Cerita pasal vespa ni kan, tiba-tiba aku teringat cerita dulu-dulu... Time kecik-kecik, aku pernah naik vespa. Bukan pergi bersiar-siar, tapi terkejar-kejar pergi klinik. Menurut tukang cerita lah, time aku kecik-kecik dulu, ada beruk belakang rumah berkenan sangat hah dekat aku. Dia peluk aku erat-erat ingat aku ni anak patung ke apa. Mak mana tak sayangkan anak kan? Lantas mak aku jadi supermom pergi kat beruk tuh, lalu menyelamatkan aku dengan penuh keberanian. Kalau tak, dah lama aku jadi arwah. 


Alhamdulillah, selamat. Cuma, ada luka di tangan sebelah kanan dan luka di kepala. Berdarah jugak la tangan dan kepala. Sampai ke hari ni, parut itu masih kekal. Nasib baik lah orang tak panggil aku dengan gelaran "Nuar Beruk", kah3. Tapi, moral of the story, parut yang ada di tangan dan kepala aku ni lah, bukti betapa sayangnya mak aku kepada aku. Aku bawak parut ni ke mana-mana aku pergi, bermakna aku bawak semangat beliau di mana jua aku berada. Adeh,meleleh pulak mata aku ni hah. Masuk habuk :)  


Satu lagi cerita pasal vespa ni, time aku dan beliamuda ke Penang dulu, terserempak dengan sorang brader ni naik vespa merah. Fuyoh, cayalah. Gigih aku ambik telefon, cepat-cepat snap photo dan share di instagram. Bukan apa, kagum bila tengok anak muda bawak vespa. Lain dari yang lain. Kalau aku dapat sebuah vespa, seronok jugak bawak pi merayap satu Malaysia, keh3.




Dan lagi satu cerita pasal vespa ni. Aku tengok kat blog aku nih sekarang ada satu iklan menarik duk vroom vroom di kotak iklan. Kalau korang dapat tangkap, klik je lah tengok sendiri. Menarik jugak bila vespa warna kuning. Aku tengok ada tulis "60 Vespa 60 Days". Aish, mengancam. Aku pun klik lah iklan, nak tahu lebih lanjut. Jangan klik iklan banyak kali pulak ye, nanti dikira fraud click, lol.


Hah, rupa iklan dia macam ni lah. Kalau nak tengok versi yang bergerak, vespa duk vrooom vrooom ke sana ke mari, boleh klik iklan cute ni. Oh, iklan dari pihak DiGi Telecommunications Sdn Bhd rupanya. Jadi, kalau korang pengguna Prepaid / Mobile Internet DiGi, boleh la mencuba nasib dapat vespa seketul.


Dengar cerita, kalau guna DiGi, dapat Unlimited Internet Surfing & Social Messaging. Betul ke? Aku ni, masih lagi guna prepaid. Bila entah nak tukar ke postpaid atau pakej unlimited internet. Bukan apa, tak best kalau tak dapat online walaupun hanya untuk seminit dua. Rasa tak lengkap. Mana tak nya, tak boleh nak berpisah dengan facebook, instagram dan twitter.



Kat sini, aku sertakan sekali langkah-langkah nak join contest ni. Mana tahu, salah seorang dari kita akan menang vespa. Boleh pergi merempit. Bawak aku sekali ye.



Kalau nak peluang menang vespa ni, mudah je. Salah satu cara, bila kita subscribe mana-mana pakej internet DiGi. Tak kira lah, Mingguan RM7 ke, Mingguan RM15 ke ataupun yang Bulanan RM18. Nak mudah? Hah, ce Dial *116#, konpem akan tahu lebih lanjut pasal ni.



Tapi, kena cepat weh. 60 hari je kempen vespa ni berlangsung.Nama pun DiGi "Win 60 Vespas in 60 Days".Jadi, sepanjang tarikh 2nd Sept - 31st Oct 2013, korang boleh cuba subscribe internet DiGi dan berpeluang untuk menang vespa. Seronok jugak nih, internet boleh guna, peluang nak dapat kan vespa pun dapat juga. Aish, sambil menyelam minum air ni. Cun!


Maklumat lanjut, apa kata korang vroom vrooom ke sini jap
DiGi

Disclaimer: This is a sponsored post  
#TSDayOut 

Mungkin ada lagi yang tertanya-tanya apa itu #TSDayOut kan? #TSDayOut ni sebenarnya bermaksud Tourism Selangor Day Out. Aktiviti bulanan yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor dalam rangka mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar Selangor. Aktiviti  yang best-best ni bukan terbuka kepada bloggers saja, semua orang pun boleh join. Kalau berminat nak turut serta, boleh bagi je details ke http://tsdayout.my/ untuk event seterusnya.
 

Setakat ni, sudah dua kali aku berkesempatan dan berpeluang untuk menyertai #TSDayOut iaitu  #TSDayOut FRIM Kepong (klik sini) dan #TSDayOut Skypark, Subang (klik sini). Alhamdulillah, untuk bulan September, sekali lagi shortlisted  among 40 paticipants   untuk menyertai #TSDayOut Special Edition. Excited, sebab kali ni event outdoor iaitu Battlefield Live. Nak tahu seronok ke tak? Kena lah baca cerita aku ni sampai habis.


Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat

Lokasi untuk event #TSDayOut Special Edition : Battlefield Live Malaysia adalah di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Ini kali pertama aku sampai ke Hulu Langat. Nampaknya, banyak tempat yang perlu diteroka di Hulu Langat. Antaranya, kolam air panas, Sungai Congkak, Gunung Nuang dan banyak lagi tempat-tempat untuk mandi-manda. Tahu ni pun, sebab tersesat masa nak cari lokasi untuk #TSDayOut,lol.

 

Setelah makan buah langsat 1kilo (sesat),akhirnya kami tiba di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Pertama kali menjejakkan kaki di sini, aku dah mula jatuh hati dengan keindahan dan keunikan tempat ni. Tengoklah, chalet dan kolam yang ada dalam resort ni. Memang menarik. Tak kurang hebatnya dengan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti wall climbing, flying fox, water rafting dan campsite untuk program-program perkhemahan, team building dan sewaktu dengannya.


Pendaftaran & Breakfast

Lebih kurang 8:30 pagi, kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Molek benar lah, kami pun tak sempat breakfast sebelum bertolak ke sini. At least, dapat alas perut sebelum meneruskan aktiviti bertempur di medan perang.


Seperti biasa, semasa pendaftaran peserta akan diberikan satu badge untuk tulis nama dan sehelai t-shirt. Kali ini, nampaknya color hijau ala-ala askar. Mungkin mengikut tema untuk masuk hutan dan berperang.

Credit: MahaMahu
Makan sudah, register pun sudah,kini tiba giliran untuk transform uniform. Ayuh, get ready untuk masuk hutan. Sebelum itu, kita snap gambar dulu tanda kenang-kenangan. Layan.....




Credit: MahaMahu
Hah,macam mana dengan Nur Lembah Pangsun Eco Resort? Cantik dan menarik memang da bomb bukan? Kalau nak buat program team building ke, kem motivasi ke, camping ke, boleh la jadikan tempat ni sebagai salah satu cadangan atau destinasi pilihan.


  Battlefield Live Malaysia

 

Selesai breakfast dan registation, kami dibawa untuk menuju ke Battlefield dengan menaiki van Tourism Selangor. Perjalanan dari Nur Lembah Pangsun ke Battlefield mengambil masa lebih kurang 10 minit.



Setibanya di Battlefield, semua terpesona dan terpaku dengan kawasan yang bakal kami bertempur. Cukup indah dan segar dek kehijauan hutan tropikal. Ada kawasan berbukit, semak-samun dan paling menarik siap ada sungai bagai. Perghhh, memang nyaman dan menenangkan.


 

Alang-alang tunggu pihak Tourism Selangor duk setting banner dan bunting, kami ambil kesempatan untuk snap photo. Memang tak dapat dinafikan, blogger dan kamera tiada tepisah.

Credit: MahaMahu

Bergambar ni sebenarnya penyakit berjangkit. Hah, tak percaya ce tengok, Dari 4 orang terus jadi empat belas orang, wakakaka. Ini lah salah satu sebab sesuatu event jadi meriah dan menyeronokkan.Kenal tak kenal belakang kira, yang penting semua sporting.

Credit: MahaMahu
 
 Weapons

Mesti ada yang tertanya-tanya, Battlefield ni macam mana kan? Kalau nak tahu, format Battlefield memang lain dari yang lain. Kalau Paintball famous dengan aksi bertempur dengan memakai Personal Protection Equipment (PPE) dan lebam-lebam, Battlefield tidak.Laser tag main dalam bangunan dan bilik gelap, Battlefield tidak.


Battlefield masih lagi kekalkan format bertempur dan berperang, taktikal dan strategy untuk mengalahkan pihak lawan, cuma bezanya weapons yang digunakan adalah lebih canggih dan real. Tak percaya? Cuba tengok sendiri sebahagian weapons yang sempat dirakam di lokasi pertempuran.



Ini cuma sebahagian daripada weapons untuk Battlefield. Kalau nak tengok senarai penuh weapons (klik sini)dan korang boleh rasa dan tengok apa keistimewaannya. Pendek kata, macam main Counter Strike di alam nyata.

Credit: MahaMahu
Sebelum  bertempur, sempat jugak usha-usha senapang yang ada. Prektis, keh3. First time angkat, fulamak. Berat jugak.Macam senapang real. Cuma yang ini tak guna peluru betul atau peluru kapur, hanya guna laser. Weapons ni diberi nama SATR stands for Small Arms Transmitter Receiver. 


Founder

Di sebalik adanya Battlefield Live in Malaysia, pasti ada pendokongnya. Kalau nak tahu, Mejar Shafiee bin Sulaiman merupakan pengasasnya. Beliau lah yang bagi briefing pasal Battlefield dan mission yang bakal kami tempuhi untuk #TSDayOut. Beliau merupakan pesara Angkatan Tentera Malaysia.Beliau mendapat pendidikan dalam KAT, Management (UM),Diploma in Strategic Studies(UM),INTERFET(AUS) dan psc.

Credit: http://foodnframe.com/
Mejar Shafiee bin Sulaiman telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 27 tahun dalam Renjer Corps sebelum bersara pada Mei  2012.  Antara tugas beliau sewaktu berkhidmat dengan ATM adalah Parachute Brigade (1990-2000) dan juga berkhidmat di National Defence University  Malaysia (UPNM).


Beliau mula mengasaskan Battlefield Live pada tahun 2010. Pada 11 November 2011, SATR iaitu gaming gun berjaya didaftarkan. Battlefield mula dilancarkan dan diperkenalkan kepada orang awam mulai January 2012. Lokasi ibu pejabar Battlefield Live Malaysia adalah di Seksyen 15,Shah Alam, Selangor.

Misi
2012
Boosting awareness in Malaysia
2013 
Seek an alliance that's a win/win. 


Missions

Setelah mendapat penerangan daripada Mejar Shafiee bin Sulaiman, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli. Untuk Battlefield kali ini, kami diberikan 3 Missions yang melibatkan 5 games. Dan aku, diletakkan dalam team Bravo.


Mission 1
Battle Box
Untuk mission pertama, Bravo menentang Delta. Untuk mission ni kami diberi masa selama 15 minit. Untuk menang kami kena:
1) Bunuh Kapten (Game over)
2) Kapten kena rampas battle box dari kubu pihak lawan (Mission Accomplished)


Tapi sayang, untuk first round, Kapten kami diserang hendap dan ditembak. Untuk second round menentang Delta, Kapten kami semua selamat, battle box tak berjaya dirampas selepas 15 minit. Dan akhirnya kami menang dengan kiraan jumlah Kill. Keseluruhan, Delta dapat advantage sebab berjaya bunuh Kapten Bravo dalam first round.


