#DRPB : EPISOD 28

/
0 Comments
6 August 2013
28 Ramadan 1434H


Nampaknya anyaman ketupat dah start hari ni. Tempahan tak ambil tahun ni, jadi untuk makan-makan je lah. Lemang pun dah start dijual di tepi jalan besar area Kubang Tin, Melor menghala ke Kota Bharu. Sempat jugak tadi tunggu bangsal lemang. Tapi, jualan hari ni masih tak meriah.Mungkin esok kot baru ramai yang mula nak balik kampung. Ke sebab aku yang meniaga jadi tak laku? Choiii.


Satu benda belajar hari ni, nak berniaga bukan mudah sebenarnya. Perlu kesabaran yang tinggi, tak boleh nak berputus asa. Sebab, kita tak boleh paksa orang membeli.Kuasa membeli di tangan pelanggan. Mungkin sebab tu, lokasi yang strategik adalah penting dalam berniaga.At least,tempat tumpuan orang yang lalu-lalang. Orang yang hanya tengok pun, mungkin akan berhenti beli kalau rasa teringin nak makan. 


Cuaca agak panas hari ni, batuk pun semakin berkurang. Petang ni sempat tolong bekungfu di dapur untuk memasak tomyam campur. Jadi assistant chef, keh3. Hari ni berbuka ramai-ramai adik-beradik sampai terpaksa makan bersila di lantai. Air sampai lima enam jenis, macam-macam color ada. Seronok dan meriah. Alhamdulillah.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...