Memandangkan sekarang sudah pun masuk waktu makan tengah hari,jom kita layan menu special di Sarawak. Dah penat berjalan tengok kucing , ronda-ronda di Medan Niaga Satok dan shopping kek lapis di Kek Lapis Dayang Salhah  , maka sekarang tiba masanya untuk menjamu selera. Lokasi yang kami tuju? Sila rujuk alamat kat bawah, iaitu Restoran Absolute Tribal.

Lokasi
Sarakraf Pavilion
78, Section 43, Jalan Tabuan , 93100, Kuching, Malaysia


Interior design Absolute Tribal ni agak menarik. Dalam restoran, penuh dengan hasil-hasil seni dan artistik. Di salah satu sudut dalam restoran ni,ada pokok dan orang utan buatan. Mungkin, ini yang sesuai untuk menunjukkan kita berada di Sarawak. Tengok orang utan kat sini, teringat orang utan di Semenggoh Wildlife Centre


Kami tiba je di restoran Absolute Tribal, kami terus dibawa ke ruangan khas untuk makan tengah hari. Bila duduk je di meja makan, kemudian satu per satu hidangan yang unik-unik dihantar di meja oleh pelayan-pelayan. Jenuh nak tanya satu per satu menu yang dihantar. Macam biasa, sebelum makan snap gambar dulu.


Mungkin ada yang pernah makan, mungkin ada yang belum pernah. Mungkin juga ada yang tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu pun mengenai menu-menu special di Sarawak. Jadi, molek benar lah rasanya nak share apa menu yang istimewa di restoran Absolute Tribal kat sini. Omnomnom....

Sarawak Pineapple Fried Rice

Nampak macam nasi minyak, tapi bukan. Sebenarnya, ni nasi goreng Sarawak. Rasanya memang sedap. Lagi-lagi bila ada banyak lauk dalam tuh, ayam, sotong dan udang. Hao liao!

Crispy Vegetables

Sekali pandang, nampak macam sotong celup tepung kan? Tapi bukan. Ni namanya sayur celup tepung. Macam-macam sayur ada, kacang panjang pun ada. Pelik tapi tetap sedap. 

Pansuh Chicken (Manok Pansuh)

Ni antara menu yang famous di Sarawak, iaitu Manok Pansuh. Memang sedap, first time makan time tiba di airport selepas Press Conference . Dah jadi favorite dah.

Appetizer : Sarawak Tribal Salad

Potongan-potongan nenas berbentuk dadu bersama kacang. Rasa masam-masam tapi pedas. Kalau kita di semenanjung makan acar timun, kat sini namanya salad nenas. Not bad, nice combination.

Stir Fried Vegetables with Prawns

Sayur goreng bersama udang. Ni menu biasa, kat mana-mana pun boleh jumpa. So, tak special sangat, memandangkan hidangan mestilah seimbang dari segi gizi, cewaaah, kena la makan jugak. Rezeki jangan ditolak. Ngap saja apa yang ada di depan mata.

Terung Dayak with Curry Fish

Ni bukan gulai lemak cili padi, ni namanya gulai ikan bersama terung dayak. Kalau nak tau, terung dayak bulat warna oren, bukan macam terung yang selalu kita tengok yang panjang warna purple tuh. Rasa dia? Walaweh, sedap amat. Tak pernah makan terung sebelum ni pun, termakan jugak time tuh. Pelik punya  pasal.

Umai Sarawak

Ni lah menu yang ditunggu-tunggu.Akhirnya, mimpi jadi realiti bila dihidangkan dengan umai Sarawak. Orang kata, datang Sarawak tak try umai, tak sah. Apa lagi, try lah makan. Arghhhh, ini  pun sedap.Potongan ayam, udang, sotong bersama hirisan serai, kacang dan lada, memang superb. Macam makan kerabu. 

Mee Kolok

Hidangan seterusnya sebenarnya takde dalam menu, mungkin inisiatif pihak restoran untuk memperkenalkan kepada kami, maka ada lah satu pinggan besar Mee Kolok. Sempat la jugak try sedikit sorang. Macam maggi goreng kan? Tapi rasa dia, lain...

Lemon Mint Drink

Dah makan banyak-banyak, tak kan takde air kan? Nanti tercekik pulak. Air yang dihidangkan nampak macam air kosong, tapi sebenarnya air lemon mint. Rasa memang tawar, tapi still bau lemon dan rasa mint sikit-sikit. Apa special? Tak tau la jugak,mungkin ada  la tuh khasiatnya jika dipadankan dengan menu-menu yang dihidangkan bersama.

 
 Dessert : Mango Pudding

Time for dessert. Kami dihidangkan dengan puding mangga. Tapi time nih, dah ramai yang keluar sebab dah kenyang. Sebenarnya, tak tahu yang sebenarnya dessert belum dihidangkan,haha.

Fruits

Macam biasa, ubat sembelit. Kena lah makan buah-buahan. Bantu sikit perut yang nak kena hadam segala macam yang kita telan tuh.


Jadi, itu lah kesemua menu yang telah dihidangkan dan dinikmati oleh kami semua. Amacam? Best tak? Jadi, kalau pergi ke Sarawak, jangan lupa try menu-menu special yang ada. Give it a try, you will like it!


Sebelum berangkat pulang, sempat jugak bergurau-senda dengan Orang utan di restoran Absolute Tribal, LOL! Destinasi kami seterusnya, ada yang nak ke Muzium Negeri, ada yang nak ke main Bazaar. Memandangkan main bazaar dekat dengan tempat kami menginap, Riverside Majestic Hotel maka majoriti ramai yang ke main bazaar termasuklah pb untuk beli ole-ole. Kat muzium negeri pun, memang tak boleh nak snap-snap photo. Tapi apa yang menarik, mereka kata ada kucing dan macam-macam binatang lagi yang diawet ada dipamerkan dalam muzium. Next time, kalau pergi ke Kuching lagi memang kena masuk untuk tengok sendiri.


Ok, untuk sesiapa yang berminat untuk cuba masakan di Absolute Tribal, boleh hubungi talian atau lawat facebook page Absolute Tribal. Selamat jalan-jalan cari makan!

Telefon
082-234 655

Facebook
Sarakraf Pavilion


Maka, berakhirlah kembara kami selama 3 hari 2 malam di Kuching, Sarawak. Lepas ronda-ronda di main bazaar, masing-masing balik ke bilik hotel untuk packing, check-out dan bersiap-siap untuk ke Kuching International Airport (KIA). Yeah, terima kasih Malindo Air untuk trip yang super ohsem!


TAMAT


Memory saved!
Selepas ronda-ronda di sekitar Medan Niaga Satok selama 45minit, kami meneruskan perjalanan ke tempat perniagaan kek lapis paling famous di Sarawak, tak lain tak bukan Kek Lapis Dayang Salhah.


Nak tahu lokasi Kek Lapis Dayang Salhah di mana? Ok, kat sini ada sedikit-sebanyak informasi mengenai Kek Lapis Dayang Salhah. Boleh la godek-godek kalau berminat. Nak beli secara online pun boleh.

Lokasi
No. 40, Kampung Gersik, Petrajaya, Kuching 93350, Sarawak

Telefon
082 – 445040 

Waktu operasi
8:30am – 10.30pm

E-mail
dsfood33@gmail.com 
keklapisdayangsalhah@gmail.com 

Website

Facebook



Setibanya di kedai Kek Lapis Dayang Salhah, pihak media seperti Bernama dan Santai TV tak melepaskan peluang untuk menemuramah pengusaha Kek Lapis Dayang Salhah. Kalau tak silap, ni anak dia kot. Tapi tak tahu la betul ke tidak. 


