Voluntourism sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

/
11 Comments
"Kelik pah, kelik pah", bak kata orang Kelantan (Baca: pejam celik, pejam celik), dah nak masuk tahun baru 2014. Beberapa hari saja lagi, kita semua akan menyambut tahun baru, 2014 sekaligus menyambut ketibaan para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) atau Visit Malaysia Year 2014 (VMY2014). Untuk tahun 2014, Malaysia mensasarkan seramai 28 juta orang pelancong. Aku pun tiba-tiba eksited nak melancong dalam negara sendiri. 2013 tahun yang bermakna sebab semua negeri di Malaysia sudahpun berjaya dikunjungi. 2014 adalah tahun yang sesuai untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia sempena kempen #VMY2014


Fakta 
  • 18.8 juta pelancong bagi tempoh Januari-September 2013 (Peningkatan 3.3% berbanding 2012)
  • Destinasi ke-4 di dunia yang menjadi tumpuan untuk membeli-belah selepas London, Tokyo dan New York

 Program Adoption Voluntourism Program Pengindahan Pantai Bagan Lalang

Nak hangatkan lagi mood cuti-cuti Malaysia, Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Kuala Lumpur/Putrajaya dan Tourism Selangor tampil dengan inisiatif strategik selaras dengan National Blue Ocean Strategy (NBOS) ke arah memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat Malaysia sekaligus membangunkan industri pelancongan. Program yang dimaksudkan adalah Voluntourism, maksudnya  volunteer + tourism kini bergabung ke arah mempromosikan Malaysia untuk #VMY2014.



 Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU)

Detik bersejarah ini telah berlangsung pada 15 Disember 2013 bertempat di Avani Sepang Goldcoast Resort. Nampak tak? Sekarang NGOs dan Sektor Swasta pun sudah mengambil bahagian dalam memperkasakan industri perlancongan negara. Nak tahu apa yang menarik pasal Voluntourism?

Klik sini dan daftar:



Kalau nak tahu, lima organisasi swasta dan Badan Bukan Berkanun (NGO) yang telahpun menandatangani MoU untuk program kali adalah seperti:
  1. Sepang Goldcoast Resort, Sepang
  2. Syarikat Hiap Teck Venture Berhad
  3. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  4. Kelab Pengakap Malaysia
  5. Malaysia Nature Society (MNS)

Jadi, apa tugas kita? Kalau macam aku, aku pilih Volunsharing sebab boleh share tempat-tempat menarik di Malaysia di laman sosial seperti Blog, Twitter, Facebook, mahupun Instagram. Untuk kempen Voluntourism ni, ada 5 kategori semuanya. So, boleh pilih mana yang rasa berkenan dan dekat di hati
 
1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC)
Kempen memelihara  alam sekitar mencapai misi Green & Clean 
  
1Malaysia Volunsharing
Perkongsian di social media

1Malaysia Voluntutoring
Memberi latihan keada pengusaha homestay ataupun penduduk kampung
 
  
1Malaysia Master Chef
Mengajar kemahiran masakan dan kulinari

1Malaysia Event
Semua event 1Malaysia

Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia (SMCC1M)

Terima kasih diucapkan kepada Kak Ana dari M-Mode untuk jemputan kali ini. Akhirnya, setelah terlepas beberapa trip ke Lembah Bujang, Cherating, dan Kuala Selangor atas sebab waktu bekerja, kali ini berpeluang untuk turut serta Sahabat Media ke Goldcoast, Sepang. Jadi, officially aku join Sahabat Media. Harap-harap, ada lagi trip-trip yang best next year.



Tu dia, happy sakan muka dorang ni di majlis pelancaran program Voluntourism. Masing-masing excited nak cuci mata nak tengok keindahan di Bagan Lalang, Sepang.



Antara muka-muka blogger yang turut serta untuk trip kali ni, Khai, Syukri Tahir, Erry, Maryam, Lia dan Ieda. Ada yang dah kenal, ada yang baru kenal. Apapun, salam perkenalan.




Avani Sepang Goldcoast Resort, Sepang

Ini kali pertama aku sampai di Avani Sepang Goldcoast, Sepang. First impression, perghhhh. Cantik jugak tempat nih. Tengok resort dalam air, nyaman je rasa. Tak percaya? Ce pergi tengok sendiri. Tak berkesempatan nak pergi, boleh usha-usha gambar yang sempat dirakam tempoh hari. Enjoy :)





Menarik tengok struktur bumbung di sini. Ada yang macam bentuk bumbung tepee Red Indian. Teringat time pergi ke Eagle Ranch Resort, Port Dickson Oktober lepas.




Apa yang menarik di sini, pengunjung boleh naik buggy ataupun berbasikal untuk ke bilik resort masing-masing. Amacam? Best tak? Kalau ada peluang dan ruang, aku rasa Avani Resort akan jadi salah satu tempat pilihan untuk bercuti.


Alang-alang dah sampai, tak lengkap rasanya kalau tak bergambar kenang-kenangan. Ye dok? Jadi, ayuh lah kita possing sikit ala-ala model terbuang, kah3.


 
Kalau rasa nak bercuti dan tenangkan fikiran, boleh datang sini
Tak mampu ke Goldcoast Australia, kita ke Goldcoast Sepang
Only in Malaysia

Avani Sepang Goldcoast Resort, 
Bagan Lalang, Sepang, 
Selangor Darul Ehsan

Website:


Setakat ni saja untuk perkongsian kali ni. Untuk entri berikutnya, aku akan kongsi kenangan manis melawat ke Banghuris Homestay, Bagan Lalang. Satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi dan macam-macam aktiviti best yang boleh dibuat. View pun memang cantik kalau nak bergambar. 



You may also like

11 comments:

  1. Replies
    1. sabar bro, time ni x jumpa lagi
      tunggu gua tempek besar-besar gambar di entri Banghuris Homestay nanti,haha

      Delete
  2. haha.. salam perkenalan khairul anuar. =) #thanks for extra pic tu. hehehe. =) moga kita dapat berjumpa lagi , ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan Maryam..
      ye, harap dapat jumpa lagi di trip-tip akan datang

      Delete
  3. sebenarnya aku tak puas kat aVani tu... tak sempat nak amik gambar puas2... singkat sangat... btw... masa korang mkn2 tu aku sorg2 pegi pantai snap gambar... dapatlah sekeping 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bro, klu sempat berbasikal ke resort tu baru puas hati..
      kena pi lagi nih next time..
      patutlah ada gambar cantik menarik, sempat ke pantai rupanya

      Delete
  4. jom join. 2014 dah dekat sgt ni.

    *agensi mane yg buang 'model' ni? tak baik membazir.
    hihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom join.. kategori volusharing pun dah ok
      agensi pak dollah, kah3

      Delete
  5. memang lawa Gold Coast Reasort ni.. teringin nak pegi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah.. teringin nk try menginap kat situ..
      cambest je suasana

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...