Tuesday, May 31, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU : SHUHADA OMAR

Cuti sekolah...Kenduri kahwin...
Kenduri kahwin...Cuti sekolah
Cuti sekolah dan kenduri kahwin memang tak dapat dipisahkan
Ye lah, time cuti la mudah nak berkumpul anak-beranak
Tak kira jauh mahupun dekat
Apapun,
Selamat pengantin baru kepada semua yang mendirikan masjid dan melangsungkan perkahwinan!
Begitu juga kepada bakal-bakal pangantin
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Amin...


30 Mei 2011

Tanggal 30 Mei 2011, telah berlangsungnya perkahwinan member aku time sekolah menengah dulu-dulu. Kenal time lower form (form 1-form 3). Bulan lepas dapat perkhabaran di facebook yang beliau akan berkahwin. Dan 30 Mei 2011 sudahpun berlalu dan menjadi detik bersejarah baginya.


Tak sempat ke majlis kenduri, dapat tengok gambar pun jadi lah.


Di kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Amin


Sebelah kanan dan kiri pengantin tu bila lagi majlisnya?



Dari jauh, aku mampu senyum je lah tengok gambar member-member meraikan hari bahagia kawan lama. Tunmpang gembira sekaki. Ni antara kawan-kawan yang sedang bercuti dan sempat ke majlis perkahwinan Shuhada Omar.


Member-member yang turut memeriahkan majlis perkahwinan Shuhada Omar


Dari kiri (belakang) : Pok Jatt, Piju, Shud, Limi, Tien, Nino
Dari kiri (depan) : Imi, Nije, Amir, Gjoe, Pok Loh


Dan dengar kata, ada lagi satu majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 3 June 2011 nanti. Juga kawan sekolah menengah di MRSM Jeli dari form 1 - form 5 iaitu Raja Fitriyani. Lagi sekali, tak dapat nak hadiri majlis kahwin member, melepas lagi sekali jawabnya nak makan nasi minyak member kahwin.


Apapun,
kepada yang dah plan nak bertunang mahupun berkahwin, hulur-hulurkanlah khabar berita.
Kalau takde aral melintang, boleh la join.
Member perempuan dah 2 orang yang kahwin, member lelaki bila lagi?
Kedudukan terkini : 2-0, lol

Agak-agak, Halimi Halim dan Nuril Aslina bila tuh nak naik pelamin? haha
Kami tunggu kad undangan je nih


Kredit foto : Facebook Atin Marzuki
Cerita kawan pengantin : Tieykah


end note : Untuk semua kawan-kawan MRSM Jeli, selamat beraktiviti. Uish, meriah sakan puak demo beraktiviti loni. BBQ, Futsal, bekwoh, macam-macam bunyinya. Kepada yang bercuti, selamat bercuti. Kepada yang dah habis belajar, selamat mencari kerja dan selamat bekerja. Kepada Wan Aathena, dengar kata dah dapat kerja, good luck and all the best for your career. Datang konvo jangan lupa roger aku.


we will end this chapter soon, MAY. Continue our writing for the next chapter, JUNE!





Sunday, May 29, 2011

KEDUDUKAN TERKINI : LIGA SUPER 2011

Bola sepak tempatan pun semakin rancak sekarang. Perebutan antara tiga pasukan teratas, antara Kelantan, Terengganu dan Selangor. Terkini, 29 Mei 2011, setiap pasukan masing-masing ada 3 perlawanan lagi sebelum menamatkan Liga Super 2011. So, setiap perlawanan penting bagi ketiga-tiga pasukan untuk muncul selaku juara liga musim ini. Sedikit kesilapan oleh mana-mana pasukan akan memberi laluan mudah dan peluang untuk pasukan lain menaiki takhta selaku juara Liga Super 2011.

Setiap pasukan masih berpeluang menjadi juara. Tapi, rasanya persaingan hebat dan jelas boleh dilihat antara pasukan Kelantan dan Terengganu.


 Keputusan penuh perlawanan Liga Super 2011 -> http://sokernet.com/


Keputusan penuh perlawanan 28 Mei 2011 menyaksikan Terengganu tewas 0-1 di tangan Kedah. Kelantan dan Selangor masing-masing mencatat kemenangan sekaligus mengutip 3 mata penuh. Sebelum ini, Terengganu merampas takhta selaku juara liga daripada Kelantan setelah menundukkan Pahang 5-0 dengan penuh bergaya dengan pesta gol mereka dan turut dibantu pasukan senegeri T Team yang menundukkan Kelantan 2-1. Dengan berakhirnya perlawanan 28 Mei 2011, kedudukan liga kembali berubah dan kini semakin sengit antara Kelantan dan Terengganu.

Kedudukan  terkini sehingga 28 Mei 2011 menyaksikan Kelantan dan Terengganu begitu terikat dengan jumlah menang, seri dan kalah dalam kesemua 23 perlawanan adalah sama sekaligus berkogsi jumlah mata yang sama iaitu 47 mata. Lebih menarik perbezaan gol pun turut sama antara kedua-dua pasukan iaitu 26 gol. Cuma yang membezakannya dan meletakkan Kelantan selaku juara liga buat masa ini adalah lebihan cuma 1 gol, 46 gol berbanding Terengganu 45 gol. LOL, agak besaing rapat di situ. Kesilapan membawa padah.



Secara kasar, untuk Liga Super 2011, kedudukan terkini pasukan dalam carta liga jelas boleh dibahagikan kepada 4 kelompok utama.
Kelompok 1 : Kelantan - Terengganu - Selangor
Kelompok 2 : Perak - Kedah - Harimau Muda
Kelompok 3 : T Team - Johor FC - Felda United
Kelompok 4 : Negeri Sembilan - Kuala Lumpur - Sabah - Pahang

Perlis : Rasanya untuk musim kali ini Perlis tak mampu beri saingan kepada  mana-mana pasukan kerana jauh ketinggalan.

Apapun, masih berbaki 3 perlawanan untuk setiap pasukan merombak kedudukan dalam liga kali ini. Untuk 3 perlawanan ini, mungkin persaingan akan berlaku dalam kelompok masing-masing untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam Liga Super 2011. Kerana mana mungkin pasukan dari kelompok 2 mampu melonjak ke tangga teratas dengan perlawanan yang hanya berbaki 3 perlawanan saja lagi.


Untuk pasukan Kelantan, The Red Worriors (TRW), 3 pasukan yang akan ditentang selepas ini adalah Terengganu (pesaing terkuat musim ini), Perak dan Sabah.

6 Jun 2011 : Terengganu vs Kelantan

Terengganu bakal beraksi di laman sendiri dan merupakan perlawanan Psykologi kerana pertemuan ini sedikit-sebanyak bakal mempengaruhi kedua-dua pasukan untuk saingan perlawanan akhir Piala FA pada 11 June 2011 nanti. Masing-masing akan merebut kemenangan untuk menjamin kedudukan selaku pendahulu liga dan juga merebut takhta selaku Juara Piala FA pada 11 June. Selain bertemu Kelantan, Terengganu akan bertemu menentang T Team dan Felda United yang dilihat mampu mengganggu-gugat kemaraan Terengganu.

14 Jun 2011 : Kelantan vs Perak
 
Perak merupakan pasukan yang dilihat akan memberi cabaran dan saingan kuat untuk pasukan Kelantan dalam misi mengutip 3 mata penuh. Mampukah Kelantan membalas dendam dan menuntut bela di atas kekalahan teruk 0-4 kepada Perak dalam perlawanaan yang lalu di Stadium Ipoh? Itu bakal terjawab pada 14 Jun 2011 nanti. Kelebihan pastinya berpihak kepada Kelantan kerana bakal beraksi di laman sendiri dengan lautan merah peminat fanatik The Red Worriors.

6 Julai 2011 : Sabah vs Kelantan 

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pasukan  yang berada di tangga tercorot jangan dianggap tidak berbisa. Tengok saja Kedah yang mampu mengalahkan Terengganu dalam perlawanan 28 Mei 2011, ini juga mungkin akan berlaku. Apapun, semoga perlawanan antara Sabah dan Kelantan akan memberi peluang cerah untuk Kelantan memungut 3 mata penuh dan terus mara untuk merebut takhta selaku Juara Liga Super 2011.


Untuk keputusan semasa dan terkini, boleh kunjungi -> http://sokernet.com/keputusan-terkini



GOMO QLATE GOMO

Selagi wisel 90 minit tak ditiup, selagi itu The Red Warriors menang. 
Selepas 90 minit, kalah,menang,seri, kita terima.


p/s: wartawan sukan tak bertauliah






Wednesday, May 25, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : EPOK

Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


epok (baca : airport)

Ramai jugak yang buat Wordless Wednesday rupanya.Kang dah berjangkit ni walaupun Wednesday dah nak abis,lol. Next week buat Menu Monday la plok kat blog ni.Buat lain dari yang lain. Baru syok. Ada variasi sikit kan.



Sempena Wordless Wednesday, aku jadi model keselamatan jalan raya (klik sini)? Cis, bertuah punya kawan, upload gambar pakai safety helmet dalam kereta, gelak guling-guling,. Jatuh saham gua boh





Tuesday, May 24, 2011

MUNGKINKAH?



MUNGKINKAH?
penaberkala

Ingin ku lihat
Yang kaya itu berjalan kaki
Yang miskin itu menaiki Ferrari

Ingin ku dengar
Yang bijak pandai itu gagal
Yang bodoh sombong itu berjaya

Ingin ku sentuh
Yang merah membara itu dingin
Yang jernih berasap putih itu hangat

Ingin ku rasa
Yang manis itu kopi
Yang pahit itu gula
Yang pedas itu garam
Yang masin itu lada

Ingin ku tahu
Yang bercakap benar itu petualang
Yang lidah bercabang itu pejuang

Ingin ku bertanya
Mungkinkah?

Ingin ku beri
Yang berkata mungkin satu persoalan
Yang berkata tidak satu jawapan


Tiba-tiba rasa selesa meluahkan kata-kata dalam bentuk penulisan kreatif. Bukan nak berlagak jadi sasterawan negara, cuma jiwanya ada di situ. Kali ini, lebih selesa menyampaikan yang tersirat dari yang tersurat. Mungkin sudah bosan asyik membaca yang tersurat, situ sana sini terpampang. Sampai mual dan sesak nafas sendiri.

Kali ini, izinkan diri sendiri faham apa yang ditulis. Menulis dari ilham dan pemikiran sendiri. Mungkin ada antara mereka yang lain di luar sana juga faham, cuma faham dengan persepsi dan pemahaman yang berbeza. Itu cukup, asal mesej itu ada. Mungkin ada langsung yang tak akan faham, "gila apa duk membebel, karut semua ni, blablabla", biarkan mereka, itu kuasa mereka.


"menulis kerana suka, jangan sampai terpaksa"
"menulis ikut rasa, biar orang membaca pun suka"
"menulis itu bahaya, jangan sampai jadi bahana"
"semua mampu baca, tapi tak semua mampu menulis"
"semua mampu menulis, tapi bukan semua nak jadi penulis"

penaberkala





Monday, May 23, 2011

SERIBU ISU : SATU DUA TIGA EMPAT LIMA DAN SERIBU



SERIBU ISU

Sehari-hari
meniti di bibir mulut orang berbicara
di kaca televisyen
di dada-dada akhbar
di media-media cetak
di media-media elektronik
tweeter
facebook
blog
tidak terkecuali
tak terlepas
di warung-warung kopi

aku, kau,dia
ya, kita!
dengar, lihat dan baca
satu persatu
hari demi hari
apa yang sedang berlaku
macam-macam
lebih satu
mungkin seribu

apa yang kita mampu
dengar, baca, tengok
bercakap
berbicara
ambil tahu
diam membisu
atau buat buta dan bisu
tak payah ambil tahu
pilihlah salah satu
kadang-kadang perlu lebih dari itu
sendiri tentukan

tapi ingat
baca, lihat, dengar
fikir degan bersih
rasional
jangan emosi
tak guna menyalak sendiri
cuba sembunyikan warna bendera dalam almari
sekejap
kaji dan teliti

satu
soal agama rasmi
Islam,Kristian
mana satu?
Ada kata betul
Ada yang sangkal
Ada yang nak playsafe
Tapi satu
perlu ingat
mana letaknya perlembagaan?
Artikel 3 (1)
tak kan itu pun tak tahu
hati-hati
jangan buat buta dan tuli

dua
tonton video seks berjemaah
ibu ayah dan anak-anak
depan tv?
mana taknya
sudah ada terpampang di depan mata
sengaja?
tidak bagi yang menonton
sedikit je pun, sensor kot
ya, memang betul
tapi relevenkah?
tak malu ke nak jawab
mungkin si kecil akan tanya
umi, apa itu?
papa, mereka buat apa ni?
ternganga gamaknya
sekarang perlu tanya
salah siapa?
untuk apa?
wajarkah?
tepuk dada, tanya selera
tepuk kepala, galilah dengan akal

tiga
simbah asid
takut, ngeri, kejam, zalim
ya, setuju
mangsa tak berdosa
ya, mereka tak salah apa-apa
motif?
entah
takziah kepada mangsa
hati-hati kepada semua
bila isu timbul
desas-desus pun muncul
ada yang kaitkan dengan peristiwa 13 mei?
perlu ke?
ada bukti, ada saksi?
cuba teliti
jangan main sembur
telan tanpa kunyah
ini jenayah
tolong
hindari prejudis
tangkap yang salah
buru sampai dapat
bagi ganjaran setimpal

 empat
tanah runtuh
Hulu Langat, Kajang
Mangsa?
Anak-anak yatim
Rumah Anak Yatim Al-Taqwa
lebih kurang 25 tertimbus
ramai yang terkorban
Innalillah wa-inna ilaihi raji'un
daripadaNya kita datang
kepadaNya kita kembali
maut tak kenal siapa
takziah kepada mangsa
harus puji
rakyat kita sungguh prihatin
peka
pemurah
kagum

lima
halal atau haram
sampai bila nak berteka-teki
logo halal terpampang 
semua yakin 
duduk makan semeja 
tanpa sedikitpun ragu-ragu
hari ini
penemuan DNA ba alip ba ya dalam ujian
serta-merta haram
tercalit nama restoran sana sini
terkena tempias haram
eh, aku pernah makan
eh, aku pun
kau pun?
sama
ketawa? senyum? blurrrr?
semua keliru
apa fungsi logo halal?
sekadar boneka?
menghalalkan yang haram
arghhh, keliru
bila ada syubhah
jangan cuba pura-pura yakin
haram hukumnya
kedai mamak, mee segera, bahan mentah
mula jadi tanda tanya
seolah-olah tidak selamat
untuk makan di bumi sendiri
oh, mencabarnya!

cukup lima
jenuh nak atur sampai seribu
tak masuk lagi lain-lain isu
tandas awam
harga petrol
harga kuih gerai mak cik jenab
bakar bendera
bola sepak
subsidi
royalti
integrasi nasional
jawabnya
kepala di bawah kaki ke atas

izinkan aku berleter di ruangan sendiri
agar aku tidak hanyut dibuai mimpi

penaberkala

p/s : mungkin apa yang aku rasa kau juga merasa, tak banyak mesti ada sikit. Walaupun mungkin pemikiran kita berbeza. Tidak perlu angguk tanda setuju. Ini mungkin hanya apa yang aku tahu.Sedikit, ye hanya sedikit.


Ada apa-apa isu yang tertinggal yang mahu dikongsi?





Saturday, May 21, 2011

INGIN KEMBALI




 
INGIN KEMBALI
penaberkala


Di keheningan malam hari
Aku duduk termenung seorang diri
Rintihan hujan membasahi bumi
Angin bayu membelai sanubari


Malam kini terang
Disinari seribu bintang
Dan rembulan pun turut datang
Sinaran hati terang-benderang


Kesungguhan bertakhta di hati
Aku terus menggerakkan jari
Menari-nari di papan kekunci
Kini aku ingin kembali
  


aih, baru sedar sudah lama blog ini ditinggalkan bersendirian. Masih ada ke orang yang jenguk? Hidup segan, mati tak mahu nampak gayanya,haha. Alang-alang nak berblog, sepatutnya kena la update jarang-jarang kan? Apa nak buat, tak berkesempatan dan tak bernasib baik nak update, mood ke laut. Memang padan dengan nama "penaberkala".  Update memang ikut musim sungguh la, adoi. Di kala rajin, berderetlah entri, di kala malas hampeh,lol. So, untuk permulaan, cukuplah dengan 3 rangkap kat atas.





Wednesday, May 4, 2011

DIA DAH DEKAT, DUK INTAI-INTAI DAH TU



 5 MAY 2011 (THURSDAY)
 MALAYSIAN STUDIES
MPW2133
900AM-1200NOON


6 MAY 2011 (FRIDAY)
INDUSTRIAL AUTOMATION AND CONTROL SYSTEMS
EAB 4223
900AM-1200NOON


8 MAY 2011 (SUNDAY)
SMALL BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP
GAB 3093
900AM-1200NOON


12 MAY 2011 (THURSDAY)
MULTIVARIABLE PROCESS CONTROL
CAB 4523
900AM-1200NOON



Doakan kejayaanku di sini :)

FINAL EXAM SEMESTER JANUARI 2011



GOOD LUCK for all the candidates!

ALL THE BEST





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger