Seronok ke jadi Blogger?

/
24 Comments
Semenjak dua menjak ni, ramai jugak yang bertanya. "Seronok ke jadi blogger?". Terus-terang nak cakap, memang seronok. At least, dapat hilangkan stress. Kalau nak suruh aku gambarkan kegembiraan dan keseronokan macam mana jadi blogger ni, mudah je.Cuba ko tanya soalan yang sama kepada orang-orang yang minat memancing, "Seronok ke memancing?".  


Sebab apa? Sebab bukan semua orang suka memancing dan kebanyakan orang akan menganggap memancing adalah benda yang paling membosankan, termasuklah aku. Tapi, ada kita fikir pandangan orang-orang yang suka memancing? Ya, tentulah menjadi satu keseronokan bagi mereka sebab dah jadi hobi. Walaupun kadang-kadang memancing sampai seharian tak dapat sekor pun ikan, dan last-last singgah di pasar beli ikan untuk bawak balik rumah. Apa nak dikata, dah itu hobi mereka, konpem la rasa puas dan seronok kalau tak dapat ikan sekalipun. Esok lusa, mereka tetap akan teruskan aktiviti memancing. Begitu juga dengan blogger. Bukan hasil yang diharapkan, cuma keseronokan dan kepuasan dalam blogging. Aku harap korang faham maksud yang tersirat di sebalik analogi yang aku cuba sampaikan.


Aku tertarik nak kupas pasal topik ni bila baca entri di blog Denaihati yang bertajuk Blogger bukan hanya menulis sahaja. Ya, dulu pun aku ingat blogger ni kerja dia hanya menulis entri/artikel, menaip dan ketuk-ketuk keyboard je. Sebab, dari situ di mana aku bermula dulu. Letih-letih study, buka blog dan update. Tension nak exam, bukak blog update. Time jiwa kacau, mula lah berpuitis dan karang puisi dan luahan hati bagai. Adeh. Hari ini, aku dah mula nampak. Keseronokan jadi blogger lebih dari tu sebenarnya.


Jom tengok apa pandangan blog Denaihati dan apa pulak pandangan aku pasal topik Blogger bukan hanya menulis sahaja. Mungkin pandangan kita berbeza, tapi tak salah kan nak share pendapat dan pengalaman peribadi?




"Tujuan sebenar buat blog bukan hanya untuk buat duit. Tidak kisahlah apa tujuan kita buat blog samada untuk buat duit atau sebab-sebab yang lain"


Tujuan utama masa buat blog dulu, adalah nak isi masa lapang dan release stress di zaman universiti. Mostly, duk cerita pasal kehidupan peribadi. Dulu, aku tak tahu pun keupayaan blog dapat menjana pendapatan. Seriously blurr. Macam mana eh? Duk cerita pasal kisah peribadi, merapu-meraban kat blog pun boleh menjana pendapatan? Tak logik bila fikir. Sedangkan nak masuk tandas pun kena bayar 30sen. Tapi bila dah join Nuffnang, nampak hasil 10sen dari pengiklanan, owh baru aku faham. Bila dah meningkat jadi seringgit, lagi lah eksited. Dah jadi macam tabung online, tak payah simpan  syiling. Lama-lama, dari sen ke ringgit, dari ringgit ke puluh ringgit dan ratus. Mungkin, akan datang akan jadi ribu ke kan? Mana tau, rezeki ada di mana-mana termasuklah dalam arena blogging.


"Kita selalu menjadikan “Buta IT” sebagai alasan untuk tidak mahu memajukan diri menjadi Top Blogger atau Popular Blogger. Apabila kita nak buat blog kenalah buat dengan cara yang betul walaupun sekadar hobi."


Ya, aku selalu bagi alasan macam ni bila ada yang suruh tukar layout blog, header, atau cadang untuk tukar ke domain dan hosting sendiri. Sampai sekarang, benda ni masih lagi jadi halangan untuk aku pergi lebih jauh. Mungkin,lepas ni boleh lagi take one step ahead. Aku mengaku, stilll banyak 'room for improvement' untuk blog 'visible voice' ni, dengan menggunakan nama pena 'penaberkala'. Mungkin boleh tanya orang-orang yang pakar terutama pasal design/grafik dan lain-lain next time.


"Gabungan pengetahuan bukan teknikal dan teknikal ini sebenarnya memberikan kita kelebihan untuk mengetahui di mana tahap blog kita berada dan bagaimana untuk kita menaikkan ke tahap yang lebih baik." 


Betul, aku setuju. Sebab, untuk menguruskan blog ni bukan kerja yang mudah. Semua benda kita kena buat sendiri, melainkan blog yang kita ada ditubuhkan dengan beberapa orang partner dengan kemahiran/kepakaran masing-masing. Kalau macam blog aku ni, dari segi penulisan, sumber gambar, idea dan hasil tulisan/entri, memang 100% hasil karya sendiri melainkan ada dinyatakan sumber asal/ sumber rujukan. Sebab itu, penting untuk ada pengetahuan teknikal dan bukan teknikal. Bukan sahaja dalam menguruskan blog, tapi juga dalam menghasilkan entri/artikel terutama yang melibatkan pengiklanan (advertorial).


"Nak menjadi Blogger yang BERJAYA kata kunci yang penting adalah “BELAJAR“. Jadi sejauh mana anda telah meluangkan masa, tenaga mahupun wang ringgit untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang anda ceburi ini - penulisan blog."


Tertarik dengan kata-kata ni. Mungkin boleh ambil sebagai motivasi untuk terus berjaya. Tak kira lah dalam apa jua bidang sekalipun yang kita ceburi. Pucuk-pangkalnya, nak berjaya mesti kena belajar. Cepat atau lambat kejayaan kita, itu bukan kayu pengukur. Paling penting jangan pernah mudah berpuas hati dan mudah berputus asa dalam meniti perjalanan kita dalam mengutip ilmu pengetahuan dan pengalaman.


Setiap kejayaan itu perlukan pengorbanan, terutama sekali dari segi masa, tenaga dan juga wang ringgit. Terutama sekali untuk blogger yang ada kerjaya lain dan menjadi part time blogger. Kadang-kadang, kita perlu korbankan masa dan tenaga untuk hadirkan diri ke event ataupun menulis entri di blog. Letih-letih balik dari office, cuba jugak celik mata luas-luas untuk update blog. Kadang-kadang jugak, kita terpaksa korbankan jemputan event bilamana kebanyakannya diadakan pada waktu bekerja.


Walaupun blog ni cikai-cikai je, memang jauh ketinggalan *makan asap* kalau nak dibandingkan dengan blog-blog yang lain. Itu tak bermakna, aku perlu give up untuk teruskan hobi dan minat untuk blogging. Setiap blogger ada kelebihan masing-masing. Jadi, aku ambil pendirian untuk tidak cuba membuat pebandingan. Sebaliknya, cuba untuk belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.


Seronok ke jadi Blogger?

Sekali lagi menjawab persoalan untuk entri ini, "Ya,memang seronok". At least selain ada benda nak buat time malam lepas habis kerja, aku penuhi jadual hujung minggu dengan event-event yang memberikan aku peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. Paling penting, dapat luaskan networking dengan berjumpa kenalan blogger dan dapat member-member baru. Paling best bila first time dapat jumpa face to face dengan blogger yang kita hanya kenal di blog (alam maya).


Nak tau apa paling seronok? Bila dapat durian runtuh macam ni :) Walaupun tak pernah ada dalam wishlist nak guna ipad mini, tapi itulah rezeki. Alhamdulillah. Hadiah paling mahal yang pernah dapat sepanjang bergelar blogger.





Kalau ada event yang besar-besar, konpem akan ada artis/selebriti tanah air. Jadi, boleh la diorang bergambar dengan aku. Eh, silap. Boleh lah aku bergambar dengan mereka alang-alang berjumpa. Apa lagi,ambil lah kesempatan, keh3. Saja, buat kenang-kenangan. Lagi satu, konpem dapat goodies bag. Macam-macam benda la akan dapat for free. So, tiada sebab tak happy untuk join event selagi ia dapat bagi bagi kita keseronokan dan advantage.


Mungkin itu lah sedikit-sebanyak perkongsian kisah peribadi aku sebagai part-time blogger. Paling ketara, lepas start je blogging dulu sampai sekarang, perkembangan positif aku parasan adalah: 
(1) semakin minat membaca 
(2) lebih berpengetahuan lebih-lebih lagi isu-isu semasa 
(3) speed menaip lebih laju dan sekarang dah mampu menaip tanpa tengok keyboard 
(4) sudah diberi peluang untuk buat advertorial dan menjana pendapatan sampingan 
(5) mendapat jemputan untuk event/review
(6) confident level semakin up
(7) improve communication skill sebab dulu aku ni pemalu/pendiam sikit, keh3
(8) tahu selok-belok industri pengiklanan dan marketing strategy. Business-minded awareness! 



Notakaki: Setiap blogger ada kelainan dan keistimewaan tersendiri. Jadi, tak salah kita hormat style masing-masing.Jangan sesekali kita mendabik dada dengan kehebatan yang ada pada diri kita dan mengaku kita lebih hebat dari orang lain. Mungkin, satu hari nanti, sebaliknya akan berlaku. Who knows? Hidup ni macam roda, sekelip-mata je boleh berubah. Be yourself, be original. Respect others, people will respect you.


You may also like

24 comments:

  1. Yeah! Nota kaki tu hok petim... Ayat keramat tuh

    ReplyDelete
  2. seronok gila jadi blogger.. Dulu aku ingat blog ini tempat beli jajan.. hoho..

    ReplyDelete
  3. baca dari atas sampai bawah..
    seronoknya hidup macam tu


    My recent post : Coolkan Blog Dengan CoolBlog

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Wooww.. inilah entry terbaik bagi aku krole.

    Terangguk2 la jugak baca part2 tertentu..

