Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : 27





Sunday, June 26, 2011

CRAZY MORNING #1 : SESI TANGKAP MUAT


Safwan - Sami - Chan - Zaki - Harvin
Bila berkumpul, kami ibarat satu dunia
"1 WORLD"
Melayu ada, Cina ada, India pun ada
Tidak ketinggalan rakan dari negara luar pun turut serta
Dua-beradik dari Yaman : Sami Saeed dan Zaki Saed
Menikmati sandwich
Sarapan bersama Safwan Diah, Chan Yeng Ping dan Harvin Kaur


hanifi a.k.a beliamuda bersama peminat setia
Ada acara tanpa juruacara tiada berguna
Ada acara tanpa jurukamera kenangan tiada
Ada acara, ada beliamuda
Hah, jadi kerja jawabnya
Ada gambar, ada video, ada liputan di tweeter
Dan mungkin bakal menyusul

*****

Berkumpul sudah, bersarapan pun sudah
Tiba masa untuk sesi tangkap dan muat
Dimulakan dengan tangkapan pertama
Ikut "majoring final year"


ENVIRONMENT
Belakang dari kiri : Shamsul Amri , Irsyaduddin , Luqman Haqim , Afif , Syafiq , Akmal , Baharudin , Adi Aizat
Depan dari kiri : Izzati Boher , Syahidah Ramli , Nurazura Yusop , Rufaidah Mokhtar

Dimulakan dengan "orang-orang hijau"
Bukan "the Hulk", bukan juga "the Green Hornet"
Inilah mereka student "Environment"
Ingat bumi, ingatlah mereka!
Mereka pencinta alam
Seribu satu undang-undang "health, safety and environment" dalam kepala


PETROLEUM
Dari kiri : Hafzanizam , Ahmad Hisham Zakariah , Harvin Kaur , Ida Ameera , Syafyka , Farhan Faiz , Hafiz Amadzun , Aizudin Aizat

Seterusnya disusuli dengan "orang-orang hitam"
Mereka bukan "orang minyak"
Tetapi arif dalam selok-belok cari-gali minyak
Merekalah student "Petroleum"


PETROCHEMICAL
Belakang dari kiri : Izati Yusoff, Alwani , Amirah Hanim , Hidayah , Syuhaidah Rahmam , Aishah Rosli , Embut Pangestu , Nur Amira Jumat
Depan dari kiri :Zaquan Fauzan , Mustaqim Razak , Azfar Jaafar , Zaki Saeed , Safwan Atan , Kamil Mustafa

Oren menyala bagaikan "harimau"
Tidak mengaum, tidak menerkam
Muka bengis, tapi hati cute
"The Roar Of The Petchemists"
Itu slogan mereka
Student "Petrochemical" punya gerangan


PROCESS ANALYSIS AND CONTROL
Belakang dari kiri : Muzakkir Aziz , Khairul Redzwan , Faris Roslan , Sami Saeed , Abu Huzaifah , Irda Zahari , Faiz Fudzaili , Norhasifah , Fahmi Zulkefli , Azmie Johnson , Khairul Anuar , Syakilla , Hazwan Arif , Hanifi
Depan dari kiri : Fauzi Khamis , Zaheera , Liyana Kamarudin , Syafiq , Diyana

"control"
bukan, "control ayu" , bukan "control macho"
apatah lagi "queen control"
"control awesome" itu pasti
student "Process Analysis and Control"
sememangnya kami, fiwittttt!
*tak bias kan?*


PROCESS PLANT
Belakang dari kiri : Khairul Azhar , Khairulamin , Abu Raihan , Wan Amierul Azrif , Zakwan Sahak , Shariffudin , Amir Maliki
Depan dari kiri : Safwan Diah , Nasrullah , Nazliah , Chan Yen Pinng , Asyraf Maskan , Azizi

Merah membara semangat waja
Segak bergaya bukan sembarangan
PV = nRT dalam kepala
Belon pun jadi bahan kajian?
Inilah mereka student "Process Plant"

*****

Selesai berkumpulan, kami bergabung
Family CJ7 kini bertembung
Untuk tangkap muat di bawah satu bumbung
Untuk yang tak hadir, namamu tetap kami junjung!
* Aminuddin , Dharween , Khairuddin dan lain-lain*

One big family : CJ7 the best!

Kata "crazy morning"
Mana gila-gilanya?
Gila-gila pertama mengambili tempat
Tetapi masih dalam mode tangkap muat

Ini dia, lab coat menjadi alat
Bukan di lab tetapi di tepi tasik di atas padang bulat

Jejaka-jejaka CJ7


Jejaki-jejaki CJ7

Tidak cukup menggila
Kami teruskan agenda
Kini melompat di udara
Untuk tangkap muat lengkapkan cerita


Melompat cuma seinci

Melompat lebih tinggi

Selesai agenda tangkap muat
"Crazy morning" belum tamat
Ada acara lebih hebat
Bikin suasana jadi gamat!

to be continue...................


Sumber foto:
[4] Acab






Friday, June 24, 2011

RENUNGAN #1 : 10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN



Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :

Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab :

"Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
  2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.
  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
  8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

SUMBER : Renungan


Doa yang makbul
Al-Imam al-Suyuti menyebutkan hadith-hadith yang meriwayatkan tentang kategori pendoa-pendoa yang mudah dikabulkan permohonannya.

(1)Doa seorang yang dizalimi walaupun apabila dia seorang yang suka berbuat dosa berkaitan dengan urusan peribadinya.
Perlu kita berhati-hati agar tidak berbuat zalim kepada orang lain.

(2)Doa orang tua untuk anaknya
Berhati-hatilah anda yang sudah menjadi orang tua apabila bertutur kata kepada anak-anak. Jangan sampai keluar kata-kata yang akan menjadi doa yang buruk bagi mereka dan nantinya menyesal di kemudian hari. Untuk anak, janganlah kita malu untuk meminta orang tua kita mendoakan kejayaan kita dan memohon restu dan keberkatannya. Mudah-mudahan, kita mendapat redha dariNya.

SUMBER : Doa mustajab.



Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya

Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu

Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu



Renungan #1
Lumrah manusia termasuk aku, hanya berdoa bila keadaan terdesak, tidak pula berdoa ketika kesenangan memuncak. Kita selalu lupa akanNya, namun Dia tidak pernah sesekali melupakan kita. Ya, aku alpa. Walaupun imanku hanya senipis kulit bawang, aku memohona agar aku akan sentiasa bersyukur padaMu atas segala nikmat, rahmat dan kebahagiaan selama ini yang aku kecapi. Alhamdulillah! Jauhkanlah hatiku dari terus berbolak-balik dan hindarkanlah diriku dari rasa tidak bersyukur walaupun sekali. Semoga kesedaran ini bukan sementara, tapi selamanya. Amin





Wednesday, June 22, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : CRAZY MORNING






All the best to organizers

CJ7, see you there!

CJ7 (Click here)





Monday, June 20, 2011

GAMBAR TUTT.......


Aih, jangan menggelabah
Saja malas nak taip penuh tajuk je
Amboih, bunyi TUTT... terus klik
Apa nak jadi?


GAMBAR TUTTI FRUTTI

Sempena majlis pembukaan cawangan ke-2 Tutti Frutti di Medan Gopeng, berdekatan dengan Mc Donalds dan Burger King. kami telah berkesempatan untuk memenuhi undangan/jemputan pihak Tutti Frutti.



Dengar kata, ni duta terbaru Tutti Frutti cawangan ke-2. Eh yeke?


Alang-alang memenuhi jemputan, kami tak lepaskan peluang untuk merasa produk-produk yang ada. Frozen Yogurt keluaran Tutti Frutti, sungguhlah enak dimakan begitu saja.


510g je paling banyak (segan la plak orang lain ambil sikit). Cuba kira, RM0.53 X 510g berapa. Oh, mahal supo bedil mugo goni weh. RM27 kot. Tapi atas dasar jemputan/undangan khas tu, jimat la sikit. Kasik potong 50%, cuma perlu bayar RM13.50. Berbalaoi-baloi, mau menggigil telan benda nih.



Time makan, kena makan sungguh-sungguh. Tu dia,timbul urat merih tuh. Sejuk punya pasal. Aih, @beliamuda senyum sampai ke telinga kot boleh lepas hajat try Tutti Frutti.



Ni antara wakil media yang turut hadir bersama : @beliamuda , @muzek1056 dan @farismuhandisu . Memang sesuai jadi promoter kalau bab-bab makan nih.




Tanda penghargaan memenuhi jemputan ni, kami diberi "token of appreciation" iaitu sehelai tisu bercop Tutti Frutti. Bawak balik ni je lah sebagai kenangan. Lepas ni, tak tau bila la plak boleh sampai ke sini. Keluar kedai dengan senyuman dan bawa perut yang sejuk ke destinasi seterusnya. Ada promosi, kami datang lagi,lol


p/s: Entri suka-suka sebelum menghadap journal-journal untuk Final Year Project yang sedap macam Tutti Frutti


Koleksi gambar : Flickr beliamuda (klik sini)


Undangan yang dimaksudkan, boleh refer Jemputan Khas (klik sini)


Kalau bab-bab makan ni, aku takleh tolak. Lagi-lagi, kalau ada diskaun habis-habisan. Kalau tak, mapoih nak pergi makan tempat-tempat mahal macam tu. Makan nasi ngan budu je lah jawabnya. Setakat ni, dah 3 cabaran sudahpun disahut.



Cabaran 3 : TUTTI FRUTTI


Sape yang pergi time promosi 50% selama 2 hari ni? Aku nampak cam penuh dengan budak UTP je. Macam ada REUNION plak kat situ,haha. Minggu ni ada lagi promosi selama seminggu, tapi potongan 10% je lah. Kalau takde promosi, sah tak sampai lagi aku kat situ. Terima kasih Tutti Frutti, sedap sungguh yogurt demo. Gulp!







Sunday, June 19, 2011

HADIAH ISTIMEWA SEMPENA #fathersday

HAPPY FATHER'S DAY
#fathersday
By : penaberkala








Saturday, June 18, 2011

JOM MAKAN : TUTTI FRUTTI DISKAUN 50%


Apa tu TUTTI FRUTTI? 
Ngada-ngada je nama. Euwwwwwwwwww.Owh, sejenis makanan rupanya. Jom la kita study sikit pasal TUTTI FRUTTI kasik terbelit lidah sikit alang-alang dengar kata ada diskaun 50%. Apa lagi, jom la serang. Sebenarnya, Tutti Frutti tu adalah sejenis yogurt, yang dikenali sebagai ‘Tutti Frutti Frozen Yogurt’. Aku ingat ais krim,haha. Aih, jakun sungguh.


Kat mana?
Dengar kata kat Gopeng. So, orang-orang Perak, moh pi serang ramai-ramai ke outlet kedua Tutti Frutti di Medan Gopeng. Bila lagi mau try, time promosi ni la. Baru jimat sikit. Amacam?


Bila?
Outlet kedua di Medan Gopeng baru je buka pada 17 Jun 2011 (Jumaat). Promosi ini berlanjutan sehingga 18 Jun 2011 (Sabtu). 50% diskaun untuk pelanggan yang datang. Aih, ni rasa nak pergi nih. Nak try gak camne rasa benda alah ni.
  • Sempena hari pembukaannnya, pihak pengurusan menawarkan diskaun 50% selama dua hari iaitu pada hari Jumaat (17Jun2011) dan Sabtu (18Jun2011).
  • Diskaun 10% pula selama seminggu bermula 19 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.


Berapa harga?
Gua pun tak pernah lagi try benda ni. Nama pun masih sangkut-sangkut lagi nak sebut. Tapi, kalau dapat try best jugak nih. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu semurah RM0.53 untuk 10gram dan harganya akan meningkat mengikut jumlah yang diambil oleh pelanggan.Kalau perut macam tong, sah-sah la 1kg baru cukup kan? lol. Murah lagi tuh, 1kg = 1000g. Baru RM53. Potongan pulak 50%, baru RM26.50. Jimat habis tuh. Asal dapat menikmati Tutti Frutti dengan penuh kepuasan, hohoho.

 
Ada khasiat ke?
Ada kot. Aku baca-baca tadi, dia cakap Tutti Frutti ni sejenis makanan yang bagus untuk kesihatan kerana ianya mempunyai pelbagai kebaikan.Antaranya, ia kaya dengan sumber protein, riboflavin, kalsium, dan vitamin B12.Dipercayai, ia mampu untuk mencegah kanser usus, merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol, meningkatkan sistem imun badan, rendah lemak, rendah kalori dan meningkatkan penyerapan mineral. Eh Yeke? Tak tau la takut ni agenda untuk promosi kan? Try cuba la sekali camne rasa. Kalau lawas tu, betul la tuh,hahaha.


Atuk dan nenek boleh makan ke?
Boleh-boleh. Jangan tinggal mereka kat rumah pulak, bawak depa sekali. Tutti frutti ni sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan ianya boleh dimakan begitu sahaja ataupun ditambah ‘topping’ istimewa seperti sos coklat, sos strawberry, bijiran dan buah-buahan segar.


TOPPING BUAH

TOPPING SNACK & COKLAT


Makan yogurt pun ada peluang dapat Blackberry?
Pelanggan yang membelanjakan minimum RM50 dalam satu resit berpeluang untuk menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa dua telefon pintar Blackberry (klik sini).


SUMBER : Tutti Frutti lancarkan cawangan kedua di Medan Gopeng (klik sini)



Alang-alang weekend ni, apa lagi. Jom la kita serang Medan Gopeng,hoho. Lokasi? Try google sendiri eh. Sape nak gi? Roger-roger la sini, mau ikut sama.





Friday, June 17, 2011

BOLEH TUJU LAGU?




Tuju lagu, tapi klik sendiri ye. Layannnnn

Sofaz - Sesuatu Yang Berbeza

This mp3 found @ weblagu.com
Download : Sesuatu yang berbeza (di sini)


Sesuatu yang Berbeza
Sofazr

Ada sesuatu yang berbeza
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini

Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkanku
Satu keinginan terpendam di hatiku
Bermain di dalam rahasia cinta ku

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku

Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini

QUOTE OF THE DAY
11 orang yang bersetuju!

Sometimes you can't really describe the strong feeling you have for someone you love, you just feel it.



Tak salah kan tuju lagu? Bukan nak perasan,cuma ada perasaan,hohoho





Wednesday, June 15, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : POTRET



Terima Kasih Jurulukis!





Tuesday, June 14, 2011

KIJANG BARU PATAH GIGI, BUKANNYA PATAH KAKI



Hari itu, aku ada tulis pasal telur penyu tak nak menetas, kijang cuba ambil kesempatan (klik sini). Dan di bahagian bawah sekali, aku selitkan Dialog sengal yang berbunyi:

PENYU : Telur aku tak mau menetas malam ni. Simpan untuk ke Bukit Jalil lah
KIJANG : Kalau macam tu, tak apalah. Biar aku je lah tendang telur-telur ni masuk gol. Tak banyak, 3 bijik je
untuk malam ni.






Kan betul, penyu simpan telur untuk menetas di Bukit Jalil. Paling tidak, 2 bijik jugak penyu menetaskan telurnya sekaligus mematahkan 1 gigi si kijang. Oh, sakit sungguh! Kini, kijang pula menggigit jari. Tapi tak apa, kijang baru patah gigi, bukannya patah kaki. Kalau dah patah kaki, susah pulak nak berlari, apatah lagi beraksi.




Tanggal 14 June 2011 (Selasa), Kijang akan beraksi lagi. Kali ini akan menentang Seladang (Perak). Rasanya, pertempuran ke-2 antara Kijang-Seladang pastinya cukup hebat. Dendam kesumat dibaham 4-0 oleh Seladang dulu, adakah mampu dibalas? Ataupun, dalam keadaan kijang yang masih patah gigi, adakah akan sedikit sebanyak mengganggu emosi untuk terus beraksi? Apapun, kita tunggu dan lihat. Semoga, kijang bakal beraksi dengan lincah.


Gelanggang Kijang-Penyu sudahpun berakhir. Tahniah buat skuad penyu, jangan patah semangat buat skuad kijang. Kini, gelanggang yang lebih mencabar pula dibuka, perang tiga penjuru, Kijang-Penyu-Red Giants. Yang manakah bakal munjulang gelaran Juara Liga Super 2011?


Walaupun kalah di Bukit Jalil, kekalahan yang amat menyakitkan bagi penyokong The Red Worriors, tapi aku yakin masih ramai yang akan tetap menyokong TRW untuk terus beraksi di arena. Hanya penyokong plastik yang akan lari bila pasukannya kalah. Dan penyokong fanatiklah yang akan sentiasa sokong tidak kira kalah, seri apatah lagi menang!


Notakaki : Bila menang kau sanjung, bila kalah kau kutuk. Memang kau penyokong yang busuk! Kalau semua game kau nak menang, baik ko duk depan desktop, pegang joystick, main sekor-sekor. Kalau seri, kalau kalah, kau restart balik sampai kau puas hati dan sampai kau menang. Tak payah nak jadi penyokong bola sepak la kalau semua game nak menang. Haktuihhhhh



Aku masih sokong The Red Worriors, Gomo Qlate Gomo!
Walaupun ke Bukit Jalil tanpa kemenangan
Lihat sendiri detik kekalahan di saat kegembiraan disangkakan berpanjangan
Tapi itu tidak bermakna TRW berada di titik kejatuhan
Mungkin itu akan menyaksikan TRW bakal berada di titik kebangkitan
Bukan hanya untuk musim ini, tapi juga untuk musim-musim mendatang
Kalah sekali, bukan bererti perlu senyap!

TRW TETAP DI HATI!
Oyeahhhh


Aku belajar sesuatu di Bukit Jalil,
kekuatan pemain di gelanggang bukan 100% terletak di bahu mereka, tetapi 200% terletak di bahu penyokong! Sorakan berterusan sedikit-sebanyak membakar semangat mereka mengayuh keringat untuk terus bertahan dan berlawan. Falsafah bola sepak yang aku fikir, yang aku tulis di ruangan FALSAFAH BOLA SEPAK DAN NORMA KEHIDUPAN (klik sini) ada juga betulnya.


Dan, komen-komen yang menarik perhatian aku dah terbukti ada benarnya:

Hazwan Arif
Penyokong itu umpama org sekeliling kita. Sukar nak meneruskan kehidupan tanpa sokongan mereka...

blog-tips-kurus
Sedetik alpa, selamanya merana


Apa yang pasti, secara analogi : Arena bola sepak persis kehidupan kita sejagat





Thursday, June 9, 2011

FALSAFAH : BOLA SEPAK DAN NORMA KEHIDUPAN

 Bola itu bulat, 
tapi bukan selama-lamanya akan kekal bulat
Bola itu bulat,
tapi bukan hanya untuk disepak



FALSAFAH BOLA SEPAK
Oleh : penaberkala


Kehidupan yang kita ada ibarat 90 minit di atas padang bola sepak. Menang, kalah mahupun seri hanya dapat ditentukan setelah wisel ditiup


Serangan bertubi-tubi dan penguasaan bola di padang tidak bermakna tanpa penyudah dengan jaringan. Umpama usaha keras dan berpenat-lelah tanpa hasil


Setiap kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan, kadang-kadang terlepas dari pandangan. Namun, adanya pengadil pastinya balasan setimpal bakal kita peroleh. Tidak kad kuning, kad merah bakal dilayangkan selaku hukuman


Orang yang hadir dalam hidup kita jangan dianggap seperti bola sepak. Nak kita kejar, tak nak kita tendang laju-laju.


Sebolehnya, jadilah seperti goalkeeper. Sentiasa berusaha mengawal gawang gol dari dibolosi dalam apa jua keadaan sekalipun


Keputusan yang kita buat, kadang-kadang dipengaruhi dan dibantu oleh orang sekeliling kita seperti patuhnya pengadil perlawanan kepada penjaga garisan kiri dan kanan


Orang sekeliling hanya penyokong. Bersorak di waktu kemenangan,mencela di waktu kekalahan.Selaku pemain,kita perlu bermain sepenuh hati kita tidak kira kalah, menang mahupun seri.


Penyokong yang setia adalah penyokong yang menerima setiap keputusan perlawanan sama ada menang, seri mahupun kalah seperti seorang sahabat yang setia kepada sahabatnya tika susah mahupun senang


Tiada apa yang mustahil dalam hidup selagi ada kesempatan dan peluang. Ibarat kemenangan yang diperoleh dalam perlawanan walaupun sudah ketinggalan 0-2 mahupun 0-3 pada awalnya


Peluang yang kita peroleh dalam hidup seperti sepakan penalti. Sama ada kita manfaatkan dengan sebiji jaringan atau mensiakannya dengan sebuah kekecewaan.



NORMA KEHIDUPAN


Hidup penuh dengan warna-warni, hanya kita yang mampu mencorakkannya dengan warna pilihan dan kesukaan kita sendiri


Kita ada apa yang orang lain tiada, dan sebaliknya. Itulah uniknya manusia, kita sama tapi kita berbeza-beza


Notakakibangku : Aduh, sampai nak berfalsafah pun rembat habis istilah bola sepak. Maklumlah, musim bola sepak kan tengah rancak sekarang. Semua yang tercatat adalah rekaan semata-mata, boleh pakai ambek, tak boleh pakai campak jauh-jauh. Ilham dari laman twitter @penaberkala.

Ada apa-apa nak tambah? Silakan, kecil tapak tangan, stadium Bukit Jalil saya tadahkan.


Yezza, dah dapat green-light untuk ke Bukit Jalil untuk Final FA 2011 11 June nanti. Semangat-semangat! Jom sama-sama sokong bola sepak tempatan. Gomo qlate gomo, peteh ganu peteh. Mana satu pilihan anda?





Wednesday, June 8, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : GAMBAR BERSAMA PEMINAT

PhotoFunia


Kalau gambar ni real, konfirm kontroversi,kahkahkah. 
Tiba-tiba terjumpa gambar ni. Susah betul nak cari gambar sendiri tanpa kacamata.


Misi mencari pengganti : FOCUS POINT





Tuesday, June 7, 2011

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2011 : TELUR PENYU TAK NAK MENETAS, KIJANG CUBA AMBIL KESEMPATAN

Kesinambungan dari entri yang lalu iaitu Kedudukan Terkini Liga Super 2011 (klik sini), nampaknya kedudukan terkini sehingga 6 Jun 2011 kian berubah. Persaingan tiga penjuru antara Kelantan, Terengganu dan Selangor kian rancak dalam misi memburu Juara Liga Super 2011.


