Wednesday, September 28, 2011

PIALA MALAYSIA 2011 : KEPUTUSAN PENUH



Perlawanan peringkat kumpulan baru saja berakhir dengan 6 perlawanan kesemuanya. Kini, juara dan naib juara kumpulan A, B, C dan D bakal berentap di peringkat suku akhir. You kalah you go! iaitu peringkat kalah mati. Untuk Piala Malaysia 2011, peringkat suku akhir bakal menemukan kumpulan B dan C dan juga bakal menyaksikan wakil kumpulan A bertemu wakil dari kumpulan D.

Moh la kita tengok, siapa lawan siapa. Berikut merupakan keputsan penuh dan kedudukan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011.

KUMPULAN A


KUMPULAN B


KUMPULAN C


KUMPULAN D




Tu dia keputusannya. Milik siapakah Piala Malaysia 2011? Pastinya perlawanan di suku akhir menarik sebab Kelantan akan bertemu Terengganu. Macam ulangan Piala FA 2011 la dop? Adakah Terengganu akan kekalkan kemenangan ataupun Kelantan akan membalas dendam untuk menang kali ini? Tunggu dan lihat sajalah. Menang kalah adat bertanding, kawe tetap sokong Kelantan. Gomo Qlate Gomo



SUKU AKHIR 1
10 OKTOBER 2011 (ISNIN)
  • SELANGOR VS PERAK - STADIUM SHAH ALAM
  • FELDA UNITED VS NEGERI SEMBILAN - STADIUM MBPJ
  • TERENGGANU VS KELANTAN - STADIUM SULTAN ISMAIL
  • SABAH VS T-TEAM - STADIUM LIKAS

SUKU AKHIR 2
14 OKTOBER 2011 (JUMAAT)
  • PERAK VS SELANGOR - STADIUM IPOH
  • NEGERI SEMBILAN VS FELDA UNITED - STADIUM PAROI
  • KELANTAN VS TERENGGANU - STADIUM  SULTAN MUHAMMAD 1V
  • T-TEAM VS SABAH - STADIUM SULTAN ISMAIL



10 FAKTA MENARIK TENTANG PIALA MALAYSIA 2011
  1. Saingan kumpulan B jelas menunjukkan Terengganu dan Negeri Sembilan menempah tiket awal ke suku akhir
  2. Saingan kumpulan C jelas menunjukkan Kelantan dan Felda United menempah tiket awal ke suku akhir
  3. Saingan kumpulan A jelas membuktikan Perak dan kumpulan D T-Team menempah tiket awal ke suku akhir di saat pasukan-pasukan senagkatannya terpaksa berhempas-pulas untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
  4. Berdasarkan perlawanan peringkat kumpulan, Perak adalah team terkuat dengan rekod bersih tanpa kalah. Rasanya ada can Perak nak meranapkan Misi-33 Selangor. Hermmm
  5. Felda United mengejutkan Kelantan dengan kemenangan bergaya 2-0. Biasanya Felda yang jadi belasahan Kelantan, tapi perlawanan peringkat kumpulan telah memberi kemenangan pertama buat Felda United menentang Kelantan. Hutang gol dibalas dengan gol. Perlawanan terakhir antara Kelantan dan Felda United menjadi medan membalas dendam dengan kemenangan buat Kelantan dengan jaringan yang serupa, 2-0. Stadium Sultan Muhammad IV masih kekalkan rekod bersih tanpa kalah.
  6. Suku akhir menemukan juara kumpulan B dan naib juara kumpulan C sekaligus naib juara kumpulan B bakal bertemu juara kumpulan C. Kelantan tiada pilihan, nak tak nak terpaksa juga bertemu Terengganu (Ulangan Piala FA 2011) ataupun Negeri Sembilan (Ulangan Piala Malaysia 2010) Bergelar selaku Juara kumpulan C, makanya Kelantan akan bertemu Terengganu. Herm, menarik. Salah satu team terkuat pantai timur akan pulang awal.
  7. Misi-33 untuk Selangor hampir tenggelam bila tiada kemenangan di perlawanan peringkat awal hingga mendesak jurulatih K Devan meletak jawatan. Tu dia, siap bawak sepanduk kot sampai letak jawatan K Dewan. P Maniam selaku jurulatih baru menyelamatkan kembali misi-33 dan melayakkan Selangor ke suku akhir di saat-saat akhir bila mencatat kemenangan bertemu Kuala Lumpur.
  8. Kuala Lumpur ibarat diberi harapan palsu. Selangkah di suku akhir rupanya tidak menjamin kemaraannya untuk menempah tiket ke suku akhir bila dihampakan oleh Selangor. Dari Naib Juara kumpulan, kekalahan membawanya ke tempat ke-tiga. Kesiannnnn
  9. Kedah pun tersingkir jugak. Sabah dan Perak nyata lebih kuat untuk berada di atas peringkat kumpulan.
  10. Memandangkan suku akhir antara Kelantan dan Terengganu, buleh tengok la ramai-ramai dengan housemates,haha. Kelantan (ah meng, jak, alip, pehe, nuar, mayak) dan Terengganu (amin, jahar). Pengadil kita bagi kat orang Besut (Jakir) sebab ada masalah identiti sikit nak sokong Terengganu ke Kelantan,LOL. Tengok bilangan ahli rumah, Kelantan 5 - Terengganu 2. Jadi 3-0 la dih? Ko guano? kahkahkah

notakaki : bias kepada team kelantan sebab ambo sokong klate,hahaha. Gomo Qlate Gomo! Biar buleh menang lawan ganu pahni. Frust gi Bukit Jalil tengok final FA 2011 kalah dengan Teregganu hari tuh tak habis lagi ni,hahaa. Biar menang la di suku akhir pahni.


Untuk penyokong THE RED WORRIORS, mari pakat baca nih -> AKU ANAK KELANTAN





WORDLESS WEDNESDAY : AKU ANAK KELANTAN





Monday, September 26, 2011

FINAL YEAR FINAL SEMESTER


26 September 2011

Detik baru bermula

Final Year Final Semester First Day

3 subjek terakhir di Universiti Teknologi PETRONAS

Final Year Project II (CAB 4614)

Operation Management (GAB 4013)

Statistical Process Control (CBB 4533)

Doakan kejayaanku di sini!


Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan Khairul Anuar dan rakan-rakan seperjuangan dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan di semester terakhir.
Amin

Untuk teman-teman seperjuangan, selamat menempuhi semester terakhir.
Lagi 4 bulan yok.

ALL THE BEST








Saturday, September 17, 2011

GAMBAR PROFILE FACEBOOK SIAPA NI WEH?

Korang ada facebook?

Budak kecik pun dah ada facebook, orang-orang dewasa konfirm la ada jugak kan? Mesti ada paling kurang 1 akaun facebook seorang. Yang terlebih popular tuh, friends ribu-riban paling tidak ada dua tiga akaun.


Konfirm ke semua friend yang korang add atau korang accept request tuh korang betul-betul kenal?

Kadang-kadang, gambar profile korang dah cam, tapi nama pulak yang macam-macam. Contoh? Beliamuda lah, kalampatah lah, kerepektempe lah, dan macam-macam lagi. Ni contoh je lah. Banyak lagi yang pelik-pelik.

Kadang-kadang, nama korang kenal, tapi gambar pulak korang tak kenal siapa. Nama Siti Jenab, tapi guna profile picture Siti Nurhaliza. Nama Harun Aziz, tapi guna profile picture Aaron Aziz. Mana nak cam kan? Tak bersyukur sungguh orang-orang macam ni, ish3

Lagi parah, dah la guna nama lain yang bukan-bukan, gambar profile pun lain jugak. Ni memang susah la nak cam, kalau tak tengok info konfirm tak tahu siapa pemilik sebenar facebook. Jenuh pulak nak buat proses pengecaman, lol

Aku rasa, sebab ni lah kot sekarang ada contest yang syok sedang berlangsung. At least dapat uji tahap mana korang betul-betul kenal member-member di facebook.

Apa itu Wholah? Macam mana nak join contest ni Howlah? Bila tarikh tutup Whenlah?

Nak tau klik sini : WhoLah


Contest yang dianjurkan oleh WhoLah ini menjanjikan hadiah menarik.

Macam mana contestnya?

Mudah je, contoh keluar gambar profile picture facebook member korang, korang teka je siapa pemiliknya.


Kalau keluar gambar kat atas tuh, korang jawablah Khairul Anuar. Mudah kan? Dah bocor satu soalan,kahkahkah

Contest berlangsung dari 19 Ogos - 19 September 2011
Kini dilanjutkan sehingga 3 Oktober 2011 sebab ramai yang belum puas berteka-teki

60 saat untuk teka gambar profile facebook rakan anda

First round play, melayakkan peserta untuk mendapatkan Coca-cola 325ml


Untuk round-round seterusnya, hadiah-hadiah bergantung kepada jumpah kutipan mata peserta

Semakin banyak korang buat tekaan tepat, semakin lumayan hadiah dapat


Amacam, ada berani untuk mencuba? Pasti tak sabar nak join kan?

Nak cuba, apa lagi boleh la klik sini sebelum tarikh tamat : WhoLah Raya Contest


Notakaki : Contest ini diberi keutamaan kepada semua pengguna iPhone dan ipad. Untunglah mereka yang ada iPhone dan ipad. Diskriminasi sungguh contest nih, ceittttt. Jangan lupa share info ni kat member-member yang ada iPhone/ipad.


Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini : Carefour Wholah iPhone Application





Thursday, September 15, 2011

SEBELUM LENA

Sebelum Lena
Nukilan : penaberkala

Pusing kanan
Pusing kiri
Pandang atas
Kipas berputar ligat
Lagu-lagu diputarkan ke gegendang telinga
Mata masih belum mahu lelap

Resah
Gelisah
Keluh-kesah
Berdesing di cuping telinga
Aduh, sakit dicucuk-cucuk
Cis
Nyamuk punya serangan

Kepala mula berdenyut
Mata masih belum tertutup
Masih berkelip-kelip
Pandang atas
Kiri
Kanan
Sesekali ke luar tingkap
Cahaya berkelip-kelip
Oh, kilat
Diselangi petir
Guruh berdentum

Pranggg
Periuk jatuh di dapur
Sah
Si tompok punya angkara
Buat aku terkejut

Sunyi seketika
Fikiran melayang
Fikir dan terus berfikir
Ada apa di hari esok?

Rintik-rintik mula kedengaran
Oh, hujan
Dingin
Damai
Nyaman

Tarik selimut
Pejam mata
Lupakan segala
Jumpa lagi esok

Selamat malam!

Published with Blogger-droid v1.7.4





Monday, September 12, 2011

RAYA SAKAN : AIDILFITRI 2011

Ramadhan tahun ini, tidak mungkin akan sama dengan Ramadhan tahun lalu mahupun Ramadhan akan datang. Begitu juga dengan Aidilfitri. Tidak mungkin kemeriahan dan kegembiraan yang kita kecapi di Aidilfiri tahun ini dapat kita rasakan sama di Aidilfitri akan datang. Rasa itu akan sedikit-sebanyak berubah sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Cuma apa yang pasti, sama-samalah kita menghargai setiap detik yang kita ada dan manfaatkan sebaiknya. Semoga kenangan yang tercipta bakal kita abadikan buat selama-lamanya.
-penaberkala-


Contoh paling ketara, kemeriahan Aidilfitri 2010 dan Aidilfitri 2011 amat berbeza. Walaupun kemeriahannya hampir sama, tapi orang yang kita jumpa dan raikan kemeriahan bersama mungkin berbeza. Memandangkan kisah Aidilfitri 2010 tercatat di sini, maka kenangan itu masih mekar di ingatan. So, rasanya kisah Aidilfitri 2011 pun patut dikongsi di sini agar kenangan yang tercipta dapat dikenang sampai bila-bila.  


Pre-Raya Aidilfitri 2011

Tahun ini, sempat berbuka puasa bersama kawan-kawan lama di Restoran D'Mina, Pengkalan Chepa. Boleh dikatakan event ini adalah "reunion" buat kesekian kalinya. Nasib baik boleh join untuk kali ni. Rasanya, Iftar yang diadakan bolehlah dianggap sebagai event "Pre-Raya". So, dapatlah jumpa kawan-kawan lama walaupun time raya tak dapat jumpa.

Antara mereka yang hadir G-joe, Pijo, Faris Izat, Pok Jak, Amir, Piji, Pecak, Seni, Asyraf, Limi, Faris and Co, Hilmi, Nuril, Tien, Mc Lin, G-Jah, Fifi Sofia, dan Bina. Harap-harap, kalau panjang umur dan murah rezeki, mungkin boleh la kita semua berkumpul dan berbuka bersama lagi untuk taun-taun depan dan mendatang, insyaAllah.


Raya bersama keluarga



Alhamdulillah, tahun ni hampir semua adik-beradik pulang beraya di kampung, walaupun ada yang balik lewat. Dapat jumpa semua abang-abang, kakak-kakak dan anak-anak buah. Harap-harap, raya taun depan Kak Nor, Abe Mat dan Bella pun dapat pulang beraya bersama di Kelantan :)



Lebih menarik, anak-anak buah dah semakin membesar. Masing-masing dah bersekolah dan dah pandi bertutur kata. Sampai ayah su pun korang dah pandai kenakan dengan soalan-soalan cepumas. Haish, bidak-budak zaman sekarang. Kalau dulu beraya sebagai "bongsu", tapi raya kini lebih meriah bersama mereka yang "bergigi susu". Hilai tawa dan tangisan esak mereka, tak sah kalau tak dengar. Mungkin itu la yang menjadikan suasana raya lebih meriah, lebih-lebih lagi bila berkumpul ramai-ramai. Di musim perayaan ni la jugak nak tengok rumah jadi macam nursery.



Tahun ni, beraya bersama dua "orang baru" dalam keluarga, iaitu menantu baru dalam keluarga dan jugak anak buah baru iaitu Ahmad Syakir Darwisy. Selamat menjadi ahli,haha



Raya tanpa ketupat palas seperti Ramadhan tanpa "bazar ramadhan". Macam tu la perayaan di kediaman Puan Sebariah. Tahun ni, tempahan mencecah 3000 bijik. Tahun depan macam mana tak tau lah. Kena recruit semua anak menantu gamaknya untuk tahun-tahun depan dan mendatang,haha.


Majlis cukur jambul


4 September 2011, diadakan majlis cukur jambul anak buah yang paling latest Ahmad Syafiq Darwisy yang berada di ranking ke-16 dalam keluarga. Ni anak buah hero yang ke-4.

Alang-alang buat kenduri majlis cukur jambul, sempena di Aidilfitri kira buat rumah terbuka terus lah. Menu yang dihidangkan sup tulang (sup gear box), gulai serati, gulai ayam, telur masin, kerabu sarang, sira ubi, dan sambal bilis.

Terima kasih kepada member-member yang datang bertandang, Amir and Co, Hanifi (beliamuda), Faris (farismuhandisu), dan Mayak (bukan nama sebenar). Jangan serik untuk bertandang lagi next time.


 Beraya di rumah Ediamin Suhaimi

Raya tahun ni kurang aktif merewang. Raya pertama hingga ke-tiga hanya berada dalam kawasan. Raya ke-empat baru merempit ke Padang Tembak, Pengkalan Chepa untuk beraya bersama Ediamin Suhaimi. Mmeber time sekolah menengah dan sekarang belajar di India dalam jurusan kedoktoran. Dia ni mungkin akan masuk "Malaysia book of record" untuk kategori "doktor paling sihat",hahaha.


Apapun, terima kasih untuk layanan dan cenderahati dari India. Thanks bro! Semoga terus sukses selalu dalam menghabiskan pengajian di India. Makan tu cover-cover la sikit.


Kat sini juga jumpa classmate form 1 - form 3, Safwan Anah dan Syafik Affendi aka Toyol. Lama gila tak jumpa, sorang tercampak di UTEM, Melaka nun, sorang lagi tercampak seberang laut sana, German. Nak jumpa camne, facebook je lah. Raya ni jumpa, bila pulak boleh jumpa tak tau la tuh. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi.

Setahu aku, kawan aku sorang ni takde facebook. Susah gila nak kontek jauh di India sana. Sejak bila kawan aku sorang ni ada fanpage pulak? Ediamin Suhaimi ke Hero Tamil ni? hahaha


Open house di KB Mall


Time raya macam ni lah masa yang paling sesuai untuk jumpa semua member-member, tak kira member lama mahupun member baru. Seterusnya, jumpa pulak member sekolah rendah, classmate dari darjah 3 - darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Melor iaitu Firdaus Nuruzzaman. Dia ni one of my best friend time sekolah rendah, main bola sepak sekali, jadi pengawas sekali, study petang-petang buat homework pun sekali. Walaupun dah lama tak jumpa, sekali berkawan, selama-lamanya menjadi kawan. Sekarang ni tengah melanjutkan pelajaran di  University of Warwick, United Kingdom. English power dowh, sejak kecik bijak english. Patut pun ambil TESL. All the best bro! Thank you belanja kawe, nifi dan faris.

Rupanya, kawan kau kawan aku, kawan aku kawan kau. Kecik sungguh dunia ni rupanya. Hanifi dan Faris classmate dia di MRSM PC dan classmate aku di universiti, LOL.  
 

Beraya bersama buku teks Engineers In Society


Nasib baik la semester ni ada 1 paper final exam je, Engineers In Society. Beraya bersama buku teks dengan 8 chapters kesemuanya agak kurang stress berbanding dengan pengalaman-pengalaman tahun sebelumnya. Tapi, baca satu helai, zzzzzzzz. Musim raya musim kenyang perut. Sesuai untuk hadap kuih raya tetapi tidak sesuai untuk hadap buku, hoh. Itulah cabaran seorang student.

 
Rumah terbuka Syazwan Zubir


10 September 2011, sebahagian daripada CJ7 sempat bertandang ke rumah Syazwan di Ipoh sempena rumah terbuka Aidilfitri. Last minute baru join trip ni memandangkan ada masa free. Meriah jugak berkumpul ramai-ramai, lebih-lebih lagi ada 2 beradik clasmates dari Yaman iaitu Sami dan Zaki. Menu terbaik, lemang dan rendang. Pergh, syok habis. Nak tau cerita lanjut, baca kat sini :Beraya bersama kawan-kawan CJ7 

Terima kasih kepada Syazwan dan keluarga atas hidangan dan layanan istimewa kepada kami semua warga CJ7.


Beraya di Hotel InterContinental

11 September 2011, kembara raya diteruskan ke Kualu Lumpur. Desitinasi yang dituju ialah Hotel InterContinantal, Ampang Park. Bukan rumah terbuka, bukan juga jamuan raya, memandangkan jatuh dalam bulan Syawal, kira kembara raya la dok? haha

beliamuda - Don - penaberkala

Sebenarnya, beliamuda yang mengajak aku ke sana. Katanya ada event untuk blogger. Tapi, bila sampai di sana, lain pula jadinya. Adeiii. Inilah akibat bila pergi event yang tak dapat detail penuh. Nak tau cerita selanjutnya, maybe next time.



Apapun, anggap je lah ini adalah pengalaman baru dalam hidup. Kadang-kadang, apa yang kita lalui dalam hidup, bukanlah semua yang kita rancang. Mungkin hanya kebetulan. Tapi, pastikan apa yang dilalui itu bermakna dan bernilai. At least, kalau dulu ada pengalaman terlibat dalam video shooting untuk project IACS, ini pula dapat pengalaman baru untuk video shooting yang skopnya berbeza. Apa yang lebih penting, I met new friends there. Terima kasih beliamuda dan broframestone


Konklusi, Aidilfitri 2011 awesome!


Notakaki : Panjang pulak dah entri kali ni, tu dia. Lama sangat tak update,kahkahkah. Akan berangkat ke Kelantan pada 13 September untuk cuti semester. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Amin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger