Ramadhan 2011 (1432H)

InsyaAllah Ramadhan kali ni adalah Ramadhan terakhir aku bergelar "student"
Tahun depan, doa-doa lah biar aku dah kerja sebelum Ramadhan akan datang menjelma.
Mungkin Ramadhan kali ini, Ramadhan terakhir kawan-kawan aku bergelar "bujang" sebab lepas ni ramai yang dah nak naik pangkat "kawen",hoho
Aku? Belum lagi, lekluuu.


Di kesempatan yang ada, kebetulan cuti awal sebelum raya, sempat juga berjumpa member-member lama sekolah menangah (MRSM Jeli) untuk berbuka bersama di Restoran D'Mina, Pengkalan Chepa.


Terima kasih kepada organizer, saudara Imi sebab menjayakan program yang dirancang.
20 orang yang hadir, rasanya cukup memeriahkan majlis.
Bukan selalu dapat berbuka puasa bersama-sama, ye dok?


Bismillahirrahmanirrahim
Piji, Amir, Jak, Seni
Jauh puok demo duduk, kecik jah la gambar
Saudara Azizul Abblah, tauke akok pasir mas. Terima kasih boh, dapat jugak try akok sedap.
Mc Lin, Gjah dan Fifiey Sofia duk raleks membuaya
Dari kiri : Imi (organizer), Pok Jatt (engineer doh ni leni), Amir Husaini
Make colek ayam di Cherang
Yakboktam, buat malu-malu kucing pulok puok dio



Apapun, kepada yang tak dapat join tak mengapa. Lain kali kita jumpa lagi.
Terima kasih kepada semua yang hadir.
Raya ni, jemput semua pakat mari rumah ambo.


Nota kaki : Terima kasih pok jatt, blanjo bukok pose. Selamat menempuhi alam berkerjaya bergelar "engineer"

AYAH
Nukilan: Penaberkala

Ayah,
Aku tetap bangga walau kau seorang petani
Pengusaha bendang dan tidak berpelajaran
Tidak pandai menulis,membaca lagi mengira
Kerna ku tahu
Kasihmu tulus dan luhur

Ayah, 
Kini kau sudah tiada
Tak sempat untuk aku menabur jasa
Hanya iringan doa 
Dari jauh dapat aku panjatkan

Ayah, 
Sungguh sepi hati ini
Masih belum puas ku mendapat kasih sayangmu
Tatkala aku mula mengenal erti kasih dan sayang seorang ayah 
Kau dipanggil menghadap Illahi

Ayah,
Walau kau tiada di sisi
Tapi kau sentiasa dekat di hati
Setiap masa menemani diri
Tatkala riang mahupun sunyi

Ayah,
Rindu rasa hati
Untuk ku peluk dan ciummu
Untuk ku ucap selamat hari bapa
Untuk ku ucap selamat hari lahir
Untuk bersahur dan berbuka bersama
Untuk meraikan lebaran bersama 
Untuk menyokongku tika susah dan senang

Ayah,
Berapa lama pun telah kau pergi
Kau kan sentiasa di hati
Masa tak bisa pudarkan ingatan padamu
Seorang ayah yang banyak berjasa
Susah payah seorang diri
Korbankan diri demi keluarga!


Hari ini, 28 Ogos 2011, genaplah 5 tahun pemergian arwah ayah tercinta, Mah Hassan Bin Ya'acob. Semoga arwah tenang di sana.
Hanya ruangan ini yang aku ada untuk melepaskan rindu padanya. Hanya iringan doa yang mampu aku utuskan.
Selama manapun engkau telah pergi, akan ku kenang selalu. Keranamu adalah ayahku tercinta, tiada pengganti, tiada ke-dua mahupun ke-tiga. Kasihmu tetap abadi.


Inilah dia perang yang belum berakhir
Perang antara budak-budak Chemical Engineering dengan subjek paling ngeri abad ini iaitu final year design project (FYDP) atau nama dalam ICnya Process Plant Design (PPD) Plant Design Project (PDP)


Setelah hampir 8  bulan bergelumang dengan subjek ni, akhirnya sampailah ke kemuncak peperangan antara kami dan fydp.
Tugas berat perlu digalas dalam menyiapkan Group Report dan Individual Design Report.


24 Ogos 2011, bakal terpalit dalam sejarah.
Tarikh keramat penceraian kami denga FYDP
Bak kata Asyraf Maskan, "Aku rela dikenakan talak 3 oleh kau, FYDP. Selepas ini, kita bawa haluan masing-masing"
Detik itu akan kunjung tiba tak lama lagi, kurang dari 24 jam.
Bersabarlah duhai hati, kuatlah diri duhai semangat



Ya Allah, permudahkanlah urusan kami
Semoga kami tenang dalam ketegangan yang melanda
Amin


All the best to all my fellow friends!
Chaiyok, bayangkan report ni macam biskut raya,lol
Jom, hadap sampai kenyang


notakaki : housemate siap beli printer kot nak tulong housemates ChemE print report. Terbaik la. Nanti aku tumpang sekaki print eh, hoho


Muzik latar : Instrument Violin

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan,
seperti waktu yang terus saja
meninggalkan aku,
dalam ke dasar kerak bumi
yang belum di terokai,

warna ku rindu,
jiwa ku biru,
menunggu cinta ku
umpama si buta
yang melihat syurga,

umpama lampu
yang berbunyi hitam,
lalu menunggu aku terus,
kini malam tiba lagi,
kerana tinggalkan cahaya matahari,

dibebankan dengan bunyi
rintisan hujan,
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya
tidak terdakap,

seperti itu jugalah
rindu aku pada,,,,,,,,,

kini aku harus terus menunggu
atau hilang saja dilautan luas,,,,,,


 Petikan puisi dari filem Selamat Pagi Cinta


saya tuliskan puisi ni untuk awak faham,
lebih dari suka,,,
hampir kepada sayang,,,, 



Siapa mereka?
Mana boleh bagitau, ni kan Wordless Wednesday, hoho

Nak tau?
Mai, jenguk-jenguk sini. Klik mana yang berkenan, klik semua lagi bagus



































Sumber : OSM RAMADHAN

Untuk pasanan-pesanan menarik setiap hari dari Day 1 - Day 30, boleh kunjungi facebook Brotherhood Arts di album OSM RAMADHAN (Klik sini)

Credit to xoxo Illy Muzliza , Brotherhood Arts 




notakaki : Sekarang kan demam "doodle" di blog. Nah, tempek banyak-banyak terus baru puas hati. Menarik kan? Ini dia, doodle sempena Ramadhan. Nak tengok "doodle" original dari penaberkala sendiri, tunggu nama penaberkala tukar jadi penaberkaler atau penacolour dulu la kot,lol. Bukan apa, kureng berbakat sikit bab-bab melukis ni. Kalau orang lidi, takda hal
 
First time dalam hidup, aku baru tahu rupanya ada jugak orang iktiraf "Hari Kidal Sedunia" iaitu pada 13 Ogos setiap tahun.

Mengikut e-kamus versi 5.01 edisi professional, Kidal bermaksud:
1. kiri; tangan ~ tangan kiri;
2. gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apabila membuat sesuatu).



Jadi, jelas, aku seorang yang kidal. Jangan pandang rendah pada orang kidal, walaupun menulis menggunakan tangan basuh berak, tapi itu sudah ditakdirkan begitu. Nak buat cam mana kan? Bukan tak pernah try nak guna tangan kanan, cuma tidak menjadi. Tak menjadi macam mana? Macam nak berak sambil berdiri. Boleh? Konfirm la susah kan?

Kalau sebut soal kidal, tangan kiri itu pasti. Dalam apa jua pekerjaan, sudah pasti tangan kiri yang laju bergerak sendiri tanpa berfikir panjang. Nak menulis, nak pegang benda, nak tunjuk, nak angkat tangan, nak tekan kalkulator. Hatta, nak pegang sudu semasa makan sekalipun.

Pernah suatu hari, time foundation dulu. Aku makan kat kafe. Nasi goreng kampuuunggggg extra bilis. Makan guna sudu. Tengah syok-syok makan tak ingat dunia, tiba-tiba member kat depan aku bersuara:

"Weh, pehal ko makan dengan tangan kiri?"

Aku slumber je jawab, "sebab aku kidal la aku guna tangan kiri. Kekok nak guna tangan kanan"

Pastu dia pun cakap, "tak elok makan guna tangan kiri. Tangan basuh berak"

Terdiam seketika. Sempat lagi aku menjawab, "aku guna pakai sudu, bukan pakai tangan". Tapi dalam sudut hati, sedikit terasa dan segan. Apa nak buat, dah tabiat sejak kecil time makan guna sudu dengan tangan kiri. Tapi, kalau makan guna tangan, taklah pula aku guna tangan kiri. Mujur sempat praktis sejak kecil lagi, kalau tak mampunya kena bahan tiap-tiap kali nak makan,hahahaha.

Tapi, mulai peristiwa tuh, baru la aku slow-slow belajar guna sudu pegang tangan kanan. Mula-mula tu, memang kekok habis la. Sudu ke mulut, makanan jatuh poh pah poh pah. Mak aih, macam budak kecik je. Tapi, lama-lama ok la sikit. Dah pandai suap ke mulut sendiri guna sudu dengan tangan kanan. Pencapaian cemerlang seumur hidup ni kan? Ye lah, dapat ubah apa yang biasa dibuat sejak kecil, bukan mudah. Sekarang pun, asyik lupa je nak pegang sudu guna tangan kanan. Kadang-kadang, terpegang juga dengan tangan kiri. Bila makan separuh jalan, ataupun hampir licin makanan dalam pinggan, baru sedar. "Eh, guna tangan kiri rupanya,lol" Lepastu, cepat-cepat tukar. Tabiat oh tabiat, susah betul nak ubah.

Di sekeliling aku, ramai juga orang kidal. Jadi bila makan, dari kiri ke kanan, semua pegang sudu tangan kiri. Kalau ingat, try juga tukar guna tangan kanan. Tapi, kalau terlupa tu kira halal je lah. Kadang-kadang, memang tak akan perasan pun. Kalau menulis pulak, boleh tengok semua pegang pen atau pensel dengan tangan kiri. Perghhh, seragam macam pancaragam,hahaha.

Tapi, jadi orang yang kidal ni ada limitsi jugak. Benda-benda yang ada di dunia ni kebanyakan untuk orang-orang normal. Jadi, bila orang kidal nak guna jadi kekok la sikit. Contoh gitar, pernah jugak aku try pegang nak petik petik jadi lagu bila larut malam tarakucahcah tarakucahcah, tapi lain macam la gayanya. Orang pegang cara lain, aku pegang terbalik. Tak boleh, tak sesuai. Kalau tak, dah lama aku jadi ahli muzik,haha.

Ada orang kata, "orang kidal biasanya pandai matematik dan kira-kira" , eh ye ke? Aku pun tak pasti tentang kesahihan kenyataan tu. Tapi, aku suka dengan nombor dan subjek kira-mengira. Subjek membaca kureng sikit. Orang-orang kidal lain di luar sana tak tau la plak camne kan. Tulisan pulak, tak tau nak komen. Sebab kadang-kadang aku rasa tulisan aku kemas dan cantik lagi menawan (naik lif tekan sendiri ke apa ni?), tapi kadang-kadang tulisan buruk macam cakar ayam duk cakar longkang. Tengok mood jugak lah.

Mungkin ramai lagi orang yang kidal kat luar sana ada cerita dan pengalaman sendiri. Kalau ada, boleh la share macam cerita seliparburok ni. Apapun, selamat Hari Kidal Sedunia buat semua insan yang bergelar "mat kidal" atau "cik mek kidal"

13 OGOS : HARI KIDAL SEDUNIA

Siapa kidal, angkat tangan. Jangan lupa daftar sini, jom kita buat pertubuhan orang-orang kidal,lol
Buat jamuan jom,haha





Culik dan cilok di sini : NasHunter
akok

sam gupal

buoh mulong

butil nako

cara gulo

cara samba

tupat sutong

katun

lopak tikey

nekbat

teri mandi

roti jalo

tepung bukus

tepung pelito

sigho pisey

bledo leci

kek spey

kek pisey

puding gulo hanguh

putu maye


Maghi nok ghoyak bui, kuey-kuey nih hok paling sohor di param (pasar Ramadan) di Pantai Timur lebih-lebih lagi di Kelate nga Ganu. Acu tanyo sapo-sapo hok asal dari Kelate nga Ganu, demo tuh rajin make dok kuey-kuey ni. Raso-raso, majoriti brehi dooh nah make kuey-kuey nih. Kalu hok tok make tuh, jarey benar lah bunyi. Puok demo paling brehi kuey gapo weh? Bule-bule poso ni la, nok tringat balik kuey-kuey hok sohor ni. Lebih-lebih lagi kito hok duk luar dari Kelate atau Ganu, buke mudoh nok jupo goni kat tempat oghe. Ko guano?

Tapi kalu duk ghumoh, mok buak kito make. Hoktu lagi sedak.

Oh aloh, bau budu benga-benga pulok doh


TRANSLATION
Mari-mari nak bagitau, kuih-muih ni antara yang paling popular di param (pasar Ramadan) terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Cuba tanya sesiapa saja yang berasal dari Kelantan atau Terengganu, pernah tak mereka makan kuih-muih yang disebut. Rasanya, majoriti akan cakap suka makan dan fanatik terhadap kuih-muih tersebut. Kalau ada yang tak pernah makan pun, cumalah segelintir. Korang paling suka makan kuih mana? Ye lah, bulan puasa ni la, nak ingat balik kuih-muih yang popular. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di luar Kelantan atau Terengganu. Mana taknya, bukan mudah nak cari kuih-kuih ni di tempat lain. Ada setuju?

Tapi, kalau di rumah, mak buat kita makan. Tu lagi sedap

 Cam panjang pelik je translation,lol


notahati : semahal-mahal secret recipe, sesedap-sedap kfc, selazat-lazat spageti, kuih-muih ni jugak kita ingat time bulan pose
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...