GENTING TRIP #1 : CUBAAN PERTAMA

Al-kisah bermula, bila join Genting Evangelist di bawah kelolaan Nuffnang. Makanya, boleh la join  Genting Rewards Incentive Program. Bila join, termenang pulak 4 keping tiket seperti yang diceritakan dalam entri sebelum ini : Terima Kasih Resort World Genting dan Nuffnang. Bila menang, makin eksitedlah nak join untuk next round. Bila habis je final round, dapatlah e-mail jemputan untuk ke Awana Genting.Ada majlis penyampaian hadiah katanya. Perghh, eksited betul bila first time dapat join event under Nuffnang. Kebetulan weekend, takde aktiviti nak buat, maka keputusan dibuat untuk join sekaki. Here, we go.....

3-4 NOVEMBER 2012
AWANA, GENTING HIGHLANDS



First time join event Nuffnang bersama-sama bloggers lain. Rasa kekok pun ada, janggal pun ada, pelik pun ada, segan pun ada, macam-macam ada. Tapi, bulatkan tekad. Belum cuba, belum tau. Pagi 3 November 2012, maka pergilah terkedek-kedek ke Wisma Genting. Bak lone ranger, jalan sorang-sorang.Untuk makluman, Wisma Genting terletak betul-betul berhadapan dengan stesen monorail Raja Chulan. Kat sana, orang pertama aku tegur ialah Daniel. Then, sembang-sembang dengan Darren (Nuffang) dan Kianfai.


Lebih kurang pukul 10 pagi, kami bertolak ke Awana Genting dengan menaiki bas milik Resort World Genting. Atas bas, masih lagi bersendiri, tak tahu nak berkomunikasi dengan sape. Macam mana perasaan ko berada di tempat baru, atau baru pindah sekolah, macam tu lah perasaan aku masa tuh. Diam membisu,lidah kelu tak tau nak cakap dengan sape, lol. Layan kan aje perasaan di tepi tingkap. Zzzzzzzz tidur la jawabnya sampailah tiba ke destinasi, Awana Genting.



Lebih kurang 11++ pagi, kami menjejakkan kaki di Awana Genting. Jujurnya, aku tak tau Awana Genting ni wujud. Apa yang aku tahu, kat puncak Genting tu je, theme park, First World hotel, Snow World dan seangkatan dengannya. Rupanya, ada jugak tempat penginapan kat bawah ni. Kalau Awana Kijal, Terengganu pernah la jugak dengar.


Mesti ada yang tertanyap-tanya, "Bagaimana cara untuk ke Genting Highlands dari Awana Genting Highlands?". Jawapannya, shutter ada disediakan oleh pihak Awana Genting. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk jadual shutter yang ditampal di kawasan lobi Awana Genting. Lagi satu, kemudahan internet (wi-fi) pun ada disediakan. Cuma perlu beli kad preapaid di kaunter lobi dan pilih pakej yang sesuai dengan keperluan sendiri.


Apapun, tempat ni memang menarik. Fuuuuuh, nyaman betul udara kat sini. Orang pun boleh tahan ramai yang datang. Happy je tengok family-family yang datang melancong. Memandangkan kami sampai awal, lunch pun belum tersedia, jadi bloggers masing-masing ambil kesempatan untuk meneruskan rutin mereka. Apa lagi kalau bukan snap sana snap sini.


Sementara tunggu pukul 12 tengah hari untuk menjamu selera, Daniel dengan sukarela lead kitorang kenal tempat-tempat menarik area Awana Genting. Cayalah bro, kalau tak memang gua boring lah tak tau nak buat apa. Jalan-jalan sambil hirup udara segar. Sambil berjalan, sambil snap photo sikit-sikit buat kenangan. Nak snap photo sendiri, segan pulak nak suruh orang, kah3. Layan je lah gambar apa yang ada kat bawah ni.



Ni namanya pokok. Ok, bagus. Semua dah tahu. Ni kat kawasan Taman Burung betul-betul hadapan Awana Genting Hotel.




Di mana burungnya pun tak tau, ni je sangkar yang ada. Mungkin, banyak burung berterbangan di kawasan ni pun aku tak tau. Tak sempat nak intai-intai.



Ni pun masih lagi di Taman Burung tadi. Sesusai la untuk posing-posing kat sini. Sejuk jugak rupanya kat sini, gua bajet kebal sampai sweater pun tak bawak. Puas ronda-ronda kat luar, masuk balik ke lobi Awana Genting untuk tunggu waktu lunch.



Apa yang menarik, di lobi Awana Genting ada satu taman di tengah-tengah. Dari jauh, nampak gaya ada pokok buluh, kolam ikan dan jambatan kecil. Tak turun pulak pergi tengok ikan apa yang ada.


Landskap kat sini, boleh tahan menarik. Lagi satu scene untuk sesiapa yang minat bergambar. Berdekatan dengan taman ni, ada swimming pool.


Ok, jam menunjukkan tepat jam 12 tengah hari. Nampaknya, tempat yang kami akan menjamu selera untuk makan tengah hari sudahpun dibuka. Nak tau kami makan di mana? Mana lagi kalau bukan di Rajawali.




Apa yang kami makan? Best ke tak makan di Rajawali, Awana Genting? Nanti sambung story di next entri okey.


Notakaki : Lagikan sinetron ada beratus-ratus episod, tak kan story pasal trip free ke Genting Highland nak satu episod je kan? Paling kurang 10 episod. Kita sambung next story di episod seterusnya... Lama betul duk peram dalam dashboard, kasik release satu per satu. 


Post a Comment

2 Comments