Masing-masing mempunyai peluang tersendiri untuk merebut gelaran Juara Liga Super 2011 dengan memiliki baki 2 perlawanan lagi. Sebarang kesilapan, semestinya bakal mengundang kekecewaan untuk pasukan masing-masing.

Untuk perlawanan seterusnya pada 14 Jun 2011 nanti, perlawanan akan tertumpu untuk 3 pasukan teratas iaitu:
  • Kelantan VS Perak
  • Terengganu VS T Team
  • Selangor VS Felda United
Untuk perlawana ini, ketiga-tiga pasukan rasanya akan dicabar hebat oleh pasukan lawan masing-masing. Perak pernah mengalahkan Kelantan, T Team pula mungkin mencabar hebat pasukan Terengganu. Cuma, Selangor dilihat punyai kelebihan dalam perlawanan menentang Felda United yang pernah ditewaskan sebelum ini. Tapi, apapun boleh jadi. Aih, debaran kian terasa nampaknya nanti.


Seterusnya, perlawanan penutup tirai untuk Liga Super 2011 bakan dilangsungkan pada 6 Julai 2011. Perlawanan penutup tirai bakal menentukan jatuh bangun 3 pasukan teratas dalam menentukan Juara Liga Super 2011.
  • Kelantan VS Sabah
  • Terengganu VS Felda United
  • Selangor VS Perak
Semoga pertemuan Kelantan dan Sabah dapat memudahkan laluan Kelantan untuk bergelar Juara Liga Super 2011.

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER SEHINGGA 6 JUN 2011



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 6 JUN 2011
TERENGGANU 0 : 3 KELANTAN

SELANGOR 7 : 1 PERLIS

JOHOR FC 1 : 1 PERAK

FELDA UNITED 1 : 2 KEDAH

NEGERI SEMBILAN 4 : 0 T TEAM


cepumas : Guano team penyu (T TEAM dan TERENGGANU) tok sir menetas male ni? Agak-agak, antara KELANTAN, TERENGGANU dan SELANGOR, team mana bakal bergelar JUARA LIGA SUPER 2011?



Perlawanan Akhir Piala FA (11 Jun 2011) sudahpun hampir tiba, pasukan manakah menjadi pilihan anda?

KELANTAN atau TERENGGANU

Undian dibuka sekarang untuk peminat setia bola sepak tempatan : KEMPEN PIALA FA (klik sini)



NOTAKAKI : gi tengok bola tanpa spek hari ni. Bukan tengok match, tengok skor je la,lol. Sebab takde spek? (klik sini). Mata- yang blurr, tiba-tiba cerah bila tengok 3-0, hahaha. Cayalah The Red Worriors. Gomo Qlate Gomo! Jom pakat gi ramai-ramai tengok perlawanan akhir Piala FA 11 Jun 2011 nanti.

Kagum tengok KALAMPATAH gi tengok match di Sithick dengan bertongkat tadi. Memang penyokong setia bola sepak ni. Cayalah


:::::Dialog sengal:::::

PENYU : Telur aku tak mau menetas malam ni. Simpan untuk ke Bukit Jalil lah

KIJANG : Kalau macam tu, tak apalah. Biar aku je lah tendang telur-telur ni masuk gol. Tak banyak, 3 bijik je
untuk malam ni.

Kesian penyu, menangis tak berlagu. Sebab tu kot munculnya kisah Air Mata Sang Penyu Meleleh (klik sini). Kijang, jangan leka. 11 Jun 2011 ko mengganas lagi ye.





Monday, June 6, 2011

BILA MEMBER DAH MULA KAHWIN, KITA PUN............

Bila member dah mula kahwin, kita pun.........

Apa?

Nak kahwin juga?
Kalau ada calon, cepat-capatlah. Benda yang baik, tak elok ditangguh-tangguh.

Baru nak cari calon?
Bagus la, dah ada perancangan untuk masa depan

Terkejut sebab kita masih belajar?
Nak buat macam mana, seru mereka dah sampai. Esok lusa, giliran kau, kau, kau, kau, kau dan aku..
Eh, lambat lagi tuh giliran aku,lol

Sebenarnya,

Bila member dah mula kahwin, kita pun.........
Ucaplah selamat pengantin baru, semoga merEka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Sama-sama doakan kesejahteraan dan kebahagian mereka. Kalau kelapangan tuh, bawak-bawaklah datang ke majlis kenduri perkahwinan mereka.

Dulu lain, sekarang lain.
Dulu, sekadar baca kad undangan majlis kahwin, akak-akak, abang-abang, sepupu-sepapat, saudara-mara yang kahwin.
Sekarang? Dah tiba masanya kawan-kawan sendiri pula yang kahwin.
Maksudnya?
Tak lama lagi, kita la plak kan. Itulah, bila usia semakin meningkat dewasa, benda-benda ni la plak perlu kita fikir dan fahami.


Berbalik kepada motif asal entri ini, luang-lingkup ini adalah istimewa buat member-member yang baru saja melangsungkan perkahwinan dalam bulan Jun 2011 ni. Bak kata Azizul Abllah aka Gjoe:

Jawapan dari kawe : Sudah mesti, demo pun akan ada di sini
Translation : Try translate guna google translater,wakaka


Mungkin beliau sudahpun membaca entri yang aku tulis sempena majlis perkahwinan Shuhada Omar tempoh hari di sini : Selamat Pengantin Baru Shuhada Omar

Dengan status di atas, tak salah rasanya jika aku hebahkan lagi perkahwinan member-member lama di blog ini untuk tatapan rakan-rakan yang tak berkesempatan pulang ke majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Next time, mungkin giliran orang lain plak. Kalau gambar ada dan ditag ke fb aku, insyaAllah aku buat terutama Azizul Abllah dan isteri,hahaha


SELAMAT PENGANTIN BARU RAJA FITRIYANI

3 JUN 2011

Dari kiri : Puan Shuhada, Raja, Biena, Atin, Gjah, Aishah bersama pengantin baru Raja Fitriyani dan suami

Tu dia, bila Raja Fitriyani menjadi raja sehari. Sungguh berseri-seri. Bersama suami di sisi, Encik Amirul empunya diri. Kuning sungguh raja sehari, ampun tuanku!

Apapun, maaf tak dapat hadirkan diri untuk majlis walaupun kad jemputan ada sampai di rumah. Nampak gayanya, boleh start simpan kad undangan majlis kawan-kawan la lepas ni untuk kenangan.

Di kesempatan ini, selamat pengantin baru diucapkan. Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. Ucapan isitimewa dair kejauhan buat Raja dan suami dari rakanmu. Eh lupa, Puan Raja Fitriyani. Muda-muda dah jadi puan ye? hahaha.


SELAMAT PENGANTIN BARU AIN AQILAH

2 JUN 2011

Pengantin baru, Ain Aqilah bersama Syazni

Mungkin ramai yang tidak tahu, seorang lagi member kita yang sudahpun berkahwin adalah Ain Aqilah. Majlis perkahwinan beliau diadakan pada 2 Jun 2011 menurut tetamu yang dijemput hadir, iaitu Syazni. Kepada sesiapa yang tak dijemput tuh, takyah nak berkecil hati. Mungkin tak sempat nak jemput semua member-member. Aku pun baru je tahu hari ini. Apapun, tumpang gembira untuk mereka yang telah bergelar raja sehari.

Apapun, kita doakan kebahagiaan Puan Ain Aqilah dan suami. Semoga bahtera yang mereka bina dapat melayari lautan kehidupan dengan aman dan harmoni, amin.


nota kosong: InsyaAllah, kalau masih bernyawa, dikurniakan kelapangan dan blog ini masih hidup, perkahwinan member-member akan disiarkan di sini sebagai kenangan kita bersama. Biar masing-masing cepat-cepat nak langsungkan majlis sendiri,haha. Lepas ni agak-agak sape pulak? Azwan Kifli dan Tuan Nur Azniera bila plak? Nuril Aslina dan Halimi Halim dah ada orang nak sponsor akok satu par sorang. Tunggu apa lagi? Azizul Abllah jangan bimbang, majlis demo kalau takde aral melintang, kawe sendiri nak gi buat liputan. Jemput awal-awal sikit tuh.


Musim cuti sekolah ni, memang banyak sungguh majlis kahwin-kahwin ni. Sampai member buat lawak di facebook kata dah bertunang pun aku percaya. Tapi kalau betul pun, apa salahnya kan? Cepat sikit boleh makan nasi minyak.


Pesanan penaja: Nak kahwin tu, jemput-jemput la aku. 3 majlis dah aku terlepas. Keududukan sekarang pun dah pun berubah, 3-0 dah (Perempuan : Lelaki). Maklumlah, lelaki kan kena cari kerja, cari duit dulu nak sara anak orang. Takpe lambat, asal selamat.



Korang semua yang baca ni, dah plan nak kahwin ke? Agak-agak bila tuh? Aku nak apply jadi pengapit, boleh ambil-ambil berkat kan?





Sunday, June 5, 2011

[AWOK]2 : TRAVELOG KE AIR TERJUN GEPAI, BIDOR


AIR TERJUN GEPAI

Air terjun Gepai terletak di Bidor, Perak Darul Ridzuan. Tak pernah dengar pun nama tempat "GEPAI". Semalam, sempat googling around pasal Gepai Fall, Bidor, Perak. Terjumpa 1 gambar dan ia cukup mengujakan. Klik sini : Gepai Fall


Pagi-pagi buta dah bangun untuk goreng bihun dan packing barang. Terima kasih kepada semua chef yang bertugas : Mak Ming, Amir, Jahar. Akhirnya, jadi jugak bihun goreng bujang,haha. Sedap tak sedap lain kira, yang penting ada makanan. Ayam untuk bbq pulak perap ikut suka hati pukul 2 pagi,lol.


raddy, nuar, amir, mak ming, jakir, pok jak, kudo, mayak, pok lang, nije, jahar,micro, alip cyclo

Perjalanan bermula pukul 900 pagi. Dengan 3 buah kereta, DAP, DAS dan DW. Rombongan disertai 14 jejaka dari pantai timur atau lebih dikenali [awok]2 di kampus yang rata-rata berasal dari Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Kira-kira pukul 1100 pagi, sampai ke destinasi yang dituju selepas 3 perhentian.


pengembaraan bermula, Gepai here we go!

Memandangkan banyak sangat perkakas dan makanan yang dibawa, perlu la angkut sikit sorang menuju ke tapak perkelahan. Perjalanan mendaki batu-batu sebesar gergasi dan mengharung air mengambil masa kira-kita 20 minit untuk sampai ke lokasi pilihan.


mengharungi laluan ke lokasi bbq

Tema kerjasama, naik batu turun batu barang diagih-agih. Rentas air, barang-barang diagih-agih seperti mangsa banjir. Torbaikkk. Siap beratur ambil giliran passing barang-barang.


kami bukan penyelamat mangsa banjir

Rasanya, laluan ke lokasi yang dituju agak mencabar. Selang-seli panjat batu-batu dan rentas air. Tersalah langkah, terpeleot. Tersilap atur langkah merentas air melalui batu yang licin, tenggelam. Usaha angkut barang, memang tak boleh blah. Masing-masing ada bakat untuk apply skuad bantu mangsa banjir.


air batu = air + batu

Sampai di lokasi, terus siap-siapkan tapak untuk bbq. Buat air pula tanpa ais. Jadi, nak sejukkan air, ada plak yang pergi rendam jug air dalam air. Brilliant idea daripada mayak. Ini best bro! Walaupun nak minum air pun berenang ke tepian sebelah sana,lol


bbq

Menu utama untuk sarapan sebelum berendam adalah bihun goreng. Status bihun sedap ke tak sedap? Memandangkan licin, andaian chef-chef tak bertauliah anggap bihun itu sedap,haha. Seterusnya, sesi membakar ayam, sosej, isi ketam dan bebola ikan.


[awok]2

Kenyang perut, suka hati. Ramai-ramai pakat gi berendam. Macam-macam ragam ada, kalau nak story tak habis 7 hari 7 malam aku rasa. Air sejuk macam air batu. Kualiti air bersih, dijamin selamat insyaAllah.


Lokasi cermin mata lemas dan dibawa arus, aku kebengongan

AMARAN : Orang berkacamata dinasihatkan agar membuka cermin mata sebelum berendam/berenang/bermain air

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung kacamata? Hanyut dibawa arus air terjun.

Tak pasal-pasal aku pergi dengan mata 4, bawa balik 2 mata saja. Cacat sementara la jawabnya sampai ada pengganti yang baru.


masuk angin keluar asap

Spec pun dah hanyut, handphone pulak ada problem. Main hidup mati hidup mati. Aih, dugaan sungguh. Lebih baik tiup asap daripada memikirkan nasib malang hari ini.


Penerjun bebas

Terjunan bebas antara aktiviti yang menarik perhatian. Ni muka-muka wakil daerah acara terjun bebas. Gaya kupu-kupu, gaya dugong, gaya ultraman, gaya goku, gaya dewa, semua ada.


Gaya apakah?

Antara salah satu gaya terjunan bebas adalah seperti di atas. Agak-agak, gaya apakah yang cuba ditonjolkan? haha

Perjalanan pulang ke kampus pukul 330 petang. Singgah di Petronas Tapah untuk solat zohor dan kemudiannya terus pulang ke Tronoh. Dengar kata, DAS dan DW terlajak sampai ke BOTA, pi pekena SATAY BOTA. Torbaik la hari ni.

Apapun, alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik. Walaupun kacamata aku je yang lemas di bawa arus, tak apalah. Sama-sama sedekahkan al-fatihah. Semoga rohnya tenang di sana. Melayang lagi la fulus!

Credit : A. Alip

Jejaka di sebalik foto-foto yang terhasil

Info lanjut : Air Terjun Gepai / Gepai Fall





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger