuk mencuci pakaian. Untuk yang berkelapangan, tempoh cucian 20, 30 atau 40 minit boleh dipilih mengikut keselesaan dan kepuasan.

A+++ energy efficiency
Teknologi Ecobubble dianugerahkan Top-Class Energy rating A+++ membuktikan teknologi yang digunapakai oleh Samsung dalam penghasilan mesin basuh Ecobubble diiktiraf di peringkat dunia


Wide door for easy access
Dengan keluasan pintu mesin basuh, 20% lebih besar untuk model-model tertentu, semestinya dapat memudahkan urusan mencuci pakaian


My Cycle
Touch button yang disediakan untuk memilih tetapan cucian. Data yang disimpan seperti tempoh cucian semuanya disimpan dalam memori untuk memudahkan pengguna memilih kembali tetapan dengan lebih cepat dan sistematik untuk cucian seterusnya


Samsung Home Appliances 5-Year Warranty
Waranti selama 5 tahun? Rasanya, inilah tawaran hebat yang ditawarkan oleh Samsung kepada para pengguna yang berhajat untuk memiliki Eco Bubble


Cukuplah sedikit-sebanyak maklumat penting mengenai produk baru Samsung, Eco Bubble Laundry. Semoga, dengan maklumat yang ada kat sini, dapat membantu akak-akak, abang-abang, tauke-tauke dobi dan sesiapa saja yang merancang nak beli mesin basuh untuk membuat pilihan.

Buatlah pilihan yang bijak! 


Maklumat lanjut, boleh layari website rasmi Samsung

Brought to you by


Sponsored by


Disclaimer: This is a sponsored post by Nuffnang





VIDEO PENUH : FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA


Untuk sesiapa yang takde Astro kat rumah ataupun tak sempat nak tengok episod-episod yang lepas, rasanya anda tak akan terlepas peluang keemasan untuk turut merasakan debaran setiap aksi dan lagak ngeri Fear Factor Selebriti Malaysia yang kini menjadi fenomena di Malaysia!


Berikut merupakan video penuh untuk setiap episod Fear Factor Selebriti Malaysia.
Selamat menonton!



Episod 5 


Episod 6


Episod 7

Episod 8

Episod 9

Episod 10

Episod 11

Episod 12

Episod 13


Hah, boleh la layan Fear Factor Selebriti Malaysia sampai lebam secara online kalau tak berkesempatan nak tengok di kaca TV mahupun tak sempat atau malas nak tengok siaran ulangan, lebih-lebih lagi yang takde Astro.


Notakaki : Entri ini akan diupdate setiap minggu dengan link episod-episod seterusnya dari semasa ke semasa. Stay tune :) 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger