Sunday, August 26, 2012

DARI KOLAM AIR PANAS SUNGAI SERAI KE BURGER OM

KOLAM AIR PANAS SUNGAI SERAI

Kecik-kecik dulu, bangun pagi-pagi, bila masuk bilik mandi air panas dah siap-tersedia. Campur air paip sikit, jadi suam-suam kuku, fuh nikmatnya mandi. Taklah jadi parkinson sangat bila kena siram, kurang sikit menggigilnya. Semakin usia meningkat,masuk darjah 1 dah takde air panas pagi-pagi dalam bilik mandi. Mak dah tak sayang kita ke? LOL. Hotak ko, sampai bila nak bergantung mandi dengan air panas. Takde pulak kes orang mati bila mandi air sejuk pagi-pagi kan? Fuh, akhirnya alah bisa tegal biasa. Lama-lama, mandi dengan air sejuk sesejuk ais pun ok. Bisa diatur dong.


Cuma, dalam hidup tak pernah pulak berkesempatan dapat pi mandi di kolam air panas. Hah, yang tu memang jakun lah sikit. Kat Kelantan, ada je Kolam Air Panas Tok Bok, Machang. Taklah jauh sangat dari Melor, tapi tak pernah pergi. Duk belajar di MRSM Jeli dulu pun, ada je Kolam Air Panas Jeli. Tapi, 5 tahun duk situ, tak pernah jugak sampai. 


24/8/2012 dah jadi sejarah. Finally,dapat jugak merasa mandi di kolam air panas. Destinasi yang dituju adalah Kolam Air Panas Sungai Serai. Kat mana? Sila google, aku pun tak gheti sangat nak bagi direction. Follow member je pergi. Pergi dengan Bob, balik dengan Paan. Tengkiu kawan.


Pergi pulak malam buta, sampai kat sana pukul 1130++ malam, tak nampak la macam mana ghupa tempatnya. Apa yang pasti, kolam air panas Sungai Serai tak dibangunkan, tiaada fasiliti yang lengkap, tapi yang penting air dalam kolam memang agak panas.Walaupun lampu pun takde, tapi nasib baik ada toilet. Mungkin tempat ni khas dibuka time siang hari je kot.  
 

Kolam Air Panas Sungai Serai
Sumber : Flickr

Inilah dia tempatnya kalau dilihat di siang hari. Selain kolam ini, ada disediakan kerusi-kerusi untuk pengunjung-pengunjung duduk dan merendam kaki.Nak baring dan bergolek-golek dalam air panas pun boleh. Tu pun kalau tahan panas lah. Aku pun cuba jugak, walaweh panasnya menyucuk-nyucuk. Ni baru panas dunia,ish. Tapi lepas berendam tuh, mau berpeluh jugak. Huh, rasa ringan tubuh badan lepas tuh. Tapi pening-pening lalat sikit, mungkin keluar toksin gamaknya, lol.


Selain kerusi yang tersedia di dalam kolam, ada juga perigi di tepi kolam. Perigi pun air panas jugak, cebok la guna timba dan siram ke kepala dan badan puas-puas. Menggelupur juga bila first time siram. Huish, panas semacam. Tak tahan woo, 5 kali cebok dah rasa puas hati.


Kalau pergi next time, kena bawak telur untuk rebus dan kicap cap kipas satu botol. Boleh makan telur masak separuh berjemaah,haha. Apapun, memang terbaik dapat mandi kolam  air panas.Sape yang tak pernah try lagi tuh, sila lah try. Konpem, cuba sekali nak lagi.


BURGER OM, AMPANG


On the way balik dari kolam air panas, singgah mengisi perut jap. Destinasi yang dituju adalah burger bersepah dan restoran tepi Naan's Corner, tak tau nama apa. Kat mana? Kat bawah ni alamat penuh:

Burger Om
Apposite Naan's Corner
Jalan Kerja Air Lama
Ampang
Kuala Lumpur

Kenapa burger bersepah? Rupanya, sebab cara dia masak burger tu, fuh memang bersepah habis. Kalau makan gaya makan burger seperti biasa, memang tak dapat lah. Konpem comot habis, silap haribulan sos sampai ke dahi, mayonis sampai ke telinga. Kena makan dengan sudu baru selamat. Tapi jangan bimbang, rasanya memang tak mengecewakan. Syok habis. Harga? Berpatutan, tak payah risau.

Terima kasih ahli rombongan : Paan, Junior, Amin, Bob, Ubai dan isteri, Aman dan bakal isteri dan Nawa


BIHUN TOMYAM

Laichee kang - Sotong goreng pedas - Bihun - Tomyam daging dan fishball

Memandangkan mood raya masih lagi membuak-buak, buatlah makan sikit-sikit. Ala-ala open house berskala kecik, nak makan 2-3 orang je pun. Maka, jadilah bihun tomyam kaw-kaw dan laichee kang sesedap rasa.

SPAGHETTI TIME

Tabique dan Jinjo
Tengok bola punya pasal, sampai tertidur kat rumah Tabique. Sebelum balik, sempat juga lunch di rumah beliau. Spaghetti woo, layan habis. Terima kasih tuan rumah, terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi,haha.





Saturday, August 25, 2012

KICK START : A POPCORN SESSION


Memandangkan sekarang musim mendapat tiket wayang free, so lebih baik adakan satu segmen khas kat sini dengan nama "A Popcorn Session". Nanti boleh la share sedikit-sebanyak tentang movie yang baru keluar.

Next week, dua hari berturut-turut akan dapat menonton wayang. Walaupun kedua-duanya cerita  seram,tapi layan je lah. Tiket free punya pasal, nak tolak rugi. Filem yang akan ditonton adalah Sadako 3D dan The Possession.

Nuffnang Premiere Screening of Sadako 3D on:

Date: 27 August 2012 (Monday)
Time: 9.00pm
Venue: GSC, Paradigm Mall

Nuffnang Premiere Screening of The Possession on:

Date: 28th August 2012 (Tuesday)
Time: 9:30pm
Venue: GSC, Pavillion

Kalau ada rezeki, bulan September nanti boleh la dapat tiket free lagi untuk filem Chernobyl Diaries. Harap-harap dapat, kih3. Apapun, terima kasih Nuffnang. Dengan tiket free yang ada ni, dapatlah jugak pi tengok wayang. Dah lama benor dah tak gi tengok. Save bajet,lol.


Setakat Ogos 2012, baru 5 movie yang sempat ditonton di cinema.

1/4/2012
 Midvalley

8/4/2012
KLCC

22/4/2012
KLCC

9/5/2012
 PAVILLION
8/7/2012
KLCC

notakaki : Dalam banyak-banyak movie yang tengok di cinema, rasanya paling best dan berbaloi dari dulu sampai sekarang adalah Avatar dan Real Steel.Terbaik w000.





Wednesday, August 22, 2012

PIALA MALAYSIA 2012 : KIJANG DIKECEWAKAN PENYU DI AIDILFITRI


Saja je nak kasitau satu dunia, Kelantan kalah 0-2 lawan Terengganu. Dah la diundi dalam kumpulan maut bersama pasukan musuh tradisi Terengganu, pasukan Kedah dan pasukan ATM "di mana ada Hi-O, di situ ada Piala Malaysia". Memandangkan Terengganu dah menang, ATM dah menang, Kelantan dan Kedah kena pandai-pandailah cari kemenangan untuk survive dalam kumpulan B.

Bangun tidur dengan muka mamai, first half dah habis. Terengganu 1-0 Kelantan, Tengok punya tengok, gaya main dah agresif. Cuma jadi kalut dan bolok wok sikit. Mungkin mood raya tak habis lagi kot. Awok-awok The Red Worriors dok leh fokus lagi. Duk terbayang ketupat, lemang, satay kat rumah, LOL. Pastu Daud Su kena kad merah, lagi lah jadi parah. Minit ke-89. Terengganu skor lagi sebijik, memang telan air liur je lah. Fulltime : Terengganu 2-0 Kelantan.

So, Kijang dikecewakan penyu di Aidilfitri 
 
Uish, kuciwa. Jom sambung kunyah ketupat dan kuih raya.

Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna kalah dua-kosong 


Jom, usha-usha keputusan perlawanan pertama Piala Malaysia 2012

 

Hai-O main untuk team ATM tahun ni, adakah ATM akan muncul sebagai juara Piala Malaysia 2012?

Tak kiralah Hai-O main untuk team mana, gua tetap sokong The Red Worriors


Jadual perlawanan Piala Malaysia 2012

22/08/2012 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Terengganu – Kelantan

25/08/2012 8:45 pm Stadium Sultan Mohammad ke-1V
Kelantan – Kedah

28/08/2012 8:45 pm Stadium Selayang
ATM – Kelantan

01/09/2012 8:45 pm Stadium Selayang
Kelantan – ATM

04/09/2012 9:45 pm Stadium Darul Aman
Kedah – Kelantan

14/09/2012 8:45 pm Stadium Sultan Mohammad ke-IV
Kelantan – Terengganu





Saturday, August 18, 2012

DEDIKASI KHAS : AIDILFITRI 2012/1433H


Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, dari hujung rambut ke hujung kaki memohon maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini, Khairul Anuar. Jika ada terkasar bahasa mahupun terguris rasa sepanjang perkenalan, minta dimaafkan. Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan di alam siber tidak kira di blog/twitter/facebook yang mengenali penaberkala,0-0 ye.


Dedikasi khas, Selamat Hari Raya Aidilfitri ditujukan khas kepada:

  • Cikgu Kak Dah dan warga Tadika Seri Intan, Kubang Tin 1994-1995
  • Warga Sekolah Kebangsaan Melor 1996-2001
  • Warga Maktab Rendah Sains MARA Jeli 2002-2006
  • Warga Universiti Teknologi PETRONAS 2007-2011
Istimewa  buat sahabat handai dan teman-teman : SK Melor, MRSM Jeli, CJ7, FIRC, Jupiter, Trusmadi, Gorgeous dan BAADIZSS.
seribu kemaafan dipohon jika ada salah dan silap selama ini. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan sampai bila-bila.

Nak hantar kad raya tak sempat, nak hantar sms kepada semua mungkin tak sempat, jadi terimalah entri ini sebagai pengganti diri.
Akhir khalam

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf zahir dan batin



notakaki : sape-sape yang balik beraya di Kelantan tuh, jemput-jemputlah beraya di rumah ambo di Melor. Ambo cuti meta jah, sampai rayo ke-3, sob3. Doakan perjalanan kawe selamat pergi dan balik :)





Friday, August 17, 2012

ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah adalah zakat badan (individu) yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam tanpa mengira umur dan tidak kira di mana jua kita berada. Ia untuk menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu,
 
Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya.Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak di Malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .


HIKMAH

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .

Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud :
" Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" .

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah .

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal

SYARAT WAJIB

Islam dan merdeka .

Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya .

Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. Ianya tidak wajib keatas :
  • Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
  • Kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
  • Orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan.
Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .




Photo credit : Syahrul Helmi
Stesen LRT Pasar Seni -14 Ogos 2012

NIAT


Bagi diri sendiri
" Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" .

Bagi diri sendiri dan tanggungan
" Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
 
Sebagai wakil
" Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib keatas ( sebut nama orang yang mewakilkannya ) yang mewakilkan kepadaku menunaikannya pada tahun ini kerana Allah Taala" .

Rujukan : e-mosque





notakaki : Masa first time dulu kekok jugak. Rupanya, tak perlu gabra, tak perlu gementar nak bayar zakat. Bukan macam nak akad nikah, kena soal itu dan ini. Niat semua sudah ada depan mata, cuma perlu baca dan hulur duit je. Lepas baca doa, maka selesailah urusan membayar zakat dengan diiringi sekeping resit. Semoga setiap amalam kita diterima olehNya, amin.

 





Wednesday, August 15, 2012

SEHARI DI RUMAH PENYAYANG BESTARI, KUALA LANGAT

11 Ogos 2012

Rumah Penyayang Bestari,
Kampung Sungai Buaya,
Kuala Langat, Banting
Selangor

Alhamdulillah, diberi peluang untuk turut serta dalam program khidmat bakti di Rumah Penyayang Bestari. Secara peribadi, ini kali pertama berkesempatan dan berpeluang untuk meluangkan masa sehari bersama adik-adik di sini. So, excited la sikit. Experience baru katakan.

Rombongan ahli sukarelawan lebih kurang 70 orang telah memeriahkan suasana di Rumah Penyayang Bestari dengan pelbagai aktiviti termasuklah gotong-royong, mengecat, dekorasi dan sesi beramah-mesra bersama adik-adik.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif di mana bilik belajar di sini telah pun berjaya ditransformasikan menjadi bilik yang lebih selesa dan kondusif untuk mereka belajar.Sempena bulan Ramadhan, majlis berbuka turut dijalankan. Kemuncaknya, bantuan dan sumbangan diberikan kepada semua ahli Rumah Penyayang Bestari termasuklah duit raya, makanan, pakaian dan barang-barang keperluan harian.


Paling bermakna, sukarelawan yang terlibat meliputi semua kaum, tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Tidak dilupakan juga, warga dari Sabah jauh nun di sana. Apa yang penting, masing-masing memainkan  peranan untuk menjayakan misi kali ini.


Kumpulan yang telah bekerja keras untuk membersihkan, mengemas, mengecat dan menghias bilik belajar. Satu usaha yang cukup bermakna dan membanggakan. Tahniah kepada semua akak-akak dan abang-abang yang mengerah keringat, bermandi-peluh demi menceriakan suasana di Rumah Penyayang Bestari. Anda semua memang awesome!


Inilah dia wajah-wajah ceria adik-adik Rumah Penyayang Bestari yang mendapat tajaan pakaian raya dari kedai pakaian tempatan. Semoga hari raya adik-adik lebih bermakna.

AKTIVITI

Untuk menceriakan keadaan dan menggembirakan adik-adik, kami tampil dengan sesi aktivit bersama mereka. Selain giat beraktiviti, kami mengambil kesempatan yang ada untuk berkenalan dan berkongsi cerita dengan mereka.

30 ahli Rumah Penyayang Bestari dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu menghabiskan kesemua 5 aktiviti untuk mengumput mata keseluruhan sebelum diumumkan sebagai juara. Antara aktiviti yang diadakan adalah:
  1. Sepakat membawa berkat
  2. Pancing botol
  3. Isi air dalam botol
  4. Connect the dots dan regu
  5. Find the right balloons
 Jenuh jugak nak buat modul untuk aktiviti nih. Ye lah, kena fikir aktiviti yang dapat dilaksanakan dan disertai oleh semua adik-adik yang berusia dari usia 7 tahun sehinggalah 17 tahun. Sesiapa nak buat program untuk anak-anak yatim nanti, boleh la mintak kalau nak modul/ penerangan lanjut untuk setiap aktivit kat atas tuh,haha

Dengan bantuan abang-abang handsome dan kakak-kakak cantik, akhirnya apa yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Nampaklah adik-adik gembira dan senyum sampai ke telinga. Terima kasih ye! Tahniah kerana telah menjayakan program ini.

 Connect the dots

 Hah, perah span tu sampai penuh botol

 Ewah, pancing jangan tak pancing

Turun sikit, angkat sikit, ke kanan, ke kiri, ok, selamat!
Sepakat membawa berkat


Seterusnya, cerita pasal juadah berbuka puasa. Seawal 500 petang lagi, acara membakar satay giat dijalankan. Meriah, dah macam hari raya.

 Satay ayam ada, satay daging pun ada

Pelbagai juadah disediakan untuk adik-adik dan semua sukarelawan yang ada. Dari kuih-muih, sehinggalah kepada nasi dan lauk-pauk. Paling syok, adik-adik dihidangkan dengan ayam KFC. Tak ketinggalan air Ribenna dan orange sebagai penghilang haus dan dahaga setelah seharian bergotong-royong dan beraktiviti.

Selepas solat Maghrib berjemaah, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang untuk aktiviti berkumpulan sambil menjamu juadah berbuka puasa.

 Kumpulan Itik dinobatkan selaku juara keseluruhan. 
Tahniah kepada semua adik-adik di bawah pimpinan dan bimbingan Abang Wan dan Kak Ayu. 
LIKE, lol

 Kemuncaknya, upacara penyampaian sumbangan dan duit raya kepada kesemua 30 orang adik-adik Rumah Penyayang Bestari.

Hulurkan tangan, ringankan beban

Sebagai penutup program, adik-adik dihiburkan dengan pertunjukan bunga api.Dah macam pesta merdeka dah jadinya. Apapun, semoga semua aktiviti dan khidmat bakti yang dijalankan sepanjang sehari ini dapat memberi seribu satu makna dan menggembirakan mereka.

Bergambar kenang-kenangan bersama adik-adik Rumah Penyayang Bestari dan para sukarelawan


:::notakaki::: 
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma dan pemberi sumbangan!
Terima kasih kepada semua fasilitators yang menjayakan aktiviti yang dirancang Wan Shahir, Idayu, Abdul Hakim, Mirra Nabila, Ain Idris, Fatin Nadiah, Nurul Ain Razak, Shahir Naim, Salihah, Dilla, Junior. Tidak dilupa kepada abang/kakak yang jaga stesen untuk setiap game : Aidil, Shafique, Moon, Eida, Izzati.Tahniah kepada semua kerana sudahpun menjayakan misi ini terutama yang mengerah keringat bergotong-royong, mengecat dan F&B department yang menyediakan juadah yang sedap dan lazat. Untuk video sepanjang program yang sudahpun dirakam, nanti sama-sama kita tonton semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri :)


Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Photo credit : Anabella





Friday, August 10, 2012

ROAD TO SUCCESS



 The road to success is not straight.
There is a curve called Failure,
A loop called Confusion,
Speed bumps called Friends,
Red lights called Enemies,
Caution lights called Family.
You will have flats called Jobs.
But, if you have a spare called Determination,
An engine called Perseverance,
Insurance called Faith,
A driver called God,
You will make it to a place called Success

  —Anonymous



notakaki :  Kadang-kadang susah jugak nak memotivasikan diri sendiri. Biasalah, lagikan air ada ada pasang surutnya, inikan pula semangat dalam diri. “There’s no easy way, but there is a simple way.” Apapun, I'll keep remind myself, "Experience and knowledge cannot be bought by money, but can be gained by investing time"





Thursday, August 9, 2012

WOMEN'S 10M PLATFORM OLIMPIK 2012 : PANDELELA RINONG

Masihkah ada harapan untuk menambah koleksi pingat di Olimpik London 2012?

Kali ini, tumpuan terarah kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Acara yang dipertandingkan adalah tidak lain tidak bukan 10m platform.



PUSINGAN AWAL (PRELIMINARY)

Untuk pusingan awal 10m platform, 26 atlet yang bertanding di pusingan awal. Daripada 26 atlet yang mengmabil bahagian,hanya 18 atlet yang bakal layak untuk terus berjuang di peringkat separuh akhir. Untuk kontingen Malaysia,dua penerjun negara mengambil bahagian iaitu Pandelela Rinong dan Traisy Vivien.

Berikut merupakan hasil terjunan Pandelela Rinong untuk kesemu 5 terjunan.



Apa yang jelas terpapar, terjunan ke-3 Pandelela Rinong kurang menjadi. Namun, konsistensi beliau untuk 4 terjunan yang lain, terutama terjunan 1,2 dan 4 membolehkan beliau layak ke peringkat suku akhir. Malahan, Pandelela Rinong mencatat keputusan ke-2 terbaik selepas atlet China. Kalau peringkat akhir macam ni, konpem-konpem Malaysia dapat satu lagi pingat.

QUALIFIERS TO SEMI-FINAL



Seorang lagi atlet Malaysia, Traisy Vivien hanya mampu menduduki tempat ke 22 daripada 26 atlet yang bertanding. Dengan itu, berakhirnya perjuangan beliau di Olimpik London 2012.


Dan kini, semestinya, tumpuan terarah kepada Pandelela Rinong yang bakal beraksi di separuh akhir 10m platform. Adakah beliau masih dapat mengekalkan konsistensi untuk setiap terjunan? Kalau beliau masih lagi mampu mengekalkan kedudukan 3 tempat teratas di separuh akhir, nampaknya cerahlah harapan untuk Malaysia membawa pulang satu lagi pingat Olimpik ke tanah air.

Apapun, All the best and good luck to Pandelela Rinong!
Tidak dilupakan juga kepada Bryan Nickson Lomas yang akan turun beraksi untuk pusingan awal 10m platform.


Live update

Live streaming 


Keputusan Separuh Akhir Women's 10m Platform 


Keputusan di separuh akhir menampakkan pencapaian Pandelela Rinong semakin baik. Catatan di peringkat awal, 349.00 meningkat kepada 352.50 di peringkat separuh akhir. Namun, kedudukan Pandelela sedikit merosot bilamana hanya berjaya menduduki di tangga ke-5 selepas menamatkan 5 terjunan. Nampaknya, saingan semakin sengit diberikan daripada atlet-atlet lain.

Keputusan penuh Pendelela Rinong di separuh akhir seperti tertera di bawah:


Berikut merupakan senarai qualifiers ke pentas akhir 10m platform.Menjadi top 5 di separuh akhir, pastinya harapan seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada Pandelela Rinong untuk teruskan perjuangan menggapai pingat ke-2 Olimpik London 2012.

 
Keputusan Akhir Women's 10m Platform

Tahniah Pendelela Rinong kerana telah merangkul pingat Gangsa di Olimpik London 2012


Pandalela Rinong kini pemegang rekod baru atlet Malaysia di Olimpik. Selaku pemenang pingat pertama wanita Malaysia di Olimpik seawal usia 17 tahun, meletakkan beliau di mercu kejayaan sekaligus mengharumkan Sekolah Sukan Bukit Jalil khususnya dan Malaysia amnya. Mencatat sejarah tersendiri bila beliau menjadi atlet pertama dari sukan lain selain badminton yang memenangi pingat di Olimpik.


Walaupun saingan cukup sengit di peringkat akhir, namun nasib masih menyebelahi Pandelela. Dengan penuh yakin dan konsisten, akhirnya meletakkan beliau di tangga 3 teratas. Walaupun kedudukan di tangga ke-3 hingga ke-6, cukup-cukup sengit, kilauan gangsa masih lagi menjadi milik dari Sarawak ini.


Keputusan penuh akhir 10m platform Pandelela Rinong.Terjunan GANGSA!


TAHNIAH and ALL THE BEST in the future!


notakaki : fuh, entri blog pasal Yeoh Ken Nee featured in website Says (klik sini)





Wednesday, August 8, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : BASKIN ROBBINS FOR FREE






notakaki : Good marketing strategy conducted by BR and MEDIA PRIMA. Win-win!






MEN'S 3M SPRINGBOARD OLIMPIK 2012 : YEOH KEN NEE


 Perjuangan atlet Malaysia untuk memburu pingat di temasya Olimpik 2012 London masih belum berakhir. Sebentar tadi baru saja tamat separuh akhir 3m papan anjal (buruk gila sebutan dalam bahasa).Ok, tukar,3m springboard. Atlet Malaysia yang layak ke separuh akhir ini adalah tidak lain tidak bukan Yeoh Ken Nee.

Untuk peringkat separuh akhir, 18 penerjun mengambil bahagian untuk menghabiskan 6 terjunan pelbagai disiplin. 

Jom, kita tengok perjalanan Yeoh Ken Nee dalam semi-final 3m springboard.

ROUND 1


ROUND 2


ROUND 3


ROUND 4


ROUND 5

ROUND 6


 


Berdasarkan keputusan yang dicatatkan oleh Yeoh Ken Nee di peringkat separuh akhir, nampaknya beliau berjaya melayakkan diri ke pentas akhir. Walaupun berada di tempat tercorot antara 12 penerjun yang bakal beraksi di pentas final, namun ia satu pencapaian yang membanggakan.

Terjunan ke-2 dan ke-3 telah menyelamatkan beliau untuk terus beraksi di pentas final kerana dapat mencatat mata yang agak tinggi. Namun, terjunanan terakhir agak merosot kerana hanya mampu mendapat 60++ points. Pheww,nasib baik masih layak ke final.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Yeoh Ken Nee.

All the best in the finall 3m springboard!

Keputusan akhir 3m springboard Olimpik London 2012, kita update nanti ye.....

Untuk live streaming final 3m springboard boleh klik link di sini -> Official Olympic Channel


notakaki : hoh, hebat betul penerjun-penerjun nih. Macam-macam style ada. Aku tengok pun dah rasa sakit urat. Apa yang jelas, terjunan mereka memang awesome. Macam jarum peniti je jatuh dalam air. So, memang susah nak expect siapa yang bakal menang pingat walaupun favorite terarah kepada atlet dari China. Apapun, dapat beraksi di pentas final untuk atlet Malaysia, sudah cukup baik. Tapi,kalau mampu menang pingat,itu lagi terbaik. 

UPDATE

Keputusan akhir 3m men's springboard Olimpik London 2012

Penerjun Malaysia,Yeoh Ken Nee menduduki tangga ke 10 dengan pungutan mata 437.45 daripada 12 peserta yang berentap di peringkat akhir

1 Russian Federation ZAKHAROV Ilya555.90
2 People's Republic of China QIN Kai541.75
3 People's Republic of China HE Chong524.15
4 Germany HAUSDING Patrick505.55
5 United States of America DUMAIS Troy498.35
6 Mexico CASTILLO HUERTA Yahel492.70
7 Australia WARREN Ethan488.95
8 Ukraine KVASHA Illya462.25
9 Great Britain MEARS Chris439.75
10 Malaysia YEOH Ken Nee437.45
11 Canada DESPATIE Alexandre413.35
12 Spain ILLANA GARCIA Javier371.60       





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger