Walaupun jari-jemari laju menaip, tapi kaki tangan dan seluruh tubuh badan masih lagi sengal-sengal. Adoi, jalan pun dah macam tak betul stesen, tak kena frekuensi,lol. Al-maklum, sudah berzaman tidak berlari jarak jauh. Bila dah kena 11km, phewww.


Orange Run 2012

Piazza, The Curve, Damansara 

15 July 2012  


Turun dari rumah seawal 6pagi. Lepas subuh, terus bertolak. Nasib baik ada member kasik tumpang. Merempit dengan menaiki motosikal Amin dan Junior di pagi buta ke rumah Aman. Tengkiu kawan! Walaupun air milo untuk breakfast tak dapat diselamatkan berciciran di tengah jalan, pasrah je lah. Adoyai


Kick start : Junior - Aman - Amin - Izani

730pagi

Kick start!

Maka, berlarilah semua runners Orange Run 2012 yang dianggarkan lebih kurang 3500 orang. 11km beb, mau pengsan dah rasanya. Makcik, pakcik, kanak-kanak, selamber badak jer potong.Slow benor rasanya aku lari. Lagi kagum, ada yang lari tolak trolley baby. Perghh, bapa mithali betul.

Nak habiskan 11km tu, macam-macam teknik digunakan untuk memotivasikan diri sendiri. Nasib baik bawak handphone, boleh jugak layan lagu sambil berlari-lari anak. Kena pulak lagu Cinta Pantai Merdeka, hoh layan...

Dah sampai checkpoint 10km, tiba-tiba rasa semangat semacam. Lari laju-laju nak kasik cepat sampai. Alhamdulillah, I did it. First time, 11km. Okla tu, for a beginner. Mau tercabut kaki rasanya.


Muka puas hati : 11km finisher!
"Kalah berlari, tapi menang bergambar"

Masing-masing tunjuk muka happy bila dapat tamatkan larian 11km. Siapa tak happy weh, nak terberak maunya berlari berhenti berlari berhenti untuk tamatkan 11km. Mujur tak ada yang pengsan.


Dang Suria

Ada pulak Dang Suria kat situ. Apa lagi, dia terus nak bergambar dengan kitorang yang pakai serba oren. Eh silap, kitorang cuba ambil kesempatan untuk bergambar bersama dia. Layan kan aje.


Kidzania masscott

Badut Kidzania pun kena rembat untuk bergambar. Memang menang bergambar betul. Seterusnya, group photo mengambil tempat sementara tunggu majlis selesai.


Menang "hamper" besar, tengkiu Hakim

amin - basyir - fara - oneng - aman - nurul - omry - farhan - junior - anne - izani - que


Paling penting, majlis penutup pergi makan meatball di IKEA. Gulp,  rewards untuk diri sendiri.

Yes, we are finishers for Orange Run 11km 2012!


Ngapppp

Housemate baru, kih3

Dah genap seminggu "housemate" baru masuk rumah. Tak lah boring sangat bila ada masa lapang.Melangho depan laptop, menganga depan twitter, facebook dan blog la keje. Lagipun, dah lama tak update blog nih.Gian nak update macam dulu-dulu. Lagi-lagi, ada buffered earning sekarang, 4 ketul pulak tuh. Time tak aktif ni la dia nak menenggek kat sini.


Huh, macam kekok naik taip kat sini. Layan kan aja, semakin lama dibiarkan, semakin berkulat dan bersawang. Dah takde alasan tak update, internet dah ada. Ayuhlah mengarut di sini lagi. Dah lama tak bersembang dengan rakan-rakan blogger kat sini. Masih ada kah yang setia membaca? Hermmmm. Apapun, cukup kat sini je lah buat pembuka bicara. Jadi lah tu sebagai kick start. Dah panas nanti, 2 entri sehari pun tak tau kan? Keh3. Akhir kata, salam bertemu kembali kepada semua rakan-rakan blogger dan kawan-kawan sekalian.


p/s : nama pun penaberkala, memang berkala betul lah musim blogging. Time tak update,senyap-sunyi, time gila datang, memang tak senang duduk kalau tak update.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...