GENTING TRIP #7 : BRO, DON'T LIKE THAT LA, BRO.... BEAUTIFULNARA

/
4 Comments

3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS


Perut sudah kenyang, macam-macam dah sumbat dalam perut. Blurrrpppppp! Kalau bukan event jemputan, dah lama balik tidur. Dah la hujan, sejuk pulak tuh kat atas bukit Genting. Syok woo kalau dapat tidur. Tapi, dah nama pun event kenalah follow aktiviti selanjutnya.

Aktiviti seterusnya adalah game ala-ala regu tapi berpasukan. Tak tahu namanya apa, lantak lah, keh3. Setiap kumpulan (treasure hunt group) kena hantar 4 orang wakil. Cara bermain dia macam ni, orang paling depan je akan tahu jawapan. Kemudian, dia kena cuit orang yang ke-2 dan gayakan. Orang ke-2 kena cuit orang ke-3 dan gayakan dan begitulah seterusnya. Last sekali,orang paling akhir kena teka jawapan.Time tuh la time nak gelak sakan, macam-macam jawapan tak masuk di akal keluar. Betul gayanya,betul lah jawapannya. Masalahnya, lain orang buat, lain yang kita buat. So, lainlah jawapan yang dapat.Seriously, aku nampak mudah je game ni sebab kalau jadi penonton, awal-awal lagi kita dah tahu jawapan. Tapi, bila kena join duk kat depan tuh,susah jugak,haha. Tapi, layannnn. Enjoy the show!

Credit photos to : Khai 


Habis game di Pasar Ikan Bakar, kami semua bergerak ke Awana Long House. Ada sesi sharing session dengan blogger famous tak lain tak bukan Ernest Ng dan BeutifulNara


Sebenarnya, inilah kali pertama aku jumpa brader,Ernest Ng iaitu pemilik blog Bro, Don't Like That La, Bro". Fuyoh, rupanya dia blogger comics yang famous. Nice jugak comics yang ada kat blog tuh. Tak caye? Sila pergi sendiri tengok. Nak gelak, nak senyum pun boleh. Banyak lawak bodoh jugak komik dia, haha.Geli jasad golgi.






Seterusnya,speaker ke-2 pada malam tuh adalah blogger famous blog hiburan iaitu BeutifulNara , pemilik blog BeautifulNara. Siapa tak kenal dia kan? Ya,ini jugak kali pertama jumpa Abang Nara face to face. Sempatlah jugak borak-borak. Time tuh, dia suruh jadi photographer pulak dah. Tolong lah dia snap gambar time sharing session. Nak buat kenangan la tuh, aku paham, lol.





Dalam sharing session nih, ada lah dapat dua tiga ketul tips dari blogger-blogger yang otai. Tapi, nak ikut style diorang tu memang tak dapat lah. Sebab, minat orang berbeza-beza kan? So, aku still tetap dengan style aku sendiri. Berblogging sekadar suka-suki sambil goyang kaki.


Sebenarnya, habis sharing session tuh ada lucky draw. Nak tahu apa aku menang? Jeng jeng jeng.. Nanti ye, aku cerita sekali dengan hadiah-hadiah lain time prize giving ceremony. Lepas abis je acara lucky draw, ada tayangan kat ruang legar rumah panjang. Memandangkan perut sudah kenyang, mata dah berat, so masuk bilik terus tidur, zzzzZZZZZzzzzZZZZZzzzzZZZZ....


Tak nak bagi kenyang dan ngantuk camne, supper pun makan tak ingat dunia. Ni lah dia juadah yang disediakan pada tengah malam tuh. Sandwich ada, cucur pisang, samosa, kek dan kuew teow goreng. Kat luar hujan, kat dalam layan milo panas. Perghh, layan...




Notakaki : Uiks, lagi 3 episod lagi nak habis. Dengan gigihnya aku tulis satu per satu cerita pasal Genting trip nih. Dah jadi macam duta Awana Genting, lol. Yang penting, cerita ni boleh disimpan jadi kenangan kat sini. Fully sponsored trip to Awana Genting. Thanks to Awana Genting and Nuffnang.




You may also like

4 comments:

  1. wow bestnyeee dpt jumpa blogger terkenal..boleh tambah aura

    ReplyDelete
  2. Blog Sensasi:
    best la jugak
    kebetulan, diorang pun dapat join
    first time dapat jumpa

    ReplyDelete
  3. Daniel Chiam:
    ni namanya takde keje cari keje bro,haha
    cerita dah basi pun, baru terhegeh-hegeh nak tulis
    apapun, takpelah
    simpan sebagai kenangan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...