A POPCORN SESSION : SADAKO 3D | THE POSSESSION | THE EXPENDABLES 2

/
5 Comments


Yeah, now time to update A POPCORN SESSION

Setakat ini, sudah 2 undangan khas dari Nuffnang untuk Premier Screening sudahpun dihadiri. Sebelum baca lebih lanjut, nak kasik tau awal-awal, ni bukan review filem.Ni sesi repekan versi kerepek jagung.Harap maklong dan paklong!

Dua-dua tiket free setakat ni adalah cerita seram dan menyeramkan. Dinasihatkan, ibu-ibu yang mengandung tidak menonton kerana khuatir terberanak dalam cinema dan kepada sesiapa yang lemah jantung pun tak payah layan cerita ni takut-takut selok-kero dalam cinema.

SADAKO

Nuffnang Premiere Screening of Sadako 3D
27 August 2012 (Monday)
9.00pm
GSC, Paradigm Mall

Tengok cerita hantu 3D? Yes, first time tengok 3D. Layan jugak lah. First time jugak tengok cerita Jepun di cinema. Pergh, sound effect cerita ni, boleh gugur jantung beb. Bab sound effect, memang boleh puji. Terbaik dari ladang, memang boleh buat terkejut. Tak percaya, cubalah.

 

Filem Sadako mengisahkan sorang mamat tuh yang bunuh diri. Kematiannya dirakam menggunakan telefon bimbit dan diupload ke internet. Sesiapa saja yang buka video tu, sekaligus akan mati. Gila karut cerita. Mula-mula, siapa yang search pasal video orang bunuh diri tuh akan keluar  "404 error! File not found" di skrin. Kemudian, keluarlah tangan menjalar dari desktop untuk tarik si mangsa. Tengok pulak dalam 3D, memang terkejut beruk jugak lah.

Cerita ni pasal Akane iaitu seorang cikgu perempuan yang ada kuasa. Bila dia nampak hantu tu nak keluar dari desktop, dia menjerit je sekuat hati, konpem skrin tu akan pecah dan hantu berjaya dihalau dengan jayanya,lol. Masa skrin pecah tu, rasa macam serpihan kaca jatuh atas muka. Malangnya, seorang pelajarnya tak dapat diselamatkan dan mati gara-gara Sadako. Boypren dia pun, Takanori diheret masuk ke dalam skrin gergasi oleh Sadako.

Pengakhiran cerita ni agak seram, lawak pun ada. Hantu dia macam rupa hantu dalam temple run. Nak tahu kesudahannya, layan je lah movie ni. Rupa-rupanya, cerita ni mengisahkan pasal niat Kashiwada, mamat yang bunuh diri tu untuk buat kacau di dunia ni dengan mengembalikan Sadako dan kuasa sumpahan. Ramai gadis dicampak ke dalam perigi untuk menghidupkan roh Sadako.

Terima kasih vip jemputan : Shahir Naim

THE POSSESSION


Nuffnang Premiere Screening of The Possession
28th August 2012 (Tuesday)
9:00pm
GSC, Pavillion

Compared to Paranormal Activity, cerita ni jauh lebih syok dan seram. Taklah boring sangat, at least lebih ramai pelakon, lebih banyak scenes yang seram dan lebih banyak unsur-unsur suspen. Ada jugaklah part yang buat aku terkejut walaupun part-part awal agak bosan dan menyebabkan aku terlelap, zzzzz.


Cerita ni pulak pasal satu family. Penceraian antara Clyde dan Stephanie menyebabkan anak-anak mereka, Emmily dan kakaknya buat giliran untuk tinggal dengan bapanya dan ibunya. Sampailah satu masa, ayah Emmily beli rumah baru. Nak dijadikan cerita, mereka lalu di tempat orang jual barang-barang antik dan lama. Emmily tertarik dengan satu kotak hitam, lalu mengambilnya untuk dibeli.


Emmily jadi obses kepada kotak kayu antik tadi. Tiap-tiap malam dia dengar ada suara dari kotak tu panggil namanya. Kotak tu memang tak boleh nak bukak sebab takde kunci. Tapi, bila malam, pandai pulak dia terbukak dengan sendiri. Herm, lepastu sedikit demi sedikit Emily dirasuk dan perangainya jadi semakin pelik.


Nak dipendekkan cerita, korang tengoklah sendiri, wakakaka

Terima kasih vip jemputan : Shahir Naim, Izzati dan Izani


THE EXPENDABLES 2



31st August 2012 (Friday)
5:00pm
GSC,Alamanda

Cerita ni banyak aksi. Ni memang layan. Tengok aksi tembak-menembak, fighting, dan paling ngeri kepala putus kena kipas helikopeter. Tapi, ni tiket beli sendiri la, bukan free.

The Expendables : Barney Ross (Sylvester Stallone), Lee Christmas (Jason Statham), Yin Yang (JetLi), Gunner Jensen (Dolph Lundgren), Toll Road (Randy Couture) dan HaleCaesar (Terry Crews)dengan ahli baru iaitu Billy the Kid (Liam Hemsworth) dan seorang amoi Maggie (Yu Nan) disatukan oleh Mr. Church (Bruce Willis) dan dikumpulkan untuk menyelesai satu misi penting.

Billy mati dibunuh musuh, tu part touching. Gila setia pada team, sampai sanggup korbankan diri agar misi kumpulan berjaya dicapai. Setelah beraksi dengan bermacam-macam adegan, akhirnya mereka dapat menewaskan sindiket senjata (plutonium) dengan jayanya. Hero bhai, konpem lah kena menang. Kalau tak, tak panggil movie namanya,lol. Filem ni ni syok sebab dalam aksi ada komedi. Riuh cinema dibuatnya. 

Terima kasih vip jemputan : beliamuda, nashunter, aseng dan oyin (adik beliamuda)


COMING UP NEXT

Setakat ini, lagi tiga pairs tiket (6 keping) diterima. Dua movie baru (Chernobyl Diaries dan The Cold Light of Day) dan satu lagi movie yang dah ditonton (The Possession)

Terima kasih Nuffnang

Nuffnang Premiere Screening of Chernobyl Diaries on:

Date: 4 September 2012 (Tuesday)
Time: 9.00pm
Venue: TGV, KLCC

Nuffnang Premiere Screening of The Cold Light of Day on:

Date: 4 September 2012 (Tuesday)
Time: 9.00pm
Venue: GSC, 1 Utama

Nampaknya clash la pulak. Terpaksalah let go The Cold Light of Day kepada member.


 Terima kasih GSC


Dah sampai tiket ni nanti, boleh la let go kat sape-sape yang nak menyeramkan diri dalam cinema.


notakaki: Gila,3 movie dalam 1 minggu. Kalau tak dapat tiket free, takde masa nya nak pergi cinema. Sementara dapat ni, pergi je lah.



You may also like

5 comments:

  1. Salam.

    Perghh, tiga sekali ^_^

    Eh, Sadako tu macam best..seram sangat ke. Nak tengok jugak lah..sinopsis ko macam best je >_<

    ReplyDelete
  2. Krol..tukar lah shoutbox tu krol. takpun, lau tak nak pakai..remove je..sian yg dah rosak tu..dah tak leh guna..semak plak kat situ.

    ReplyDelete
  3. ala jealousnyeeee!! I xdpt tiket Chernobyl Diaries. Tak creative kot jawapan i hahahahahaha!

    sadako i dpt tp i x g :P

    the possession best kan?? siap jerit2 lg hehehe. masa tu i duk kat d12 :P

    ReplyDelete
  4. Tinta Lana:
    Sadako tu boleh tahan jugak lah tahap seram tuh
    cuma part ending dah jadi macam zombi
    Akane siap main sembunyi-sembunyi lagi dengan Sadako

    tenkiu for the reminder
    Dah tukar shoutbox baru
    Selamat menjerit di situ

    ReplyDelete
  5. Miss Volvo:
    xpe,try yang lain
    banyak lagi tuh ada
    dapat Resident Evil pun syok jugak

    Eh, D12? Satu baris la kita,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...