ILHAM


ILHAM
penaberkala

Datanglah
walaupun sekejap
kerana hadirmu pastinya ku berharap

Datanglah
walaupun sedetik
kerana hadirmu pastinya berputik

Dalam hiruk-pikuk kota
Dalam sunyi-sepi desa
Kau hadir tanpa berita
Kau pergi tanpa cerita

Tak ku duga
Sepanjang zaman ku menunggu
Sepantas kilat cuma kau beradu
Hadirmu tak ku paksa
Pergimu tak ku rela

notakaki : Lama betul blog tak update. Ada orang rindu ke? wakakaka. Terima kasih daun keladi kepada semua readers yang sudi membaca selama ini, lain kali singgah la baca lagi. Takde mood dan ilham nak update blog. Tambah pulak dengan penyakit malasitosis. Baru nak start aktif balik. Jom, layan.... 
Kini, aku "ingin kembali"

Ilham datang tak kira tempat, kadang-kadang dalam jamban pun boleh dapat yang hebat-hebat

Post a Comment

4 Comments

  1. Lama saudara tidak hadir dalam dunia ini, terasa sepi seketika~

    Selamat kembali! (Senyum)

    ReplyDelete
  2. selamat kembali saudara Penaberkala.. selalu gak buka blog ni tpi xder update.. kat twitter nampak aktif je.. biasa la kan kalau xder ilham ni.. apa2 pun moga ilham sentiasa hadir.. :)

    ReplyDelete
  3. Jamal Ali:
    Terima kasih saudara
    Banyak limitasi, banyak benda yg tak sempat utk dikongsi

    ReplyDelete
  4. HiDa:
    terima kasih cik hida
    haha, tu la
    skang baru nk start aktif balik
    paling kurang ada update entri utk dibaca utk semua yg sudi nk singgah baca
    haha, kat twitter memang
    satu-satunya tempat yg best utk merapu dan meraban secara spontan

    ReplyDelete