FEAR FACTOR HOUSE CHALLENGE, SUNWAY PYRAMID



15 Disember 2012, Fear Factor House Challenge sudahpun dilancarkan di Sunway Pyramid. Event dimulakan dengan sesi pendaftaran bloggers. Seramai 30 bloggers bertuah termasuklah aku mengambil bahagian untuk mencabar ketakutan masing-masing. Challenge your fear!




Untuk edisi blogger, top 3 untuk cabaran ni berjaya membawa pulang hadiah yang lumayan. Champion dengan Macbook pro dan RM 1500, Tempat ke-2 dengan kamera DSLR dan Tempat ke-3 dengan ipad. Yang takde tempat macam aku dan 26 bloggers yang lain, kami tidak pulang dengan kehampaan kerana masing-masing berjaya membawa pulang ole-ole dari Astro.


Event selama 2 hari ini juga terbuka kepada orang awam. Untuk hari pertama, pemenang bertuah berjaya memenangi xbox dan iphone 5.


 



Apa anda tunggu lagi? Orang-orang sekitar Sunway Pyramid, ayuh lah sahut cabaran. Challenge your fear, untung-untung mana tahu dapat menang iphone 5, ipad ataupun xbox di hari terakhir, 16 Disember 2012.


Jangan lupa bagitau adik,kakak,abang,ayah, nenek, atuk, pak long, mak long, mak teh, pak uda, tak kira lah sape-sape pun. Kerah satu kampung pun tak ape. Jom serang Zon Fear Factor House Challenge di Sunway Pyramid.


Untuk maklumat lanjut, sila LIKE facebook Fear Factor Malaysia atau FOLLOW twitter @FearFactorMY


Selamat mencuba! Have fun. Saya janjikan keseronokan dan keterujaan untuk ada. Yes, I did it!


  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||

Published with Blogger-droid v2.0.6

Post a Comment

9 Comments

  1. Heheheh best lah kat sana event tu walau pun tak menang kerana ular tapi tetap puas hati...

    ReplyDelete
  2. Mahamahu:
    kalah menang tak penting kan?
    Apa yg penting kita enjoy
    Bila lg nk pegang katak,cacing dan ular klu bukan di zon fear factor, hahaha

    ReplyDelete
  3. nice clean entry :)
    nanti boleh lepak sama2
    lol

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. ohlalala..taktau plak..
    aku punye laa boring tahap giler taktau nak watpe semalam.. klu tak mesti best dpt join...

    ReplyDelete
  6. Kifli Mally:
    pergh, juara datang komen
    pengsan

    ReplyDelete
  7. cimöt:
    lorh, tak tau ke?
    banyak kali dah promot kat tweeter
    takpe, ada lagi sekali kat kuantan

    ReplyDelete
  8. Best event ni..tapi fail kat sangkar ular..mane kau kuncii!!!

    ReplyDelete
  9. Amierul Firdaus:
    tu lah bro, ramai yang kandas di sangkar ular
    adeh
    apepun, oklah
    at least dah pegang ulat/cacing/katak
    best experience ever

    ReplyDelete