O POSITIVE (O+) : JOM BANTU ADIK NUR KAIYISAH

Tadi belek-belek buku (facebook), kemudian terjumpa ramai yang share satu pengumuman penting.




Pengumuman yang dibuat oleh Puan Dorah Darul yang mencari dan memerlukan sesiapa saja yang berdarah O+ untuk menderma darah kepada anaknya, Nur Kaiyisah Mohd Fadzli kerana menghidap Talesimia. Paling utama, adik Kaiyisah memerlukan bekalan darah setiap bulan.


Masalahnya, jenis darah O+ (R1r JKa-Fyb-S-K) amat sukar diperolehi. Lagi satu, tak ramai yang menderma darah. Mungkin sebab itu, bank darah negara sentiasa memerlukan penderma darah. Ni pun pernah buat bancian pasal derma darah time study dulu : BANCIAN


Maka dengan ini, selaku pemilik darah O+, rasanya ini tanggungjawab kita semua untuk tampil membuat pemeriksaan darah dengan kadar segera dan jika diizinkan dan bertepatan dengan jenis darah yang diperlukan, marilah sama-sama kita menderma darah untuk adik Kaiyisah. Soal habuan, ganjaran dan seumpanya, tolak tepi lah. Lagipun, darah yang kita ada ni pun tak berbeli dan berbayar. Semoga niat baik kita dalam membantu mereka yang memerlukan mendapat balasan yang setimpal dariNya kelak.


Jom bantu Adik Kaiyisah!


notakaki : Kepada sesiapa yang ingin membantu sila tampil dan menghubungi Puan Dorah Darul. Jika tak mampu nak menderma, share information ni kepada kawan-kawan dan orang awam pun sudah cukup. Semoga penderma darah O+ untuk adik Kaiyisah dapat ditemui dengan kadar yang segera. 

Ada lagi ke orang yang tak pernah tahu dia darah apa? Pergilah cuba cek, dan kalau layak, cubalah menderma darah sekali-sekali. Sebab apa? Sebab sekali kita derma darah, kita mampu menyelamatkan 3 nyawa.

Post a Comment

2 Comments

  1. Derma darah nie bukan je dpt bantu anak Puan Dorah bahkan orang lain yang lebih memerlukan..dimana pun anda berada sile lah menderma darah..dan kepada insan2 yang berdarah O+ tlg la derma darah..Darah O+ memang banyak tapi untuk yang betul2 serasi dengan darah adik nie susah nak jumpe..kalau ikut ape yg saya faham..adik nie berdarah O+ with ag K..dan ag K (sejenis kumpulan darah lain jugak sebenarnya..sebab dlm bdn kita ada jenis darah lain selain A,B,AB dan O) menyebabkan Hemolytic Transfusion Reaction(HTR)..ia bertindakbls pada suhu bdn iaitu 37 celcius..disebabkan itulah darah yang diperlukan untuk ditransfusikan kepada adik nie sukar utk didapati (SILA BETULKAN KALAU SALAH )..so siapa yang ada darah O+ derma je lah..mungkin darah anda serasi..mana lah kita tau kan..

    ReplyDelete
  2. yup, betul tuh..Sebab siap kali kita menderma darah, darah kita akan diproses kepada 3 komponen utama.. Paling kurang,kita mampu selamatkan 3 nyawa dalam tak sedar :)

    apepun, trima kasih atas perkongsian mengenai darah O+ with ag K..

    ReplyDelete