#DRPB : EPISOD 25

/
0 Comments
3 August 2013
25 Ramadan 1434H


Pagi yang penuh bersemangat. Lepas dapat panggilan daripada Hanifi, terus bersiap-sedia mandi, solat Subuh dan last preparation untuk pulang ke kampung. Betolak balik kampung lebih kurang pukul 700 pagi.

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


Perjalanan time bulan puasa ni lain macam sikit. Ye lah, tak boleh makan, tak boleh minum, dan tak payah berhenti makan. Kebetulan badan kurang sihat, asyik tebatuk-batuk dan bersin, memang agak mencabar. Penyudahya, memang tertidur dua tiga kali sepanjang pejalanan, lol. Co-pilot yang fail! Tapi,keseronokan tu memang memuncak. Lebih-lebih lagi nak sambung berpuasa di kampung, berbuka bersama faimili dan bercuti panjang. Yahooo!





Sepanjang pejalanan, macam-macam karenah manusia yang memandu ada. Ada yang culas, ada jugak yang ganas. Ada pulak yang slumber dek potong kereta lain dengan slow dan bergaya sampai kereta dari arah bertentangan terpaksa mengelak. Huh, kejam. Paling sedih, banyak jugak kemalangan yang jumpa di sepanjang perjalanan. Ada  lori masuk longkang, kereta kena langgar, kereta terbalik dan macam-macam lagi. Lagi satu, pak polis pun ramai di tepi-tepi jalan duk skodeng. So, hati-hati lah ye di jalan raya.





Alhamdulillah, tiba di Melor lebih kurang jam 330 petang. Terima kasih sahabat, Hanifi sebab tumpangkan aku untuk pulang beraya. Seronok first time dapat berbuka puasa bersama famili :)


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...