    Ak paling suka tang ni, ""Gabungan pengetahuan bukan teknikal dan teknikal ini sebenarnya memberikan kita kelebihan untuk mengetahui di mana tahap blog kita berada dan bagaimana untuk kita menaikkan ke tahap yang lebih baik."

    Macam ko..bab2 seo ko jauh lebih baik dari aku. Walaupun mungkin kurg dari segi layout blog, tpi benda itu boleh diusahakan bukan.. Seingat ak dari mula ak kenal blog ko sampai la ni, memang tak pernah bertukar. Tak tau la ko pernh tukar ke tidak krole,hehe.

    Ak plak, asyik bertukar..tapi ilmu2 seo ni masih terkapai2 lagi. Rasa nk buat, rasa taknak buat. Bak kata ko, lepas ni boleh lagi take one step ahead. Ak pun hrp ak boleh kearah tu bila smpai masanya.

    ReplyDelete
  5. Seronok lepas geram menulis sebenarnya...dulu hanya penulis saja yang mendapat layanan untuk menulis..sekarang sesiapa saja boleh

    ReplyDelete
  6. Bilion terima kasih diucapkan kerana menyertai kontes contest #‎DuitRaya‬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

    ReplyDelete
  7. Aku rasa kan.. Kita ni sezaman masa mula2 menulis blog dulu... Tapi now kau dah one step ahead... Syabas... Moga terus maju.. Aku sokong n ikut jejak-jejak kau biarpun perlahan... Syabas khairul...

    ReplyDelete
  8. kalau entry macam ni ada can dapat hadiah misteri ni.. goodluck.. :D

    ReplyDelete
  9. amirnawawi:
    notakaki tu pesanan untuk diri sendiri
    monolog dalaman ore kato,haha

    ReplyDelete
  10. Irwan Alessa:
    nasib baik tak cakap blog tempat beli cool blog, haha...

    ReplyDelete
  11. Marou Apple Hijau:
    terima kasih sudi singgah dan baca
    salam kenal :)

    ReplyDelete
  12. Tinta Lana:
    Waalaikumussalam

    terima kasih Lana..sekadar berkongsi pendapat sambil join contest denaihati netwok

    SEO pun tak power la, cuma nasib je kadang-kadang mengena...
    Pasal layout dan header tu, rasa macam nak tukar jugak nih..
    kena tempah ngan Lana la nampak gayanya,haha

    Betul, memang tak pernah tukar... Sekali je tukar header tuh.. tak gheti sangat bab-bab design..

    Keep blogging
    Masing-masing ada kecendeungan tersendiri, yang penting kita selesa dan happy

    ReplyDelete
  13. Hidupringkas:
    tapi, penulisan dalam perasaan geram/marah kadang-kadang bahaya gak
    takut nanti mengundang apa yang tak diingini pulak...
    setiap tulisan di blog kita, kita yang bertanggungjawab

    ReplyDelete
  14. Denaihati:
    Trilion sama-sama tuan denaihati
    Pertama kali mencuba nasib join contest denaihati :)

    ReplyDelete
  15. Sam Banjamin:
    betul tu bro.. aku ingat lagi ko buat review pasal blog aku
    then, ko create fb Gerila Penulisan Kreatif

    Alhamdulillah, skang dah start join event.. Makin seronok blogging sebab banyak boleh share, cuma masa plak limited..

    terima kasih bro atas sokongan dan dorongan selama ini

    ReplyDelete
  16. Nik Khazami Nik Aziz:
    sekadar mencuba nasib je nih..
    sambil share pengalaman dan pandangan dari kaca mata sendiri
    menang kalah lain cerita, first trial join contest denaihati

    ReplyDelete
  17. Kalu jadi BLOGGER FEMES,,, mesti la syiokkkk

    ReplyDelete
  18. Rosmadi Shakri:
    BLOGGER GLAMOROUS macam bro Jocko memang lah
    bak tips sikit,hehe

    ReplyDelete
  19. untung laaaa... aku pun tak menang ipad?? hehehehe..

    seronok ke bro jadi blogger?? =)

    ReplyDelete
  20. KiD:
    tak menang ipad takpe, menang yang besar lagi bro,hehe

    seronok la, klu tak mana kenal shakiddo and the gang

    ReplyDelete
  21. Nampaknya begitu berminat bro terhadap blogger ya..teruskan usaha anda, mana tahu boleh menjadi spt Denaihati atau En Titan yang mendapat beribu-ribu dengan menulis di blog. Bila dah ada penjenamaan...syarikat pengiklan akan mencari kita untuk iklankkan produk mereka di blog kita. Ini sudah pastinya akan menjana duit secara konsisten setiap bulan.

    ReplyDelete
  22. sensasi2020:
    inshaAllah..
    semoga dapat maju setapak lagi dalam arena blogging

    ReplyDelete
  23. Masing2 ada pengalaman indah bergelar blogger, MJ pun sama dari berblog MJ pernah merasai hadiah Nikon D90 dari Denaihati :)

    ReplyDelete
  24. Myra Jay:
    wow, pernah dapat kamera dari DenaiHati
    tahniah!!!

    rezeki ada di mana-mana,
    yang penting jangan pernah mudah putus asa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...