GENTING TRIP #6 : PASAR IKAN BAKAR

/
2 Comments
3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS

Dah lama tak sambung cerita pasal Genting Trip. Kan dah kata, kalah sinetron. Sinetron pun iklan kejap je, habis terik pun iklan sabun daia. Ni tak, iklan Baskin Robbins la, iklan filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina la, aishh macam-macam.


Sampai mana dah? Ok, hari tuh dah cerita pasal Treasure Hunt. Sape-sape rasa banyak masa, tak tau nak buat apa, boleh la godek-godek entri-entri sebelum ni. Klik je link di bahagian atas.


Ok, lepas treasure hunt buat apa pulak? Mesti lah penat kan? Mana taknya, berlari ke hulu ke hilir. Dah letih, lapar la pulak. Sebelum makan tuh, kena la mandi-mandi dulu. Istirehat jap, solat dan baru pergi makan. Tak jauh pun tempat makan dari rumah panjang Awana Genting. Kentut pun dengar, lol.


Ke manakah hala tuju kami? Semestinya ke Pasar Ikan Bakar. Sebab, tu je lah satu-satunya tempat makan yang ada dekat area rumah panjang tuh. Tengok nama dah gerun kan? Pasar Ikan Bakar? What? Pasar? Kena beli ikan, masak sendiri ke apa ni? Itulah keunikan nama tempat ni. Nak tahu apa yang ada, boleh lah usha-usha gambar-gambar yang ada kat bawah ni.



Untuk sesiapa yang pasang hajat nak gi try makan kat sini, maaf la yer. Pasar Ikan Bakar ni hanya dibuka untuk tempahan group. Macam nak buat event ramai-ramai di rumah panjang Awana Genting, hah boleh la tempah Pasar Ikan Bakar ni sekali untuk makan-makan.


Dekorasi, lighting dan kebersihan memang boleh dipuji. Walaupun tercorot di dalam hutan rimba, tapi ciri-ciri moden tu tetap ada. Ceeewah. Apa aku melalut ni, baik cerita pasal makanan. Ye dak?


Ok, jom kita zoom in satu persatu juadah yang tersedia untuk para blogger pada malam tu. For me, as the first timer joint event blogger rasa kekok nak makan sikit, so kena makan banyak. Eh!



Kalau dah namanya Melayu, lebih-lebih lagi di Malaysia, memang tak dapat lari dengan juadah utama kita iaitu nasi. Selain nasi, macam-macam juadah lagi ada. Nak tahu, jom kita serbu....




Ok, beratur dulu sebelum tengok juadah apa yang ada. Sabor-sabor. Dalam asyik duk beratur tuh, tengok sorang brader ni duk ambik nasi. Rasa macam pernah tengok, tapi di mana ya?




Hah. ce teka sape? Korang kenal? Aku rasa kenal. Tapi masa tu, rasa was-was. Terpaksa buat muka tebal dua puluh empat inci tanya member, "Sape brader tuh?". Then, baru lah konpem, itulah dia namanya Abang Nara. Tak tau sape? Yang korang duk sibuk baca pasal gosip artis Malaysia tu lah, pemilik blog Beautiful Nara




Ok, segan nak tegur. Pi ambil nasi, lauk-pauk la dulu. Perut dah berkeroncong. Macam-macam lauk ada weh. Tergoda habis. Punah-ranah la kalau ada misi nak diet bila datang sini. Semua mau telan. Dari rendang ayam, kari kambing,kari ayam,sehinggalah gulai daging,perghhh. Meleleh bhai.




Ingat kan tu je ada, lauk-pauk yang bakar-bakar pun ada. Nama pun Pasar Ikan Bakar kan? So, adalah ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, mahupun ketam bakar. Makan sakan la malam tuh. Aku nampak, korang dah telan air liur tu, wakaka.




Dah ambil makanan, pergi cari port best untuk bersantap. Beta rasa, beta mahu bersila malam ini. Tu dia, siap ada meja makan ala-ala meja Jepun. Duduk bersila/bersimpuh, tradisional bukan? Layan....




Inilah hasil tangkapan aku pada malam tuh. Semua lauk aku taruk. Ketam bakar je tak ambik sebab malas nak buang kulit, isi ciput je. Alhamdulillah, atas segala rezeki yang dikurniakan. Kenyang betul malam tuh. Dah lama tak dinner grand macam ni, asyik makan masakan sendiri je. Mana nak syok kan?



Muka happy dapat makanan,haha. Baju belang-belang kalahkan kuda belang. Ni je baju tebal yang bawak time tuh. Sejuk jugak, dah la hujan lebat kat Genting.


Lepas makan, pi ambik buah untuk kunyah-kunyah sebagai pencuci mulut. Sempat berborak dengan Abang Nara. Peramah jugak brader ni. First time jumpa face to face dengan Abang Nara. Ada la chance borak-borak sikit.




Lepas perut kenyang, ada games lepas tuh. Nak tahu game apa? Cam biasa, tunggu next episod, huahuahua. Lagi satu, malam tuh aku konpius, aku makan dengan orang ke makan dengan hantu? Ramai betul berebut nak jadi hantu. Maklumlah nak menang hadiah. Tapi, gua salute lah. Kreatif jugak diorang ni, lebih-lebih lagi bab-bab make-up. Gua je pakai baju belang-belang. Mana satu aku, mana satu nyamuk pun boleh tertukar.


Notakaki : Yeay, lagi 4 episod rupanya. Mencabar jugak ye buat series macam ni. Kena konsisten. Macam mana la pengarah drama bersiri buat keje. Blogging 10 episod merapu macam ni pun dah naik pitam. Adeh. Entri ni pun pasal makan lagi kan? Abis la, aritu member dah perli, "ko ni makan je keje. Boleh join jalan-jalan cari makan dah". Rezeki jangan ditolak, orang belanja saya terima :)






You may also like

2 comments:

  1. dah siri yg ke 6 ya.. mmg kalah sinetron kalu mcm ni... bestnya dapat makan bakar2 ni...

    ReplyDelete
  2. HiDa:
    aah, nak cepat-cepat habiskan siri ni,
    nak buat siri lain pulak lah,haha

    Alhamdulillah, rezeki dapat makan seafood bakar. Sodap jugak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...