Tembak main-main VS Main tembak-tembak

/
6 Comments
Tahun 1990-an

Aku ingat lagi, zaman ni kalau bulan puasa, dekat-dekat nak raya, permainan paling famous adalah pistol. Macam-macam design ada. Apa yang menarik, pistol ni guna peluru plastik yang bentuk bulat warna merah atau hitam yang diisi cobalt. Harap korang dapat imagine. Paling ohsem, bila tekan picu pistol, bunyinya dah macam pistol yang real siap dengan asap-asap sekali. Memang syok kalau buat main perang-perang, main tembak-tembak. Feeling macam polis ada, macam penjenayah pun ada. Layan lagu tema jap....

polis entry
one two jaga
polis mati
pencuri jaga 

Dulu, tembak main-main


Tahun 2013

Dah masuk tahun 2013, aku rasa makin kurang budak-budak main pistol mainan. Kes-kes putus tangan, cedera sana, cedera sini pun kurang kedengaran. Tu pun kalau korang perasan. Nak tahu sebab apa? Sebab sekarang trend orang main pistol yang real.Tak puas hati terus tembak mati. Tak kira lah,cikgu ke, pengasas bank ke, orang duk sahur di kedai kopi ke, ada je mangsa yang kena tembak. Adakah budak-budak yang suka main pistol mainan macam aku dulu, dah dewasa dan menjadi penjenayah? Dunia oh dunia.

Sekarang, main tembak-tembak


Kalau sekarang, mercun-mercun dan bunga api berlambak dijual di pasar, bazar Ramadan dan di kaki-kaki lima, harap-harap benda yang sama tak kan terjadi kepada senjata api / pistol yang real. Nanti, tak pasal-pasal lebih ramai mangsa yang terkorban.


Semoga jenayah tembak berjaya dikawal dengan kadar segera. Bukan apa, takut satu hari nanti, kes tembak ni akan jadi makin menjadi-jadi macam kes-kes lain. Kalau tak dikawal, memang akan jadi parah.Silap haribulan, nak keluar rumah pun rasa tak selamat. 


Bersyukurlah, Malaysia masih aman
Harap-harap, akan menjadi kenyataan, bukan mainan kata semata-mata


You may also like

6 comments:

  1. Risau wei, nak keluar jalan jalan pun takut sekarang ni

    Salam Aidilfitri dari Blog Uncle Zuan :)

    ReplyDelete
  2. makin berani.. makin kejam... makin ganas... makin tak takut undang2... makin ramai orng nak jadi org jahat...

    ReplyDelete
  3. Mkn menjadi skrg ni, serupa trend plk kt ngra kita, bla ada satu kes, bnda yg sama ja dok jadi bnyk... Btw, follow sini #465

    ReplyDelete
  4. Zuan:
    salam aidilfitri jugak zuan
    itu lah
    bahaya betul, boleh katakan,tiap-tiap minggu ada kes tembak-tembak nih

    ReplyDelete
  5. Sam Banjamin:
    kes tembak-tembak tak reda lagi, sekarang dah ada kes bom pulak
    adoyai

    ReplyDelete
  6. Engku Muzahadin:
    thanks follow bro
    Salam kenal

    itu lah, klu timbul trend simbah asid, semua pakat simbah asid
    klu rogol, hari-hari pasal rogol
    macam-macam lah, skang kes bom pulak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...