A POPCORN SESSION : LAGENDA BUDAK SETAN 2 KATERINA



Hello readers!

You know what? This is the first Malay movie in A POPCORN SESSION. By the way, thanks to Nuffnang for the invitation. Filem Melayu, pekehel aku speaking bagai pulak nih, adoyai.




Tayangan kali ini tidak lain tidak bukan filem hits Melayu iaitu Lagenda Budak Setan 2 Katerina sekuel kepada Lagenda Budak Setan 1.  Time Lagenda Budak Setan 1, tengok di Cinema Queensbay. Time tuh, internship. Bayar beb, nak feeling tengok filem Melayu kat panggung punya pasal.




Kali ni, diundang untuk menonton di Pavilion. Free pulak tuh. Siapa tak nak kan? Bukan setakat free, kali ni lebih istimewa bila dapat tonton awal dari orang kebanyakan. Paling penting, dapat jumpa barisan pelakon Lagenda Budak Setan 2 Katerina : Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae. Kebetulan, Remy Ishak pun turut ada di lokasi tayangan.


Sebelum baca lebih lanjut pasal serba-sedikit review Lagenda Budak Setan 2 Katerina, apa kata korang yang tak tengok lagi trailer filem ni, tengok dulu.  Ambek feeling bak hang!




Amacam, teringin nak tengok? Sabor-sabor, filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina ni akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 November 2012. Jadi, kaki novel Lagenda Budak Setan, peminat fanatik Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae, mahupun sesiapa saja yang rasa nak pergi menonton, boleh la save the date!


Nuffnang Premiere Screening Lagenda Budak Setan 2 Katerina
26 November 2012 (Monday)
9.00pm
GSC Pavilion




Perasaan bercampur-baur dapat jadi antara orang yang terawal tengok Lagenda Budak Setan 2 Katerina. Lagi happy, bila dapat free gift dan berpeluang bergambar dengan artis-artis yang membintangi filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina. Sebelum korang layan gambar-gambar semasa event Pre-Gala ni, eloklah baca pasal review filem ni sikit-sikit. Mana tau kan, korang tak sabar nak tunggu keluar kat panggung, so boleh la baca ambek feel dulu.Siap sedia mental fizikal dan tisu sebelum ke panggung, lol.


 
  
Lagenda Budak Setan 2 Katerina
  1. Selepas Ayu meninggal dunia, Kasyah terpaksa membesarkan anaknya, Athirah seorang diri. Macam mana nak jaga anak lagi, kerja lagi? Can you imagine?
  2. Katerina pulak, frust menunggeng sebab Kasyah kahwin dengan Ayu. Cintak tak berbalas katakan. Makan hati sampai berkurung di dalam bilik berbulan-bulan lamanya. Sampai rambut pun kusut-masai.
  3. Selepas diberi semangat oleh ibunya, Katerina tekad untuk mulakan hidup baru. Siap pergi saloon bagai. Pergi office, disambut meriah oleh staf-staf.
  4. Hisham, bekas lelaki Katerina masih lagi cuba menghubungi dan mencari Katerina. Diorang clash sebab Hisham kantoi gay, haha. Katanya, Hisham dah berubah. Tapi, perangai tetap lagi psycho.
  5. Ketika Katerina nak gi meeting, kereta dia rosak pulak. Kenalah naik LRT. Aku detect, LRT Bandaraya, wakaka. Pada masa yang sama, Kasyah dan Aishah pun naik LRT yang sama. Phew, jodoh la tuh kan? "Mahu cari babysitter?", tegur Katerina.
  6. Lepas tu, start lah bab feeling-feeling. Part ni, kalau cerita pun susah nak imagine kan? Tengok sendiri la ye.
  7. Lebih menarik bila Kate bagi assignment kat Kasyah untuk projek fotografi di Bhutan. Perghh, lawa sungguh scene kat sana. Aksi pun boleh tahan, romantik abis. Aih, jeolous la Diana Danielle tengok.
  8. Cinta lama berputik kembali? Dulu cinta muda-mudi, sekarang cinta orang dewasa. Siap ada anak lagi sebagai orang tengah. Tapi, cinta yang suci itu banyak halangan.
  9. Kasyah pergi melamar Kate untuk dijadikan isteri, tapi parents Kate pulak yang beri syarat cakap kena tunggu 3 tahun baru boleh kahwin. What? Then, Kate kena posting ke oversea. What?
  10. Cinta jarak jauh? Ya! Memang teruji. Zahirah, tak habis-habis goda Kasyah di office. Sampai kantoi... 
  11. Ada point lah parents Kate nak putuskan hubungan mereka. Akhirnya, hubungan Kasyah-Kate hancur. Hisham pulak dapat peluang. Apa lagi, terus kahwin.
  12. Setelah beberapa lama, Kate dapat tahu bahawasanya Kasyah difitnah. Zahirah berterus-terang cakap dia diupah. Oleh siapa? Jeng jeng jeng. Sila cari jawapan sendiri di pawagam.
  13. Abang Kasyah tinggal sebumbung dengan dia. Tapi dia ni satu lah, macam-macam buat. Hisap dadah, jual-beli dadah, bawak perempuan mengandung datang rumah. Paling tak boleh terima, dia bawak anak buah, Athirah pergi tempat mat gian. Lepas tu kantoi dengan polis. Lari dari polis sampai terjatuh anak kecil. Adoyai, zalim punya bapak saudara.
  14. Sebab sibuk kerja, Athirah dijaga oleh mak Ayu, neneknya. Sampai demam budak tuh, disyaki kena denggi. Apakah yang berlaku kepada Athirah?
  15. Apakah kesudahan antara cinta Kasyah dan Katerina? Apa jadi dengan Hisham?

Nak tahu ending macam mana? Jap eh, take break sat layan gambar-gambar. Nanti baca ending kat bahagian bawah sekali.




 Free t-shirt and goodie bag for all the guests


 With my best BAADIZSS, Dila Hadi


 Dengan kawan blogger, kaki event : King and Queen(Fareed dan Atika)


 Syok-syok duk snap photo dengan member-member, tengok penuh orang berpusu-pusu. Rupanya, ketibaan pelakon dan pengarah. Phew, first time jumpa depan mata dengan Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae dan Remy Ishak.


 Apa lagi, snap photo la kejap. Gambar ni nampak macam syok sendiri la pulak sebab Farid Kamil toleh ke kamera lain, LOL. Ini baru betul. Walaupun tanpa kelibat Remy Ishak dan Bront Palarae, tapi layan je lah. Asal pelakon utama ada. Cukup!


Eh, tak cukup lagi?
Mesti nak gambar solo punya dengan artis, baru retis


 Ini dia, Bront Palarae. Peramah orangnya. Walaupun watak Hisham tuh buat aku rasa nak sepak terajang, tapi kat luar normal kot. Bukan psycho,haha.


 Ini pulak, sempat jugak bergambar dengan Remy Ishak. Pergh, macam kamcing je nampak. Ok, boleh simpan buat kenangan.


Tapi frust, tak sempat nak bergambar solo dengan Maya Karin yang cantik jelita.

Takpe, sempat bergambar dengan pelakon baru yang bakal meletop.

Perkenalkan.....

Fareed Adaboy
Lagenda Budak Setan Empat Belas


Sekian saja untuk review kali ini. Rasanya, inilah A POPCORN SESSION paling meriah sejak diperkenalkan di blog ni. 

Terima kasih vip jemputan kali ini iaitu Dila Hadi



Dalam cepat-cepat nak kejar monorail, sempat lagi posing dan snap depan Pavilion.



Notakaki : Ending cerita ni macam mana? Aku pun tak tahu, haha. Sebenarnya, kami keluar awal. Tak sempat habis tayangan, kami dah blah. Jangan salah faham, bukan nak boikot sebab tak best ke apa,cuma takut takde transport nak balik. Public transport la katakan. Cuma satu je lah komen ikhlas gua untuk filem ni. Pelakon extra kurang menjadi lah, tak menyengat. So, kurang best la sikit. Macam pura-pura je action. Skrip pun ada yang tunggang-langgang. Sorry! The rest, I think OK. Last but not least, one more time I want to thank you to Nuffnang, GSC and LBS 2 Katerina crews for the invitation. Great opportunity to be there.

Jangan lupa klik sini : Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Post a Comment

2 Comments

  1. euww,... blogger kaki event tu punye rambut cam makhluk avatar!

    ReplyDelete