Makan malam 20 sen

/
8 Comments
Bila fikir-fikir balik, dah lama tak makan sedap-sedap di Restoran Sri Kelantan yang terletak di bawah flat tempat aku tinggal. Teringin la pulak nak makan tomyam ke, nasi goreng kampung ke, kuew teow kungfu ke time lapar-lapar macam ni. Berbaju hijau #TSDayOut dan berkain pelikat petak-petak, aku pun ambil sekeping note RM20, kunci rumah dan telefon bimbit terus menapak turun dari tingkat 6.


Sampai-sampai, aku terus duduk menghadap tv layan cerita Jackie Chan. Tak sampai 2 minit, akak dah tercegat di sebelah meja nak ambil order. Belek-belek menu tak tahu nak makan apa. Secara spontan tunjuk itu, tunjuk ini.

Kerabu campur

Tomyam campur

Nasi putih

Teh O ais 


Makan kat sini best sebab satunya cepat, ke-duanya memang sedap. Dah la dekat. Tengah kusyuk tengok cerita Jackie Chan, makanan yang dipesan dah pun sampai untuk diNGAPPP. Dengan lafaz bismillah, aku pun snap la gambar kerabu campur dulu sebagai kenang-kenangan, lol. Ok, jom makan....

Makan...


Makan...


Tengok tv...


Makan...


Makan...


Minum...


Tengok tv...


Blurpppp, kenyang...


Biasanya, lepas makan aku bangun pergi bayar di kaunter. Malam ni rasa malas nak bangun gi bayar. Panggil akak tuh suruh kira berapa harga. Dia tekan kalkulator tup tap tup tap, RM11.20. Aku hulur sekeping note RM20 tadi.


Lama jugak akak ni duk kira-kira duit di kaunter nak bagi balance. Ada dalam 3 minit duk tunggu. "Terima kasih", sambil dia hulur duit kertas dan syiling. Aku pun beredar dengan muka happy sebab kenyang. Blurpppp, alhamdulillah untuk rezeki malam ni.


Dalam duk tengah berjalan tuh, sempat aku duk kira-kira duit. Tengok kelibat duit kertas warna merah, warna hijau, warna biru, dan syiling. Eh, banyak pulak duit baki malam ni. Kira punya kira, duit di tangan berjumlah RM19.80. Aish, biar betul. Setan kat sebelah duk bisik-bisik dah,"pergi je, buat donno je, ambik je, balik je, watlek wat peace je".


Mungkin ini ujian bagi aku. Dengan konfiden aku patah balik, berjalan pergi cari akak tu dan cakap, "kak, balance lebih ni tadi. Bagi RM20, kenapa banyak pulak balance?". Aku hulur RM10 dan akak tu tersipu-sipu malu sambil angguk-angguk.


Kesimpulannya, kalau aku buat dek je tadi, makan malam hari ni adalah makan malam paling murah di dunia. Hanya 20 sen, dapat tomyam, kerabu campur, nasi dan air teh o ais. Mana mau dapat bhai? Moral of the story, ujian itu tak perlu besar, payah ataupun susah. Kadang-kadang, benda-benda yang simple/kecik macam ni pun dah jadi ujian buat kita. Semuanya bergantung kepada kita untuk hadapi ujian yang kita alami macam mana. Puii,berfalsampah pulak dah malam-malam ni. Padahal masih nak tergelak waka waka dengan tragedi malam ni. Adeh, geli jasad golgi.


Begitulah, al-kisah 20 sen. Sanggup eh baca sampai habis? Kalau ada yang baca lah kan, hehe. Apapun, sama-sama kita ambil pengajaran dan iktibar agar bacaan kisah entah apa-apa ni tak sia-sia. Pertama, semoga kita sentiasa dibimbing untuk terus berlaku jujur dalam apa jua keadaan sekalipun. Dan ke-dua, manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kalau salah ataupun silap, kita sama-sama perbetulkan. Mungkin lepas ni, akak tuh akan berhati-hati nak bagi balance kat aku lain  kali kan? Kah3.



Notakaki: Saya bayar RM20,akak bagi balance RM19.80. Saya pulangkan balik RM10, saya pulak jadi berhutang dengan akak RM1 lagi. Aish, pening ahhh *baca gaya Syuib SepahTu* Esok la pi hantar. Pandai akak ni main teka-teki. Seb bek si Amir ni gigih kira.Kalau tak dah berhutang RM1 dengan akak tu. "Hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut"


You may also like

8 comments:

  1. Harga total Rm11.20, pastu kat tangan mu lonih ada Rm9.80 la lepas mung wi semula ko kakak tu Rm10.. Tapi ternyata mung masih belum membayar RM1 lagi.. terlebih lagi RM1 di tangan mung tuh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mir,mu komen buat aku gi kiro balik duit atas meja..
      ternyata, ada RM9.80..
      RM1 lagi kena buat gi esok pulok,haha
      jadi kijo molek,hahahahaha

      bila matematik jadi complicated, lol

      Delete
  2. kedai bawah penara ke? haha aku suka makan yg depan futsal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah,kedai di blok B yang tepi sekolah tu
      kedai depan futsal yg ada gerai satay tu pun not bad, sedap jugak

      Delete
  3. wehhh insaf!!! serius !! kalau kau terus je tu dah jadi haram ke acamner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu terus balik, tapi dah tahu baki tu lebih memang haram la bro
      dah bukan hak kita, makan free pulak tu, duit baki -plak extra, jadi darah daging nanti susah woo..

      sama-sama beringat :)

      Delete
  4. bila nak belanja aku tomyam?? nyum nyum nyum...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...