A S T A N A    I M P I A N
N u k i l a n : p e n a b e r k a l a





Di puncak sana
Hendak kita dirikan
Astana idaman kita
Yang megah bergaya


Hari ini
Kita mula mendaki
Liku-liku penuh onak dan duri
Bulatkan tekad tabahkan hati
Ke puncak yang tertinggi


Namun
Terlalu banyak cabaran dan dugaan
Bukan satu, tapi beribu
Bukan mudah untuk kita terus menyusun tapak
Kerana kadang-kadang kita tergeliat dan terjatuh berselerak


Derita...
Kecewa...
Sengsara...
Merintih sendiri
Percayalah
Itu hanyalah sementara
Kelak bahagia
Akan kita kecapi selamanya


Mari kita teruskan 
Langkahan demi langkahan
Pedulikan sakit yang sementara
Berjuang hingga jaya
Mendaki ke puncak sana
Tanpa kenal erti putus asa


Astana idaman itu 
Mari kita dirikan
Apapun jua rintangan
Mari kita lawan
Ayuh kita berjuang
Habis-habisan
bukan
cebis-cebisan!



Kejohanan Mykids Soccer ni sedang berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS. Patut pun tengok ramai budak-budak duk depan blok asrama. Suasana meriah macam duk sekolah asrama dah. Tiap-tiap hari duk tengok diorang tendang bola di koridor asrama. Pagi-pagi duk buat barisan, senam-robik dan latihan. Habis segenap sudut duk sepak bola. Suara tak payah cakap, memang loudspeaker punya,haha. Hilang sikit kesunyian kampung lima yang tidak berpenghuni.




Peringkat kumpulan dah pun tamat. Sekarang dah masuk pusingan suku akhir. Duk google pasal keputusan Kejohanan Mykids Soccer 2011, saja nak tau prestasi Kelantan macam mana. Huh, mantap. Kelantan unggul selaku juara kumpulan A setelah mengalahkan Pulau Pinang 3-0, Perak 4-0, dan Negeri Sembilan 7-0. Dan kini, tunggu masa untuk bertemu Terengganu di peringkat suku akhir.


Peringkat Kumpulan

Kumpulan A
Pulau Pinang
Perak 
Negeri Sembilan
Kelantan

Kumpulan B
Kedah
Melaka
Johor

Kumpulan C
Sabah
Selangor
Sarawak

Kumpulan D
Pahang
Kuala Lumpur
Perlis 
Terengganu

Keputusan peringkat kumpulan : Klik sini dan sini


Peringkat suku akhir
Perlawanan peringkat suku akhir pada 27 November 2011 jam 5 petang di padang Universiti Teknologi PETRONAS!
Kumpulan A : Perak, Kelantan
Kumpulan B : Kedah, Melaka
Kumpulan C : Sabah, Selangor
Kumpulan D : Perlis, Terengganu

Perlawanan suku akhir ditunda kerana faktor hujan lebat dan diadakan pada 28 November 2011 bermula jam 800 pagi.

Padang A : Kelantan vs Terengganu
Padang B : Kedah vs Sabah
Padang C : Selangor vs Melaka
Padang D : Perlis vs Perak
Keputusan perlawanan suku akhir Kejohanan Mykids Soccer 2011

Kedah 4 : 1 Sabah

Selangor 6 : 0 Melaka

Kelantan 2 : 2 Terengganu
Terengganu menewaskan Kelantan melalui penentuan sepakan penalti 4-3

Perak 1 : 1 Perlis
Perlis menewaskan Perak melalui penentuan sepakan penalti 6-5


Peringkat separuh akhir
28 November 2011, jam 300 petang

Padang A : Terengganu vs Kedah
Padang B : Selangor vs Perlis

Keputusan perlawanan separuh akhir Kejohanan Mykids Soccer 2011

Kedah 1 : 1 Terengganu
Kedah menewaskan Terengganu dalam penentuan sepakan penalti 5-4

Perlis 1 : 1 Selangor
Perlis menewaskan Selangor dalam penentuan sepakan penalti 4-2


Peringkat akhir

29 November 2011, jam 800 pagi
Pertemuan peringkat akhir menemukan dua pasukan dari utara iaitu Kedah dan Perlis dalam menentukan  Juara pertama Mykids Soccer.

Keputusan perlawanan Akhir Kejohanan Mykids Soccer 2011

Kedah 1 : 0 Perlis

Selangor 3 : 0 Terengganu



JOHAN
 KEDAH

NAIB JOHAN
PERLIS

KE-3
SELANGOR

KE-4 
TERENGGANU


Sumber : Program Pembangunan Sukan Negara



Kejohanan macam ni bagus la. Boleh cari bakat baru bola sepak dari seluruh Malaysia. Habis UPSR, serap terus masuk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Boleh form team junior awal-awal sebagai pelapis skuad #harimaumalaya dan #harimaumuda.



Jika semalam adalah satu kesilapan,

Hari ini hanya satu kebetulan,

Semoga hari esok menjadi satu kenyataan!






CHEME PREMIER LEAGUE kini tiba di penghujungnya

Make it memorable!

24 November 2011

1100PM

Sport Planet, Menglembu

Ayuh kita berfutsal!



notakaki : Sedar tak sedar, sepanjang 5 tahun belajar di sini, sudah masuk kali ke-4 temasya CPL dianjurkan. Pencapaian yang agak membanggakan. Kagum dengan coursemates yang bersemangat dalam beraktivit! CJ7 torbaikkkkkk. For the last time, Finale CPL, ayuh kita main dengan penuh perasaan. Jadikannya satu lagi kenangan indah buat kita semua. Oyeahhhhhh


Pssst, jangan lupa sokong team GANTAN. Team aku tuuuu,haha. Kepada team-team lain, selamat berjuang. Tak kan nak kasik OREO putar jilat celup menang lagi kot untuk kali ke-3. Kaman-kaman!


Ikuti lintas-langsung perlawanan di twitter : @penaberkala dan aksi-aksi perlawanan di facebook. (ada gaya world cup dok? haha)







1979

Allahyarham Mokhtar Dahari intercept bola Ronny libero lalu melepaskan rembatan menewaskan Ronny Paslah untuk jaringan tunggal di Senayan, Indonesia pada September 1979. Memberikan pingat emas untuk Malaysia menentang Indonesia di tempat sendiri. Emas ke-tiga bola sepak untuk Sukan SEA.


1989
10 tahun kemarau kilauan emas, akhirnya sekali lagi menang pingat emas bola sepak untuk sukan SEA!


2009

Emas terakhir bola sepak di sukan SEA adalah pada tahun 1989. Setelah kemarau kilauan emas bola sepak dalam sukan SEA selama 20 tahun, akhirnya skuad Datuk K. Rajagobal membuktikan pasukan Malaysia masih berbisa di Laos untuk meraih emas. Sekaligus menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.


2011
Sepakan penalti Badrol Bakhtiar melenyapkan ego tuan rumah, Indonesia setelah terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan. Akhirnya, sekali lagi pingat emas buat Malaysia untuk bola sepak sukan SEA dalam tempoh dua tahun berturut-turut. Pingat emas ke-6 bola sepak sepanjang sukan SEA diperkenalkan.

Tahniah buat Ong Kim Swee dan seluruh pemain dalam skuad Harimau Muda!

Menang pingat emas itu nombor dua, 
dapat senyapkan 100 00 penyokong Indonesia itu yang utama!


notakaki : Kesekian kalinya penyokong tuan rumah hampa, terdiam kaku di bangku di tempat sendiri. Pertama, semasa perlawanan akhir Piala AFF 2010, kemudiannya perlawanan peringkat kumpulan sukan SEA dan terkini, perlawanan akhir Sukan SEA. Semoga kemenangan malam ini dapat menundukkan ego mereka, dan mula menyebut nama MALAYSIA dengan betul dan bukannya MALING SIAL dan sewaktu dengannya.

Untuk faham apa yang cuba aku sampaikan, boleh tengok video ni : SIDJI


Hentikan provokasi, elakkan kontroversi, kita serumpun biarlah serasi. 
Usah sangsi, pasti keamanan dan kesejahteraan bersama dikongsi!

Tronoh Theatre Shop, Universiti Teknologi PETRONAS
in collaboration with 
Student's Support Services Department UTP, 

presents




tengok poster dah menarik, mime diorang konpem menarik gak kan?

"Ash in the Ashes"
A full mime show
Act by TTS Mimers
Directed by Ash


More Info:
Contact: Acab +6017 7719427
facebook: Ash in The Ashes!
blog : http://tronohtheatershop.blogspot.com/


Korang pernah tengok mime secara LIVE?

Ini kali ke-3 berpeluang untuk tengok show mime dari Tronoh Theater Shop selepas Teater Mahkamah Lorong dan JERIT! Hah, mime tu apa? Mime tu seni lakon tanpa suara. Pernah tengok dok? Kalau tak pernah tengok, baik la pergi tengok sekali. RM5 je tiket, kat Tronoh je ada. Tak payah ke Istana Budaya pun, kali ni buat kat UTP sendiri. 


Nak tengok wayang jauh di Ipoh, tengok mime sudeyyyy weekend ni. Jom-jom, serbu MPH malam ni, 19 Nov 2011. Tak dapat malam ni, malam esok, 20 Nov 2011! Abang-abang, kaka-kakak final year, moh la kita pergi tengok Acab buat miming. Adik-adik junior pun, moh pergi MPH. Tak elok study kuat-kuat, kena barah otak nanti :)

Jom seranggggggggggggggggggggggggggggggggggg



Sebenarnya, ada entri khas pasal TTS di dashboard blog ni. Tapi, sampai sekarang tak publish-publish lagi. Duk peram kat situ, sampai bila pun tak tahu. Ada masa boleh la publish nanti.


Chop! Apa maksud Ash in The Ashes? Abu dalam abu-abuan? Ke debu dalam debu-debuan?
  
2001

"Kalau dapat 5A, abang bagi RM50", cabar Abang Lan, abang sulong.

"Kalau dapat 1A ayah nak bagi RM10 untuk setiap 1A", cabar ayah.

"Kalau dapat 1A RM50", cabar mak.

"Kalau dapat 5A, kak Ya bawa pergi makan KFC!", cabar kak Zura


Hoh, aku dalam tekanan! Semua orang rancak duk kasik cabaran. Aku orang last dalam keluarga, mungkin aku adalah harapan  mereka. Selaku yang dicabar, pasti aku rasa tercabar. Mungkin, cabaran ini aku perlu manfaatkan sebaiknya. Untung-untung dapatlah habuan yang dijanjikan. Ke kira rasuah? haha. Apapun, aku terima cabaran itu seadanya. Walaupun sedikit ragu-ragu, aku cuba bulatkan tekad. Walaupun langsung tiada keyakinan, aku cuba buat-buat yakin. Sampai semua tempat, pensil box, kamus, buku, aku conteng "UPSR PASTI 5A". Agak poyo di situ, tapi itulah kata-kata semangat yang aku duk asyik tenung hari-hari dari buka mata sehinggalah tutup mata.

Subjek membunuh masa tu adalah tak lain tak bukan English. Mungkin overdose budu kot, sampai liat sangat dengan subjek English. Tak pernah dapat A. Sekalipun tak pernah. Tapi fail pernah, time darjah 4. Mana taknya, tudung periuk aku pi bubuh jawapan "pot scarf". Tak ke bangang. Aku ingat sampai mati. Subjek lain, Bahasa Melayu (penulisan dan pemahaman) ok sebab cikgu Junadah best. Walaupun asyik kena kutil kecik kat bahu, tapi itulah ubat. Sains ok sebab cikgu Zaini sedikit bengis. Matematik lagi ok sebab cikgu Busra memang garang macam harimau tapi cara ajar tip top. Buku latihan sampai 10 biji untuk 1 buku latihan, ada 3 buku latihan jadi total 15 buku. Mau patah bahu pikul beg pergi sekolah. 4 subjek agak-agak boleh makan, 1 subjek lagi buat aku tertekan! Owh, dictionary jadi awek. Rasa nak berkepit 24jam. Kelas tambahan petang dan malam setiap hari, itu rutin. Rumah jadi macam hotel. Balik untuk tidur saja, hujung minggu pun ada kelas tambahan di sekolah.

English? Masuk tuisyen Mr Ong gara-gara nak improve. Dapat cikgu best masa darjah 6, Sir Nazri.Cara ajar memang berkesan. Aku memang betul-betul hao liao pulun subjek English gara-gara nak skor. Mau biru mata hitamku. Sir Nazri ajar sudah bagus, tapi kerjanya bertimbun. Setiap minggu ada latihan dan essay kena buat. Selaku insan lemah, aku memang lemah bab-bab mengarang essay English. I is very stupid. Why all my friends is hebat? Kalau tak siap, kerja aku copy paste dari kawan meja sebelah, Hana. Sampai satu tahap, terdesak sangat, aku pernah pergi copy essay Zulhazwar kat tandas sebab tak siap. Masih ingat Zul? Hoh, bila ingat balik, bangang sangat aku nih. Setiap perbuatan jahat, pasti ada balasannya. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sampailah satu hari, aku tak sempat nak siapkan essay. Sir Nazri panggil siapa yang tak hantar tampil ke hadapan. Hulurkan tangan, "prakkkkkkkkkkkkkk" satu das tembakan tepat ke atas tapak tangan si pemalas. Pembaris kayu panjang yang warna coklat tu lah aku kena. Adeeeeeiiii, kang dah dapat. Malu dapat, sakit dapat.

Tapi apa yang berlaku, aku rahsiakan. Takde sape pun yang tahu. Takde lah sampai pergi report polis, masuk TV3 ke apa. Senyap-senyap sudey, berani buat berani tanggung. Sebab tu la aku mula insaf. Bersusah payah buat essay, belek kamus sampai hancur. Buat latihan, tapi ujian bulanan masih lagi tak dapat A. Paling hebat. B je yang mampu. Ada ke harapan nak dapat 5A? Hermmmm, cuba buat-buat yakin. Tenung balik semua yang tertulis di depan mata, pensil box, kamus dan buku-buku. Yes, I believe I can!

Percubaan UPSR pun muncul, 4A 1B. Apa yang B? Tak payah teka-teka lah, dah terang lagi bersuluh dengan sportlight. English! Huh, apa mau buat. UPSR dah dekat. Patah semangat? Ada la sikit-sikit. Tapi, bila ingat balik cabaran-cabaran orang kat atas tadi tuh, huh membara habis. All out!

UPSR pun tiba. Dub dab dub dab debarannya. Buat-buat cool! BM sudah, SAINS sudah, MATEMATIK sudah, ENGLISH pun sudah. Selesai 5 subjek. MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Merdeka hanya di dewan peperiksaan, tapi dalam jiwa belum merdeka selagi keputusan belum diumumkan.

November 2001

Semua orang tahu result UPSR akan diumumkan pada 5 November 2001. Makin kencang degupan jantung. Apalah nasib aku, apalah hasil usaha aku selama ini. Mampu ke tidak? Sampai mimpi-mimpi tak dapat 5A, mimpi BM dapat D, memang buat aku gila. Tapi pendam sendiri. Arghhh, cuak.

Malam sebelum result keluar, dah tak senang duduk. Mundar-mandir. Kecut perut. Tiba-tiba.........

kring...kring....kring....kring....kring....

Telefon rumah berdering. Ayah angkat, cakap ada kawan nak cakap

"Assalamualaikum Khairul. Tahniah, awak dapat 5A"

"Waalaikumussalam. Eh, betul ke ni? Bukan ke result keluar esok?"

"Cikgu Besar dah pergi ambil tadi, umi saya bagitahu"

"Betul ke ni? Takut silap tengok kot. Mana tahu nama orang lain yang kat bawah ke, kat atas ke?"

"Betul, esok tengok keputusan."

Aku cuba menafikan dalam usaha untuk meyakinkan diri sendiri. Panggilan telefon itu dari sahabat karib, Farhan anak Ustazah Filzah. Aku terima berita itu dengan penuh rasa syukur dan gembira. Mau bergenang air mata, sambil aku terkinja-kinja melompat kegirangan bagitau seisi rumah yang ada. Dah pastilah, mak dan ayah senyum lebar ke telinga masa tuh. Alhamdulilllah! Huh, lega. Betul-betul, penantian itu satu penyeksaan. Tak perlu tunggu result keluar esok, malam tuh dah dapat bersenang-lenang. Syukur!

5 November 2001, keputusan diumumkan dengan rasminya di sekolah. Pagi-pagi lagi ramai bergomol di papan kenyataan nak tengok keputusan masing-masing. Walaupun dah tau keputusan, tapi semangat nak tau dengan mata kepala sendiri tu tetap memuncak. Mana taknya, first time nak tengok result exam. Zoom in, zoom out dengan mata yang tak berapa nak luas ni, akhirnya jumpa la nama dengan angka giliran, DA 072 1027. A A A A A ! Huh, ni baru lega. Konfirm! Tiba-tiba jadi mata duitan $$$$$$ bila teringat balik janji-janji orang kat atas tuh,hahaha. Oyeahhhhhh

Kebetulan, 5 November 2001 ada dua berita menarik. Pertama result UPSR, ke-dua dapat anak buah pertama, Salsha anak kepada si pencabar KFC! Balik sekolah, terus pergi HUSM nak tengok baby comel. Excited sikit nak tengok anak buah pertama, perasaan orang yang tak pernah rasa kasih sayang seorang adik la katakan. Tup-tup, dapat anak buah. Muda-muda, dah jadi pakcik. Kesian!!!

Lepas dapat result, berduyun-duyun la $$$$$ datang. OKB, orang kaya baru in the house. Paling best, RM50 1A tu lah, 5A dah dapat RM250. Perasaan masa zaman tu, dapat RM250 dah rasa macam dapat RM1000, LOL. Dan, kerana 5A jugak, kak Ya bawa pergi KB naik bus semata-mata nak bawa pergi makan KFC. Dulu, boleh bilang dengan jari berapa kali je makan ayam KFC. Tu pun, kalau ada kakak-kakak/abang-abang bawa balik. Boleh juga merasa. Budak-budak sekarang, hari-hari makan KFC pun tak kecoh. Aku dulu, first time masuk KFC, duduk makan ayam KFC, masa meraikan 5A tu lah. Masa tu, rasa aku la paling bertuah. Dapat juga pergi KFC. Tapi, hari ini, bila fikir balik, jakun jugak aku, 12 tahun baru nak jumpa KFC,haha. Anak-anak buah sekarang, puuuuuuh keluar dari perut ibu, kecik-kecik dah kenal KFC segala bagai. KFC pertama yang aku jejak dalam hidup adalah KFC sebelah Pantai Timur, Kota Bharu. Duduk tingkat atas. Makan 2 ketul pun tak habis, memang tak berbaloi,haha.

Rupanya, hari ini baru aku sedar. 5A yang aku dapat dulu bukan semata-mata untuk aku dapatkan RM yang disogok mahupun KFC yang ditawarkan. Malah, lebih dari itu. Cabaran mereka dulu, untuk bantu hidup aku hari ini. Cabaran mereka juga menjadikan mangkin untuk aku berusaha gigih. Menjadi daya tujah untuk aku tingkatkan momentum usaha. Seterusnya,pecut menuju segala apa yang aku perlu capai iaitu kecemerlangan. Paling penting, dapat menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Untuk teruskan langkahan untuk ke tahap seterusnya, PMR dan SPM. Tapi kan, lepas tu terus takde orang nak cabar-cabar time PMR dan SPM. Rasa terpinggir,haha

Terima kasih semua!
Mungkin mereka yang aku ceritakan di sini lupa kisah ini, tapi aku takkan pernah lupa jasa mereka
Kerana mereka, aku di sini
Takkan pernah aku melupakannya hingga ke akhir nanti!
InsyaAllah


2011

17 November 2011, Keputusan UPSR diumumkan. Tiba-tiba buat aku termenung sekejap tentang kenangan 10 tahun yang lepas. Lama ke, sekejap ke, kenangan ini akan terus tersemadi di sini. Dan paling penting, masih segar di ingatan : UPSR dalam kenangan!

Tahniah kepada semua adik-adik yang sudahpun mendapat keputusan UPSR. Tak kira 1A, 2A, 3A, 4A ataupun 5A, lepas ni semua sama je akan berada di tingkatan 1. Cuma mungkin kelas dan sekolah yang berbeza. 5A sekalipun, belum tentu akan dapat capai 8A dalam PMR. 1A sekalipun, tak mustahil mereka akan mampu untuk menjadi cemerlang dalam PMR kelak. Apapun boleh jadi. Apa yang penting adalah usaha dan keyakinan diri. Apapun boleh, asal ada keinginan dan kesungguhan.

Kepada ibu/bapa/kakak/abang, jangan marah kalau anak/adik tidak cemerlang kali ini. Mungkin belum tiba masanya lagi. Jangan ranapkan impian mereka dengan cemuhan/kutukan. sebaliknya bimbing mereka, beri galakan/semangat yang berterusan untuk mereka terus berusaha. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya! Berjaya hari ini, belum tentu berjaya esok hari.




CHALLENGE
You never know what you can do until you try





#1 Tahukah anda?
Nombor 1 berjoget bermaksud deretan nombor 1 dalam pola tertentu. Contoh : 111 atau 11 11 11! Bukan nombor je berjoget, kita pun terkedek-kedek bila nampak tarikh yang cun-melecun macam ni kan? Bukan apa, susah nak jumpa. Sekali seumur hidup!

#2 Tahukah anda?
Tahun 2011 merupakan tahun yang mempunyai 4 tarikh menarik berkaitan nombor 1
  • 1 1 11
  • 11 1 11
  • 1 11 11
  • 11 11 11


#3 Tahukah anda?
Hari ini merupakan hari terakhir boleh tengok nombor 1 berjoget dengan riangnya. Lepas ni takde dah. Ada 4 show semuanya
  • 1 11am 11 11 11
  • 11 11am 11 11 11
  • 1 11pm 11 11 11
  • 11 11pm 11 11 11

#4 Tahukah anda?
Hari ini juga merupakan perayaan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V

Patik merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011!
Daulat tuanku!  
Allahuakbar!



#5 Tahukah anda?
Tema sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad ke V tahun ini ialah “ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG” dan Cogan Kata bagi perayaan pula “ SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.
Selamat bercuti kepada semua warga Kelantan Darul Naim!


#6 Tahukah anda?
Bayi yang dilahirkan pada 11 11 11 di Terengganu merupakan bayi nombor siri 11111111. Ini bermakna, nombor 1 merupakan nombor dominan dalam mykid dan mykad mereka. Perghhhhhhh, UNIK!

#7 Tahukah anda?
Sedang asyik kita berkira-kira tentang tarikh cantik dan menarik, pasti ada yang berduka. Tragedi 3 pelajar maut nahas bas-treler di Behrang. Selain itu, seorang guru turut maut dalam nahas terbabit. Takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah buat arwah.

#8 Tahukah anda?
Pastinya hari ini merupakan detik bersejarah kepada semua insan yang bakal bergelar pengantin baru, ibu mahupun ayah kepada bayi yang baru dilahirkan mahupun kepada semua yang menyambut ulangtahun kelahiran mahupun perkahwinan.
  • Selamat pengantin baru! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
  • Selamat menimang cahaya mata!
  • Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-XX! Semoga panjang umur murah rezeki hendaknya.
  • Tidak dilupakan, kepada semua yang menyambut ulangtahun perkahwinan hari ini!

#9 Tahukah anda?
Tiada apa yang istimewa pada 11 11 11. Apa yang istimewanya adalah hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari, "sayyidul aiyam". Maka perlunya kita mengingati akan 5 perkara sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu:
  1. Allah ciptakan Adam , 
  2. Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
  3. Allah mematikan Nabi Adam, 
  4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
  5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
    ( Riwayat Hadis Muslim)

#10 Tahukah anda?
Bak kata Ustaz Azhar Idrus "tanpa iktikad apa-apa kelebihan pada tarikh tersebut tidak dosa tapi bodoh!"


 Konklusi, untuk tarikh 11 11 11 adalah seperti di bawah!




 Enough said!


notakaki: Ada apa-apa nak tambah pasal 11 11 11? Silakan.. Mana tau, baru kawen ke, bertunang ke, bersalin ke..Atau, baru clash, zzzzz
Lu olang ada tengok filem KL GANGSTER? Amacam, terbaik kan?  Gua rasa, filem KL GANGSTER kasik impak cukup besar wooo.. Mana taknya, sampai satu tahap, gua jumpa 2 budak kat Taman Maju, duk sembang kencang atas motor depan kedai PCK, sejibik-sejibik guna dialog dalam filem KL GANGSTER. Lepas satu, satu keluar dialog filem. Pendek kata, macam tengok filem la dengar diorang sembang. Panjang kata, adoyaiiiiiiiiii. Ada jugak pelakon tepi jalan. Naik bingit jugak telinga.

Gua... Lu... Sengat... Menyalak...
Gua mau sengat....
Kecik besar kecik besar gua tengok dia olang...
blablablabla..
banyak lagi skrip yang gua dengar kat situ

Gua nak tergelak, tapi tak sampai hati,hahahahah. Alip Fauzi jadi saksi di tempat kejadian. Perasaan masa tu, macam tengok ulangan KL GANGSTER, lol. Takpe la, apedehal. Maybe dia olang tengah praktis nak jadi extra untuk KL GANGSTER 2. Aku paham.. Aih, gua pun dah jangkint cakap gua lu gua lu dah ni. Ulat bulu betul..

Ini entri, gua tak nak citer panjang pasal KL GANGSTER. Tapi nak cerita pasal iKLan GANGSTER. Gua rasa, kalau semua gnagster macam ni, mau maju semua bisness yang ada kat Malaysia. Tak percaya? Terai la lu olang semua tengok video kat bawah nanti. Semua produk dia sapu, dari choki-choki, tam tam, nivea for man sampailah ke vitagen. Adeiiiiii, geli jasad golgi gua, mau cramp pankreas tengok video iKLan GANGSTER ni.


Ni antara dialog lebat gangster, nak lebih, lu layan sendiri video kat sini

Ajib : Bro! Amacam choki-choki, best?


Malik : Choki-choki sudah habis bro!


Shark : Lu sape mau gua balik? Tadi lu sms sama gua mai sini.Siap smiley lagi


Ijai : Lu sentuh Shark, aku ciummmmmmm!

Lu nak banyak lagi dialog yang sengal-sengal sampai ke sum-sum tulang? Lu layan sendiri. Gua chow dulu!




notakaki : Apa yang aku tengok, mamat yang jadi Malik tu ada bakat jadi pelakon. Kalau Syamsul Yusof tengok, aku rasa dah ambil jadi pelakon untuk KL GANGSTER 2. Lagi satu, kalau korang buat bisness apa-apa, jangan segan-silu nak kontek mereka berempat. Aku yakin, konpem produk korang akan laris di pasaran. Iklan mereka, torbaikkk punya. Tak caya, cuba search kat youtube. Semua video sengal-sengal, tapi ada value komersial. Aku tau pasal ni pun bila roomate aku duk gelak sorang-sorang depan desktop. Aku ingat kena penyakit, rupanya duk layan video ni. Adeiiiii
*
Kalau engkau jatuh
Jangan engkau lemah
Kerana hidup mengajar kita
Jangan cepat mengalah

Bina yakin diri
Mampu kita lakukan
Tiada yang mustahil
Segalanya boleh

Kita bergandingan meraikan
Malaysia
**
Gemuruh suara
Jadi bangsa berjaya
Gemuruh perkasa
Bawah satu bendera
Nama kita bina
Di seluruh benua rasa bangga
Genggam amanat wira
Julang panji Malaysia!!!
Rap Verse
Check it out who's here "Caprice"

We standing real tall
Push me up againts the wall
See we are not afraid
Whether we rise or fall
oz we will follow
and fight for like tomorrow
We dont even need to rest
Coz the best is just the best

Its uniting our passion man
behind the team, a million fans
In-between, we're focused
Go for gold, well that's the plan, plan
I see the light
Yeah we will fight
If there's one thing that i have
that's my nation pride
Holla.

Ulang *

Oh..Oh.. Oh..Oh..
Accross the nation
There is Jubilation
Our atheletes bringing pride
to our nation

Ulang **

Malaysia! Malaysia!
 




notakaki : Satu-satunya sukan yang dapat follow untuk Sukan SEA 2011 adalah bola sepak. Jom tengok bola sepak. Mampu dok nak kekalkan pingat emas Sukan SEA 2009 ni? Nampak gaya sedikit sukar bila diletakkan di dalam kumpulan maut, Kumpulan A bersama Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja untuk Sukan SEA 2011. Apapun, tunggu je lah keputusan penuh perlawanan bola sepak Sukan SEA 2011. Harap-harap mampu melangkah ke peringkat seterusnya!



Jadual Perlawanan Bola Sepak Group A (Waktu Malaysia)
07/11/2011 : Malaysia vs Singapura 5.00pm (0-0)
09/11/2011 : Malaysia vs Thailand 5.00pm
13/11/2011 : Malaysia vs Cambodia 5.00pm
17/11/2011 : Indonesia vs Malaysia 8.00pm


Keputusan Bola Sepak Sukan SEA 2011
Malaysia 0 : 0 Singapura
Malaysia 2 : 1 Thailand
Malaysia 4 : 1 Cambodia
Malaysia 1 : 0 Indonesia

Jangan lupa saksikan Siaran Langsung perlawanan bola sepak di ASTRO ARENA dan RTM. Nasib baik RTM pun ada, boleh tengok kat bilik je. Oyeahhhhh

Untuk semua sukan lain, kita tunggu pungutan pingat emas dari kontinjen Malaysia untuk Sukan SEA 2011. Dengar kata, dalam sejarah atlet paling ramai dihantar untuk temasya sukan di luar negara untuk Sukan SEA tahun ini. Persoalannya, mampukah kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan? Walaupun bunyinya agak sikit, harap-harap apa yang dikejar dapat, apa yang dikendong tidak berciciran.

p/s : Tapi, banyak-banyak pingat emas, pingat emas bola sepak paling ditunggu dan dinantikan! 

Semoga berjaya TEAM MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...