Sunday, July 31, 2011

BOXOFFICE : NOSTALGIA RAMADAN

Ramadan sudah dekat. Analoginya, macam duduk di depan pintu la. Sekarang duk tengah ketuk-ketuk pintu dan bagi salam, tunggu masa pintu dibuka je dia akan masuk. Syaa'ban pula akan berlalu pergi.

Kesinambungan dari entri AWAK, BOLEH BERKENALAN? , nampaknya ramai kawan-kawan yang tak sabar menunggu kemunculan Ramadan tahun ni. Semoga, kita dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk meneruskan Ramadan pada tahun ini. Adakah ini Ramadan terakhir buat kita? Wallahuallam, kita pun tak tahu. Ye dok?

Jika dulu, Ramadan kita di kampung-kampung, bersama ibu, bapa dan ahli keluarga, mungkin kini Ramadan kita bersama rakan-rakan dan taulan.

Jika dulu, Ramadan kita di sekolah bersama teman-teman zaman hingusan, mungkin kini bersama rakan-rakan kampus di universiti.

Jika dulu, Ramadan kita di asrama penuh bersama warden dan teman seperjuangan, mungkin kini bersama rakan-rakan serumah yang menetap di rumah sewa atau kolej kediaman universiti.

Jika dulu, Ramadan kita di negeri sendiri, mungkin hari ini di perantauan.

Jika dulu, Ramadan kita seorang diri, mungkin hari ini sudah bersama isteri/suami (eh, belum lagi,hahaha)

Itulah bezanya dulu dan hari ini. Yang dulu tinggal memori yang menggamit hati, yang hari ini adalah realiti yang perlu kita jadikan sebuah erti.

Sebut soal memori, sudah pasti masing-masing ada cerita tersendiri bila berbicara soal Ramadan. Sekadar suka-suka, mengimbau balik kenangan mencuit hati yang kini menjadi nostalgia. Sempat juga bertanya kawan-kawan di formspring dan twitter tentang pengalaman menarik mereka bila sebut bulan puasa. Macam-macam cerita ada, masing-masing dengan cerita sendiri yang sempat mereka kongsi. Ada cerita yang tak kering gusi bila dibaca, tak percaya boleh baca sendiri. Yang duk tengah baca ni pun, konpem ada cerita menarik jugak kan? Tipu kalau cakap takde kenangan sewaktu kecik-kecik time bulan puasa. Apa yang pasti, semuanya kini hanya tinggal kenangan.


Apakah pengalaman anda untuk first time berpuasa dan berapakah usia anda ketika itu? (tidak kurang dari 80 patah perkataan)


FORMSPRING

sangat excited + penat coz wak2 2 kecil lagi..baru umo 5 tahun..abah kejut pagi2..'kak cik!bangun sahur..kak cik da besar,kena puase tau..nnt dapat pahala..'(begitulah kata2 abah kepada ku)..hehe..




perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan perkataan

Usia saye mase tu dlm 10 atau 11 tahun, dan saye puase penuh. sblum tu saye puase sparuh hari jer.



darjah satu kot..aku pergi dapur senyap2 dan terus teguk air ssegelas.then smpan balik gelas tu tanpa dibasuh..hik2




first time puasa? kalau diikutkan masa tadika, umur masa tu baru 5 tahun. tapi puasa sekerat hari ja. hahaha. lapar!! tapi masa nak berbuka, memang sangat sangat kecoh. selalu kacau arwah tok kukoq nyok, kadang-kadang, masa tengah kukoq tu, main-main rambut arwah. takpun, kacau mak buat kuih. kuih melaka yang paling best lah nak uli. hahahaha! mesti mak letak asing doh tu. =( kecewa rasa, paling tak tahan, masa nak berbuka, salah satu dari hari berpuasa tu, dalam 10 minit terakhir sebelum berbuka, juadah dah disediakan, saya dengan bangga gi makan dulu laksa (makanan bukak puasa hari tu), kan ada hiasan-hiasan atas laksa kan? nampak warna hijau cantik jeh, sekali telan... -___-

mau nangis!!!

urkhh! malu-malu. =PPP

uiks? 80 ke ni? cam da lebih. excited bercerita. haha!




dapat hadiah x klu cter best? hihi...ermmm...xigt ble stat puase...tp kecik2 lagi la....huhu...dlm darjah 1 or tadika...tp xpenuh la kan..hihi...ermmm..pgalaman..rasenye sume org ade pengalaman yang sama...iaitu ponteng puase...hihi...tp yg xleh lpe...mase drjah 3 or 4...masa ari 1st puase, bangun2 tdo, terus g kedai..beli keropok...mase nak makan tu, tiba2 teringat ari tu puase...pastu trus bagi keropok tu kat kwn cina aku...haha...nama dia lew..igt lg...hihi (xmenarik pon cter ni...haha)



mak, kalau puasa x bole mkn je kn.. minum bole..kn2??



tak ingat sama ada umur 5 tahun atau 6 tahun.. ibu kata saya first day terus puasa penuh sehari.. dan saya melepek je sehari puasa tu.. nice memory to remember.. hihi :p



erk 1st time pose ingat lak darjah bape..tp paling ingat la dedolu selalu curi2 minum dalam bilik air wakaka..air kolah tu..sanggup minum dah haus sgt..pastu kalau mandi lak mesti lama giler hehe..curi mkn x penah..sbb kalo curi mkn mmg x pose je terus wakakaka



-klo btol2 puasa penuh 30 hari,9 taun rasenye..
-masa first time puasa bese la klo setiap masa nak tengok jam kan..
-tak kua g mane2,duk kat umah jek sebab mak pesan klo penat tetap takleh minum air..
-fridge tu ibarat teman setia r dikala petang,orang susah mane nak ade air cond neh sume kan so fridge tu la pemberi hawa dingin..
-time puasa juga la mengada-ngada nak suh mak masak neh la,masak tuh la,bila bukak cket jek makan..
-waktu petang arwah ayah ajak ikut g beli kuih,rambang mata bila tengok pelbagai jenis kuih seperti akok,nekbak,jala emas,tahi itik n etc..
-klo nak citer memang tak muat page r,so sampai disini saje citer saya...-sekian-



cannot remember...



pengalaman 1st tym pose, erm.. tym tuh tadika (4 tahun), aq dgan keras kepalanya mahu berpose wlupun mak aq larang habis2an (budak agi katenye).. n aq pose stgah hari jer.. kol 12 tepat aq bukak r.. lahap sume mkanan n mnuman fav aq tym tuh coke.. ptg tuh gak, gastrik aq mnyerang n trpaksa dihantar ke klinik.. T-T smnggu pastuh bru mak aq bg pose stgah hari g.. :P



hahahaaha....
1st time puasa penuh waktu darjah 3...mula puasa sampai akhirnya puasa penuh...sampai lah skrg..cerita menarik?entah..hehe



hahaha...mse 2 umo 5thun kowt.tp de maen tipu ckit la.minum air time amek wuduk.hehehe




Wah, tak ingatlah bila, tapi yang pasti, umur aku 4 tahun aku dah pandai baca dah. haha..(lari topik jap) Erm, time kecik2, aku paling tak suka time bulan puasa, mak aku masak nasi goreng tuk lunch adik aku. Dahla nasi goreng tu favourite aku. So, mmg byk ah puasa sampai tengah hari je. Tapi aku istiqamah kot puasa setengah hari selama sebulan. Time tu, aku selalu tambah setengah hari puasa hari ni ngan setengah hari esok jadi satu hari. Bila time raya, leh la berlagak konon-konon puasa banyak hari. Padahal satu hari pun tak penuh. Sebagai hadiah penat lelah aku berpuasa setengah hari selama sebulan, aku dapat lah duit raya dalam sampul duit raya paling cantik ah bagi aku. Ok tak cerita aku ni?

AbirAbhar 


TWITTER

 
  1st time puasa mse darjah satu.. tp time rehat mkn je.. sbb mak bk bg duit blanje.. kah3..

 
first puasa masa umo 5thun..n first day merana gle..sbb ada air 100+ dalam peti sejuk..dan akhirnya kol3/4 aku bbuka pose..haha

Kalau tanya aku sendiri, apa pengalaman paling menarik pasal puasa di bulan Ramadan. Aku akan jawab KERANA SEBOTOL MIRINDA MERAH. Kenangan yang akan melekat di benak fikiran sampai bila-bila.



 Setiap orang pasti ada cerita sendiri bila berbicara soal bulan puasa di bulan Ramadan.
Dan cerita di zaman kanak-kanak paling indah untuk dikenang dan mampu buat kita tersenyum.


Apapun, selamat menyambut bulan Ramadan untuk tahun ini.
Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Kepada semua pembaca blog ni, tak kira pembaca setia mahupun curi-curi baca, kalau ada salah silap tu, harap dimaafkan ye. 

Selamat berterawih
Selamt bersahur
Selamat berbuka

Ikhlas dari Penaberkala


notakaki : Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang berkongsi cerita masing-masing. Biarkan kenangan terabadi di sini. Nanti boleh cerita balik kat anak cucu kita,haha





Friday, July 29, 2011

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, SINGA PERGI MENINGGALKAN KEMENANGAN


 
Untuk mukaddimah, elok benar rasanya ucap tahniah kepada pasukan bola sepak Singapura atas kemenangan penuh bergaya lagi stylo dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Malaysia, #harimaumalaya.


Malaysia : Malay-sia-sia
Walaupun berjuang habis-habisan dan bermain dengan bersungguh-sungguh di depan ribuan penyokong sendiri di laman sendiri, namun itu hanyalah sia-sia bila kemenangan dinafikan dengan mudah sekali oleh pasukan lawan, Singapura


Singapura : Singa-pura-pura
Kehandalan pasukan Singapura memperlahankan rentak permainan, megubah tempo, merobohkan benteng pasukan Malaysia, paling utama melengah-lengahkan masa dengan aksi-aksi kecederaan yang tidak sepatutnya dan mungkin sedikit kepuraan di situ, berjaya menjulang Singapura ke arah kemenangan mutlak.


 Apa komen anda selaku peminat bola sepak tanah air, yang baru saja nak naik? Tapi kini, sedikit tersungkur. Sudah pasti ramai yang bengang, kecewa dan perit untuk terima kekalahan kan? Tambah-tambah dengan perang saraf yang dilancarkan oleh pasukan Singapura di atas padang. Bukan sorang, tapi berjuta rakyat Malaysia yang pasti merasai benda yang sama. 


Jelas terpampang di twitter, aku pun turut berkicau sama. Tak puas hati punya pasal,haha. Kicauan semasa perlawanan berlangsung dan juga selepas perlawanan berakhir. Macam-macam ada.

 #harimaumalaya
Twitter : penaberkala

Kalau menang malam ni, konpem seluruh rakyat Malaysia akan sepakat puasa Isnin nanti

Cari stadium kosong nak tengok  

Stadium sithick

laser la pulok. Kamon la

perang psikologi

0-0 . Kamon , 5 minit lagi

15 minit tu, masa utk pemain singapore landing atas padang je. Lol

ayuh , kuatkan jentera serangan dan pertahanan. Apek dah perform gila-gila dah tu

minit 57. Akhirnya, safi salee memecahkan kebuntuan

not playing ball, they playing time

tu la asyik main atas karpet, main atas padang mula la jatuh. Haktuih

2 gol lagi . Sumbat jangan tak sumbat. 1-1 untuk 20 minit permainan sebelum tamat

5 minit untuk 2 gol? Mampukah  

terbaik direktor singapore. Boleh menang festival filem bola sepak antarabangsa. Player singapore semua kasik best actor award.
 
goalkeeper singapore kena bawa pergi hospital dengan kadar segera. Bimbang kalau-kalau kena barah otak

skrip kita kurang menjadi hari ni. Jalan cerita bukan happy ending. Jalan cerita dan lakon layar singapore lebih mantap

tiba masa untuk skuad tambah satu lagi coach, jurulatih teater atas padang

still the best. Main bersungguh-sungguh, bukan berlakon bersungguh-sungguh. It's a fact. Thousand eyes looked at that

tanda sokongan padu untuk , kami rakyat Malaysia akan berpuasa selama sebulan mulai isnin ni. Tak kira la kalah pun :)

 
Tapi, bila fikir-fikir balik, buat apa nak salahkan kemenangan pihak lawan.
Sewajarnya, cuba perbaiki diri dan perkukuhkan jentera serangan dan pertahanan.
Mungkin perlu belajar dari kesilapan.
Mencuba di masa akan datang untuk memburu kemenangan.






