Mesti tertanya-tanya kan siapa juara Fear Factor Selebriti Malaysia? Malam ni, 30 Mac 2013 merupakan malam kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia. Siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara Fear Factor Selebriti Malaysia? Semua bakal terjawab malam ni di Astro Ria, jam 9 malam.

Sebelum kita main teka-teki siapa yang akan jadi juara, jom kita kenal dulu finalist untuk malam ni. Cekidout!

Finalist Fear Factor Selebriti Malaysia

Dazrin dan Hairul antara team favorite untuk menjadi juara Fear Factor Selebriti Malaysia. Sebabnya? Boleh dikatakan tiap-tiap episod mingguan, kalau tak menang pun, mereka akan bagi saingan sengit kepada pasukan lain. Menjadi juara mingguan lebih dari sekali, maksudnya team ni agak kuat! 


Lagi satu team favorite untuk menang adalah Hefny dan Hafizul. Dua orang ni nampaknya serasi dalam melakukan setiap cabaran mingguan. Boleh dikatakan, dua-dua berani dan suka sahut cabaran. The spirit memang boleh puji. Dua orang ni pun pernah jadi juara mingguan jugak.Cuma, kadang-kadang catatan masa yang tidak menyebelahi nasib mereka.


Zoey dan Dafi? Kekuatan dalam team ni adalah Zoey. Dalam kebanyakan cabaran, Zoey yang akan melakukan aksi-aksi yang extreme berbanding Dafi. Mungkin, Zoey ni orang nye lebih kental. Tapi, untuk sesetengah cabaran, Dafi pun turut membantu Zoey. Kalau tak, mana mungkin mereka dapat menang juara mingguan dulu. Nak kata calon juara? Rasanya, agak susah. Sebab Hairul-Dazrin dan Hefny-Hafizul lagi mantap kot. Apepun boleh jadi, kita tunggu dan lihat je nanti.


Kalau nak tau, ni lah satu-satunya team underdog yang layak masuk final. Tu pun, lepas Elfira Loy menangis tak ingat dunia, ingatkan dah tersingkir di minggu terakhir sebelum pentas final. Mana taknya, kecewa habis kalau tersingkir sebab beza 1 saat je. Nasib baik, at last dapat jugak masuk final. Ajak dan Elfira, memang struggle tiap-tiap kali cabaran. Kagum jugak lah tengok team ni, satu-satunya pasangan lelaki dan perempuan yang kekal sampai akhir. Calon juara? Rasanya, tidak mungkin. Melainkan, keajaiban yang berlaku.


Hah, siapa juara sebenar Fear Factor Selebriti Malaysia ni? Ce teka... Jawapannya adalah....... (duduk depan tv, bukak Astro Ria, tunggu sampai habis rancangan dari pukul 9-10), keh3.


Selamat berhujung minggu

[UPDATE]

Akhirnya, terjawab sudah siapa juara Fear Factor Selebriti Malaysia.

Nampaknya, ramalan aku not bad, 2 team favorite layak ke cabaran akhir manakala 2 team lagi yg kurang favorite, terkandas di cabaran pertama. Walaupun cabaran akhir, faktor nasib yang memainkan peranan penting, namun faktor keberanian dan strategi untuk meletopkan kereta pada saat yang betul, turut memainkan pernanan penting.


Tahniah kepada Dazrin dan Hairul yang dinobatkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia sekaligus membawa pulang RM200,000. Di sebalik keseronokan menyaksikan cabaran terakhir itu, aku tertarik dengan hasrat murni 2 peserta ni sebelum dinobatkan selaku juara.

Kata Dazrin, "Saya nak menyumbangkan sebahagian apa yang saya dapat kepada anak-anak yatim dan golongan yang lebih memerlukan".

Kata Hairul, "Saya nak bawak mak dan ayah saya ke tanah suci Makkah".

Alhamdulillah, berkat usaha keras mereka, akhirnya mereka berjaya.Tahniah diucapkan dan selamat merealisasikan impian.

Untuk ranking MRSM SPM 2012, boleh rujuk di sini : Ranking MRSM SPM 2012

Sekarang, jom tengok Ranking SBP SPM 2012. Boleh tengok, sekolah-sekolah anda dulu di tangga yang ke berapa untuk tahun 2012. Cekidout....

  1. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur – (GPS 1.0422)
  2. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawer, Negeri Sembilan (SASER) – (GPS 1.0620)
  3. Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (TKC) – (GPS 1.1067)
  4. Sekolah Menengah Sains Alam Shah,Putrajaya Kuala Lumpur – (GPS 1.1870)
  5. Sekolah Tun Fatimah, Johor – (GPS 1.2275)
  6. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor (KISAS) – (GPS 1.2976)
  7. SBP Integrasi Gombak, Selangor (GPS 1.3417)
  8. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor – (GPS 1.4349)
  9. The Malay College Kuala Kangsar, Perak (MCKK) – (GPS 1.4593)
  10. Sekolah Menengah Sains Sultan mahmud (GPS 1.4928)
  11. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah – (GPS 1.5105)
  12. Sekolah Menengah Sains Muzhaffar Shah, Melaka – (GPS 1.5327)
  13. Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak – (GPS 1.5327)
  14. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Selangor – (GPS 1.5410)
  15. Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak – (GPS 1.5719)
  16. Sekolah Menengah Sains Tuanku Abdul Rahman (STAR) – (GPS 1.6755)
  17. Sekolah Menengah  Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan – (GPS 1.6960)
  18. Sekolah Menengah Sains Johor – (GPS 1.7003)
  19. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor – (GPS 1.7295)
  20. Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan – (GPS 1.7527)
  21. Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.7705)
  22. Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (GPS 1.7862)
  23. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.7924)

Nampaknya, berdasarkan perbandingan antara SBP dan MRSM, untuk SPM 2012 masih lagi diungguli oleh MRSM Tun Ghafar Baba (GPS 1.0391)  berbanding Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur (GPS 1.0422). Apapun, tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2012 di atas kecemerlangan anda. All the best!

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa lepasan SPM, boleh rujuk http://brosiswa.com/
Berikut merupakan Ranking MRSM SPM 2012. Amacam, MRSM korang duk nombor berapa tahun ni? Cekidout.....

SPM 2012

1 TUN GHAFAR BABA 1.0391
2 TAIPING 1.0997
3 LANGKAWI 1.1971
4 PONTIAN 1.2245
5 PENGKALAN CHEPA 1.3870
6 KUANTAN 1.5745
7 TUN ABDUL RAZAK 1.6171
8 ALOR GAJAH 1.7092
9 PENDANG 1.7419
10 PASIR SALAK 1.8093
11 BALING 1.8728
12 BATU PAHAT 1.8808
13 KUALA BERANG 1.9541
14 TRANSKRIAN 2.0164
15 PENGKALAN HULU 2.0336
16 KEPALA BATAS 2.0422
17 TUMPAT 2.0668
18 MERSING 2.0811
19 TUN GHAZALI SHAFIE 2.0824
20 TAWAU 2.1261
21 BALIK PULAU 2.1351
22 BETONG 2.1560
23 MUKAH 2.1561
24 GEMENCHEH 2.1687
25 MERBOK 2.1710
26 FELDA 2.1747
27 KUBANG PASU 2.2087
28 TERENDAK 2.2225
29 MUADZAM SHAH 2.2251
30 PDRM KULIM 2.2458
31 KUALA KUBU BHARU 2.2603
32 KUALA TERENGGANU 2.2679
33 SERTING 2.3385
34 MUAR 2.3591
35 KUCHING 2.3651
36 LENGGONG 2.4254
37 JELI 2.4273
38 KOTA KINABALU 2.5332
39 KOTA PUTRA 2.5762
40 KUALA KRAI 2.7215
41 BESERI 2.7267
42 BESUT 2.7335



Notakaki : Ranking top 6 untuk tahun ni lebih kurang sama macam tahun lepas,cuma bertukar kedudukan je, ada yang naik ada yang jatuh. Top 2, kekal macam tahun 2011. Apa yang jelas, MRSM semakin banyak dan kini bertambah lagi 3 buah menjadikan jumlah keseluruhan 42. 

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2012. Sekarang, bolehlah cuba godek-godek website cari pasal scholarship/biasiswa. Untuk maklumat lanjut pasal biasiswa, boleh rujuk http://brosiswa.com/


Untuk Ranking SPM MRSM 2011 dan Ranking MRSM 2006-2010, boleh rujuk di pautan berikut:




Warnamu.....
 Bak langit nan biru
Bak lautan nan luas

Rasamu....
Lazat tak terhingga
Enak tak terperi
Sedap tak terkata
Hingga menjilat jari
 


Cuba teka, menu apakah yang dihidangkan hari ini?

Masih ada ke orang yang tak pernah try makan walau sekali dalam hidup? 
Baik mengaku cepat-cepat, mau open table ni, wakaka.
Apa yang boleh dikatakan, kalau tak pernah try anda sudah hilang satu nikmat dunia.  

Kenapa?
Kalau nak tahu, inilah namanya Nasi Kerabu. Kalau makan, mau terangkat. Cuba sekali, mahu berkali-kali. Bila makan, sampai menjilat jari. Tak percaya? Cubalah walaupun hanya sekali. Gerenti, anda akan jatuh hati. Cewah!

Nasi yang berwarna biru, menjadikan Nasi Kerabu ni amat unik berbanding nasi-nasi lain yang ada di dunia. Gandingan hebat bila dihidang bersama ulam-ulaman seperti kacang panjang, daun kesum, pucuk serai kayu dan taugeh pastinya akan membangkitkan selera untuk penggemar nasi ulam.

Ditambah dengan keenakan kelapa goreng, kuah tumis, sambal, dan paling penting budu menjadikan Nasi Kerabu lebih ohsem! Gabungan sesedap rasa, lain dari yang lain.

Nak makan Nasi Kerabu yang lagi best? Boleh tambah telur masin untuk menjadikan hidangan lagi perfect. Tambah lagi Solok lada : Lada hijau besar yang dibuang bijinya dan disumbat isi ikan rebus bersama kelapa parut goreng yang digaul bersama gula, garam, kerisik dan dikukus enak. Aromanya, huh hingga kembang hidung-hidung.

Lagi? Nah, kasik daging bakar sekali. Tak nak daging bakar, boleh padankan dengan ayam percik. Huh, hidangan yang complete. Umphhhh! Meleleh bak hang.

Tak lengkap rasanya hidangan tanpa keropok keping dan ikan goreng celup tepung. Sedap, enak, lazat. Semestinya tak terungkap dengan kata-kata.  Kalau ada semua yang disebutkan tadi, pastinya korang baca entri ini sambil air liur meleleh-leleh.

Konpem, lepas ni ramai yang dah kempunan dan teringin nak makan kan? Apa lagi, serbu la gerai Nasi Kerabu yang berdekatan. Tak pun, serang je restoran-restoran Nasi Kerabu yang ada di sekitar anda. Ada bakat tak jadi promoter Nasi Kerabu? Dijangka, jualan Nasi Kerabu akan mencanak lepas ni, trololol.

Selamat menjamu selera!


Jika korang suka jalan-jalan cari makan
You are my Tastebuddies
Ajak ler gue sekali dong.
Sebelum makan, baca doa
Lepas doa, snap photo dulu
Then, baru kita makan
Keh3
 
 
Stok makanan yang best-best, sila klik sini:
Instagram
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...