Tuesday, March 27, 2012

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) : RANKING MRSM SELURUH MALAYSIA 2011

-->

SPM 2011

1. TUN GHAFAR BABA (JASIN) 1.00
2. TAIPING 1.06
3. PENGKALAN CHEPA 1.13
4. KUANTAN 1.19
5. LANGKAWI 1.21
6.PONTIAN 1.29
7. BALIK PULAU 1.63
8. TRANSKRIAN 1.70
9. PASIR SALAK 1.73
10. KUALA KUBU BHARU 1.77
11. TAWAU 1.78
12. PENDANG 1.80
13. PDRM 1.83
14. SERTING 1.85
15. GEMENCHEH 1.88
16. MUADZAM 1.90
17. BATU PAHAT 1.92
18. LENGGONG 1.92
19. PENGKALAN HULU 1.92
20. KUALA TERENGGANU 1.94
21. MERBOK 1.95
22. FELDA 1.97
23. KOTA KINABALU 2.00
24. KUBANG PASU 2.00
25. BESERI 2.02
26. KUCHING 2.03
27. ALOR GAJAH 2.04
28. KEPALA BATAS 2.06
29. JELI 2.07
30. TUN GHAZALI SHAFIE (KUALA LIPIS) 2.10
31. K.BERANG 2.20
32. K.KRAI 2.23
33. TERENDAK 2.28
34. BETONG 2.29
35. MUAR 2.31
36. MUKAH 2.31
37. MERSING 2.32
38. BESUT 2.40
39. KOTA PUTRA 2.42

Ranking MRSM Seluruh Malaysia bagi tahun-tahun lepas boleh klik di sini :  2006-2010

Ranking MRSM SPM 2012 klik sini : 2012

notakaki : Aih, mrsm aku dulu tak berganjak, mantain kat ranking tahun 2010. Proud to be batch 2006





Sunday, March 11, 2012

TIGA BENDA TIGA JENAMA

TIGA BENDA TIGA JENAMA
Cetusan minda : penaberkala
Banyak gila nyamuk, gigit sana, gigit sini. Boleh bertenggek hisap darah dengan muncung tajam, amboih kemain sampai terangkat bontot-bontot. Sekali tebah, terpercik darah. Amekaw, sape suruh sedut darah secara haram. Tu kalau sekor,kalau banyak ekor? Larat ke kau nak tebah sekor-sekor? Apa mau buat? Ubat nyamuk cap FUMAKILLA? Hah, tu salah satu jalan penyelesaian. Satu lagi tau tak nak guna apa? Ce teka…. (jawab dalam hati)
Korang jawab apa? 


Ridsect atau Penyembur Serangga?
Aku yakin 80% yang menjawab soalan ni akan menjawab RIDSECT. Padahal, RIDSECT tu hanyalah satu “jenama”atau “brand” je. Banyak lagi produk lain yang ada, contohnya SHELTOX, dll. Tapi hakikatnya, mentaliti orang-orang kita dalam perbualan, aku yakin akan sebut RIDSECT. Ada semut ke, nyamuk ke, lalat ke, “tolong ambil ridsect jap”, “tolong pergi beli ridsect jap”. Padahal, terpampang kat botol penyembur serangga tu cap SHELTOX. Ye dak?
*****
Aku yakin semua pernah jadi pelajar kan? Sesetengah mesti pernah duk di asrama. Kalau time lapar-lapar, malas nak pergi makan, korang makan apa kat bilik? Lagi satu, kalau yang dapat biasiswa/pinjaman, time hujung-hujung bulan, nak beli nasi mahal, korang beli apa buat alas perut? Hah, ce jawab.....
Korang jawab apa? 




Maggi atau Mee Segera?
Hah, yang ni aku boleh jamin 95% akan jawab MAGGI. Padahal, belum tentu korang makan mee segera cap MAGGI keluaran Nestle tu je kan? Aku sendiri pun, makan mee segera cap RUSKI ke,SEDAP ke, ADABI ke, semua aku balun panggil MAGGI. Seolah-olah, MAGGI tu adalah cukup sinonim dengan mee segera. Kalau sebut pun, orang tak bingung nak pikir-pikir, atau garu-garu kepala nak faham. Aku yakin, kita semua sudah punya satu kesefahaman yang sama dalam hal ni. MAGGI = Mee Segera tak kira cap apa sekalipun. Ye dak?
*****
Korang ada adik? Yang abang/kakak yang dah kahwin tu, korang dah ada anak? Makcik/Pakcik, mesti dah ada timang cucu kan? Yang takde adik macam aku ni, konpem dah ada anak buah kan? Nak tanya, bayi-bayi yang baru lahir sekarang pakai apa untuk tadah mereka punya kencing/berak? Ada lagi ke mak ayah zaman moden pakaikan kain lampin? Rajin benar mereka nak cuci hari-hari. Dunia dah maju, zaman dah berubah, teknologi pun dah canggih-manggih, mesti ada pengganti kepada kain lampin kan? Hah teka, apa dia? Ce jawab….
Korang jawab apa? 



Pampers atau Lampin pakai buang?
Yang ni pun aku jamin dalam 75% akan jawab PAMPERS. Mereka jarang akan sebut lampin pakai buang. Kenapa tak jawab lampin bayi atau lampin pakai buang? Macam kes-kes di atas tadi juga lah, kalau sebut PAMPERS pun, semua orang tak akan pertikai dan berdebat panjang. Semua akan faham secara automatik bahawasanya apa yang disebut itu merujuk kepada lampin bayi pakai buang. Padahal, guna lampin bukan cap PAMPERS sekalipun, still orang akan sebut PAMPERS dan bukannya lampin pakai buang yang 4 ekar panjang nak sebut. Kasik la cap PET-PET ke, HUGGIES ke, DRYPERS ke, itu ke, ini ke, pastinya nama PAMPERS jugak yang disebut-sebut. Glamour betul cap PAMPERS ni. Cuba bayangkan, pergi shopping complex, nak beli lampin bayi, pergi cakap, "pampers pet-pet ada?" Aduh, tak ke haru. Konpius orang nak jawab, nak jenama pampers ke pet-pet? Tapi itulah yangf mungkin berlaku. Ye dak?
*****
notakaki : aku dah jalankan ujikaji untuk ketiga-tiga soalan ini kepada kakak aku, haha. Nampaknya, dia gagal menjawab dengan betul, ish3. Lepas explain, kitorang tergelak sebabnya kita semua sudah ditipu dengan jayanya oleh "branding" atau "penjenamaan". Sampai satu tahap, "nama benda" dan "nama cap" pun boleh tertukar,haha. Ada ke orang yang sekapal dengan kami? Kalau ada, bolehlah kongsikan.





Thursday, March 8, 2012

ILHAM


ILHAM
penaberkala

Datanglah
walaupun sekejap
kerana hadirmu pastinya ku berharap

Datanglah
walaupun sedetik
kerana hadirmu pastinya berputik

Dalam hiruk-pikuk kota
Dalam sunyi-sepi desa
Kau hadir tanpa berita
Kau pergi tanpa cerita

Tak ku duga
Sepanjang zaman ku menunggu
Sepantas kilat cuma kau beradu
Hadirmu tak ku paksa
Pergimu tak ku rela

notakaki : Lama betul blog tak update. Ada orang rindu ke? wakakaka. Terima kasih daun keladi kepada semua readers yang sudi membaca selama ini, lain kali singgah la baca lagi. Takde mood dan ilham nak update blog. Tambah pulak dengan penyakit malasitosis. Baru nak start aktif balik. Jom, layan.... 
Kini, aku "ingin kembali"

Ilham datang tak kira tempat, kadang-kadang dalam jamban pun boleh dapat yang hebat-hebat





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger