GENTING TRIP #2 : SANTAPAN DI RAJAWALI

3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS


Jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah hari, semua bloggers dijemput untuk menikmati lunch di Rajawali Coffee House. Rajawali Coffee House terletak betul-betul bersebelahan dengan lobi hotel Awana Genting.


First time masuk, mulut menganga air liur menitik tengok banyak giler makanan yang disediakan. Adakah ini yang dinamakan syurga makanan? Fuuuuuuuuuuh. Rasa semua nak terkam.Semua bloggers disediakan tempat makan khas iaitu International Marketing.



Ini antara section makanan yang ada dalam Rajawali Coffee House, Awana Genting. Kat sini untuk hari pertama disediakan tomyam seafood (sedap woooo, boleh tahan), sup dan beraneka jenis roti. Pilih je mana yang berkenan. Makan free, rembat je lah mana yang rasa nak ngap!



Masa berjalan nak ke meja makan, terpandang pulak section kuih-muih dan puding buah. Walaweh, tergoda habis dah ni. Macam-macam kuih ada. Nak tengok apa yang ada dengan lebih jelas, jom kita zoom sikit....



Ini dia aneka kek dan puding buah yang cantik-molek, berwarna-warni yang membuatkan jiwa meruntun untuk makan cepat-cepat. Sempat juga merasa beberapa keping kek dan beberapa jenis puding buah yang ada. Perghhhhh, mantap!



Ini pulak kuih-muih yang tersedia untuk kami ngap. Rasa seolah-olah berada di kampung halaman. Banyak betul kuih-muih tradisional yang ada. Kuih sagu ada, kuih kacang ada, seri muka pun ada, dan macam-macam-macam-macam lagi,



Kat section ni pulak disediakan aneka jenis mee dan sanak-saudaranya. Mee kuning, bihun, kuew teow dan lain-lain lagi berserta sayur-sayuran dan kuah sup.Kat sini juga disediakan aneka jenis seafood, ala-ala makan steamboat lah. Pilih mana yang nak, bubuh kuah sup, settle. Layan je sampai kembung perut.



Tak sah kalau makan takde pencuci mulut. Ni lah dia section buah-buahan. Tembikai, tembikai susu, mata kucing, semua ada. Memandangkan perut sudah meronta-ronta minta dibelai, makanya ni je lah foto yang sempat disnap pada masa tuh. Takpe, lunch keesokan harinya ada lagi, Nanti kita snap banyak-banyak.Nak tahu lebih lanjut aneka makanan dan juadah yang ada di Rajawali Coffee House, Awana Genting, tunggu di episod akan datang, ceeewah.



Ni je juadah yang sempat dilayan masa first day. Spaghetti, roasted chicken, kari kambing, kuih-muih dan beberpa keping kek. Makan sikit, dah kenyang. Rasa menyesal pulak tak makan banyak-banyak. Takpe, lunch sebelum berangkat pulang nanti, kita makan habis-habisan. Cekidout dalam entri akan datang.



Antara bloggers yang sedang asyik menjamu selera. Macam-macam topik yang dibualkan, Biasalah, baru kenal. Time lunch ni, baru la sempat sembang-sembang dengan bloggers lain. Masa ni kenal Syafiq, Mira, Nisa, dan Hanis. Gang-gang kaki event Nuffnang katanya. Nice to know all of them.


Sekian saja cerita di meja makan. Lepas kenyang perut, ternak lemak, kami dibawa menuju ke satu tempat yang unik dan menarik. Nak tahu di mana, tungguuuuuu.....



Post a Comment

3 Comments

  1. banyaknya juadah... sedap2 pulak tu.. bahagian kueh dan kek tu menarik perhatian betul.. syukur Alhamdulillah atas nikmat yg diberikan.. :)

    ReplyDelete
  2. HiDa:
    juadah yang ada,boleh dikatakan sedap
    Alhamdulillah, rezeki :)
    kalau harapkan nak pergi sendiri, memang tak akan sampai lah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete