Monday, December 31, 2012

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : 15 PASUKAN, 25 AKSI, 1 JUARA!


Bayangkan jika rasa takut anda yang paling ngeri menjadi kenyataan.
Setiap minggu menampilkan aksi-aksi yang akan menguji fizikal dan mental.
Sanggupkah?
Sanggupkan saja untuk menonton ketakutan di ruang tamu anda!


15 pasukan
30 selebriti 
25 aksi
1 juara


Jika mereka takut untuk melakukan aksi, mereka berkemungkinan disingkirkan
dan jika mereka gagal untuk menyelesaikan aksi itu, mereka juga berkemungkinan disingkirkan.
Tetapi, jika mereka berjaya, mereka ke langkah seterusnya memburu wang tunai bernilai RM 200 000.

Itulah dia rancangan realiti sensasi terkini terbitan Astro iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia



 Saksikan Fear Factor Selebriti Malaysia yang sudahpun mula ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 29 Disember 2012 yang lalu. Rasanya, bukan setakat peserta dalam tv je berdebar untuk beraksi, penonton kat luar yang duk tengok aksi mereka pun tak kurang hebatnya. Rasanya, ramai yang turut kecut perut dan berdebar-debar dengan setiap inci pergerakan dan aksi-aksi yang tak tercapai dek akal nak buat.


Yezza, gua dah mula ketagih nak tengok aksi-aksi yang mendebarkan daripada mereka.


Fear Factor Selebriti Malaysia ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Mustika (Saluran 134) bermula jam 9 malam setiap hari Sabtu. Mark your calendar, simpan remote tv siap-siap setiap hari Sabtu untuk jadi orang pertama tengok live di tv. Kalau tak dapat jugak, don't worry, siaran ulangan di Astro kan ada, keh3.


Jadual tayangan

 Minggu 1
29 Disember 2012
(klik sini)

 Minggu 2
05 Januari 2013
(klik sini)

 Minggu 3
12 Januari 2013

 Minggu 4
19 Januari 2013

 Minggu 5
26 Januari 2013

 Minggu 6
02 Februari 2013

 Minggu 7
09 Februari 2013

 Minggu 8
16 Februari 2013

 Minggu 9
23 Februari 2013

 Minggu 10
02 Mac 2013

 Minggu 11
09 Mac 2013

 Minggu 12
16 Mac 2013

 Minggu 13
23 Mac 2013


Notakaki : Amacam bila tonton Fear Factor Selebriti Malaysia? Syok kan? Agak-agak,siapa pasukan favorite korang? Siapa yang bakal diumumkan selaku juara Fear Factor Selebriti Malaysia? Mampukah Jehan Miskin mengekalkan gelaran yang pernah beliau sandang selaku Juara Fear Factor Malaysia dulu? Semua bakal terjawab pada Mac 2013 nanti. Layannnnn.....


  Fear Factor Selebriti Malaysia disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||
 





Saturday, December 29, 2012

PROFIL SELEBRITI : FEAR FACTOR MALAYSIA

Nampaknya, detik yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi. Tanggal 29 Disember 2012, tepat jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Mustika HD (134), sejarah baru bakal tercipta. Buat julung kalinya, rancangan realiti antarabangsa yang penuh gimik dan suspen, Fear Factor bakal menemui para penonton.


Sebelum korang syok layan di kaca tv, meh kenali dulu para peserta Fear Factor Selebriti Malaysia. Pilih peserta favorite korang, dan cuba teka siapa yang akan tersingkir dulu, siapa yang bakal muncul selaku juara pertama Fear Factor Malaysia!


Untuk musim pertama ni, seramai 30 orang selebriti dipilih dan dibahagikan kepada 15 kumpulan,. Ce tengok, team mana yang powerrrr. Tapi kan, team power bukan bermakna juara. Betul dak? Nak tahu siapa juara, kena lah tunggu sehingga tamat program ditayangkan. Gua syak, diorang dah tahu siapa juara, cuma tak boleh nak reveal. Mungkin sebab dah termaktub dalam kontrak.


Apapun, kita tunggu saja lah. Jom, kenali peserta Fear Factor Selebriti Malaysia!



Nama : Mohd Hanaffi Bin Razak
Nama Komersial : Ajak Shiro
Tarikh Lahir : 6 Januari 1986
Umur : 26 Tahun
Tinggi : 169 sm
Berat : 68 kg
Kerjaya : Pelakon & Pelawak

Nama : Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri
Nama Komersial : Elfira Loy
Tarikh Lahir : 8 Mac 1994
Umur : 18 Tahun
Tinggi : 5"
Berat : 40 kg
Kerjaya : Pelakon (Wajah Esklusif Astro) dan Model


 

Nama : Azline Binti Ariffin
Nama Komersial : Ezlynn
Tarikh Lahir : 27 September 1981
Umur : 31 Tahun
Tinggi : 160 sm
Berat : 47 kg
Kerjaya : Penyanyi, Pelakon & Model

Nama : Nick Michael Imran Bin Nik Ezar
Nama Komersial : Nik Michael
Tarikh Lahir : 19 September 1989
Umur : 23 Tahun
Tinggi : 5'11
Berat : 82 kg
Kerjaya : Tukang Masak. Pakar Kulinari, Penilai Kulinari, Pengacara dan Model



Nama : Nor Isham Bin Ismail
Nama Komersial : Isham
Tarikh Lahir : 21 Julai 1976
Umur : 36 Tahun
Tinggi : 167 sm
Berat : 75 kg
Kerjaya : Pengurus Artis (Didie Alias)

Nama : Fadzillah Binti Mohammad
Nama Komersial : Didie Alias
Tarikh Lahir : 17 Ogos 1973
Umur : 39 Tahun
Tinggi : 163 sm
Berat : 50 kg
Kerjaya : Pelakon & Pengacara



Nama : Mohd Azri Bin Abdullah
Nama Komersial : Azri AF9
Tarikh Lahir : 13 April 1987
Umur : 25 Tahun
Tinggi : 170 sm
Berat : 70 kg
Kerjaya : Penyanyi (Peserta Akademi Fantasia 9)

Nama : Sharif Kunal Bin Doli
Nama Komersial : Atu Zero
Tarikh Lahir : 20 April 1992
Umur : 20 Tahun
Tinggi : 168 sm
Berat : 65 kg
Kerjaya : Pelawak



Nama : Hairul Azreen Bin Idris
Nama Komersial : Hairul
Tarikh Lahir : 23 April 1988
Umur : 24 Tahun
Tinggi : 177 sm
Berat : 61 kg
Kerjaya : Model, Pelakon & Pelakon Lagak Ngeri (Stuntman)

Nama : Dazrin Kamarudin
Nama Komersial : Dazrin
Tarikh Lahir : 10 Mei 1988
Umur : 24 Tahun
Tinggi : 5'11
Berat : 70 kg
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model Iklan & Model Catwalk


Nama : Mohd Hairey Azhar Bin Abdul Rahman
Nama Komersial : Zoey
Tarikh Lahir : 3 Januari 1985
Umur : 27 Tahun
Tinggi : 175 sm
Berat : 60 kg
Kerjaya : Pengacara & Pelakon 

Nama : Gadaffi Bin Ismail Sabri
Nama Komersial : Dafi
Tarikh Lahir : 14 Disember 1988
Umur : 24 Tahun
Tinggi : 175 sm
Berat : 60 kg
Kerjaya : Penyanyi & Pelakon



Nama : Muhd Alif Bin Abd Hadi
Nama Komersial : Alif Hadi
Tarikh Lahir : 30 Jun 1988
Umur : 24 Tahun
Tinggi : 170
Berat : 60 kg
Kerjaya : Pengacara

Nama : Mohd Saifullah Bin Rosli
Nama Komersial : Gambit
Tarikh Lahir : 21 Julai 1985
Umur : 27 Tahun
Tinggi : 173 sm
Berat : 68 kg
Kerjaya : Pelakon


Nama : Arthur Tan Kok Leong
Nama Komersial : Arthur
Tarikh Lahir : 7 Mei 1984
Umur : 28 Tahun
Tinggi : 180 sm
Berat : 65 kg
Kerjaya : Pelakon, Pengacara & Model

Nama : Celina Khor Chai Peng
Nama Komersial : Celina Khor
Tarikh Lahir : 29 Disember 1978
Umur : 34 Tahun
Tinggi : 169 sm
Berat : 51 kg
Kerjaya : Pelakon, Pengacara & Penulis Skrip



Nama : Azharudin bin Haji Ramli
Nama Komersial : Arja Lee
Tarikh Lahir : 08 September 1983
Umur : 29 Tahun
Tinggi : 177 sm
Berat : 65 kg
Kerjaya : Penari dan Pelakon

Nama : Mohd Haslam bin Abdul Rahman
Nama Komersial : Alam Wakaka
Tarikh Lahir : 15 September 1986
Umur : 26 Tahun
Tinggi : 160 sm
Berat : 50 kg
Kerjaya : Penari dan Pelakon



Nama : Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman
Nama Komersial : Farish
Tarikh Lahir : 14 Februari 1984
Umur : 28 Tahun
Tinggi : 166 sm
Berat : 66 kg
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model dan Wartawan Penyiaran
  
Nama : Afiq Hakim Bin Ahmad
Nama Komersial : Akim Ahmad
Tarikh Lahir : 18 Januari 1991
Umur : 21 Tahun
Tinggi : 170 sm
Berat : 69 kg
Kerjaya : Penyanyi (Peserta Akademi Fantasia 7) & Pelakon



Nama : Roslan Bin Udin
Nama Komersial : Roslan Shah
Tarikh Lahir : 17 November 1970
Umur : 41 Tahun
Tinggi : 171 sm
Berat : 70 kg
Kerjaya : Penyanyi, Pelakon & Pengacara

Nama : Ahmad Azam Bin Pitt
Nama Komersial : Azam Pitt
Tarikh Lahir : 27 Mac 1986
Umur : 26 Tahun
Tinggi : 171 sm
Berat : 63 kg
Kerjaya : Pelakon



Nama : Noor Atiqa Binti Noor Azraff
Nama Komersial : Kaka Azraff
Tarikh Lahir : 20 Mei 1989
Umur : 23 Tahun
Tinggi : 156sm
Berat : 47 kg
Kerjaya : Penyanyi

Nama : Johan Ariff Bin Asari
Nama Komersial : Johan As'ari
Tarikh Lahir : 3 Disember 1986
Umur : 26 Tahun
Tinggi : 176 sm
Berat : 64 kg
Kerjaya : Pelakon



Nama : Mohd Jehan Bin Miskin
Nama Komersial : Jehan Miskin
Tarikh Lahir : 4 Disember 1979
Umur : 33 Tahun
Tinggi : 174 sm
Berat : 65 kg
Kerjaya : Model & Pelakon 

Nama : Mejar (Dr) Faiz Bin Khaleed
Nama Komersial : Mejar (Dr) Faiz
Tarikh Lahir : 15 September 1980
Umur : 32 Tahun
Tinggi : 170 sm
Berat : 68 kg
Kerjaya : Angkasawan Negara & Pakar Bedah Pergigian



Nama : Zawen Anwar Bin Awalludin
Nama Komersial : Zawen
Tarikh Lahir : 7 Mei 1981
Umur : 31 Tahun
Tinggi : 180 sm
Berat : 73 kg
Kerjaya : Pelakon, Model & Jurulatih Seni Mempertahankan Diri

Nama : Khairullah Ezuan Bin Sulaini
Nama Komersial : Iz
Tarikh Lahir : 8 Jun 1982
Umur : 30 Tahun
Tinggi : 173 sm
Berat : 72 kg
Kerjaya : Penyanyi dan Penulis Lirik

  
Nama : Mohamed Hefny Bin Sahad
Nama Komersial : Hefny
Tarikh Lahir : 20 Ogos 1985
Umur : 27 Tahun
Tinggi : 172 sm
Berat : 67.5 kg
Kerjaya : Pengacara (Peserta OnAir)

Nama : Hafizul Bin Ahmad Kamal
Nama Komersial : Hafizul OnAir
Tarikh Lahir : 25 April 1985
Umur : 27 Tahun
Tinggi : 178 sm
Berat : 73 kg
Kerjaya : Pengacara (Peserta OnAir)


Fuuuuh! Kalau ikut pasangan dalam pasukan, dah nampak team yang kuat. Cuma, tak tahu lah kan takut-takut team yang kuat pun takut ular ke, ulat ke, memang kalah lah jugak nanti. Bagi aku, Fear Factor ni bukan bertanding kekuatan fizikal semata-mata, tapi mental juga perlu kuat. Paling penting, perlu bertanding dengan emosi sendiri dulu baru boleh nak bertanding dengan pesaing yang lain.


Aih, tak sabar nak tunggu rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia start ditayangkan. Nak tengok siapa yang menangis kena pegang ular, nak tengok sape yang berteriak kena letak di tempat yang tinggi, keh3


Untuk maklumat lanjut, boleh layari : Profil Selebriti Fear Factor Selebriti Malaysia (klik sini)


  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||





Sunday, December 23, 2012

PEMENANG ZON FEAR FACTOR HOUSE CHALLENGE : TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN

Nampaknya, entri sebelum ni  Fear Factor House Challenge : Kini Di Dataran Teluk Chempedak, Kuantan mendapat sambutan hangat! Terima kasih kepada semua readers yang klik butang share mahupun like untuk dikongsikan kepada kawan-kawan di luar sana, terutamanya orang-orang Kuantan, Pahang.


Sempat juga tinjau-tinjau di facebook Fear Factor Malaysia , perghhhhhhhhhhh! Ramai yang amat orang Kuantan menyerang zon Fear Factor Malaysia. Aku rasa, sambutan di Kuantan lebih hebat berbanding dengan sambutan di  Sunway Pyramid baru-baru nih. Cayalah orang Kuantan. Mungkin, dah ramai yang tahu kewujudan  Fear Factor Malaysia dan zon Fear Factor House Challenge




Kepada yang tak sempat berkunjung ke Dataran Teluk Chempedak hari ini (22 Disember 2012), korang masih lagi berkesempatan untuk join di hari terakhir (23 Disember 2012). Ajak semua, adik kakak abang mak ayah atuk nenek gi try. Try sorang sekali, mana tau ada wakil family dapat menang Iphone 5 ke, Ipad mini ke, xbox 360 ke, keh3. Belum cuba, belum tau. Ye dak?





Selain dari Fear Factor House Challenge, korang juga berpeluang jumpa selebriti-selebriti yang menyertai Fear Factor Malaysia kali ni. Acara pentas yang diadakan seperti cabaran belut, cabaran tutup mata mencari kunci dalam akuarium dan macam-macam lagi, turut menawarkan hadiah-hadiah menarik. Paling koman, korang dapat bawak pulang bag tajaan Astro.

 


Itu dia,  semangat orang-orang Kuantan. Dari pagi sampai ke malam penuh di lokasi Fear Factor Malaysia


PEMENANG CABARAN ZON FEAR FACTOR MALAYSIA
DATARAN TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN
22 DISEMBER 2012

Juara
Hadiah utama : Iphone 5


Naib Juara
Hadiah utama : Ipad mini

Tempat ke-3
xbox 360

Tahniah kepada semua pemenang untuk hari pertama!



Untuk yang belum mencuba, boleh serbu Dataran Teluk Chempedak, Kuantan pada 23 Disember 2012!

Mungkin, muka anda adalah salah seorang pemenang yang bakal mengisi lagi tiga tempat sebagai pemenang Zon Fear Factor House Challenge

ALL THE BEST!


PEMENANG CABARAN ZON FEAR FACTOR MALAYSIA
DATARAN TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN
23 DISEMBER 2012
[UPDATE]


Tahniah kepada semua pemenang-pemenang hari ke-2 cabaran Zon Fear Factor House Challenge


Juara

 Hadiah utama : Iphone 5


Naib juara 
Hadiah utama : Ipad mini


Tempat ke-3
xbox 360


Tahniah kepada semua pemenang di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang.



Atasi emosi, pulang dengan tangan berisi!




Orang-orang Pahang sudahpun buktikan kehebatan mereka. Kini,giliran orang-orang Pulau Pinang pula menunjukkan kehebatan masing-masing.

Tunggu.......


Kredit photo : Fear Factor Malaysia


  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||





Saturday, December 22, 2012

THE PRETTY PLAIN JANE

The Pretty Plain Jane


The Pretty Plain Jane (TPPJ) adalah perniagaan online kain cotton. Online business, TPPJ ni milik kawan aku, Irdanina Shafai. TPPJ sudahpun berjaya didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan sijil pendaftaran, SA0242244-H pada pertengahan Disember yang lalu. So, tak payah bimbang dan takut kalau order korang tak sampai dek kerana stok disita dan sebagainya. Semuanya, dah didaftarkan dengan pihak berwajib dan so far business berjalan lancar. Paling penting dah ramai pembeli yang bagi feedback/testimoni yang positif untuk perkhidmatan yang TPPJ sediakan.


Korang yang pernah beli fabric cottons dari TPPJ, konfirm tahu kualiti dan service yang TPPJ sediakan. Kepada sesiapa yang first time baru tahu atau first time baru dengar pasal The Pretty Plain Jane (TPPJ), mai sini aku nak promote sikit. Mana tahu kot-kot korang tengok terus berkenan nak beli kan?


Untuk sesiapa yang berminat nak tengok-tengok, intai-intai, ataupun nak order, bolehlah layari Instagram, Facebook mahupun whatsaap/SMS terus tuan punya business untuk order. Segala butiran ada kat bawah. Selamat membeli-belah!


Instagram


 
Facebook


Email
irdanina dot shafai at gmail dot com


Whatsapp/SMS
010-8839015





Kalau dah LIKE facebook TPPJ, nanti korang boleh tengok semua koleksi fabric cottons yang available. Macam-macam corak, macam-macam colour, macam-macam gaya ada. Tapi dengan harga yang sama, iaitu RM85. Nak murah boleh, tapi kena follow facebook/instagram TPPJ, sebab kadang-kadang dia akan buat promosi seperti Year End Sale, Happy Hour dan lain-lain lagi.




Aku tengok pun rambang mata. Macam-macam style ada, pink, biru, kelabu, warna-warni. Cuma, nak beli je tak dapat. Takkan nak beli buat baju melayu kan? Pengsan tok imam dan tok bilal tengok baju melayu polkadot. LOL. Yang  penting, kain cotton yang ada lawa-lawa belaka!




Kalau tengok gambar kat sini dah berkenan, cuba LIKE facebook atau FOLLOW instagram TPPJ, konpem lagi berkenan dan rambang mata. Semakin hari, semakin banyak koleksi yang ada.


Notakaki : Entri ni untuk support business kawan-kawan. Semoga business Nina terus maju. All the best. Kepada semua yang nak tahu lebih lanjut pasal kain cotton di The Pretty Plain Jane, boleh terus hubungi Nina di nombor/emel/facebook/instagram yang disertakan. 

Kalau order tak sampai ke, nak komplen ke, roger sini, mai nak tolong ketuk kepala tuan punya bisness ni, keh3
 

Selamat membeli-belah!






Friday, December 21, 2012

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : LAGAK NGERI AARON AZIZ

Balik office tadi, tengok Facebook : Fear Factor Malaysia. Layan video aksi Aaron Aziz buat stunt.Pergh, ada jugak orang buat video stunt bersambung. .. Nak tahu kesudahannya macam mana, kena lah tunggu jam 858 malam kejap lagi di Astro Ria.




Sebenarnya,video lagak ngeri Aaron Aziz ni adalah video teaser untuk program terbaru di Astro Ria iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia. Peserta tak start lagi, dia dah buat aksi. Biasalah, jadi hos punya pasal.


Apapun, jom layan..... Buzzzzzzz Buzzzzzzz Buzzzz




Sambungan, 858pm.....


Nampak gayanya, Fear Factor Selebriti Malaysia nih macam-macam gimik ada. Dengan promo di Sunway Pyramid lah (klik sini), esok dan lusa (22-23 Disember 2012) di Teluk Chempedak,Kuantan pulak (klik sini). Rasanya, dah ramai duk ternanti-nanti nak tengok Fear Factor Malaysia di kaca tv. Rancangan realitivi tv yang lasak dan ngeri. Konpem,mendebarkan. Ohsem!


Sebelum ni tengok AXN je kan? Makan testis kuda lah, perut khinzir lah, ulat lah, muntah lah, macam-macam lagi ada. Nak tengok jugak versi Fear Factor Selebriti Malaysia ni apa yang ada. Makan petai je? Durian? Alaaah, tak syok lah. Kasik lah makan ulat sagu ke. Yucks.. Apapun, tunggu je lah rancangan ni ditayangkan di Channel 104, Astro Ria.


UPDATE
 Bermula 858 malam, 21 Disember 2012, teaser Fear Factor Selebriti Malaysia mula ditayangkan di channel-channel Astro. Kat youtube pun dah ada, cekidout!
FEAR OF IMPACT
FEAR OF HEIGHTS
FEAR OF WATER
FEAR OF SNAKES
FEAR OF GEESE
Ketakutan bakal menjelma!


  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||





RANKING MRSM DAN SBP PMR 2012


Keputusan PMR 2012 sudahpun diumumkan. Macam mana keputusan adik-adik yang ambil PMR 2012? Ada bagus? Cukup makan? Takpe, kalau tak puas hati dengan keputusan PMR, usaha lagi untuk SPM akan datang. Itu yang lebih penting dan utama.


Berbicara pasal keputusan PMR 2012, semenjak-dua menjak ni ramai yang menerjah masuk ke blog ni mencari Ranking MRSM PMR 2012 dan juga Ranking SBP PMR 2012. Nampaknya, MRSM dan SBP sentiasa menjadi tumpuan untuk dinilai prestasi sebenar PMR 2012. Mungkin SBP dan MRSM adalah sekolah berprestasi tinggi. Tapi jangan pandang sebelah mata, sekolah menengah kebangsaan (SMK) biasa mahupun sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) pun perform jugak. Cuma, sebab calon yang ramai, so susah sikit lah nak jaga prestasi sekolah.


Untuk tidak menghampakan kalian, kat sini disertakan Ranking MRSM PMR 2012 dan Ranking SBP PMR 2012. Sape-sape yang pernah bersekolah di MRSM mahupun SBP, sudah pasti ingin tahu keputusan semasa sekolah masing-masing. Ye dok?


Untuk Ranking MRSM PMR 2011 (klik sini)


RANKING MRSM PMR 2012

1. MRSM PASIR SALAK (GPS 1.0405)
2. MRSM ALOR GAJAH (GPS 1.0427)
3. MRSM GEMENCEH (GPS 1.0484)
4. MRSM BALING (GPS 1.0497)
5. MRSM TRANSKRIAN (GPS 1.0583)
6. MRSM KUALA KUBU BARU (GPS 1.0618)
7. MRSM TUN ABDUL RAZAK (GPS 1.0631)
8. MRSM PDRM KULIM (GPS 1.0651)
9. MRSM SERTING (GPS 1.0695)
10. MRSM PENDANG (1.0716)
11. MRSM PENGKALAN HULU (1.0765)
12. MRSM GERIK (GPS 1.0814)
13. MRSM KEPALA BATAS (GPS 1.0816)
14. MRSM KUALA KLAWANG (GPS 1.0829)
15. MRSM MUKAH (GPS 1.0858)
16. MRSM LANGKAWI (GPS 1.0861)
17. MRSM PONTIAN (GPS 1.0901)
18. MRSM BESERI (GPS 1.0914)
19. MRSM BALIK PULAU (GPS 1.0949)
20. MRSM KUALA TERENGGANU (GPS 1.0958)
21. MRSM KOTA PUTRA (GPS 1.0971)
22. MRSM TERENDAK (GPS 1.1004)
23. MRSM FELDA (GPS 1.1023)
24. MRSM MERBOK (GPS 1.1038)
25. MRSM MUADZAM SHAH (1.1093)
26. MRSM BESUT (GPS 1.1124)
27. MRSM KUCHING (GPS 1.1154)
28. MRSM LENGGONG (GPS 1.1162)
29. MRSM KUANTAN (GPS 1.1232)
30. MRSM BATU PAHAT (GPS 1.1368)
31. MRSM KUBANG PASU (GPS 1.1422)
32. MRSM TUMPAT (GPS 1.1470)
33. MRSM TUN GHAZALI SHAFIE (GPS 1.1505)
34. MRSM TAWAU (GPS 1.1619)
35. MRSM KOTA KINABALU (GPS 1.1725)
36. MRSM MUAR (GPS 1.1734)
37. MRSM MERSING (GPS 1.1736)
38. MRSM BENTONG (GPS 1.1739)
39. MRSM PASIR TUMBUH (GPS 1.1763)
40. MRSM KUALA KRAI (GPS 1.1849)
41. MRSM JELI (GPS 1.1094)*

NOTA: * Perlu cari sumber yang sahih, macam silap je nih. 0 tu klu ganti dengan 8 atau 9 logik la jugak.


RANKING SBP PMR 2012

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)
7.SBP Integrasi  Gombak (GPS 1.0375))
8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)
9.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)
10.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)
11.SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499)
12.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538)
13.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0557)
14.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575)
15.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595)
16.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707)
17.Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711)
18.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075)
19.Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772)
20.Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781)
21.Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802)
22.Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827)
23.Sekolah Dato’ Abdul Razak (GPS 1.0923)
24.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983)
25.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989)
26.SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099)
27.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006)
28.SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062)
29.Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104)
30.Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114)
31.SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149)
32.SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209)
33.Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221)
34.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124)
35.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243)
36.SBP  Integrasi Rawang (GPS 1.1296)
37.Sekolah Menengah Sains Sabah (GPS 1.1357)
38.SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373)
39.SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376)
40.SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485)
41.Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493)
42.Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496)
43.Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581)
44.Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585)
45.Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171)
46.SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178)
47.SBP  Integrasi Temerloh (GPS 1.1951)
48.SBP Integrasi  Selandar (GPS 1.1954)
49.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491)
50.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25)
51.Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549)
52.SBP Integrasi Jempol (GPS 1.2865)

Sumber : http://www.abgshah.com/


Berdasarkan keputusan PMR 2012 antara MRSM dan SBP, jelas dan ketara keputusan PMR 2012 SBP lebih cemerlang berbanding keputusan PMR 2012 MRSM. Daripada ranking di atas, dapat kita tengok TOP 10 SEKOLAH TERBAIK PMR 2012 kali ni, 9 daripada 10 adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP).




TOP 10 PMR 2012 MALAYSIA (SBP/MRSM)

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)
7.SBP Integrasi  Gombak (GPS 1.0375))
8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)
9. Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak (GPS 1.0405)
10.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)


Tu dia, satu-satunya MRSM yang dapat memecahkan monopoli SBP dalam TOP 10 adalah MRSM Pasir Salak. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan warga MRSM Pasir Salak.


Tak dilupakan juga, tahniah kepada semua calon PMR 2012 atas keputusan yang telah dicapai. All the best in SPM.





Tuesday, December 18, 2012

FEAR FACTOR HOUSE CHALLENGE : KINI DI DATARAN TELUK CHEMPEDAK, KUANTAN




Ramai yang kata, "tak sempat pergi lah Zon Fear Factor di Sunway Pyramid arituh", "Jauh lah nak pergi Sunway Pyramid", "tak tahu pun ada Zon Fear Factor di Sunway Pyramid last weekend" dan macam-macam lagi.Tak perlu bimbang, tak perlu nak gundah-gulana.  Zon Fear Factor ada second round punya siri jelajah. Kali ni, di lokasi berbeza iaitu di Dataran Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang. Sebelum tuh,jom baca cerita pasal Zon Fear Factor di Sunway Pyramid dulu (klik sini), tengok siapa pemenang dan apa yang diorang dapat. Mau meleleh air liur beb.


Orang-orang Kuantan, get ready! Tanda kalendar besor-besor supaya tak lupa untuk join nanti


ZON FEAR FACTOR
Dataran Teluk Chempedak, Kuantan
22-23 Disember 2012
1000pagi - 800malam

Sambutan di Sunway Pyramid memang hangat! Orang beratur untuk daftar panjang giler. So, kalau nak join better pergi awal. Tapi kan, nak cakap awal-awal, tak ramai peserta yang berjaya dalam kesemua cabaran dalam Zon Fear Factor. Apa yang pasti, cabaran yang ada memang mudah kalau tengok, tapi sukar untuk dibuat. Jadi, sesiapa yang rasa betul-betul berani, memang besarlah peluang nak jadi pemenang. Nak tahu hadiah apa yang ditawarkan?

Iphone 5
Ipad Mini
Xbok 360

Amacam? Ada bran nak try? Tapi, sebelum tuh, marilah aku story serba-sedikit apa cabaran yang perlu korang hadapi dalam Zon Fear Factor. Bukan apa, kasik prepare mental dan fizikal sebelum sahut cabaran. Kasik besar sikit peluang untuk menang.

Cabaran 1
Mencari 3 biji guli dalam tanah liat yang berisi cacing tanah dalam masa 30 saat 
(kadang-kadang dia tukar dengan ulat)
Cabaran 2
Mengalihkan 5 ekor katak dari bekas yang besar ke bekas yang kecil dalam masa 60 saat
Cabaran 3
Mencari 3 bendera Fear Factor dalam lubang di dalam bilik yang gelap dalam masa 60 saat
Cabaran 4
Mencari kunci dalam sangkar yang ada lebih kurang 6 ekor ular untuk membuka pintu melepasi Zon Fear Factor dalam masa 60 saat


Macam mana nak menang iPhone 5, iPad Mini dan Xbox 360 dalam Zon Fear Factor?
  1. Perlu lepas setiap cabaran dalam masa yang ditetapkan. Kalau gagal, maka anda GAGAL untuk ke cabaran seterusnya. Bye-bye!
  2. Perlu lepas kesemua cabaran (Cabaran 1-4) 
  3. Pemenang ditentukan berdasarkan catatan masa terpantas untuk kesemua cabaran
  4. Catatan terpantas akan menentukan pemenang untuk hari tersebut (top 3 setiap hari)

Aku dah join time di Sunway Pyramid edisi blogger. Tapi takde rezeki untuk menang, terkandas di cabaran ke-3. Nak tips? Nanti aku share dalam entri seterusnya berdasarkan pengalaman diri sendiri dan pendapat rakan-rakan blogger yang lain yang telah menyertainya. Stay tune!





Notakaki : Selain daripada Zon Fear Factor, korang berpeluang jumpa selebriti-selebriti Fear Factor seperti Roaslan Shah, Dazrin, Hairul Azreen, Iz, Arja Lee, Alam Wakaka, Hefny, Hafizul, Atu Zero, Azri AF9, Didie Alias dan Hisham. Jangan risau, kalau kalah pun, korang puas hati sebab kat sana banyak merchandise disediakan untuk pengunjung. Apepun, selamat mencuba!


  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||





Monday, December 17, 2012

FENOMENA : SEBUAH PIALA SEEKOR KAMBING


Gempar seantero Facebook bila telemovie, "Sebuah Piala Seekor Kambing" ditunda untuk ditayangkan di channel Astro Prima, 105 pada 10 Disember 2012 yang lalu. Mana taknya, ramai yang dah get ready depan tv dengan kerepok keping, colek buah, kopi o secawan, tup tup dibatalkan siaran. Panas beb.


Pantas, timeline di facebook dibanjiri dengan status-status sinikal dari orang-orang Kelantan. Mau tergelak aku membacanya.

Kena lipak ko Astro....

Balik kijo awal...

Tok ikut boh tubik make....

Tubik kedai kopi sebab rumoh tak do Astro....

Dan macam-macam lagi. Aku yang tunggu tercongak depan tv kat rumah pun, frust menunggeng lah jugak.


Takpe, itu kisah minggu lepas. Apa yang penting, malam ni, tayangan sah akan ditayangkan. Jom layan.....

SEBUAH PIALA SEEKOR KAMBING

ASTRO PRIMA (105)

1000 Malam




Untuk kisah di sebalik tabir, boleh LIKE facebook : SEBUAH PIALA SEEKOR KAMBING


notakaki : teringat kapong weh tengok cerito ni... Perghh, siap ada subtitle lagi terrrr. Gapo komen awok-awok tengok cerito ni, puah hati ko dok?


Untuk sesiapa yang tak sempat tonton di ASTRO PRIMA (CH 105) semalam,jangan sedih,jangan berkecil hati,  Telemovie Sebuah Piala Seekor Kambing kini available di youtube. (Klik sini)

Selamat menonton!





Sunday, December 16, 2012

FEAR FACTOR HOUSE CHALLENGE, SUNWAY PYRAMID



15 Disember 2012, Fear Factor House Challenge sudahpun dilancarkan di Sunway Pyramid. Event dimulakan dengan sesi pendaftaran bloggers. Seramai 30 bloggers bertuah termasuklah aku mengambil bahagian untuk mencabar ketakutan masing-masing. Challenge your fear!




Untuk edisi blogger, top 3 untuk cabaran ni berjaya membawa pulang hadiah yang lumayan. Champion dengan Macbook pro dan RM 1500, Tempat ke-2 dengan kamera DSLR dan Tempat ke-3 dengan ipad. Yang takde tempat macam aku dan 26 bloggers yang lain, kami tidak pulang dengan kehampaan kerana masing-masing berjaya membawa pulang ole-ole dari Astro.


Event selama 2 hari ini juga terbuka kepada orang awam. Untuk hari pertama, pemenang bertuah berjaya memenangi xbox dan iphone 5.


 



Apa anda tunggu lagi? Orang-orang sekitar Sunway Pyramid, ayuh lah sahut cabaran. Challenge your fear, untung-untung mana tahu dapat menang iphone 5, ipad ataupun xbox di hari terakhir, 16 Disember 2012.


Jangan lupa bagitau adik,kakak,abang,ayah, nenek, atuk, pak long, mak long, mak teh, pak uda, tak kira lah sape-sape pun. Kerah satu kampung pun tak ape. Jom serang Zon Fear Factor House Challenge di Sunway Pyramid.


Untuk maklumat lanjut, sila LIKE facebook Fear Factor Malaysia atau FOLLOW twitter @FearFactorMY


Selamat mencuba! Have fun. Saya janjikan keseronokan dan keterujaan untuk ada. Yes, I did it!


  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||

Published with Blogger-droid v2.0.6





Tuesday, December 11, 2012

CHEAP BUDGET HOTELS IN KL?

Bila ada orang masuk ke blog anda dengan keyword "Cheap Budget Hotels in KL?" maksudnya apa? Haaaa, nak buat apa tuh? Woooit, optimis ok! Aku rasa mungkin traveller, ataupun backpacker yang ingin melancong dalam budget yang rendah. Kebarangkalian besar jugak mungkin anak-anak muda yang mau datang ke KL untuk menghadiri sesi temuduga.


Aku dulu pun macam tu jugak. Kalau ada temuduga je di KL, rasa macam serabut. Kat mana nak stay? Ye lah, mana ada abang/kakak yang tinggal di KL. Nak tak nak, terpaksalah berkelana di KL Sentral. Yeah, the most strategic place to stay for a while tunggu matahari terbit sebelum menghadiri temuduga.


Jadi, untuk sesiapa saja yang search "Cheap Budget Hotels in KL?" nanti, harap-harap korang menjumpai blogpost ini. Di kesempatan ni,aku nak share pasal website yang user-friendly untuk tujuan mencari Hotel Bajet di KL. Bukan saja di KL, malah di serata negeri di Malaysia. Aku faham, website ni amat penting terutama bila ada majlis konvokesyen, kenduri-kendara mahupun bercuti bersama famili. Website yang aku maksudkan adalah KL budget hotels




Inilah dia interface website yang dimaksudkan. Sebenarnya, website ini diberi nama iBilik. Memang sesuai lah dengan tujuan website ni ditubuhkan. Dengan tagline, "We're Friendly" aku rasa amat bertepatan dengan apa yang ditawarkan di website tuh.


Nak tau apa?

Contohnya, korang boleh pilih jenis penginapan yang korang cari:
  • Room rental : Sewa bilik terutamanya yang ingin menetap untuk bekerja
  • Short term rental : Biasanya homestay/hotel/motel untuk jangka masa singkat

Selain tuh, korang boleh pilih lokasi, tak kira negeri mana sekalipun. Dari utara sehinggalah ke selatan, dari timur hinggalah ke barat, semuanya ada di website  iBilik


Then, features yang paling berguna terutama untuk mencari rumah sewa di KL aku rasa sebab kita boleh pilih preference pasal housemate. Paling penting, kat semua iklan yang ada di  iBilik disertakan maklumat-maklumat penting seperti monthly rental, descriptions sama ada dekat dengan public transport (LRT/KTM/Bus) ataupun tidak, lokasi dengan shopping complex atau tempat-tempat menarik dan sebagainya.


Aku rasa, cukuplah sedikit-sebanyak perkongsian aku pasal website  iBilik setakat ini. Semoga entri ini bermanfaat kepada semua yang mencari rumah sewa mahupu hotel untuk disewa.


notakaki : Aku pun dapat rumah sewa lepas guna website  iBilik ni. Alhamdulillah, rumah yang aku sewa sekarang cukup lengkap serba-serbi. Housemate pun ok, thanks Abe Syed dan Izani. Paling bersyukur, ia sangat strategik. Nak ke mana-mana pun mudah especially ke office.





KAMI BUDDYZ, KAMI TAKKAN TERPISAH


Kami Buddyz, kami takkan terpisah

takkan terpisah
empat sekawan gila-gila
rambut tak sama tapi satu kepala
tak sedarah tapi bersaudara
sumpah untuk bersama-sama.

takkan terpisah
biar tsunami melanda
pusing dunia berjanji setia
susah senang kami menang

takkan terpisah
ibarat KL dengan traffic jam
burung biru dengan muka buku
tetap rapat

kami hebat
macam budak hipster dengan jeans ketat
takkan koyak
takkan goyah
takkan terpisah
kami buddyz
bersama selamanya.

kami riuh
kami gempak
ngam ngam macam segiempat tepat
suara berbeza pilihan sama
fahami jiwa tanpa suara

kami sembang
gaduh sms kutuk lepak
sebab kami muda sekali je
bersama mencipta menggegar dunia.

kami bebas
merantau merata-rata merayau-rayau
mencari jati diri
bersama selamanya.

kami buddyz
kami takkan terpisah


Pernah dengar iklan ni kat tv mahupun radio? First time aku tengok/dengar iklan ni, rasa terpaku dengan skrip dia. Macam pantun ada, macam seloka pun ada, puitis pun ada. Unik dan tersendiri.


Sebut pasal Buddyz ni, buat aku teringat kat my buddyz. Masa training dulu, aku kenal dengan mereka. Kepala gila-gila, bila ketawa tak ingat dunia. Bila lepak, tak kira masa. Bila berborak, macam-macam ada. Diorang sempoi.


Nak dijadikan cerita, kebetulan, hasil gabungan huruf pangkal nama kami semua membentuk perkataan BAADIZSS! (bunyi macam Buddyz right?). That's why, when comes to this post, it makes me remember all of them, my best BAADIZZS.


Nak tau BAADIZSS tu stand for what? Lets me explain and tell you the truth.

B Basyir
A Anuar
A Ain
D Dila
I Izani
Z Zuel
S Sheera
S Saufe

Dengan gabungan pangkal nama kami berlapan, maka wujudlah BAADIZSS.Tak tahulah samaada itu adalah suratan mahupun kebetulan. Apa yang penting, I'm feel lucky to know all of them.




Antara perkara paling best, buat potluck dan makan ramai-ramai. Lepak-lepak lepas office hour di KLCC sambil layan air pancut dan lampu lip lap lip lap, main bowling dan tengok movie. Itu zaman free-free dulu, tapi sekarang masing-masing dah bizi. Dah lama tak lepak dan borak-borak.


Tapi, dunia sekarang tanpa sempadan. Hanya di hujung jari, bolehlah connect dengan adanya internet. Tidak kira di facebook, twitter, whatsapp mahupun sms/call. Yang penting, jarak bukan penghalang. Sekali berkawan, selamanya di ingatan.


Alang-alang bercerita pasal Buddyz, BAADIZSS dan dunia di hujung jari dan dunia tanpa sempadan ni. Eloklah rasanya kalau story sikit pasal DiGi. Kalau ada yang bertanya......

How you and your Buddyz™ are Never Apart 24/7”!

Mudah je, gunalah DiGi Easy Prepaid Plan. Know the benefits and how it keeps Buddys together no matter how far apart we are with 24 Hours FREE Calls + SMS + Facebook.


Jom kita bedah siasat DiGi Easy Prepaid Plan. Mana tahu, menarik untuk dilanggan kan? Hidup sekarang ni bukan boleh nak berenggang dengan internet. Telefon semua canggih-manggih, sia-sia la tak dapat connect to internet. Dah ada internet, baru lah syok nak whatsapp, instagram, tweet-tweet, fb dan layan video di youtube.





Hah, aku nampak dah lubang dia. Whatsapp Messenger services with unlimited access. Sebab, telco yang aku guna sekarang ni, kalau bukak whatsapp tak tutup, memang cepatlah capai limit. Bila capai limit, dah terputus hubungan nak berwhatsapp dengan my BAADIZSS. Facebook dan Tweeter apatah lagi. Aih, gelisah beb bila tak dapat access to internet. We are connected via whatsapp and social network!




Banyak jugak benefits lain yang ada. Kalau rasa berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh lah godek-godek di link DiGi yang ada kat bawah.




Untuk maklumat lanjut, boleh layari : http://www.digi.com.my/prepaid/plan_easyprepaid.do

  

notakaki : Selamat menempuh hari bahagia buat Sheera. Semoga segalanya dipermudahkan. Kepada my BAADIZSS, sudah lama kita tak lepak bersama. Agak-agak, bila la pulak ye boleh makan semeja, lepak di KLCC sama-sama, dan bergelak-ketawa? Missing that moment. Apapun, all the best to all of you in your career. Ada masa kita jumpa. Set!
 





Saturday, December 8, 2012

GENTING TRIP #10 : FAREWELL

Aku rasa, aku tak pernah gigih semacam ni sebelum ni. Buat blogpost pasal satu event sampai 10 episod. Hao liao! Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya. Begitulah jugak dengan Genting Trip, setelah berceloteh itu dan ini, maka tibanya di penghujungnya. Sebelum itu, kalau rasa berminat nak baca pasal Genting Trip full sponsored by Resort World Genting dan Nuffnang, bolehlah klik link di bawah ini.


3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS
 
 
Selesai telematch, penyampaian hadiah semua, dah happy-happy dengan hampir RM1050 voucher yang dibawa balik, lepas packing terus gerak dari Awana Genting long house ke Awana Genting Hotel. Untuk apa lagi kalau bukan untuk makan besar di Rajawali, Awana Genting. Apa yang best, siap ada bilik khas untuk Luggage blogger-blogger sekali. Perghh, memang jadi vvip terus lah. Security mantop!
 
 
 
 
First day, makan tak kenyang sangat sebab malu-malu lagi. Jadi, di hari pengakhiran ni, boleh la layan puas-puas menu menarik yang ada.


Jom, cekidout sesi menternak lemak di Rajawali! Apa menu yang menarik....


Menggegar keimanan bila tengok Dessert yang ada


Untuk sesiapa yang vegetarian, Salads ada untuk kalian!


Pencuci mulut, macam-macam buah ada. Tembikai, orange, epal dan longan!


Juice mango, grape, tea or coffee!


Ulam-ulaman


Roti dan sup


Aneka jenis jeruk dan buah-buahan


Vegetarian corner


Roasted chicken, grilled beef, Lamb curry


Yong tau foo (Seafoods), bihun, kuew teow dan mee


Nasi, Butter rice, dan aneka jenis lauk


Lepas snap gambar, cari mana yang berkenan, baru lah kita serang satu per satu untuk dimakan.


Jom, layan.....


Round 1 : Butter rice with daging masak cili, ayam masak steam, ikan goreng dan sayur goreng


Round 2 : Roasted chicken dan grilled steak

 
Round 3 : Seafood soup


Round 4 : Desert yang paling best, puding buah!


Sepanjang makan-makan tuh, sempat berborak-borak dengan rakan-rakan blogger. Hopefully, we'll meet again, somewhere sometime. Nice to know all of you!


Gambar kenang-kenangan bersama Daniel, Darren (Nuffnang) dan Tyra (Resort World Genting)


Maka, berakhirnya perjalanan dari KL ke Awana Genting Hinglands


Dengan ini jugak, maka berakhirlah entri pasal Genting Trip, Yahoooo. Mencabar jugak rupanya nak buat entri yang bersiri macam ni. Akhirnya, I did it. Yeah! Akan ku simpan cerita ini sebagai kenangan! 


Thanks for reading my beloved readers.


 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger