Pada 11 May 2013, pb sekali lagi telah terpilih untuk menyertai #TSDayOut. Cuma kali ini agak unik dan berbeza, kami dibawa ke Skypark Terminal, Subang. Jangan tertukar pulak ye, Skytrex dengan Skypark, dua tempat yang berbeza. Skytrex tu tempat yang main gayut-gayut atas pokok di Shah Alam. Skypark ni pulak adalah lapangan terbang (airport) di Subang. Sebelum ini, Terminal Skypark Subang dikenali sebagai Terminal 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.



Ini kali ke-2 pb mengikuti program bersama Tourism Selangor (#TSDayOut) selepas Amazing Race di FRIM Kepong. First and foremost, terima kasih tak terhingga kepada crew Tourism Selangor untuk jemputan khas dan layanan istimewa sepanjang lawatan ke Skypark Terminal, Subang. The best thing, as usual, I have chance to meet new friends. Nice to know all of you!


Ada lagi ke yang tertanya-tanya apa itu #TSDayOut? Mesti ramai yang berminat untuk join next event kan? Sebab, kebelakangan ni ramai kawan-kawan yang duk tanya, "Macam mana ko dapat join event #TSDayOut?" Terus-terang nak cakap, ini cuma nasib. Yang penting, kena rajin-rajin check website Tourism Selangor. Kalau ada event, mereka akan announce di website dan cepat-cepat isi details korang. Pihak Tourism Selangor akan pilih 30 orang yang bernasib baik. Apa kata, kalau berminat cekidout here: 

#TSDayOut
Tourism Selangor
Website

Twitter

Facebook


Alhamdulillah, penyertaan pb kali ini terpilih secara automatik. Sebab? Tuah ayam nampak di kaki, tuah pb nampak di entri. Sebenarnya, pb menang dalam write-up contest untuk Amazing Race di FRIM Kepong, jadi berpeluang lah untuk turut serta menghadirkan diri sempena majlis penyampaian hadiah.


Honestly, sepanjang hidup pb yang dah lebih 2 dekad ni, tak pernah lagi menyertai lawatan rasmi atau lawatan sambil belajar ke mana-mana lapangan terbang (airport). Kalau pergi ke airport pun, semata-mata untuk jemput/hantar sanak-saudara atau adik-beradik. Itu pun dapat tengok kapal terbang dari jauh je. This is the first time, special thanks to #TSDayOut. I'm feel so lucky. Mana tak nye, dapat pass card dan merayap sana sini dalam airport buat macam rumah sendiri. I think, this is once in a lifetime experience.


Jadi, bila #TSDayOut mengadakan aktiviti macam ni, melawat Skypark Terminal, Subang, pb rasa ini adalah inisiatif baru yang wajar diketengahkan. Untuk orang macam pb, lawatan macam ni amat bermakna. Ye lah, naik kapal terbang pun baru sekali. Dah pergi melawat airport, tiba-tiba rasa berkobar-kobar pulak nak pergi travel. One fine day, hopefully. Selain dapat tahu prosedur dari A to Z sebelum menaiki pesawat, kami juga (30 bloggers) dibawa untuk meninjau tempat-tempat menarik di sekitar Skypark Terminal. Nak tahu apa yang menarik di Skypark Terminal, Subang? Jangan bimbang, pb akan kongsikan sedikit-sebanyak info untuk pengetahuan dan rujukan korang semua di entri special terutama pasal Skypark Terminal, Firefly dan SimFlightKL. Tunggu.......


PESERTA
Di bawah ni adalah senarai 30 bloggers yang bertuah untuk menyertai #TSDayOut ke Skypark Subang bersama Firefly & SimFlightKL. Yes, we are so lucky! Awesome trip, good experience and happening event.  Combo!


TENTATIF PROGRAM

PENDAFTARAN
Seawal jam 8:30 pagi, dah ramai bloggers yang sudahpun tiba di lokasi untuk pendaftaran. Selepas sign attendance, kami diberi  t-shirt #TSDayOut, Air milo untuk sarapan, button name tag as usual, dan perlu mengisi borang. Settle semua tuh, ayuh kita sarung baju #TSDayOut . Dulu biru, kali ni kuning. Yeah!

Gelagat bloggers semasa pendaftaran
Credit to Nigel Low
Credit to Nigel Low
Sementara tunggu event start, sempat borak-borak dengan Melvin Paul dan Irfan. Kenal Melvin time event #TSDayOut FRIM Kepong. Irfan pulak, jumpa time trip ke Kuching. Pi mai pi mai tang tu jugak!


BRIEFING

Event dimulakan tepat jam 9:00 pagi, dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak Tourism Selangor untuk tentatif program kepada semua bloggers. Kemudian, kami diberi taklimat dan penerangan mengenai sejarah, latar belakang dan informasi mengenai Skypark oleh Mr Francis Anthony,  Senior Vice President, Skypark Subang. 

Get ready for tour!

Credit to Nigel Low
Hah, tu dia. Kusyuk betul duk dengar cerita pasal Skypark Terminal,Subang. Eksited sebab first time sampai ke sini.


SKYPARK TERMINAL, SUBANG

Lebih kurang 9:20 pagi, kami memulakan Airport Tour with Subang Skypark. Untuk cerita penuh pasal Skypark Terminal, Subang boleh baca di entri #TSDayOut : Skypark Terminal, Subang. Sebelum tuh, jom tengok teaser. Kasik suspen sikit :)



FIREFLY

Jam 9:45 pagi pulak, kami meneruskan aktiviti dengan Airline Tour with Firefly. Untuk cerita penuh pasal Firefly, boleh baca di entri #TSDayOut : Firefly. Untuk Firefly tour pun, ada teaser jugak. Jom,layan.......



SIMFLIGHTKL

Antara tarikan dan keunikan di Skypark Terminal, Subang bila adanya tempat untuk orang awam merasai pengalaman menjadi pilot. Tempat yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan SimFlightKL. Pada pukul 11:15 pagi, kami semua dibawa untuk Simulator Tour with SimFlightKL. Sebelum korang baca entri di #TSDayOut :SimFlightKL , apa kata korang tengok dulu teaser yang tak seberapa ni daripada pb, keh3.




LUNCH

Setelah penat jadi pilot dan berfoya-foya di SimFlightKL, lebih kurang 1:15 tengahari, kami dibawa ke tempat yang eksklusif untuk lunch. Nak tau di mana? Di mana lagi kalau bukan di Peugeot Lounge.

Credit to paultan

VVIP sedang rancak berborak

Irfan - Puan Nadia - Puan Miela - Puan Nory


Sebenarnya, bukan calang-calang orang boleh masuk ke Peugeot Lounge ni. Kami bertuah sebab tempat makan tengah hari ditaja oleh pihak Peugeot Lounge. Menurut kata mereka, hanya pemilik Peugeot yang mendaftar keahlian sahaja yang dapat masuk. Macam membership punya style. So,kalau korang pemilik Peugeot dan tak tahu nak buat apa sebelum waktu penerbangan di Skypark Terminal, Subang boleh lah santai-santai di sini dulu.

Juadah tengah hari kami disediakan oleh Bubba Gump. Apa juadah yang disediakan? Jom, sama-sama telan air liur tengok menu yang best-best yang telah kami ngaaaaap!

Hiasan cantik sangat... Nak makan pun rasa sayang, LOL

Nyum nyum nyum... Makanan yang disediakan oleh pihak Bubba Gump memang sedap. Macam-macam ada. Jenuh nak rasa semua juadah yang ada. Semua lazat hingga menjilat jari.


CLOSING CEREMONY

Upacara penutup dan penyampaian hadiah diadakan pada jam 2:00 petang. Selepas selesai makan tengah hari, tiba lah ke kemuncak event iaitu majlis penyampaian hadiah kepada pemenag 3 photo terbaik untuk event di Skypark. Selain itu, penyampaian hadiah untuk 6 pemenang the best write-up about Amazing Race di FRIM Kepong juga diadakan serentak.

Closing ceremony
Sebelum meneruskan upacara penyampaian hadiah, kami mendengar ucapan ringkas oleh VVIP. Antaranya daripada Kapten Wafi (SimFlightKL), Peugeot Lounge boss, Mr Muizzuddin Mahmud (Head of Sales, SZB Commercial Firefly), Mr Francis Anthony (Senior Vice President, Skypark Subang) and Mr Fazli (Tourism Selangor)

Best photos





Best write-up : FRIM Kepong

1. Hidayat Masduki
  

5. Mastura Zuber

6.
penaberkala

Kapten Wafi (SimFlightKL) dan Encik Fazly (Tourism Selangor)

Alhamdulillah, ini rezeki pertama bersama #TSDayOut . Terima kasih diucapkan kepada pihak Tourism Selangor yang memilih entri pb sebagai salah seorang pemenang. Perasaan? Rasa cukup dihargai dengan nukilan yang telah dihasilkan. Rasa makin bersemangat untuk blogging to the next level.


Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang yang lain!

Credit to Nigel Low

GROUP PHOTO

Credit to Tourism Selangor
Credit to Nigel Low

Event #TSDayOut kali ni berakhir lebih kurang pukul 2:45 petang. Selepas selesai semuanya, sebelum masing-masing bersurai, sempat lagi kami posing-posing depan lensa kamera sebagai tanda kenang-kenangan. Harap-harap, dapat lagi join next event #TSDayOut.


Memory saved!
Jujurnya, pb tak pernah tahu ada tempat macam SimFlightKL. Sebelum ni, tak pernah tahu dan tak pernah dengar. Bila dapat invitation daripada Tourism Selangor untuk #TSDayOut, baru terhegeh-hegeh google, like facebook, tengok gambar sana sini. Then, when I found out what is actually they call SimFlightKL, I'm like, fulamaaaaaakkkkkkkkk (panjang 4 harakat). An amazing place to visit.


Lepas dah pergi SimFlightKL, pb rasa sungguh bertuah. Tak semua orang yang berkesempatan nak pergi tempat-tempat macam ni. Then, bila upload gambar di instagram, ada kawan-kawan yang tanya kat mana, dan berapa kena bayar. I think, this is the right time untuk share mana yang pb tahu pasal SimFlightKL. Selebihnya, korang boleh discover sendiri atau just pay a visit there.


Entrance


Dulu dikenali sebagai FlightSimKL, tapi sekarang dah tukar nama jadi SimFlightKL. Apa-apa urusan, boleh rujuk crew yang bertugas di kaunter. Mereka memang sangat mesra dan membantu. Banyak berkongsi ilmu-ilmu dunia pilot dan penerbangan.


Lokasi

SimFlightKL terletak di Level 1, Subang Airport Skypark Terminal. Tengok je ada bunting SimFlight kat bahagian eskelator/tangga, hah naik kat situ lah. Jangan bimbang, Skypark Terminal tak besar, konpem tak sesat punya. Standard macam shopping complex je, tapi selesa dan cantik.


Simulators
 
Kalau nak tahu, kat sini ada 2 simulator, iaitu Airbus A320 dan Boeing 737NG. Nanti pilih lah nak try yang mana satu. Tapi kan, pb syak orang yang buat movie/drama kat Malaysia pasal cerita pilot ni mesti buat penggambaran kat sini kan? Herm... Sebab,kalau masuk Airbus A320 tuh, memang sejibik macam berada dalam flight betul lah.


Boeing 737NG

Airbus A320


Interior Design

Suasana di dalam SimFlightKL cukup eksklusif macam berada dalam kapal terbang yang sebenar. Tingkap dengan scenery awan-awan, fuh feeling macam dah berada dalam flight betul dah ni. SimFlightKL dilengkapi dengan high definition LCD screens. Kalau nak lagi real, pergi tengok gang pilot mengendalikan flight di cockpit. Lagi best time flight nak take-off dan juga landing. Terbaik punyer… Kalau silap landing, korang boleh rasa gegaran dan dengar suara-suara nakal yang menjerit takut mati, hoho.


Alang-alang tuh, mai  nak share  beberapa port yang menarik di SimFlightKL. Kalau datang ke sini, jangan segan-silu untuk bergambar. Sila buat macam rumah sendiri, crew yang ada pun semua sporting habis.

 Windows

Bila berada di SimFlightKL, memang feeling habis beb. Macam dah nak fly ke oversee. Mana taknya, kat luar tingkap ada graphic yang tunjuk seolah-olah kita sedang terbang. Real view! Best, melayan perasaan....




VIP Seat

Empuk betul kerusi kat bahagian depan SimFlightKL. Kalau tidur sini, mau tak bangun nih. Sempat possing lagi, like a boss!




Passenger seat 

Ce tengok kat bawah, hah sempat lagi tidur,zzzzzz. Ni shooting untuk drama ke filem? Tunggu eh keluar kat kaca tv dan panggung-panggung wayang berdekatan, LOL.