Dah masuk dalam kedai Kek Lapis Dayang Salhah, macam-macam jenis kek lapis ada. Saiz besar ada, saiz kecil pun ada, dengan harga yang berbeza, pilih je mana yang rasa berkenan.



Paling best, dapat rasa semua jenis kek lapis yang ada. Duduk la situ sampai konpius lidah nak pilih yang mana sedap yang mana tidak. Dah rasa, jangan tak beli pulak. Alang-alang dah sampai, rugi pulak tak beli untuk dibawa pulang.


Dalam duk try tuh, boleh la pilih kek lapis mana yang kena dengan lidah dan sedap untuk dimakan. Dalam banyak-banyak kek yang ada, antara yang menarik minat adalah kek lapis cheese cadburry, blueberry cheese, vanilla cheese. Eh, semua cheese je, cisdel betul. Tapi, memang cheese kek ni my favourite. Apa lagi, borong saja kek itu...


Kebetulan, housemate pun ada kirim 5 biji kek lapis. Antaranya, lapis oreo cheese, lapis india, lapis blueberry dan lapis manis. Beli banyak, pastu pakat pulak ramai-ramai. Jadi, boleh lah murah. Dengan pembelian RM200 ke atas, kami diberi 3 biji kek percuma. Campur tolak bahagi darab kamir dan bezakan, dapat lah lebih kurang RM8  sebiji. Cuma yang kek yang sedap macam cheese cadburry besar tuh RM20++ satu.

Nisa - Yana Yassin - Ruby - Faizal Fredley


Jangan risau, kalau beli nak bawak balik naik belon, kedai Kek Lapis Dayang Salhah ada sediakan perkhidmatan membungkus. Konpem, selamat la kek lapis dari lenyek tak tentu pasal bila sampai kat rumah.


Makan kek lapis sudah, shopping kek lapis pun sudah, kini tiba masanya untuk makan tengah hari pulak. Suspen jugak, ke mana laaa tempat seterusnya kami nak makan. Harap-harap, dapat lah merasa dan makan menu-menu yang tak pernah try lagi selama 2 hari di Kuching. Adakah mimpi menjadi realiti? Jeng jeng jeng


Full series : Sarawak, Aku Datang!
 
Selepas berfoya-foya dengan si Lonely, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Satok. Orang kata, Pasar Satok ni famous, tempat tumpuan nak beli macam-macam barang di Kuching. Malangnya, Pasar Satok yang diwar-warkan itu sudahpun berpindah lokasi.


Pasar Satok kini sudah berpindah lokasi ke Medan Niaga Satok, Kubah Ria. Mungkin, ini salah satu pembangunan untuk industri perniagaan dan pelancongan di Kuching, Sarawak Dengan struktur bangunan serba baru, mungkin dapat menjadi daya penarik untuk pelancong asing. Hakikatnya, ramai yang merindui suasana meriah Pasar Satok yang dulu.


Sekali tengok, struktur bumbung Medan Niaga Satok ni ala-ala berada di Sydney, Australia. Ceeewah! Kat sini, macam-macam ada dijual. Paling famous, ikan terubuk, kek lapis, kuih-muih tradisional Sarawak, cenderahati, t-shirt, sayur-sayuran, buah-buahan, bahan-bahan basah, udang kering dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua ada. Mak dan ayah je takde dijual di situ.


Kalau dah sampai di Medan Niaga Satok, jangan lupa beli ikan terubuk. Kalau beli kat sini, nak bawak pulang ke Semenanjung, suruh peniaga bungkus dalam kotak siap-siap. Memang mereka dah ready untuk membantu. Pilih lah ikan yang segar-segar, ikut saiz yang kena dengan selera dan citarasa. Udang galah pun banyak dijual di sini.


Nama pun datang trip dengan warga media kan, sudah tentu lah mereka berkerja keras menyiapkan tugasan mereka. Ini dia, Wany dari Santai TV duk tengah buat recording pasal Medan Niaga Satok. Kalau nak tau, Wany ni adalah PA kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Fuyoh!


Apa lagi yang menarik di Medan Niaga Satok? Hah, kat sini juga ada bermacam-macam makanan. Ada yang biasa, ada yang luar biasa. Ada jugak yang tak pernah jumpa kat tempat-tempat lain. Antaranya, lemang Bertawi dan Popia Canai. Kalau nak diikutkan, banyak lagi makanan-makanan lain. Tapi, memandangkan tempat ni terlalu luas, tak larat nak jalan, jadi tak sempatlah tawaf sampai habis.



Produk yang famous, tak lain tak bukan Kek lapis Sarawak. Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya, sempat juga beli 2 biji kek lapis Sarawak di Medan Niaga Satok untuk dibawa pulang. Kenapa beli sikit je? Haaa, sebenarnya destinasi lepas ni memang nak pergi borong kek lapis Sarawak. Tempat yang kami tuju tak lain tak bukan tempat perusahaan kek lapis Sarawak yang paling terkenal di Sarawak, iaitu pelopor terawal perniagaan kek lapis. Nak tahu di mana lokasinya? Kita cerita kemudian.....


Full series : Sarawak, Aku Datang!
Lepas dinner di TopSpot Foodcourt , kami sempat berjalan-jalan di sekitar bulatan Bandar Kuching dan Kuching Waterfront. Alang-alang berjalan tuh, tak sah kalau tak singgah dan snap photo mercu tanda yang ada di pusat bandar Kuching iaitu Kucing Statue.


The Kuching North City Hall Family Cat Statues

Sefamili patung kucing ni terletak betul-betul di roundabout persimpangan antara Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Abell. Kalau bangun pagi, dari jendela Riverside Majestic Hotel nampak lah kucing-kucing nih. Nice view!


Untuk hari ke-tiga iaitu hari terakhir kami di Kuching, Sarawak, destinasi yang dituju adalah Lonely Cat statue. Selepas bersarapan di Majestic Cafe',kami pun bertolak menuju ke destinasi dengan menaiki bas Cat City yang dibantu oleh tour guide kami iaitu Madam Rose.


 Alang-alang dah sampai Kuching, tak sah kalau tak bergambar dengan kucing!


Menurut kata Madam Rose, kucing ni sentiasa bertukar fesyen setiap kali musim perayaan atau apa-apa sambutan. Kebetulan, time kitorang pergi, kucing ni pakai turban ala-ala Yuna gitu, keh3. Say hye to all of us! Olololo, comey lotey.


Lonely cat statue ni terletak di Little China Town di Jalan Padungan. Tak jauh dari tempat kami menginap, iaitu dari Riverside Majestic Hotel.


Memandangkan Muzium Negeri masih belum buka, kami terpaksa lah bersiar-siar di sekitar bandar Kuching. Sepanjang perjalanan, Madam Rose duk cerita macam-macam sejarah mengenai Sarawak. Macam hari-hari sebelumnya, banyak info pasal negeri Sarawak dapat ditimba daripada beliau.



Dalam duk ronda-ronda, jumpa lagi satu mercu tanda patung kucing. Nama pun bandar Kuching, memang bertebaran lah kucing-kucing di sepanjang jalan. Kucing kali ni pulak,kalau tak silap merupakan tanda sempadan antara Kuching Utara dan Kuching Selatan. Cukup lah 3 gambar kucing yang sempat ditemui. Kucing-kucing di tempat lain, tak sempat nak melawat.


Destinasi kami seterusnya adalah tempat membeli-belah iaitu di pasar yang terkenal di sekitar Kuching. Cuba teka pasar mana? Dengar kata, pasar yang bakal kami tuju kini berpindah ke tempat baru dengan prasarana dan infrastruktur yang serba lengkap, baru dan moden. Tunggu....


Full series : Sarawak, Aku Datang!

Setelah seharian berjalan-jalan di sekitar Sarawak, melawat orang utan di Semenggoh Wildlife Centre, shopping dan makan tengah hari di Sinpiao dan Serapi Corner dan melawat rumah-rumah tradisional kaum etnik Sarawak di Sarawak Cultural Village kini tiba lah masanya untuk menjamu selera.


Destinasi seterusnya adalah makan malam di TopSpot Foodcourt. Kalau datang Kuching, Sarawak, jangan lupa singgah dan makan di sini. Tempat makan seafood yang paling famos-amos.


Kalau nak tahu, time dinner di TopSpot Foodcourt la sempat berkenalan dengan blogger famous kak Emila http://emilayusof.com/ dan kak Idayu (ladyjaya) http://foodiehunt.com/ . Kebetulan, dapat duduk semeja. Sepesen jugak lah kami semua, termasuk bro Shakiddo . Semua jenis pesen snap gambar dulu sebelum makan. Ya, inilah persamaan kami semua, LOL


Jom tengok apa yang kami ngap di tempat kejadian. Orang yang mengandung, tak digalakkan tengok gambar-gambar di bawah. Sat lagi, terliur nak makan, mengidam, susah pulak nak kena fly ke Kuching untuk makan, keh3. Apa yang pb perasan, makanan di Sarawak agak unik. Nama pun agak pelik, tapi rasa nye tetap sedap. Layan......


Butter prawn

Crab with ginger & eggs

Fish maw soup

Steam live snapper

Midin garlic

Oyster pancake

Mix vegi in yam basket

Braised beancurd

Makan bukan main banyak, jangan lupa makan buah-buahan jugak. Nanti kang sembelit pulak, susah!

Fruits


Hah, amacam? Mengancam tak makanan-makanan kat sini?


Overall, makanan kat sini memang sedap. First time try Oyster Pancake. Rupa nye macam papadom besar, cuma ada Oyster di atasnya. Sedap sampai licin pinggan. Ketam masak dengan telur tu pun best, tapi malas nak makan, jadi ambil seketul je lah. Dah kenyang perut satu hal, tu yang kurang semangat nak ngap ketam. 


Blurppppppp, Alhamdulillah. Huh, sendawa panjang 4 harakat. Sekarang dah boleh balik ke Riverside Majestic Hotel untuk beradu. Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut boleh tidur dengan suka hati! Nasib baik dekat je, jalan kaki 5 minit dah sampai. Sempat jugak posing-posing kat Kucing statue tengah-tengah malam buat kenangan.


Sebelum tu, mai nak habaq sedikit-sebanyak info pasal TopSpot Foodcourt nih. Semoga membantu untuk sesiapa yang pasang hajat mau berkunjung ke sana. Cekidout!

Terletak di pusat bandar Kuching dan mula beroperasi pada tahun 1995. Merupakan tempat tumpuan warga tempatan dan pelancong luar untuk menikmati makanan laut. Beroperasi di tingkat 6 di bangunan parkir kereta bertingkat, menjadikan TopSpot sebagai sebuah lokasi strategik untuk dikunjungi. Paling penting, ia menyediakan makanan Halal untuk pengunjung.

Pernah memenangi beberapa anugerah,antaranya:
  • Certificate of Excellence For The Year 2012. ~ by Tripadvisor 
  • Topspot Foodcourt - winner of 2009/2010 Sarawak Hornbill Tourism Award
  • Outstanding Food & Entertainment Outlets: Hawker Stalls/Foodcourt Category



Full series : Sarawak, Aku Datang!
20 April 2013, ya hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Orang duk sibuk buat penamaan calon, aku pun nak join jugak lah sekaki. Nak pergi ke Putrajaya. Nama aku pun tercalon sekali untuk tahun ni. Aishh,nervous!



Terima kasih kepada Shakiddo , Ruby , dan Yana Yassin sebab sudi mencalonkan nama gua sekali. Bukan untuk PRU eh, cukup dengan Annuar Musa dan Anwar Ibrahim sudah la jadi calon PRU. Anuar ni, jadi calon juara Putrajaya Treasure Hunt 2013 je,keh3. Bangga siot, dapat join masuk group diorang. Menangis terharu, sob3.


Sebenarnya, hari ni (20 April 2013) kami join Putrajaya Treasure Hunt 2013. Ini first time aku join treasure hunt berkereta, 4 orang satu group. Yes, excited! Harap-harap, cubaan pertama ini membuahkan hasil. Sempat juga study sikit-sikit pasal Putrajaya. Banyak jugak tempat yang perlu diteroka di Putrajaya rupanya. 


Malangnya, di saat akhir Yana Yassin tak dapat nak join sebab tak sihat. Nasib baik, cepat cari pengganti. Terima kasih Encik Naim, husband kak Ruby yang sudi untuk join sekaki. Berbekalkan nama kumpulan, Adam dan Hawa, semoga kami berjaya di Putrajaya!


Doakan kejayaan kami dalam Putrajaya Treasure Hunt 2013! Semoga kami dapat menyelesaikan setiap tugasan dan mencari clue jawapan dengan cepat dan tangkas. All iz well!


Notakaki : Dengar kata 170 pasukan yang join,maksudnya 170 kereta akan sesakkan Putrajaya. Kalau dapat masuk dalam ranking top 40 pun dah cukup bagus kan for the first timer? Tapi, diorang nak juara, cewah! Bagus betul teammates, semangat berkobar-kobar! Apapun, kita cuba yang terbaik. Semoga kejayaan mengiringi kita, amin. I'm looking forward for new experience.




Putrajaya,here we come!
Perjalanan dari Serapi Corner ke Sarawak Cultural Village pula mengambil masa lebih kurang 30-40 minit menaiki bus Cat City. Perjalanan ke Santubong memberi peluang kepada kami semua meninjau dengan lebih dekat keadaan di Sarawak terutamanya di sepanjang perjalanan. 

Informasi untuk ke Sarawak Cultural Village
45 minit drive dari Kuching
5 minit berjalan kaki dari Damai Beach Resort
5 minit berjalan kaki dari Damai Puri Resort & Spa
10 minit berjalan kaki dari Damai Golf & Country Club


Kalau datang ke Sarawak Bumi Kenyalang, tak sah kalau tak pergi melawat Sarawak Cultural Village. Tempat ni sangat unik, bagaikan muzium. Cuma di sini selain daripada artifak-artifak yang dipamerkan, ada juga rumah-rumah kaum etnik di Sarawak dan orangnya sekali (Living Museum). Uniknya, terdapat pelbagai etnik dengan seni dan budaya tersendiri. Macam-macam kita boleh tengok dan belajar semasa lawatan.


Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Sarawak Cultural Village adalah RM60 untuk orang dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Terima kasih kepada pihak Malindo Air dan Sarawak Tourism Board (STB) atas tajaan untuk kunjungan kali ni. 


Kawasan dengan keluasan 17 ekar, Sarawak Cultural Village memberi gambaran jelas tentang adat dan budaya orang Sarawak. Teruja jugak first time sampai di sini. Mana tak nya, dapat juga tahu dan faham pasal budaya orang Sarawak. Orang Bidayuh dengan pakaian dan tarian tersendiri, Orang Iban pulak dengan pakaian dan tarian yang lain. Pendek kata, setiap kaum etnik di Sarawak punyai kelainan antara satu sama lain.


Antara laluan yang perlu kami cuba adalah jambatan buluh. Nampak macam biasa, tapi fulamak! Kukuh jugak. Rasanya, berpuluh-puluh naik dalam masa yang sama, tapi takde gaya nak runtuh ke apa. Padahal, bina dengan buluh je. Amazing!


Mai nak share sedikit-sebanyak apa yang ada di Sarawak Cultural Village. Apa yang menarik, pastinya binaan dan keunikan setiap rumah yang ada di sana. Jom, layan….

Rumah Bidayuh (Baruk)


Rumah Panjang Iban 


Penan Hut


Rumah Panjang Orang Ulu 


Rumah Tinggi Melanau 


Rumah Melayu 


Rumah Cina 


Nampaknya, mimpi dah jadi kenyataan. Dulu tengok rumah panjang dalam buku teks je dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sampailah ke alam universiti. Kali ni, hah dah boleh tengok depan mata secara live. Seronok dua ronok tiga ronok rasanya, LOL. Bulan November 2012, ada lah jugak dapat peluang untuk rasa pengalaman tidur di rumah panjang di Awana Genting longhouse, kali ni dapat tengok yang real punya di Sarawak. Yezzza!


Tarian tradisional 

Di setiap rumah yang kita singgah, ada persembahan tarian dan pameran. Boleh la tengok barang-barang antik dan klasik dalam setiap rumah tuh. Paling penting, setiap etnik ada produk mereka sendiri. Tidak kira dari segi kraftangan mahupun makanan tradisional. Macam-macam ada. Nak tengok pun boleh, nak beli lagi lah boleh. Kalau rasa nak bergambar ala-ala orang Sarawak, boleh sewa baju yang disediakan.


 Hasil kraftangan

Ni antara hasil kraftangan orang Bidayuh. Serously, kagum dengan bakat yang mereka ada. Sabut kelapa boleh pulak dia ukir jadi orang utan. Teringat kat Annuar di Semenggoh Wildlife Centre, hak3.


Teater Kebudayaan (Cultural Theatre)  

Tepat jam 4 petang, tetamu yang bertandang akan dihiburkan dengan tarian tradisional dari pelbagai etnik di dewan teater kebudayaan. So, kalau plan nak ronda-ronda dulu sekitar kampung, kena lah datang awal supaya tak terlepas dengan persembahan kebudayaan.Persembahan kebudayaan diadakan 2 kali sehari iaitu pada pukul 1130 pagi dan 400 petang selama 45minit.


Macam-macam tarian yang dipersembahkan. Dari Iban, Melanau, Bidayuh, Melayu sampailah kepada orang Penan dengan seni menyumpit belon. Cayalah!


Passport 

Satu lagi keunikan melawat Sarawak Cultural Village adalah passport. Masuk je dalam kawasan perkampungan, kita semua akan diberi passport. Macam nak melancong ke luar negara lah, kena ada passport. Sampai je di setiap rumah yang kita lawati, jangan lupa ambil cop. Bukan apa, dah dapat complete cop, boleh bawak balik bukti kita dah sampai dan melawat semua rumah-rumah yang ada. Ole-ole dari sana, hehe.

Ini lah ole-ole yang pb bawa pulang. Boleh simpan dalam muzium peribadi, hoho.


Ok, kat sini mai nak share sedikit-sebanyak mengenai Sarawak Cultural Village. Mana tau kan, ada sesiapa yang pasang hajat nak berkunjung ke sana.

Waktu operasi
9 pagi – 4.45 petang
Cultural Shows
11.30 pagi – 12.15 petang
4 petang – 4.45 petang
Bayaran Masuk
RM 60 (Dewasa)
RM 30 (Kanak-Kanak 6-12 tahun)
 
Lokasi
Sarawak Cultural Village, Pantai Damai, Santubong,
Kuching, Sarawak
Telefon
+6082-846 108 / 846 078
http://www.scv.com.my
https://twitter.com/scv2u

Huh, penat juga berjalan naik turun tangga dari satu rumah ke satu rumah. Nasib baik ada orang jual air kelapa dalam tuh. Syok woo. So, better bawa air siap-siap kalau rasa tak mampu nak tahan dahaga.


Semua rumah dah melawat, persembahan kebudayaan dah tengok, jom kita balik ke Riverside Majestic Hotel. Sebelah malam, dengar kata ada dinner yang best, nak pi makan seafood. Nanti kita cerita di bahagian seterusnya pasal lokasi best untuk makan seafood di Kuching. Chow cin chow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...