GENTING TRIP #3 : AWANA GENTING LONGHOUSE

/
6 Comments
3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS

Perut sudah kenyang setelah berhempas-pulas makan di Awana Genting. Lebih kurang 2 jam diperuntukkan untuk merasa segala juadah yang ada. Blurppppp. Tapi, trip 2 hari 1 malam ni bukan untuk makan-makan je. Ada tentatifnya yang tersendiri. Lepas kenyang perut, destinasi yang kami tuju adalah Awana Genting Longhouse. Aktivti apa yang menunggu? Tak tahulah. Just follow the flow.... Dah ternak lemak, pandai-pandailah bakar balik lemak tuh. Baru sihat dan cergas!


Kami diangkut dengan menaiki van dari hotel Awana Genting ke Awana Genting Longhouse. Macam nak gi kampung orang asli pun ada. Kanan kiri penuh hutan. Nasib baik dekat je.. Suspen jugak nak tengok, macam mana agaknya rupa rumah panjang yang real. 


Setibanya di Awana Genting Long House, ni lah rupanya rumah panjang. Tak payah susah-payah gi Sabah dan Sarawak. Tengok kat sini pun jadi lah. Tinggi jugak. Boleh main kejar-kejar kat bawah rumah, haha.


Untuk pengetahuan semua, kebanyakannya orang akan sewa rumah panjang ni untuk aktiviti-aktiviti team building dan seumpamanya. So, bolehlah kalau-kalau korang nak merasa udara nyaman sambil buat kursus/team building. Book untuk event. Kat sini, ada disediakan bilik mandi, tandas dan 4 bilik besar. Ala-ala macam hostel pun ada. Tapi, tidur atas tilam je, takde katil. Nak ke tandas atau bilik mandi, kena jalan la sikit. Mencabar jugak kalau nak uuk uuk tengah-tengah malam.



Selain 4 bilik besar, ada 1 stor. Kat dalam stor tu ada sejadah dan macam-macam. Jadi, untuk Muslim, takde alasan nak cakap tak ada sejadah nak sembahyang. Kiblat pun ada, siap ditanda besar-besar dalam setiap bilik. Kalau yang datang dari jauh, Jamak Takhir, Jamak Ta'dim boleh, jangan pandai-pandai cakap nak Jamak Takyah.




Inilah dia overview pemandangan Awana Genting Longhouse. Nice view! Udara nyaman, pemandangan cantik. Dapat tengok puncak Genting dari balkoni longhouse. Ruang legar longhouse amatlah besar. Nak main kejar-kejar pun boleh.


Selepas mendengar briefing oleh pihak Resort World Genting, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan untuk bilik tidur. Memandangkan ada masa terluang, kami ambil kesempatan untuk beristirehat kejap. Ambil masa untuk solat dan unpack barang-barang. Siap-sedia untuk atucara seterusnya, iaitu .... jeng jeng jeng.. Sambung next entri ye :)





You may also like

6 comments:

  1. amboih sampai part 10 tu. cayalah ! :)

    ReplyDelete
  2. menarik gak kan kat sini.. dulu kalau sebut genting highland cuma thau tempat nk main2 je lah.. pergi 5 tahun lepas pn mmg g main je... :)

    ReplyDelete
  3. KM7:
    lagi seronok sebab dapat jumpa dengan blogger-blogger :)

    ReplyDelete
  4. Khai Artzfar:
    nasib baik sampai part 10 je kan?
    klu keluar novel camne? wakaka

    ReplyDelete
  5. HiDa:
    kalau nk buat kem motivasi ataupun team building, rasanya Awana Genting Longhouse ok kot.. sebab tempahan dibuka untuk berkumpulan/agensi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...