SAKSI KEJADIAN

/
0 Comments
Kalau ada yang baca entri lepas, Lintas Langsung Piala AFF Suzuki 2012 : Malaysia VS Indonesia, mesti tahu kan macam mana berdebarnya perasaan aku berada di Stadium Nasional Bukit Jalil waktu tuh. Dah la terima SMS provokasi sebelum pergi, takut jugak kalah sebab aku pergi. Lepas tu pulak, match semalam adalah penentuan hidup mati team Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2012. Menang mara ke separuh akhir, kalah say bye-bye di bumi sendiri.




Terima kasih kepada saudara Aidil kerana tolong beli tiket. Peringkat kelayakan, tiket masuk RM30. Dengar ura-ura, tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki akan naik menjadi RM40, manakala tiket akhir pula jadi RM50. Mak aih, berkadar terus nampak. I iz sad!


Setibanya di stesen LRT Bukit Jalil seawal 630petang, fuyoh. Ramai betul orang. Kuning pun ramai, merah pun ramai. Di perkarangan stadium tak payah cakap lah, memang dah jadi lautan manusia. Penyokong pun ramai, peniaga apatah lagi. Macam-macam ada. Apa yang menarik, kelibat penyokong berbaju merah ramai giler. Dah macam berada di Jakarta dong.


Aidil - Izani - Omry


Ini dia antara ribuan penyokong Malaysia yang datang untuk menyaksikan kalah menang Malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2012. Ini dia, abang-abang kacak bergaya, Aidil Ismail, Jinjo, dan Terry Omry.




Tu dia, Aidil dengan penuh semangat bawak jalur gemilang.Itulah semangat yang kita mauu. Oyeah!




Sebagai saksi kejadian semalam, aku rasa sungguh bertuah berada di dalam stadium. Dengan puluhan ribuan penyokong yang ada, stadium menjadi penuh gamat dengan tempik-sorak. Bila lagu Negaraku berkumandang, stadium bergegar dengan nyanyian seluruh penonton yang ada. Berdiri bulu roma beb.




Apa lagi yang menarik? Bila dapat tengok banner-banner yang menarik perhatian penuh digantung di dalam stadium. Macam-macam mesej yang cuba disampaikan. Antaranya:

Busuk-busuk pahlawanku, busuk-busuk pahlawanku!

Wa tara goyang

Tanah tumpah darahku


Pujian harus diberikan kepada Ultras Malaya. Sorakan tanpa henti sebelum, semasa mahupun selepas perlawanan. Pelbagai usaha dilakukan mereka, dengan menyediakan jalur gemilang gergasi semasa lagu Negaraku dinyanyikan, awesome banner yang tertera perkataan, This is Malaysia!


Komen pasal game? Tak banyak, cuma nak cakap first half Malaysia main cantik, second half dah macam sampah. Berdebar jugak lah nak tunggu habis 90 minit tuh. Mata aku tak lepas pandang scoreboard. Pujian untuk Mahali dan Wan Zack Haikal sebab main cantik semalam. Harap player lain pun makin mantap di separuh akhir nanti. Kurang puas hati bab main passing ke belakang. Sebab kebanyakannya kaedaan macam ni memberi peluang kepada pihak lawan untuk attack. Seluas-luas padang bola, kenapa nak main passing ke arah gol sendiri? Tak paham jugak aku bab ni. Apapun, pertahanan Malaysia semalam agak kental walaupun ada lah mistake sikit-sikit. Berdebor jugak lah bila bola berlegar dalam kawasan Malaysia.




Tungu punya tunggu, sorak punya sorak, akhirnya minit ke-26 akhirnya menjelmalah gol yang dinanti-nantikan daripada Azamuddin Akil. Goaaaaaallllllllllllllllllllllll. Bergegar stadium dengan sorakan penoton. Ini lah saat manis bila menonton bola di stadium. Kenal ke, tak kenal ke, give me five dengan orang-orang kat sebelah, kiri kanan depan belakang.


Sorakan gol pertama tak sempat reda lagi, Mahali pulak meledak gol ke-2 untuk Malaysia. Lagilah gamat stadium dibuatnya. Masa tu, kegembiraan menyelubungi Stadium Nasional Bukit Jalil. Jelas, penonton Indonesia dah give up, dari gemuruh tempik-sorak, terus jadi diam membisu. Terkedu barang-kali.




Dalam menanti wisel ditiup untuk separuh masa pertama ditamatkan, sempat jugak aku berseloroh dengan member-member,

Ko dapat bayangkan tak kalau Malaysia kalah 3-2?

Pedih kan soalan aku? Member-member terus potong,

Weh, jangan cakap macam tuh

Hahaha, bukan apa. Nak kasi sedia mental dan fizikal. Biasanya, last-last minit macam-macam boleh jadi kan? Aku pun tak nak jadi macam tuh. Gila ko, frust ah nanti.


Dalam duk seronok-seronok bersorak, ada budak kecik duk main cuit-cuit. Adik nak suruh abang senyap sikit ke apa? Mungkin budak tuh cakap, brader depan ni bising sangat kot, lol.




Inilah dia gerangan si budak kecik tuh. Amboih, kecik-kecik dah masuk stadium ye. Abang, tua bangka macam ni baru boleh merasa masuk stadium. Bagus-bagus, suatu hari nanti, jadi player bola sepak Malaysia eh.




Two thumbs up for the 2 goals. Congratulation to all Malaysian players. Kepada Datuk K Rajagobal, semoga percaturan untuk separuh akhir nanti lebih hebat. Kami rakyat Malaysia akan tetap menyokong kalau kamu tidak bersikap bodoh sombong. Kadang-kadang, dalam hidup ni kita perlu terima kritikan orang lain untuk kebaikan.Aku tengok video Ultras Malaya mendesak K Rajagobal lepas tewas 3-0 di tangan Singapura tempoh hari, Pada aku, video tu memang ada betulnya, besar maknanya.




Biasalah, lepas tamatnya match, public transport yang ada, LRT pasti sesak punya dengan manusia. Jalan raya pun sesak. Cuma, nak bagi nasihat kepada ibu bapa yang bawak anak-anak kecil ke stadium menaiki LRT, janganlah cuba pertaruhkan risiko untuk bersesak-sesak dengan orang ramai. Rakyat Malaysia ni memang suka berasak-asak. Mereka fikir itu seronok, padahal kalau sorang terjatuh, terpijak, boleh bawak maut. Kesian jugak tengok kena asak dek orang ramai. Sampai menangis budak kecil.


Lepas harimau membaham garuda 2-0, macam-macam dialog sinis dapat didengar sepanjang perjalanan balik. Antaranya, bila lalu di tempat gerai jualan, ada suara-suara nakal berbunyi,

Bang,sate Garuda ada?

Semasa tunggu gate stesen LRT dibuka pula, ada suara-suara nakal berbunyi,

Jaga-jaga, garuda datang menyerang

Kesiannnn, Garuda patah sayapnya... 

Itulah sedikit-sebanyak cerita daripada saksi kejadian. Apapun, keseronokan tengok bola di stadium cukup hebat. Cuma yang tak seronoknya, kalau tengok bola tapi kalah, wakakaka. Pedih woo, haha


Apapun, semoga Malaysia terus mara di peringkat separuh akhir. Garuda kita sudah baham, kini giliran Gajah putih pulak. Semoga layak ke final!

Selamanya, harimau malaya
Aummm



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...