Tuesday, May 22, 2012

LIFE IS A JOURNEY


Benda paling sukar dalam hidup sebenarnya adalah membuat keputusan. Kerana apa? Kerana kita sendiri yang akan menanggung kesan dan akibat terhadap apa yang telah kita putuskan.


Benda paling bosan dalam hidup pula adalah menunggu/menanti. Ya, aku paling tak suka menunggu/menanti sesuatu yang tidak pasti. Kerana apa? Kerana, dari terus menunggu dan menanti, lebih baik aku mulakan langkah seinci demi seinci untuk cukupkan sekaki. Baru aku rasa puas hati. Biar lambat, asal ada destinasi.


Benda paling aku takkan lepaskan adalah peluang. Ya, bagi aku peluang yang kita dapat tak semestinya orang lain akan dapat peluang yang sama. Setiap peluang yang ada, pasti ada ruang untuk dimanfaatkan. Jadi, agak susah untuk tolak sesuatu peluang yang ada sebelum mencuba. Ya, anggap peluang yang datang sebagai rezeki. Aku amat bersyukur dengan apa yang dikurniakan setakat ini, Alhamdulillah.Dan sehingga hari ini, aku tidak pernah menyesal dengan keputusan yang telah aku buat.


Konklusi, "start where you are", "segalanya bermula di sini". Dan aku putuskan untuk berada di sini dan mulakan dari sini. Jangan tanya kenapa, kerana aku rasa apa yang akan aku dapat dan ditawarkan di sini adalah apa yang aku perlukan buat masa ini. Mungkin inilah tempatnya untuk aku memperkasakan diri. Bukan dari segi IQ semata, tapi dari segi EQ yang utama.


Aku sedang cuba untuk belajar apa jua yang ada di depan mata dan belajar dari pengalaman hidup yang baru saja bermula. Aku baru melangkah ke fasa untuk memulakan kerjaya dan cuba sedaya-upaya untuk menjadi orang yang berjaya. Doakan aku terus kekal bersemangat dan optimis dalam mengejar apa yang aku impikan. Semoga segalanya dipermudahkan.


Life is a journey, not destination


notakaki : Kalau belajar, aku sentiasa bulatkan tekad untuk menjadi pelajar cemerlang. Untuk kerjaya, tak salah untuk aku teruskan tekad untuk menjadi pekerja yang cemerlang.
 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger