GENTING TRIP #5 : TREASURE HUNT

3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS


Makan sudah kenyang, bilik sudah check in, rumah hantu pun sudah melawat, so what's next? Dah pandai ternak lemak, pandai-pandailah bakar balik kan? Jadi, untuk itu jom lah kita berlari-lari di sekitar Awana Genting. Bukan marathon, tapi treasure hunt.



Sebelum berlari ke sana ke sini, warming up dulu bimbang takut-takut ada yang cramp, ecece.


Untuk cerita lanjut pasal Treasure hunt ni, bolehlah baca story kami, The Slayers di blog Submerryn : Awana Genting Eco Sport Treasure Hunt. Kami rasa bertuah sebab ada blogger/photographer yang follow group kami. At least, ada jugak gambar-gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Thank you :)


Nak dipendekkan cerita, kesemua lebih kurang 30 bloggers yang datang dibahagikan kepada 4 kumpulan. 1,2,3,4..1,2,3,4...1,2,3,4... dan bila sampai ke giliran aku, makanya aku ditakdirkan jatuh cinta dalam group 4.


Diperkenalkan, ahli kumpulan 4.... *drum roll* 



Dari kiri cepat jalan, Fifa, Justin, Gragg, Cindy, DanielKhai, me dan Atika. Dan group ni amatlah meriah. Aku rasa sebab ada Daniel dan Atika, perghhhhhhh. Happening habis,haha.


Tugasana pertama kitorang adalah kena letak nama group dan kena buat gaya ala-ala cheers. Selepas bincang, maka wujudlah team The Slayers! Aummmmmm



Adeh, aku paling malu kalau kena buat gaya-gaya camni kat depan. Tapi memandangkan sorang pun aku tak kenal sebelum ni, so boleh la buat bajet muka tebal,wakaka.




Tu dia gaya The Slayers. Gaya dah ada, confident habis. Tapi boleh ke menang? Jeng jeng jeng



Treasure hunt pun bermula...Dimulakan dengan menjawab Sudoku dan satu set cross word puzzle. Naik juling mata mau cari perkataan satu-satu. Phewww. Aku dan Daniel sibuk duk study pasal map Awana Genting. Cindy, Fifa, Atika dan Justin duk selesaikan cross words puzzle. Habis je belek map, kami tolong diorang jawab puzzle.




Sudoku? Sepanjang hayat aku, tak pernah siapkan satu pun Sudoku. Tak minat dan memang tak gheti. So, siapa yang selesaikan Sudoku?




Ini dia, Khai dan Gragg yang bertungkus-lumus menyelesaikan Sudoku. The best thing is, kami adalah group pertama yang siap kedua-dua cabaran ini. Makanya, dengan gelojoh pantas bergerak ke check point seterusnya iaitu Eco Park.


Berlari-lari kecik anak menaiki bukit, turun bukit menuju ke Eco Part. Cungap jugak. Letih woi. Tiba-tiba.......




Hah, cantik lah. Ada lori kecik lalu. Apa lagi, gunalah kesempatan yang ada. Dengan gigihnya kami panjat dan beradu dalam tu untuk pergi ke Eco Park. Gila ah, main tipu dowh. Ish3.. Apedehal, asal sampai cepat, keh3


Lepas sampai di Eco Park, kena buat aktiviti dulu. Then, kena cari clue untuk check point seterusnya. Masa kat situlah, kami silap jumpa clue. Rupanya, clue yang dapat tuh adalah clue zaman datuk nenek moyang punya treasure hunt lagi, haktuih. Sesat sampai ke padang bola then kena patah balik...zzzzz


Moral of the story, jangan main tipu naik truck segala bagai. Kan dah dapat balasan cash. Tak pasal-pasal jadi group terakhir sampai. Apapun, The Slayers tetap happy. Kami menghabiskan Treasure Hunt dengan senyuman.I enjoyed it. Thanks mates!


Rasanya, nak cerita sikit je tadi, ni dah panjang berjela pulak dah. Cerita penuh, godek-godek sendiri kat sini ye : Awana Genting Eco Sport Treasure Hunt


Ringkasannya.
Checkpoint 2 : Sports Arena - Archery
Checkpoint 3 : Photo shoot for 4 selected places
Checkpoint 4 : Toxic river - main game tutup-tutup mata dan dengar orang bagi instruction
Checkpoint 5 : Puzzle


Ni lah hasil photoshoot kami, The Slayers pada hari kejadian. Layan, zasssss....


With a white buggy

With a giant golf ball

In front of Awana Genting sign

With the bull

As expected, kami sampai last sekali. Apa yang penting? "Kita enjoy", bak kata Nora Danish. Dah lari ke hulu ke hilir, berpeluh jugak. Syok ni kalau dapat mandi air gunung. Konpem nyaman.


Lepas settle semua tresure hunt, ada masa lapang untuk rehat-rehat kejap. Apa lagi mandi-manda, rehat-rehat dan paling penting caj handphone dulu. Mudah nak snap-snap malam ni. Katanya, ada event best. Apakah?

Credit photos to : Khai


Post a Comment

0 Comments