CHEAP BUDGET HOTELS IN KL?

/
4 Comments
Bila ada orang masuk ke blog anda dengan keyword "Cheap Budget Hotels in KL?" maksudnya apa? Haaaa, nak buat apa tuh? Woooit, optimis ok! Aku rasa mungkin traveller, ataupun backpacker yang ingin melancong dalam budget yang rendah. Kebarangkalian besar jugak mungkin anak-anak muda yang mau datang ke KL untuk menghadiri sesi temuduga.


Aku dulu pun macam tu jugak. Kalau ada temuduga je di KL, rasa macam serabut. Kat mana nak stay? Ye lah, mana ada abang/kakak yang tinggal di KL. Nak tak nak, terpaksalah berkelana di KL Sentral. Yeah, the most strategic place to stay for a while tunggu matahari terbit sebelum menghadiri temuduga.


Jadi, untuk sesiapa saja yang search "Cheap Budget Hotels in KL?" nanti, harap-harap korang menjumpai blogpost ini. Di kesempatan ni,aku nak share pasal website yang user-friendly untuk tujuan mencari Hotel Bajet di KL. Bukan saja di KL, malah di serata negeri di Malaysia. Aku faham, website ni amat penting terutama bila ada majlis konvokesyen, kenduri-kendara mahupun bercuti bersama famili. Website yang aku maksudkan adalah KL budget hotels




Inilah dia interface website yang dimaksudkan. Sebenarnya, website ini diberi nama iBilik. Memang sesuai lah dengan tujuan website ni ditubuhkan. Dengan tagline, "We're Friendly" aku rasa amat bertepatan dengan apa yang ditawarkan di website tuh.


Nak tau apa?

Contohnya, korang boleh pilih jenis penginapan yang korang cari:
  • Room rental : Sewa bilik terutamanya yang ingin menetap untuk bekerja
  • Short term rental : Biasanya homestay/hotel/motel untuk jangka masa singkat

Selain tuh, korang boleh pilih lokasi, tak kira negeri mana sekalipun. Dari utara sehinggalah ke selatan, dari timur hinggalah ke barat, semuanya ada di website  iBilik


Then, features yang paling berguna terutama untuk mencari rumah sewa di KL aku rasa sebab kita boleh pilih preference pasal housemate. Paling penting, kat semua iklan yang ada di  iBilik disertakan maklumat-maklumat penting seperti monthly rental, descriptions sama ada dekat dengan public transport (LRT/KTM/Bus) ataupun tidak, lokasi dengan shopping complex atau tempat-tempat menarik dan sebagainya.


Aku rasa, cukuplah sedikit-sebanyak perkongsian aku pasal website  iBilik setakat ini. Semoga entri ini bermanfaat kepada semua yang mencari rumah sewa mahupu hotel untuk disewa.


notakaki : Aku pun dapat rumah sewa lepas guna website  iBilik ni. Alhamdulillah, rumah yang aku sewa sekarang cukup lengkap serba-serbi. Housemate pun ok, thanks Abe Syed dan Izani. Paling bersyukur, ia sangat strategik. Nak ke mana-mana pun mudah especially ke office.


You may also like

4 comments:

  1. Teenager Housemaid:
    ape yang suka sangat ni cik kak, hehe

    ReplyDelete
  2. hahha dah pernah guna cari rumah sewa untuk member ok kot website ibilik ni

    ReplyDelete
  3. jal:
    sama lah, cerita ni pun based on pengalaman sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...