Kitchen


Collection/exhibition 



Pengalaman?
Sebenarnya, pengalaman yang dapat dikutip dari #TSDayOut kali ini amat bermakna.  Ini first time dapat tahu macam mana flight dikendalikan. Paling mencabar, sudah pasti time nak take-off dan landing. Tengok  button di cockpit amatlah banyak, konpius nak tekan mana satu. Tapi, Kapten Wafi explain satu-satu. No wonder, gaji pilot tinggi melampau. It’s not an easy job. Lebih-lebih lagi bila perlu menjaga nyawa penumpang. So, adik-adik yang muda remaja, study elok-elok. Besar nanti, boleh jadi pilot.


Selain itu, sempat jugak kami bertanya pasal route flight di udara. Ye lah, kalau di darat kita ada traffic light dan macam-macam signboard, kat atas sana ada polis traffic jugak ke jaga? LOL. Menurut  Kapten Wafi, pilot yang mengendalikan flight akan berpandukan bearing. Setiap flight akan ada bearing tertentu, sebab itu lah tak ada kes bertembung di udara. Semuanya sudah pun ditentukan dalam sistem. Amazing!


Apa yang dapat disimpulkan daripada aktiviti di SimFlightKL ni, ia memang ohsem! Satu alternatif untuk bagi  exposure kepada orang ramai terutamanya anak-anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang penerbangan dan mengetahui selok-belok mengendalikan kapal terbang.


Sebelum beredar, macam biasa. Bergambar tanda kenang-kenangan bersama crew SimFlightKL, crew #TSDayOut dan bloggers.


GROUP PHOTO

#TSDayOut

SimFlightKL crews

Sze Wei - Wafi - Hariz

Ini pesanan Kapten Wafi dan Sze Wei untuk korang yang baca entri #TSDayOut SimFlightKL! Istimewa dibawakan khas oleh penaberkala. Terima kasih sebab sporting, cayalah :)


Kalau  berminat untuk cuba kendalikan flight, boleh la datang ke SimFlightKL. Harga serendah RM45 untuk merasai pengalaman sebagai seorang juruterbang. Go pilot go!


Facebook


SimFlightKL
Level 1 Subang Airport Skypark Terminal
03-7847 4287
012-322 6076

Firefly merupakan salah satu syarikat penerbangan yang beroperasi di Skypark Terminal, Subang. Siapa pernah terbang bersama firefly? Sila angkat ketiak, lol. Frankly speaking, I’m never. Naik flight pun baru sekali, tu pun sponsered by Malindo Air  


Alhamdulillah, jadi baru-baru ni, impian selama ini untuk first time merasai sendiri pengalaman naik kapal terbang dah pun terlaksana. Tapi, berlepas dari KLIA sempena trip media ke Kuching. Jakun kan? Biasa lah, budak kampung. Apa nak buat, sob3. Teringin jugak nak merasa naik Firefly, Air Asia, MAS, etc. Akan datang, maybe...


Kalau orang tanya pengalaman naik firefly, service dan seumpamanya, buat masa ni tiada jawapan daripada pb untuk dikongsikan. Mungkin, kalau nak balik ke Kota Bharu time bulan puasa ke, raya ke atau cuti-cuti ke nanti, kalau naik Firefly, inshaAllah pb akan kongsikan di sini.


Untuk pengetahuan korang semua, firefly terbang ke destinasi-destinasi domestik mahupun antarabangsa. Boleh check kat route map yang ada kat bawah :)

Route Map



Untuk domestik, Firefly terbang ke Kota Bharu (negeri kelahiran pb), Kuala Terengganu, Kerteh, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Langkawi, Alor Star dan Penang.


Untuk penerbangan antarabangsa pulak, Firefly sudahpun terbang ke Singapore, Batam, Pekan Baru, Medan, Banda Acheh, Koh Samui dan Phuket.


Sempena #TSDayOut kali ni, kami diberi layanan istimewa oleh pihak Skypark Terminal dan Firefly. Kami dibawa ke segenap bucu kaki persegi airport. Tempat yang tak dibenarkan masuk pun, slumber diorang bawa kami semua masuk. Antaranya pejabat urusan dan operasi Firefly, balai perlepasan, lapangan terbang dan balai ketibaan. Cerita lanjut pasal lawatan ke Skypark Terminal boleh baca di entri #TSDayOut : Skypark Terminal, Subang


Jom kita tengok apa yang menarik sepanjang Firefly tour semasa #TSDayOut tempoh hari. Seronok sakan, siap boleh bergambar dengan stewardess dan pilot Firefly. Weeeee

Briefing



Airlines tour bersama Firefly dimulakan dengan sesi taklimat oleh Mr Rosdi. Masa ni, kami diberi penerangan mengenai operasi Firefly dan jenis-jenis airbus yang Firefly gunakan. Peserta #TSDayOut jugak diberi peluang untuk bertanya semasa sesi soal-jawab untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Firefly.

Ticket counter



Lepas briefing, kami mulakan ronda-ronda sekitar airport termasuklah kaunter tiket Firefly. Lebih meriah, pihak SkyPark dan Firefly bergabung tenaga memberi penerangan sebaiknya kepada semua peserta #TSDayOut. Dalam satu masa, kami dapat banyak info. Pasal Skypark Terminal pun dapat, pasal Firefly pun dapat. 


Ini antara yang sempat pb snap time ronda-ronda. Mungkin berguna kepada penumpang yang akan menggunakan khidmat Firefly especially yang first timer. Hand baggage mestilah tidak melebihi 7kg dan ukuran saiz tidak melebihi panjang, lebar dan tinggi yang telah ditetapkan, iaitu 56cm x 36cm x 23cm.
 
FireflyOffice


 
Tempat yang bukan public access pun kami boleh masuk. Fuyoh! Memang bertuah. Kami dapat tengok lebih dekat macam mana bilik gerakan Firefly beroperasi.

Stewardess & pilot

Dalam duk syok-syok bergambar, lalu pulak stewardess dan pilot Firefly ke balai perlepasan. Apa lagi, masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama mereka. Kalau stewardess pakai baju oren, hah ye la tuh. They're from Firefly.


Credit to Tourism Selangor

Eh, ada jugak terselit kat situ. Boleh simpan, buat kenangan. Wakakaka. Kalau tak join event #TSDayOut, nampak gayanya memang segan la nak bergambar macam ni.


Trolley



Hah, suka trolley Firefly. Kenapa? Sebab kat situ, ada taktik marketing. Kalau korang snap je photo trolley ni, upload je ke mana-mana social media especially facebook dan instagram dan share kepada kawan-kawan, automatically orang akan tengok website adress. Nanti ada la yang akan terjah ke sana. Ye dak?


Van



Masa on the way nak menuju ke balai ketibaan, ternampak van ni pulak. Nama pun blogger, semua benda nak snap photo, LOL.
Airbus

Kalau nak tahu macam mana rupa pesawat Firefly, kat bawah ni ada gambar dari sudut kiri dan kanan. Walaupun tak dapat masuk dan tengok sendiri dalam tuh, ambil gambar dari jauh pun jadi lah.





As usual, setiap moment mesti ada kenangan. Nak jugak bergambar dengan pesawat Firefly dari jarak dekat. Tapi, jeng jeng jeng.............



Nasib baik ada official photographer yang kebetulan duk snap behind the scene, hahahaha. Macam ni lah kot proses gambar yang muka hitam kat atas tuh terhasil, wakakaka.

Credit to Nigel Low
Credit to Nigel Low

Dah cakap kat Okid, "it's ok la tak nampak muka pun.. Firefly tu yang penting". Apapun, terima kasih kepada Okid yang tak jemu-jemu tolong snap photo. Jumpa lagi next time.


Selepas selesai event #TSDayOut, sempat bergambar bersama Head of Sales Firefly iaitu Encik Muizzuddin Mahmud. Nice to meet you sir!



Apa lagi, jom lah kita serbu laman sosial Firefly. Sekarang ada banyak promosi, especially untuk penerbangan mulai bulan June 2013. Pb rasa pun macam nak book tiket balik kampung. Cekidout here!
 
Website

Facebook

Twitter

Instagram
 

Adress
FlyFirefly Sdn Bhd (346606-K) formerly known as MAS Sdn. Bhd,
3rd Floor, Admin Building 1,
Complex A, Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
47200 Subang,
Selangor, Malaysia.

Call Centre
+603 7845 4543
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...