Mission 2
Medical Box
Untuk mission 2, Bravo menentang Alpha.Untuk first rounf, Bravo ditugaskan menjadi attacker manakala Alpha kena bertahan di kubu dan mengawasi medical box daripada dirampas. Untuk first round, Bravo berjaya bunuh kapten Alpha dan kami menang untuk first round.


Untuk second round, kami ditugaskan sebagai defender. Dalam masa 15 minit, kapten kedua-dua pasukan selamat dan medical box tak berjaya dirampas, akhirnya pemenang ditentukan mengikut bilangan kill. Kali ini, Bravo kalah tipis 3-4 kepada Alpha. Namun, advantage kepada kami kerana berjaya bunuh kapten di round pertama. 


Mission 3
Last Man Standing
Peringkat akhir, Alpha bertemu Delta untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Manakala, team kami, Bravo bertemu Charlie untuk penentuan Juara dan Naib Juara. Format kali ini agak berbeza. Pemenang ditentukan berdasarkan jumpah ahli kumpulan paling sikit terbunuh dalam masa 10 minit pertempuran.

Credit: http://foodnframe.com/
Credit to #TSDayOut official photographer, Nigel for the awesome phot. Time ni duk tengah berperang di pusingan pertama Mission 1. Cuak gila kot nak berperang. Tak tahu musuh duk menyorok celah mana. Nak tembak pun, tak nampak musuh. Oklah, first game pun dah berjaya bunuh 2 orang. Not bad for the first timer,hehe.  Tapi, untuk Misson 2 dan Mission 3, aku kantoi awal. Gugur di medan perang, sob3.


Credit: MahaMahu
TIPS: Kalau nak join Battlefield Live, jangan lupa bawa first aid. Mana tahu ada yang tergelincir jatuh dalam sungai dan luka ke, ataupun terseliuh ke, at least ada ubat nak sapu. Sediakan payung sebelum hujan.


Tea Break

Credit: MahaMahu
Lepas tamat game final, kami berangkat pulang ke Nur Lembah Pangsun Eco Resort untuk tea break dan seterusnya majlis penyampaian hadiah dan penutup untuk #TSDayOut Edisi Khas.


Kalau makan tengah hari kami dihidangkan dengan juadah nasi ayam di dalam hutan sambil berperang, untuk tea break juadah yang disediakan adalah bihun sup. Apapun,  layan.... Rezeki jangan ditolak :)


Prize Giving Ceremony

Kini, tiba detik yang ditunggu-tunggu untuk majlis penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ke-3, ke-2 dan juara. Ce teka team mana jadi Champion? Ce teka team gua, Bravo menang nombor berapa? Ok.. Tak payah nak berteka-teki sangat, scroll down dan tengok je gambar kat bawah k. Cekidout....


Champion
Team Charlie
Credit: http://foodnframe.com/

1st Runner Up
Team Bravo
Credit: http://foodnframe.com/

2nd Runner Up
Team Delta
Credit: http://foodnframe.com/
Tahniah kepada semua pemenang. Kepada Team Alpha, jangan bersedih ye. Apapun, kita patut bangga dengan fighting  spirit dan experience yang kita dapat. Oyeah!!!!


Bravo


My aweseome teammates, Adam dan Bulat. Cayalah dengan dorang ni. From Zero to Hero. Walaupun kalah first game, tapi kami terus bangkit untuk meraih pingat perak. Good job guys. Rasanya, team Bravo makin kuat bila Dian join the team. Ye lah, dari 9 orang, kini dah cukup 10 orang. Strategi pun berubah, semangat makin bertambah, akhirnya dapatlah no 2. Well done. Clap3x


#TSDayOut Special Edition Family

Credit: http://foodnframe.com/

Akhir kata, nice to meet all of you guys. Semoga ketemu lagi di #TSDayOut akan datang. Thank you so much Tourism Selangor for the experience. Kalau diberi kesempatan dan peluang, boleh pergi bertempur lagi next time, inshaAllah.


Kami sudah,anda bila lagi?


Tempahan Battlefield Live Malaysia

Kalau berminat untuk cuba Battlefield Live Malaysia, nak tukar selera dari main paintball ataupun laser tag ke Battlefield yang pasti lebih mencabar dan mendebarkan, boleh dapatkan informasi lanjut seperti yang ada kat bawah ni.


Antara medan tempur untuk Battlefield Live Malaysia selain Nur Lembah Pangsun adalah seperti berikut:
Nur Laman Bestari
Nur Sg Merab
Isi Rimba
Kelumpang resort
KClub Melewati
Own place

Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan boleh hubungi

Alamat
A19-3A, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000,
Kajang , Selangor.

Phone
 +6 03 8740 3307
+6 03 55 123 789

Direct line
016 716 2088

Fax
6 03 55 234 789;
 
Email
battlefieldlive.my@gmail.com
 

Untuk maklumat lanjut:
http://www.battlefieldlivemalaysia.com/ 


Notakaki: Kalau tanya aku, prefer paintball atau laser tag atau battlefield? Jujur aku jawab, Battlefield is the best. Sebab feeling pegang senjata berat, naik turun bukit, menyelinap dalam semak, merentasi anak sungai, fuyoooh. Ohsem bak ang. You should try this! Highly recommended. Dua tiga hari ni, ramai yang duk tanya pasal Battlefield. Kalau berminat nak pi main, jom ah. Aku nak join sekaki. Syok jugak pi main Battlefield. Lepas perang, boleh mandi sungai :)


Nampaknya, saingan Piala Malaysia 2013 kali ni lain dari yang lain. Sengit semacam je aku tengok. Lebih-lebih lagi, dalam Group C, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Boleh dikatakan, keempat-empat team ni ada kekuatan masing-masing. Peringkat awal, susah jugak nak tentukan team mana yang lepas ke peringkat suku akhir. Akhirnya, kini semuanya dah terjawab. 


 

Kumpulan A
ATM
Sime Darby

Kumpulan B
 PKNS FC
Johor DT

Kumpulan C
Kelantan
Pahang

Kumpulan D
Sarawak 
Lions XII


Kalau tengok kat sini, nama-nama besar macam Selangor, Terengganu, T-Team dan Felda United, dah tersungkur di peringkat kumpulan. Nama-nama baru macam PKNS FC, Sime Darby sudah mula mengorak langkah. Pastinya, saingan di peringkat suku akhir akan dinanti. Oyeah!
 

Sama-sama kita tunggu untuk aksi suku akhir, separuh akhir dan akhi Piala Malaysia 2013. Jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2013,  Jadual perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2013, dan Jadual akhir Piala Malaysia 2013, ada diselitkan kat sini untuk rujukan bersama.


Peringkat Suku Akhir  

Perlawanan Suku Akhir 1
Isnin, 27 September 2013
Selasa, 28 September 2013 

Perlawanan Suku Akhir 2
Jumaat, 4 Oktober 2013

Peringkat Separuh Akhir;  

Perlawanan Separuh Akhir 1
Jumaat, 18 Oktober 2013 

Perlawanan Separuh Akhir 2
Jumaat, 25 Oktober 2013

Perlawanan Akhir
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013
Ahad, 3 November 2013
Semoga Kelantan dapat mara ke peringkat akhir Piala Malaysia 2013 dan seterusnya merangkul kejuaraan. K untuk Kelantan, K untuk Kekalkan Piala Malaysia. Gomo Klate Gomo! All the best TRW. Bias kan entri ni? Memang ah, sebab ambo ore Klate, kena lah sokong Klate, hehe.


Soalan cepu-cemas
Cuba bayangkan kalau Piala Malaysia pergi ke Singapura, adakah tahun 2014 kita akan buat Piala Singapura 2014 di Malaysia? lol #

Notakaki: Mampukah Kelantan kekalkan kejuaraan Piala Malaysia 2012? Kalau nak tahu, time final Piala Malaysia 2012, malam tuh tengok bola dengan family di homestay sempena Majlis Konvokesyen. Lepas menang je, terus sarung jubah dengan jersi TRW, lol. Kira macam hadiah paling awal untuk konvo la tuh, kah3. Nah, kenangan tersimpan kat sini
Kalau korang kaki wayang ataupun kaki tengok drama-drama bersiri tak kira genre dan bahasa, ESCAPE boleh jadi kawan baru korang. Silap hari bulan, boleh jadi best friend korang. ESCAPE tak kan pernah tinggalkan korang bersendirian kebuntuan dan boring tak tahu nak buat apa. Especially, kepada kaki travel ataupun sesiapa saja yang rasa malas nak ke cinema/panggung wayang untuk layan movie.

ESCAPE
You'll Never Be Alone

Pendek kata, ESCAPE ni dah macam cinema mudah alih. Movie/Series semua hanya dalam poket anda. Hujung jari saja, cewah :) Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal ESCAPE, boleh Google je macam kat bawah ni. Kalau nak tahu macam mana nak daftar, boleh baca sampai habis entri ni.


Kalau malas nak Google, meh nak story sedikit-sebanyak pasal ESCAPE nih. ESCAPE ni macam online library, tapi bukan untuk simpan koleksi bacaan seperti novel. Tapi, ESCAPE ni khas untuk kumpul bermacam-macam jenis movies tak kira Hollywood, Korea, Indonesia, Hindi mahupun filem tempatan. Selain tu, ada juga iklan pasal current event, concert, berita terkini dan drama bersiri TV. Semuanya hanya di genggaman kita, iaitu menerusi gajet tak kira smart phone, laptop, tab mahupun ipad.




Kalau rasa tertarik, boleh la baca macam mana nak install dan daftar ESCAPE di gajet kesayangan anda. Mesti teruja punya, sebab macam-macam jenis filem ada. Semua boleh ditonton dengan hanya bayaran 80sen/jam. Tengok hindustan 3jam, baru RM2.40. Hok aloh, murah sangat dah ni.


Macam mana nak install ESCAPE?

Kalau nak install, first skali kena pilih device apa yang korang guna sama ada Androids (Samsung/HTC/Sony/LG) ataupun iOS (iphone/ipad).


Baca bismillah dulu sebelum klik install tuh, hehe


Kemudian, kena jawab soalan cepu-cemas, gajet jenis apa yang korang guna. Klik install then settle!


Macam mana nak register ESCAPE?

Sudah install? Hah, sekarang giliran korang berkenalan dengan member baru, ESCAPE. Pekenalkan diri anda.

Register sama ada melalui facebook account ataupun dengan menggunakan nomber Celcom. Ya, pastikan anda adalah pengguna Celcom macam aku, hehe. Kalau bukan pengguna Celcom, lupa saja hasrat untuk berESCAPE, hehe. Biru saja, kuning, hijau, merah tak nak ye, lol.

Klik START HERE untuk create akaun ESCAPE


Isi maklumat diri. Part password tu, ingat betul-betul. Jangan kasi lupa :)


 Akhir sekali, korang akan terima satu SMS berserta code. Hah, letak code kat sini klik SEND!

Kejaaaaappp......

Belum settle.. Lepas dapat email, korang kena klik link confirmation. Hah, then baru settle!

Selamat berESCAPE!


Apa yang menarik dalam ESCAPE?

Kat sini, kita boleh tengok list di bahagian Featured, Movies atau Series

Antara yang top dan most popular Series/Movies  yang tersenarai dalam featured


Kalau anda kaki wayang, boleh tengok list di bahagian Movies

Kalau anda pengkikut setia drama bersiri, mungkin list di bahagian Series yang dicari

 ESCAPE ni jugak macam library movies/series. Pilih saja genre apa yang korang suka.

Contohnya, aku seorang yang jiwang, boleh layan cerita yang feeling-feeling di segmen Tears


Kalau minat ganas dan lasak, mungkin boleh meneroka di segmen Thrill 


Nak tahu lebih lanjut?
Hah, jemput godek-godek sendiri ye...

ESCAPE

Irresistible moments

Unmissable events



Disclaimer: This is a sponsored post  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...