MALINDO AIR INAUGURAL FLIGHT MEDIA : KUCHING

/
4 Comments
Sebenarnya, boleh dikatakan penerbangan bersama Malindo Air ke Kuching ni sebagai satu sejarah dalam hidup. Firstly, penerbangan yang kami naiki adalah penerbangan pertama ke Kuching. Secondly, secara peribadi dan jujurnya, ini first time pb naik flight. Jakun nak mampus, wakaka. Jangan gelak, nanti ketuk kang! Ingatkan 1 May nanti dah, sebab dah book ticket, rupanya lagi awal sampai seru. Eh,macam jodoh pulak.LOL. Yeah,kamek naik belon pergi sinun! (speaking Sarawak sikit)


KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)

Perjalanan dari Bandar Sri Permaisuri ke KLIA agak mudah dengan adanya pengangkutan awam. Bertolak dari Salak Selatan seawal 715 pagi untuk menuju ke Bandar Tasik Selatan (BTS) Star LRT (70sen). Di BTS, kena pulak naik ERL transit untuk menuju ke KLIA (RM26.50). Perjalanan dari BTS ke KLIA mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Cindy - Kelly - Ruby - Irfan - Shakiddo - Yana Yassin
Sampai je di KLIA, pening jugak. Al-maklum lah, first time menjejakkan kaki di KLIA. Konfiden tu perlu. Sampai siap beratur dengan staff KLIA nak masuk office,LOL. Amekaw.

"Nak ke mana?", tegur seorang pak cik yang beratur kat belakang.

"Nak ke Kuching", slumber je aku jawab.

"Nak ke Kuching kena ke arah sana. Masuk sana, kemudian naik lagi",gigih pak cik tu bagi instruction.

"Ok, terima kasih", muka tebal empat puluh lapan inci.


Maka, berjalan lah pb mencari arah ke kaunter F14 di KLIA. Nasib baik ada contact number bro Shakiddo, sampai je airport terus roger dia. Tawaf jugak la kat situ cari muka-muka yang kenal. Akhirnya, jumpa juga dengan bro Kid yang duk beradu kat bahagian orang-orang baru balik umrah. Amboih. Ambil berkat ke? Kat situ juga, first time jumpa Ruby. Tak lama lepas tu, si tinggi lampai, Hafizcyber pulak sampai. 


Sementara tunggu semua sampai, apa lagi. Borak-borak lah dulu. Dalam pukul 9 pagi, baru ramai yang sampai termasuklah Cindy. Lepas tu, datang la terkedek-kedek sorang lagi bawak milo ais. Oh, ini la dia Yana Yassin rupanya. 


Lepas check-in, kami melepak di Mc'Cafe. Time tu lah berkenalan dengan bloggers lain macam Irfan, Faizal Fredley dan Kelly.Lebih kurang pukul 1030 pagi, kami beredar untuk menuju ke balai perlepasan.


Untuk cerita pasal penerbangan bersama Malindo Air, boleh baca di sini : Not Just Low Cost


MALINDO AIR

Terima kasih Malindo Air kerana merealisasikan impian pb untuk terbang ke Kuching. On the way pergi, duk sebelah blogger famous, Faizal Fredley. Tak kenal? Laa, yang menang Best Traveler Blog dalam MSMW 2013 tu ler. Cewah! Mintak sign sikit bro…

Bersama pemenang anugerah Travel Blogger MSMW 2013 : Faizal Fredley

Nasib baik dapat seat 9F, tepi tingkap. Boleh la usha-usha tengok bawah dan snap gambar. Apa yang ketara dari pandangan atas adalah bentuk muka bumi di KL dan Sarawak. Kalau di KL, padat dengan lingkaran jalan raya. Sebaliknya, di Sarawak terdapat lingkaran sungai-sungai. Awesome view from the top! Cekidout

KLIA : Lingkaran Jalan Raya
KIA : Lingkaran sungai

KUCHING INTERNATONAL AIRPORT (KIA)

Kami tiba di KIA lebih kurang 110 tengah hari. Fuuuuh! Teruja sebab first time sampai di Kuching, Sarawak. Meeeeow! Kamek rindok benar (Translation : Saya suka sangat). Tengok, baru je touchdown di Kuching dah boleh klakar Sarawak.


Ketibaan kami di KIA disambut dengan meriah. Siap dikalungkan dengan rantai manik dan diiiringi muzik oleh rakyat jati Sarawak. Best jugak rupanya join trip bersama orang-orang media nih. Ohsem!


PRESS CONFERENCE

Press conference : Gelagat warga media dan bloggers
Press conference diadakan di bilik media KIA yang dihadiri oleh YBhg Dato' Rashid Khan (CEO Sarawak Tourism Board), YBhg Tan Sri Dato' Ahmad Johan (President Nadi) dan YB Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg (Honorable Minister of Housing and Minister of Tourism Sarawak). Selepas selesai sesi soal-jawab bersama media, Mr Chandran Rama Muthy (CEO Malindo Air) menyerahkan momenta kepada YB Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari.


LUNCH


Mereka memang paham jiwa. Lepas selesai je press conference, terus invite kami semua untuk makan tengah hari. Menu pertama pb di Sarawak adalah seperti rendang daging, gulai ikan, manok pansuh, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan. First time try manok pansuh, sudahpun jatuh cinta. Sedap jugak ayam masak dengan herba dan bunga kantan dalam buluh ni.


Perut sudah kenyang, tiba masanya kami satu rombongan untuk menuju ke tempat penginapan. Nak tahu di mana tempat kami menginap untuk 3 hari 2 malam di Kuching? Tunggu episod seterusnya. Stay tune!


Full series : Sarawak, Aku Datang!


You may also like

4 comments:

  1. waaahhhh... seronok kan ke kcuhing dengan Malindo Air. Not Just low cost! ;)

    ReplyDelete
  2. Amboiii seronoknya ke kuching tak ajak pergi ngan otai blogger lak tu huhuhuh ok lah... kita ni blogger picisan jer hehehehe

    ReplyDelete
  3. KiD:
    Memang kena lah dengan tagline dia, "Not Just Low Cost" tuh..
    selesa dan extra services tanpa caj tambahan rupanye..

    ReplyDelete
  4. Mahamahu:
    haha, jangan touching la madi oiii
    ko tu takpe lah, dah jadi food blogger skang
    best la boleh makan sedap-sedap
    blogger picisan apanye.. puiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...