CONTEST AKU BERPUISI : BENDERA


BENDERA
 Nukilan : penaberkala

Ada apa pada bendera?
Kau kibar di sini sana
Kau gantung di mercu menara
Kau pacak di tanah rata
Kau kibar di puncak pokok kelapa
Kalau kau sendiri tidak faham ertinya

Apa salah bendera?
Bila sanjung kau kibar
Bila naik hantu kau bakar
Bila bangga kau pacak
Bila naik angin kau pijak

Apa guna warna bendera?
Bila merah
Buat semua bikin amarah
Bila biru
Buat semua bikin haru-biru
Bila hijau
Buat semua bikin pencacau
Bila kuning
Buat semua bikin pening
Bila putih
Buat semua bikin merintih
 
Apa rasa bila bendera menjadi alat?
Atau diri sendiri diperalat?
Alat tebalkan lemak perkauman
Alat kebalkan tembok kenegerian
Alat semarakkan api sentimen murahan
Alat perkukuhkan benteng pemisah
Alat menghangatkan semangat  assabiah
Alat membakar kemarahan pihak yang bertelagah

Sedih cukup sedih
Melihat nyalaan merah jingga pada bendera
Kau pijak di sini sana
Kau ganyang merata-rata
Kau herdik, kau hina
Tanpa rasa sekelumit cakna

Cukup lah cukup
Nyalakan api yang bisa membakar jiwa

Mari lah mari
Padamkan  bara yang bisa menyalai sanubari

Ayuh lah ayuh
Rasionalkan tindak-tanduk
Jangan asyik menjadi pelanduk
Yang hidungnya dicucuk-cucuk
Kelak yang berdiri pun bisa terduduk

Ingatlah
Bendera itu terselit hikmat
Bendera itu tercalit khidmat
Bendera itu terpalit hakikat
Bendera itu tercatit keramat

 Contest Aku Berpuisi

Syarat-syarat penyertaan
  1. Tema Puisi adalah bebas, bergantung kepada kreativiti anda. Yang paling penting puisi  bermesej dan asli. (Cadangan tema: Kemanusiaan, Palestin, Agama, Nasihat, Politik)
  2. Wujudkan satu entri puisi di blog anda disertakan dengan Banner Contest Aku Berpuisi & Tajuk entri "Contest Aku Berpuisi-Tajuk Puisi Anda". (Contoh tajuk: Contest Aku Berpuisi-Jasa Guru)
  3. Tinggalkan link pada ruangan komen entri Contest Aku Berpuisi.
  4. Tag 3 orang kenalan blog
  5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011

Kehakiman
  1. Peringkat Saringan: Pemilihan 20 puisi yang terbaik daripada semua puisi. 
  2. Peringkat Akhir: 3 panel pemilih akan dirujuk iaitu para pensyarah dalam bidang Kesusteraan Melayu untuk menilai 3 puisi yang terbaik untuk ditabalkan pemenang. 


Hadiah
  1. Novel Sastera Melayu yang diiktiraf kepada 3 pemenang utama (Tajaan Blogger WARNA DAN AKU)
  2. Topup RM30 kepada Puisi Terbaik (Tajaan Blogger MIECYBER'S BLOG)
  3. Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 3 pemenang utama 
  4. Button Batch Contest Aku Berpuisi kepada 5 puisi yang bertuah 


NOTAKAKIPUISI : Aku teringin nak tengok puisi dari 3 orang rakan blogger yang aktif berkomentar di blog ini dan berbakat besar dalam penulisan kreatif iaitu (1) Monolog Dalaman (2) Pisau Belati dan (3) Musafiran Dunya


Puisi ini telah terpilih sebagai 5 puisi pilihan untuk Constest Aku Berpuisi di blog Mohamad Azhan dan turut diterbitkan di blog beliamuda





Thursday, July 28, 2011

SEMBANG BOLA : MALAYSIA VS SINGAPURA


Sejak akhir-akhir ni, macam banyak la plak match bola sepak yang sempat tengok. 
Bukan apa, cuma bangga dengan mutu permainan team Malaysia buat masa sekarang.
Mutu permainan dalam Liga Supper dan Piala FA pun boleh tahan.
Kalau dulu, 90 minit main, dalam 30 minit tuh boleh kata bola asyik "out" je.
Sekarang, tepi line pun slumber dek je pemain bawak bola nak tembusi gawang pihak lawan.
Kini, boleh rasa sedikit puas bila tengok setiap match.


Lagi satu, skuad Malaysia makin garang di pentas dunia
Team #harimaumuda dengan kejayaan melepasi kelayakan untuk ke perlawanan peringkat kumpulan Sukan Olimpik September dan November ini.
Team #harimaumalaya pula dengan kejayaan menewaskan Taiwan dalam pra-kelayakan Piala Dunia dan kini berentap menentang  Singapura untuk melepasi ke perlawanan seterusnya .
Mungkin ini penanda aras yang baik untuk pasukan bola sepak tanah air.
Mungkin ini juga rentitan dari kejayaan selaku juara dalam Piala AFF yang lalu.


Asia Tour 2011



MALAYSIA 0 - ARSENAL 4


MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6


MALAYSIA 1 - CHELSEA 1


Agak-agak, Malaysia lawan Singapura, mana lagi berbisa?

Kalau imbas balik perlawanan pertama di Singapura, Singa mengganas dengan membaham Harimau 5-3.

Adakah Harimau kini bersedia untuk menuntut bela?

Ayuh #harimaumalaya, terkam itu punya singa habis-habisan.

Semoga kemenangan mutlak milik Malaysia


MALAYSIA 3 - SINGAPURA 5


Apapun jua keputusan malam ini, kita terima.

Cuma segunung harapan selaku peminat bola sepak, dan rakyat Malaysia khususnya mengharapkan kemenangan Malaysia mengalahkan Singapura dengan perbezaan 2 gol.

Menang 2-0, 3-1, 4-2, Malaysia akan layak

Jangan kasik menang 5-3 sudah, kasik kalah lagilah jangan,lol

2-0 mungkin tugas berat buat team Malaysia, mungkin juga takde masalah.

Apapun boleh jadi dalam bola sepak.

Bola tu kan bulat!!!!


Agak-agak, berapa gol boleh makan malam ni?

2-0 sudah cukup, lagi banyak lagi bagus.

All the best #harimaumalaya


notakaki:
[1] Kesian kan rakyat Malaysia yang duk oversea, mesti susah nak tengok match. Konpem tengah godek-godek link untuk streaming malam ni
[2] Keputusan penuh perlawanan timbal balik Singapura VS Malaysia? Konfirm ramai yang berdebar-debar kan? Perlawanan yang ditunggu-tunggu bakal berlangsung malam ini
[3] Jom tengok siaran langsung di  Astro Arena/ RTM ramai-ramai. Jangan lepaskan peluang keemasaan. Jom jadi sebahagian daripada sejarah






Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : 16 - 1 + 1 = 16

Damia dan Danish dapat adik baru

Ayah Su rindu semua

Dalam kenangan : NIK NUR SALSABILA HUSNA





Saturday, July 23, 2011

FORUM : KAHWIN AWAL, SEDIAKAH AKU?


 PUISI BUAT ISTERI

Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …


 PUISI BUAT SUAMI

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia …
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah …
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … 
___________


Sajak ini telah dideklamasikan oleh Encik Askar Triwiyanto sebagai penutup tirai forum Kahwin Awal, Sediakah Aku? yang telah dilangsungkan di Dewan Chancellor, pada 22 Julai 2011.

___________


notakaki : Tiba-tiba terpergi ke forum ni memandangkan ada masa free. Best woo panel forum, kalah Maharajalawak. Tambah pulak moderator yang sempoi. Torbaik. Dalam lawaknya, banyak betulnya. Apa yang disampaikan, nampak simple tapi banyak memberi manfaat. Setiap tutur katanya, sarat dengan nasihat dan peringatan.





Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : INFOGRAFIK PERKAHWINAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA






Tuesday, July 19, 2011

TIPS : PRANK BIRTHDAY DAN HADIAH ISTIMEWA

Time belajar kat universiti ni, macam-macam trend ada kalau nak prank member time birthday mereka. Tapi benda paling kejam aku buat time birthday Amir Maliki. Nak prank tuh siap plan ambil masa seminggu. Prank terbaik punya, paling banyak watak dan tempat yang digunapakai. Maklum la, ada orang sponsor kek kot malam tuh, ehem-ehem. Klimaks dia, motosikal aku yang dia pinjam tiba-tiba hilang. Masa tu aku berlakon baik punya, buat muka tension dan bimbang. Lakonan mantap Asip, Sariy, Zuhair dan dibantu pelakon tambahan Amin, Jahar, Seli, Pehe, Pok Jak pada masa tuh. Terbaik punya,hahahahaha. Itu semua 3 tahun yang lepas.


Prank-prank lain macam baling tepung, pecah telur, conteng kereta guna cat, dan macam-macam lagi antara trand yang kerap orang gunapakai. Tapi makan masa untuk buat. Kalau silap haribulan, buat pada mereka yang 'panas baran', aku rasa mampu je dapat flying kick free-free. Ulam dicita, pucuk mendatang.


Kali ni, mai nak bagi tips untuk prank birthday spontan. Bukan semua birthday member kita ingat kan? Alang-alang dah tau, tak syok nak ucap kat facebook je. Apa kata kasik prank sikit, bikin gempak biar sampai pecah perut. Raikan hari ulang tahun member, sekali setahun je.


Tips mudah je. Kalau keadaan terdesak, dalam masa yang singkat dan tidak sempat untuk membuat persediaan, take it easy. Pilih la barang-barang yang ada, balut cantik-cantik, jadikan sebagai hadiah.


Contoh macam ni


Aku dan housemate bersepakat kasik hadiah sorang satu sempena birthday member aku sorang ni. Idea spontan, balut dengan kertas surat khabar dan kertas A4 pun jadi laa. Asal ikhlas kan? hahaha. At least, gembira sikit member yang sambut birthday tu bila diraikan walaupun tidak seberapa. Ye dok?

Pok Jak dengan hadiah No 1, Pehe dengan hadiah No 2, aku dengan hadiah No 3, dan Amir dengan hadiah No 4.

Siap-siap balut, plan cantik-cantik, call cameraman (Alip) untuk rakam sebagai kenangan, maka prank pun bermula. Rombongan ke bilik mangsa. Tu dia, terkejut beruk tuan punya badan. Tiba-tiba banyak dapat hadiah birthday tahun ni.

Upacara membuka hadiah pun bermula sambil dirakam. Aksi mangsa yang 'excited' membuka balutan hadiah sambil berteka-teki adalah moment paling suspen dan akan kami ingat sampai mati. Nak tengok, try godek video kat youtube,hahaha. Gegey-gegok rumate dia duk suko selok, Mak Ming.


Hasilnya, aku tak sanggup nak story.....



Apapun, anggaplah birthday kali ni paling meriah dan paling banyak hadiah,lol.


Happy Birthday to my bestfriend
merangkap coursemate dan housemate
Mohd Khairul Azhar Bin Abd Aziz
10764

crazy morning CJ7
Cilok dari firstforay
Happy belated birthday jugak untuk firstforay

Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup.
All the best bro!


notakaki : sebab nama dekat-dekat, nombor matrik dekat-dekat, sebab tu lah tempat duduk dalam exam hall tak pernah berubah selama 5 tahun belajar kat UTP.





Thursday, July 14, 2011

AWAK, BOLEH BERKENALAN?


Tuuut tuuut

Bukan bunyi kentut

Itu bunyi SMS yang masuk ke telefon bimbit

Uiks, siapa ni?

Dub dap dub dap dub dap



Nombor telefon siapa ni?

Nak berkenalan?
 
Buka SMS dengan hati yang berdebar-debar

 Teeettttt

*****

Assalamualikum

Awak, boleh berkenalan?

Nama saya Syaa'ban

Saya ingin mengingatkan awak bahawa kawan baik saya iaitu Ramadhan akan datang berkunjung tak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar.

Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucu-cucunya iaitu RahmatBarakah dan Keampunan.

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Fitri Airlines.

Saya harap awak semua dapat menghargai mereka.

Dia berjanji, awak akan mendapat ganjaran hebat, InsyaAllah. Amin

*****

Oh, speechless

Terima kasih kawan!


Pesanan ikhlas dari penaja untuk penghutang puasa

Menghitung hari

Syaa'ban akan berlalu pergi

Ramadhan pula bakal mengganti

Semoga kita semua sempat lagi untuk bertemu Ramadhan kali ini!





Wednesday, July 13, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : SWEETSOUR






Saturday, July 9, 2011

9 JULAI 2011


9 JULAI 2011

Komen sikit apa yang korang faham pasal 9 Julai 2011 ni.

Aku kurang faham la
















notakaki: 
Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya, dan sebabnya itulah yang mesti kita perincikan. Berlalunya detik 9 Julai 2011 ini, apa yang berlaku pasti bakal membuka mata banyak pihak. Mungkin bisa menjadi mangkin untuk lebih peka melihat, berfikir dan mentafsir. Apapun, semoga tafsiran tidak tersesat dek kerna muslihat dan penipuan yang kini kian melarat. Jangan pula langsung tidak ambil berat! Kerana kita semua ada masa depan, dan itu adalah matlamat


Updated (11 Julai 2011)

Sudah baca pandangan dan pendapat mereka?
  1. http://aminbaek.blogspot.com/2011/07/perhimpunan-aman-bersih-20.html
  2. http://tenangsudey.blogspot.com/2011/07/gambar-gambar-sekitar-bersih.html
  3. http://kalampatah.blogspot.com/2011/07/bersih-20-gambar-yang-buat-aku-geram.html 
  4. http://nashunter.blogspot.com/2011/07/bersh-20.html
  5. http://www.kubakoya.com/2011/07/bersih20-bukti-kera-itu-sangat-bangang.html
  6. http://mkhazaidi.blogspot.com/2011/07/ulasan-bersih.html
  7. http://malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1067-bersih-20-lima-trend-baru-bakal-merobah-malaysia 
  8. http://cursingmalay.blogspot.com/2011/07/berita-tv3-semalam.html 
  9. http://makhluktaksempurna.blogspot.com/2011/07/pasca-9-julai-2011.html 
  10. http://nasihsaifullah.com/blog/2011/07/bersih/

Ada link-link entri yang lebih menarik? Jangan lupa tinggalkan link. 
Sama-sama boleh baca untuk difikirkan bersama.

"Kurangkan Emosi, Tingkatkan Rasionalisasi"





Thursday, July 7, 2011

TIDAK MENGGIGIT JARI UNTUK KALI INI

Kalau ikut sejarah, Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004. Untuk tahun 2011, Liga Super sudahpun memasuki edisi ke-8. Antara pasukan yang pernah merangkul gelaran Juara Liga Super sejak diperkenalkan adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.



Apa yang menarik, edisi ke-8 pada tahun 2011 ni paling sengit persaingannya antara 3 pasukan teratas iaitu Kelantan, Selangor dan Terengganu. Juara Liga Super 2011 kali ini hanya dapat ditentukan juaranya setelah tamatnya perlawanan terakhir. Sejarah baru telah terlakar dalam sukan bola sepak tanah air yang nampaknya semakin hari semakin menyerlah.




Akhirnya, teka-teki selama ini sudahpun terjawab. Maka, tamatlah episod debaran Liga Super 2011.

KEDUDUKAN TERKINI : LIGA SUPER 2011

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2011 : TELUR PENYU TAK NAK MENETAS, KIJANG CUBA AMBIL KESEMPATAN

KIJANG BARU PATAH GIGI, BUKANNYA PATAH KAKI



Akhirnya, Kelantan tidak menggigit jari untuk kali ke-2 setelah gagal dalam merebut Piala FA tempoh hari.



Kalahnya Sabah di tangan Kelantan 2-1 di Likas, amukan Terengganu di Petaling Jaya terhadap Felda United 6-2, dan kemarau jaringan di Ipoh, Perak antara Selangor dan Perak telah meletakkan Kelantan (The Red Worriors) selaku Juara Liga Super yang baru secara mutlak. 






JUARA LIGA SUPER
2004 PAHANG
2005 PERAK
2006 NEGERI SEMBILAN
2007 KEDAH
2008 KEDAH
2009 SELANGOR
2010 SELANGOR
2011 KELANTAN




Tahniah KELANTAN

Tahniah THE RED WORRIORS

Tahniah M Karathu






Hero The Red Worriors yang meletakkan KELANTAN selaku Juara Liga Super 2011 adalah tidak lain tidak bukan Mat Yo. 2 jaringan berbisa, melengkapkan 19 gol peribadi untuk musim ini. Hanya kurang 1 gol berbanding Abdul Hadi Yahya. Ahh, kesian.


Mat Yo terlepas "kasut emas"





Tuesday, July 5, 2011

KAMPUNG PONDOK JAMBU MERAH

Ya Allah,
selamatkanlah perjalanan pergi dan balik kami
Nipi - Nuar - Pehe - Amir 


Pulang ke teratak
Kampung Pondok Jambu Merah, Melor
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Mid-semester break!
 5 Julai 2011 - 10 Julai 2011

melepaskan rindu untuk sedut udara tepi bendang 





Monday, July 4, 2011

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 : MALAYSIA KALAH TAPI MENANG



Menang di tempat sendiri 2:1


Kalah di tempat lawan 2:3
Tapi tetap menang
Kelebihan jaringan di tempat lawan menidakkan kemaraan Taiwan

Cayalah MALAYSIA
Aummmmmmmmmmmmmm



Kad "bersih" rancak berkempen di atas padang
Tak kira di Bukit Jalil mahupun di Taiwan
Tapi paling ketara di Municipal, Taiwan
Sampai 3 sepakan penalti untuk Taiwan, apa kes?


2 kad "bersih"

3 kad "bersih" dan 3 sepakan penalti



Next match
MALAYSIA VS SINGAPURA


RANKING DUNIA
Malaysia 144
Singapura 142

Sorakan semangat untuk MALAYSIA
Auuummmmm

Harimau Malaya bertemu Singa
Road to BRAZIL 2014


Semoga Harimau Malaya dapat mengasah lagi kuku taringnya untuk bertemu Singa





Saturday, July 2, 2011

CRAZY MORNING #2 : HILAI TAWA

CRAZY MORNING #0 : PROMO CJ7 CM

CRAZY MORNING #1 : SESI TANGKAP MUAT


CRAZY MORNING #2 : HILAI TAWA


Selesai breakfast, sesudah sesi tangkap dan muat , aktiviti diteruskan

Dimulakan dengan persembahan 'artis jemputan' , Zack
Disaksikan Cipot, Kacang dan Azfar

ZACK : Lagu apa aku main ni? CIPOT : Ko petik sikit je pun, aku dah bagi "A"

CJ7 kini berpecah kepada 6 kumpulan
SEPAH, JOZAN, NABIL, R2, JAMBU dan AMIR
Maharajalawak punya penangan

LIPAN : Aku nak korang cari ahli group guna tagline masing-masing

Ni dia team "SEPAH"
Ahhhh, semputtttt
Manisnya kurma ini
Team dah jadi juara Maharajalawak
Boleh ke nak jadi juara Crazy Morning pulak?


Diana - Ida - Adi - Zaki - Xixi - Jak - Abu - Nuar - Mus

Acara kemuncak Crazy Morning bermula
Sukaneka kanak-kanak lebih umur

Pusingan pertama
Pusing 5 kali 
Lari atas garisan lurus
Ambil sebiji kacang hijau dalam tepung guna chopstick
Bawa bola ping-pong guna sudu
Jalan itik untuk patah balik



AIK : 2 kali baru, pening doh aku MAK MING : Cukup dah tu. Lari terus

Paling ketara
CJ7 fail dalam bab "jalan itik"
Ramai yang "jalan biawak" (baca : pelawok) haha


Pengadil duk kira biji kacang : Mayaq - Sap Diah - Nipi - Yuyue - Syida

Pemenang untuk pusingan pertama ditentukan
Jumlah biji kacang hijau paling banyak dialah pemenang

Pusingan ke-dua
Regu

Yang berdiri MENGGAYAKAN, yang duduk MENEKA

Cik Zura duk buat gaya ke duk mengajar zapin?




Untuk pusingan ke-dua
Satu persoalan timbul
Apa fungsi "kain pelikat" dan "kain batik" tu? haha


Pusingan ke-tiga
Jalan ikat kaki

Gandingan bersam Zaki

Siti Aburaihana dan Nur Aizatul

Pusingan ke-tiga sedikit mencabar
Jalan sambil ikat kaki
Laki-laki pakai tudung
Perempuan pakai pelikat


Pusingan ke-empat
Bola beracun
Final round : SEPAH juara!

Dalam suasana gegak-gempita
Orang lain berkejaran ke sana ke mari
Tapi ada yang hanya duduk
Sebagai penonton setia
Layan hilai dan tawa

Hazwan Arif aka Beliau (http://kalampatah.blogspot.com/)
 
Acara selesai, sesi tangkap muat tak henti-henti
Di mana ada CJ7, di situ ada kemera
Game over

Acara sebelum bersurai adalah acara menternak lemak
Bihun goreng, telur mata bersama teh o
Makan pagi berjemaah : CJ7 the best!

Overall
Crazy Morning is so fun!
Penuh dengan hilai dan tawa
Kembalikan kenangan lama
Lepaskan gian untuk 'jalan itik' , 'bawa bola ping-pong dengan sudu' dan 'jalan ikat kaki'

Ingat acara sukaneka kemuncak untuk Crazy Morning
Rupanya ada lagi yang lebih menarik
Kemuncak untuk Crazy Morning adalah "anouncement"
Siapakah Juara? Apakah announcement yang dikatakan menjadi kemuncak Crazy Morning?

Opps, dah lebih patah perkataan
Kena sambung lain kali

Sumber foto:
[4] Acab


Entri Crazy Morning adalah entri koleksi peribadi untuk CJ7. Memori pasal Crazy Morning makin lama akan makin pudar, tapi entri-entri ini akan tetap di sini sampai bila-bila. Next, Crazy Morning #3 : Apresiasi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger