BICARA SELEBRITI 2012 
KELANTAN TRADE CENTRE
25 JANUARI 2012

Hiburan di Malaysia, ke mana arah tujunya?

Bicara selebriti 2012 diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) dan merupakan kali ke-3 penganjurannya. Topik yang dibincangkan pada kali ini terarah kepada "Hiburan di Malaysia, ke mana arah tujunya?". Satu topik yang menarik untuk dikupas dan dibincangkan.

Moderator
Amin Idris

Panelis
Nora
Mamat Khalid
Dr Zaharuddin.


Untuk liputan menyeluruh pasal Bicara Selebriti, boleh la layan video di bawah. Semoga bermanfaat!

Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan teladan



notakaki
  1. Diskusi yang cukup santai, penuh lawak jenaka, senda-gurau tapi penuh dengan mesej dan iktibar untuk difirkan bersama.
  2. Satu platform yang cukup baik untuk memberi ruang kepada kita-kita semua untuk tahu sedikit-sebanyak kisah mereka selaku selebriti dan pada masa yang sama mendengar hujah dari pihak yang arif, Dr Zaharuddin berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis. Nampak jelas, timbang-tara di situ.
  3. Bukan sekadar memberi ilmu kepada pendengar, tapi aku yakin panelis jugak mendapat ilmu daripada Dr Zaharuddin dan pada masa yang sama kita tahu akan perkembangan dunia hiburan tanah air dan halatujunya. Satu perkongsian cerita dan diselitkan dengan ilmu pada masa yang sama.
  4. Penghijrahan artis-artis di Malaysia aku rasa satu mekanisme yang berkesan untuk melebarkan pengaruh Islam di kalangan anak-anak muda kerana pengaruhnya cukup kuat. Walaupun kesannya tidak menyeluruh, paling kurang lebih baik dari dulu.
  5. Filem/Cerita di kaca televisyen hari ini pun jauh berbeza daripada dulu. Kebanyakan plot cerita dalam filem/cerita hari ini diselitkan sedikit-sebanyak dengan ilmu/mesej agama. Satu pendekatan yang bagus, cuma perlu pertingkatkan lagi. Mungkin, perlu berusaha lebih keras. Mana tau, satu hari nanti industri kita akan menuju ke arah menghasilkan karya seperti filem Ketika Cinta Bertasbih ataupun Ayat-ayat Cinta.
 
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah



Alhamdulillah, berkesempatan untuk join Bicara Selebriti tahun ni. At least dapat la jugak sedikit-sebanyak input.

Dr Zaharuddin duk cerita pasal cerita animasi Toys Story dan Kungfu Panda. Rasa perlu kaji apa yang menarik dalam filem tuh.


Dah lama blog aku sunyi. Dah lama juga menyepi daripada bercerita tentang kawan-kawan lama dari sekolah menengah. Lama sakan tak beraktiviti, sunyi jugak rasa. Last beraktiviti pada Disember 2009 : Holiday di Pantai Melawi (klik sini) . Januari 2012, barulah ada kesempatan untuk aku join aktiviti yang dianjurkan.


Alhamdulillah, apa yang dirancang sudahpun terlaksana. Paling kurang, boleh la jumpa member-member lama dari Maktab Rendah Sains MARA Jeli (2002-2006). Memang, bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai skang. Tambah-tambah lagi, masing-masing tengah belajar, ada segelintir yang sudah bekerja dan tak kurang juga yang kini masih lagi menuntut ilmu di seberang laut. Dan aku, baru saja melucutkan jawatan sebagai seorang pelajar. Masih lagi dalam proses transisi, dari seorang pelajar kepada pekerja. Mudah-mudahan murah rezeki, cepat-cepat dapat kerja. Amin. Apepun, terima kasih kepada organizer untuk event kali ini, Wan (nama baru katanya) aka Pecak. Semoga ada lagi organizer lain yang akan muncul untuk event seterusnya.


FUTSAL


Macam biasa, port paling strategik untuk berkumpul main futsal adalah di Real 7, Pasir Tumbuh. Tak ramai yang datang, cuma 11 orang : Fakhrullah, Pecak, Imi, Nije, Piju, Amiruddin, Mamat, Syafiq Zaidan dan tetamu jemputan Naim dan Syeme. Start jam 315 petang, tamat pukul 515 petang.

BBQ


Sebelah malamnya pula diteruskan lagi dengan aktiviti BBQ di HB Village, Pantai Cahaya Bulan (PCB). Cuma sedozen yang dapat datang (12 orang) : Pecak, Imi, Piju, Limi, Nije, Amiruddin, Tien, Mc Lin, Kiok, Mc Sya, Nuril, Nino dan tetamu jemputan Naim (kembar Mat Yo). Dan terima kasih juga kepada Nabila Fatin yang datang dari jauh semata-mata nak jumpa kawan-kawan.



5 ekor ayam menjadi mangsa malam tuh. Dimeriahkan lagi dengan bihun goreng, beberapa paket sosej, jagung bakar, keropok, air soda dan 2 biji kek.



Kempunan nak hirup udara tepi pantai, deru ombak pun tak dengar, kah3. Takpe, next time kita plan buat tepi pantai la pulak.


Pukul 9 malam start BBQ, pukul 11 malam settle semua. Duk makan-makan, sembang-sembang, sampai pukul 1200 malam.



Ada jugak hok tok kenal Amiruddin? hahaha. Yang baju hitam tu lah Amir. Kemon la, 5 tahun belajar sekali, ada lagi yang tak kenal. Kengsot hati Amiruddin. adeiii



Time ada gathering macam ni la ada can nak borak lama-lama. Kat facebook, kat twitter, via handphone tak sama dengan jumpa face to face. Dunia maya hanya perantara, dunia nyata jugak yang dapat mempertemukan dan menyatukan kita.


Kek sponsored by Nino


Kek sponsored by Kiok
Dengar kata, hangus tangan-tangan duk bakar kek ni,haha


Di kesempatan ni, 23 Januari 2012, aku nak ucap Happy Birthday to Fatien Salleh. Sermoga panjang umur, murah rezeki, dan cepat-cepat dapat jodoh. Amin.


Aku rasa, dia member paling lama aku kenal, sejak dari tadika,haha. Jumpa balik bila masuk MRSM masa form 1.

BOWLING


Aktiviti diteruskan lagi keesokan harinya di Billion. Berbowling beramai-ramai. Main tak sampai 2 jam, tapi tunggu turn hampir 3 jam. Tak habis game, semua cabut lari bila sistem buat hal, DANG! Aku dan Nino habiskan sampaikan pukul 4. Sempat juga jumpa Norez.



Apapun, aku harap lepas ni akan ada lagi aktiviti-aktiviti lain. Ada trip macam Genting Hinglands (klik sini) dulu pun best jugak. Jumpa lagi next time!


To someone I'm really care,

Most people are looking for someone to love, but me, I'm simply looking for the ability to love.

I can tell you I love you as many times as you can stand to hear it, but all it does is remind us that love is not enough.

Most relationships fail not because of the absence of love. Love has always been there. It's just that one loved too much, and the other loved too little

Falling in love cannot be explained using Newton Law and relate to the gravity force! It's not only involve the downward direction, but it must distribute equally in all directions!



When the time is right, I'll be there for you!


Sincerly,
Yours


Sungguh beruntung seorang LELAKI memiliki CINTA PERTAMA seorang WANITA dan sungguh beruntung seorang WANITA memiliki CINTA TERAKHIR seorang LELAKI!


Published with Blogger-droid v1.7.4
Dulu kecik-kecik, selalu jugak pergi makan Satay Jawa di Kubang Kerian dengan famili. Sekali makan, beratus-ratus cucuk. Orang lain pergi makan, aku selalunya pergi tidur. Kanak-kanak mentah la katakan. Mungkin tak ngam lagi dengan satay masa tuh. Tak kenal lagi erti keenakan sebenar makanan bergelar satay. Abang aku, Bujal kalau makan sampai siap bilang lidi lagi berapa cucuk berjaya dihabiskan. Patut gemuk pun masa kecik, ish3.Tapi sekarang, Satay Jawa dah takde kat Kubang Kerian, bankrupt kot. 


Sekarang, besar-besar orang duk kecoh pulak pasal Satay Bota. Ye lah, 5 tahun duk Perak, sekali pun tak pernah try makan Satay Bota. First time aku try, masa tahun akhir belajar di sini. Lebih tepat, 28 April 2011. Ya, masa kalut-kalut duk siapkan report FYDP sampai aku tak tidur malam. Tu pun roomate belanja, Amir Maliki. Terima kasih daun keladi, kalau boleh belanja lagi. Akan aku ingat jasamu sampai ke mati. Terharu, sambut birthday dengan Satay Bota!


Belajar 5 tahun kat sini, menetap 5 tahun kat sini, tapi sekalipun tak pernah pergi makan satay di kedai Satay Bota sendiri. Rasa nak pergi tu tak payah cakap, memang membuak-buak. Tapi, time nak pergi ada je kerja. Time pergi pun, kadang-kadang timing tak betul. Ada sekali tu, time pergi kedai tutup. Melepas! At last, sampai ke Lumut.


Take note!
Waktu operasi Satay Bota
Setiap hari Khamis hingga Ahad
530 petang - 930 malam


Finally, final year, final semester, kebetulan cuti Christmas (25 Disember 2011) baru berpeluang lepak-lepak, tengok orang  beratur panjang, dan makan-makan satay di Satay Bota. Nasib baik sempat pergi sebelum grad, ada jugak modal nak cerita.



Sate Bota ni betul-betul terletak di tepi jalan besar sebelah kiri (Ipoh-Lumut). Kalau tengok kereta panjang beratur tepi jalan, asap kepul-kepul macam pembakaran terbuka, tak payah pelik la. Ye la tuh, Satay Bota punya tempat.
 

Aku pelik jugak, kenapa asyik ramai je orang beratur beli Satay Bota ni, sedap sangat ke? Sanggup tu beratur panjang-panjang semata-mata nak beli satay. Mungkin kat Perak ni, takde sangat kedai jual satay kot. Kalau ada pun, kat pasar-pasar malam. So, jadilah tumpuan. "Nitch market", apa bisness pun boleh hidup! Tapi satay kat sini, not bad. Boleh tahan sedapnya.




Alang-alang pergi, apa lagi. Pekena satay la dulu. Nasib baik tak payah tunggu lama hari tuh, duduk 5 minit terus je dapat. Pergi awal pun satay daging dah habis, nasi impit dah habis. Tinggal satay ayam saja. Layannnnnnnnn!


Terima kasih kepada housemate, Amir, Mayak dan Pok Jak. Ada jugak member nak teman aku mari makan Satay Bota. Kalau tak, tak dapat la nak merasa makan di kedai Satay Bota yang orang duk kecoh-kecoh selama ni.


Aku makan 15 cucuk untuk 5 tahun menetap di Perak, 3 cucuk setahun la kan? lol

Memory SAVED!
Macam biasa, bab-bab makan kena laju. Lebih-lebih lagi bila ada promosi. Jimat beb!

Semalam, dah ada yang mula search pasal "Kenny Rogers Pakai Merah" dan tersinggah di blog ni. Mungkin gara-gara entri promosi tahun lepas di sini : Tawaran Hebat dari Kenny Rogers : Pakai Baju Merah Dapat Makan Free
 
Sekadar ingin berkongsi maklumat, tahun ni promosi dibuat pada 11 Januari 2012, hari Rabu bermula 10 pagi sampailah kehabisan stok! Sehari sahaja, siapa cepat dia dapat. Siapa lambat, melepas! 

Macam mana?
Pakai je apa-apa yang berwarna merah, tak kira baju ke, jam tangan ke, beg sandang ke, selipar ke, kasut ke, asalkan merah dapatlah memenuhi undangan untuk promosi Kenny Rogers ni. Tak payah nak print-print kupon, bazir ink je.

Apa yang menarik, beli 1 set quarter, dapat free 1 set quarter. Jimat sikit, makan dua orang, tapi bayar bahagi dua. Sekali setaun je bai! Apa lagi, jom pi rembat.

 

Terms & Conditions:
  • Not valid with other offers/promotions/discounts.
  • Promotion starts from 10am and valid on 11 January 2012 only. While stock lasts.
  • For dine-in only. No pre-order, pre-payment or phone orders will be accepted for this promotion.
  • One complimentary Kenny’s Quarter Meal (equal or less value) with purchase of 1 Kenny’s Quarter Meal
  • Subject to current government tax and 10% service charge where applicable
  • Terms & Conditions Apply.


    Tahun lepas, 2011 sempat bertandang ke Qeensbay Mall, Penang semata-mata nak sahut promosi ni bersama Faris, Muzek dan Alip. Panjang jugak ceritanya sebelum dapat makan dengan harga murah ni. Biasalah, benda murah, semua orang nak. Terpaksalah bersesak-sesak sikit. Kisah lanjut, boleh baca di sini : Fenomena Kenny Rogers : Merahmu Bara Semangat Waja


    Tahun ni tak tahu lagi sape yang nak pergi, Amacam,kawan-kawan. Ada bran? Jom serbu!!!

  1. Sponsorship
  2. Information Resource Centre
  3. Students Support Services
  4. Security
  5. IT Media
  6. Finance & Fund Management
  7. Exam Unit
  8. Admission & Registration Unit
  9. Lab Unit
  10. Residential College


notakaki : Take note #UTPian. Masing-masing boleh dah nak start buat team, jom amazing race :p



Operations Management (GAB4013)    
5 Jan 2012
14:30 - 17:30    
Main Hall


Statistical Process Control (CAB4533/ CBB4533)    
9 Jan 2012
9:00 - 12:00    
Chancellor Hall


notakaki : The last 2 papers for my undergraduate studies. Semoga segalanya dipermudahkan, Amin.


Good Luck and All The Best to all my friends!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...