KAMI BUDDYZ, KAMI TAKKAN TERPISAH


Kami Buddyz, kami takkan terpisah

takkan terpisah
empat sekawan gila-gila
rambut tak sama tapi satu kepala
tak sedarah tapi bersaudara
sumpah untuk bersama-sama.

takkan terpisah
biar tsunami melanda
pusing dunia berjanji setia
susah senang kami menang

takkan terpisah
ibarat KL dengan traffic jam
burung biru dengan muka buku
tetap rapat

kami hebat
macam budak hipster dengan jeans ketat
takkan koyak
takkan goyah
takkan terpisah
kami buddyz
bersama selamanya.

kami riuh
kami gempak
ngam ngam macam segiempat tepat
suara berbeza pilihan sama
fahami jiwa tanpa suara

kami sembang
gaduh sms kutuk lepak
sebab kami muda sekali je
bersama mencipta menggegar dunia.

kami bebas
merantau merata-rata merayau-rayau
mencari jati diri
bersama selamanya.

kami buddyz
kami takkan terpisah


Pernah dengar iklan ni kat tv mahupun radio? First time aku tengok/dengar iklan ni, rasa terpaku dengan skrip dia. Macam pantun ada, macam seloka pun ada, puitis pun ada. Unik dan tersendiri.


Sebut pasal Buddyz ni, buat aku teringat kat my buddyz. Masa training dulu, aku kenal dengan mereka. Kepala gila-gila, bila ketawa tak ingat dunia. Bila lepak, tak kira masa. Bila berborak, macam-macam ada. Diorang sempoi.


Nak dijadikan cerita, kebetulan, hasil gabungan huruf pangkal nama kami semua membentuk perkataan BAADIZSS! (bunyi macam Buddyz right?). That's why, when comes to this post, it makes me remember all of them, my best BAADIZZS.


Nak tau BAADIZSS tu stand for what? Lets me explain and tell you the truth.

B Basyir
A Anuar
A Ain
D Dila
I Izani
Z Zuel
S Sheera
S Saufe

Dengan gabungan pangkal nama kami berlapan, maka wujudlah BAADIZSS.Tak tahulah samaada itu adalah suratan mahupun kebetulan. Apa yang penting, I'm feel lucky to know all of them.




Antara perkara paling best, buat potluck dan makan ramai-ramai. Lepak-lepak lepas office hour di KLCC sambil layan air pancut dan lampu lip lap lip lap, main bowling dan tengok movie. Itu zaman free-free dulu, tapi sekarang masing-masing dah bizi. Dah lama tak lepak dan borak-borak.


Tapi, dunia sekarang tanpa sempadan. Hanya di hujung jari, bolehlah connect dengan adanya internet. Tidak kira di facebook, twitter, whatsapp mahupun sms/call. Yang penting, jarak bukan penghalang. Sekali berkawan, selamanya di ingatan.


Alang-alang bercerita pasal Buddyz, BAADIZSS dan dunia di hujung jari dan dunia tanpa sempadan ni. Eloklah rasanya kalau story sikit pasal DiGi. Kalau ada yang bertanya......

How you and your Buddyz™ are Never Apart 24/7”!

Mudah je, gunalah DiGi Easy Prepaid Plan. Know the benefits and how it keeps Buddys together no matter how far apart we are with 24 Hours FREE Calls + SMS + Facebook.


Jom kita bedah siasat DiGi Easy Prepaid Plan. Mana tahu, menarik untuk dilanggan kan? Hidup sekarang ni bukan boleh nak berenggang dengan internet. Telefon semua canggih-manggih, sia-sia la tak dapat connect to internet. Dah ada internet, baru lah syok nak whatsapp, instagram, tweet-tweet, fb dan layan video di youtube.





Hah, aku nampak dah lubang dia. Whatsapp Messenger services with unlimited access. Sebab, telco yang aku guna sekarang ni, kalau bukak whatsapp tak tutup, memang cepatlah capai limit. Bila capai limit, dah terputus hubungan nak berwhatsapp dengan my BAADIZSS. Facebook dan Tweeter apatah lagi. Aih, gelisah beb bila tak dapat access to internet. We are connected via whatsapp and social network!




Banyak jugak benefits lain yang ada. Kalau rasa berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh lah godek-godek di link DiGi yang ada kat bawah.




Untuk maklumat lanjut, boleh layari : http://www.digi.com.my/prepaid/plan_easyprepaid.do

  

notakaki : Selamat menempuh hari bahagia buat Sheera. Semoga segalanya dipermudahkan. Kepada my BAADIZSS, sudah lama kita tak lepak bersama. Agak-agak, bila la pulak ye boleh makan semeja, lepak di KLCC sama-sama, dan bergelak-ketawa? Missing that moment. Apapun, all the best to all of you in your career. Ada masa kita jumpa. Set!
 

Post a Comment

3 Comments

  1. the voice over is my brother. he wrote that if i am not mistaken :)

    tengok vid tuh, you will see his name - jamal raslan.

    ReplyDelete
  2. Lily Riani:
    really? wow
    superb writing, I like it!

    ReplyDelete
  3. Boleh tahu serbuk warna tu macam mana nk dapatkan ye..kat mana ade jual serbuk warna mcm tu?

    ReplyDelete