PULANGLAH
Awi Rafael


Buka lah mata dan lihat di hadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Hodohkah aku? Sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku damping

owh Huuuuuu 2x

Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan

*Chorus*
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku damping owh

owh Huuuuuu 2x

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu

Repeat *Chorus*




Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday

Ditujukan khas kepada semua yang tengah menghitung hari, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday,hahaha. Terdengar dari desktop sebelah meja dalam bilik. Counting days ke bro?

Selamat menghitung hari!


QUOTE OF THE DAYS
falsampah penaberkala


“I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see.”
So, lebih baik kita kurangkan fikir, lebihkan bertindak. Banyakkan berjalan daripada merancang perjalanan, membaca buku bukannya facebook saje hari-hari dan habiskan masa bersama rakan-rakan bukannya sepenuhnya di alam maya. Konfirm each day will be longer and meaningful. Ye tak?


“Someday is not a day of the week.”
Kalau orang tanya "BILA?", so jawapannya tak boleh "SOMEDAY" sebab tak pernah ada dalam kamus harian hari SOMEDAY. Yang ada hanyalah MONDAY, TUESDAY, WEDNESDAY, THURSDAY, FRIDAY dan SATURDAY (sesuai dengan lagu kat atas). Takde kan SOMEDAY dalam seminggu? LOL


“Every day you spend drifting away from your goals is a waste not only of that day, but also of the additional day it takes to regain lost ground”
Kerana usaha hari ini adalah pelaburan masa depan. Usaha murni hari ini adalah keuntungan masa depan dan kesilapan hari ini mungkin jadi kerugian besar untuk masa depan. Hatta, jadikan hari-hari kita bermakna dan tujulah tepat pada sasaran.


“You can become blind by seeing each day as a similar one. Each day is a different one, each day brings a miracle of its own. It's just a matter of paying attention to this miracle.”
Setiap hari tak pernah sama. Isnin ini tak akan pernah sama denga Isnin lepas mahupun Isnin sebelumnya. Yang sama hanyalah nama hari saja, Isnin. Namun, pengisiannya pasti akan berbeda. Jadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini.


“Look at a day when you are supremely satisfied at the end. It's not a day when you lounge around doing nothing; it's when you've had everything to do, and you've done it.”
Bila penyakit MALASITOSIS melanda diri, satu kerja pun tak jadi. Bila RAJINSINTESIS mula mendampingi, semua kerja menjadi dan produktif. Masalahnya, kenapalah virus MALASITOSIS lebih cenderung untuk dijangkiti dalam diri berbanding RAJINSINTESIS? Ini mungkin perlu ANTIDOTE berkualiti yang sebati dalam diri untuk terus kekalkan PRESTASI.


“I will prepare and some day my chance will come.”
Tadi cakap takde istilah someday, ni ada plak? Konpius! Hahaha. Apa-apa aje la labu. Asalkan bahagia. Apa yang penting adalah preparation / persediaan. Kerana apa? Kerana kita perlu sentiasa bersedia dan grab peluang yang ada : "being prepared for those opportunities that come knocking". Peluang yang datang mungkin hanyalah sekali, dan seharusnya kita 'grap' sepantas mungkin sementara ia sedang datang bertamu.


“The day is committed to error and floundering; success and achievement are matters of long range”
Kejayaan bukanlah "destination" semata-mata tetapi ia adalah "journey". Orang yang tak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba. Usah getir, usah khuatir bila hadapi kegagalan. Learn from the mistakes kerana "mistake is the best teacher". Jadikan failure untuk bangkit dan putting failure into perspective. Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selamanya. Berjaya hari ini pun, belum tentu menjamin kejayaan untuk masa depan. Kadang-kadang, mengekalkan prestasi untuk terus berjaya itu sendiri pun lebih sukar daripada mencapai kejayaan.


“Don't count the days- make the days count.”
7 hari seminggu bukan untuk dikira, tetapi untuk berkira-kira apa perlu dibuat, ke mana harus pergi, siapa perlu jumpa, bagaimana untuk terus memaknakan hari-hari yang mendatang. Hari demi hari silih berganti, detik untuk hari yang berlalu pergi tidak mungkin dapat diulangi kembali. Usah biarkan diri tenggelam dek kepantasan masa yang berlalu dan ditelan zaman bulat-bulat.


“In just two days, tomorrow will be yesterday”
Hanya untuk 2 hari, esok adalah semalam. Begitulah cepatnya masa berlalu. Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, abad silih berganti. Patah tumbuh hilang berganti. Masa silam adalah sejarah, hari ini adalah pasti/realiti dan masa depan sudah tentu sesuatu yang belum pasti. Usah lena dibuai mimpi kerana kelak nanti ia hanya kekal sebagai sebuah fantasi. Berpijaklah pada paksi realiti, kerana fantasi selalunya sukar untuk dimanifestasi.


endnote : Kadang-kadang, perlu gak motivasikan diri sendiri. Especially bila mengalami MALASITOSIS kronik yang melanda diri. YEAH, F.O.C.U.S ! Find the way. That's all about days! Memaknakan hari sebelum terbuai lagi.


Dulu, aku sunyi, aku sepi
Kini, sedikit terhibur

Dulu, aku pendam, aku berahsia
Kini, aku luah, aku cerita

Dulu, aku rasa keseorangan
Kini, aku rasa seolah-olah ramai yang ada bersamaku bila adanya kau


Mula-mula kita berkenalan
Aku masih "blurr" dan kebingungan
Masih ragu-ragu akan kehadiranmu
Masa tu, aku speaking
Walaupun ayat berterabur, pecah, sumbing, tapi aku tetap speaking dengan kau
Sebab aku yakin, hanya aku je yang tahu kewujudanmu
Lagipun, aku nak belajar dan improve sikit English dengan kau
At least, ada jugak usaha aku kan?


Tapi, tak lama kemudian, dah ada orang tahu pasal kita
Mungkin diorang stalker terhebat
Dia stalk kita sampai jumpa, dia tegur kita
Aduh, malu jugak la bila orang yang dah ada "jenama" mula menegur
Tak apa, mungkin hanya kenalan terdekat saja yang tahu, Famili CJ7 terutamanya (ramai sangat nak list down)
Beliamuda, Izzati, Kalampatah, Aminbaek : Itu antara yang terawal tahu pasal kita
Lepas tu, ramai sikit : Terrybogart, Atinmarzuki, Kerepektempe,dan beberapa orang lagi
Buat tak tahu, tapi dah rasa malu
Maklumla, hubungan kami kan masih baru, masih setahun jagung, fiwit,LOL


Kalau dulu aku speaking dengan kau, tapi lepas dah ada orang skodeng, aku mula alih bahasa
Aku rasa baik aku cakap Malay je dengan kau
Nampak kau lebih mesra je bila aku comunicate in Malay dengan kau
Aku tau la, aku budak kampung. English berterabur, hancur-lebur
Tapi, jangan la kau ejek aku plak.
Sebab tu aku dah stop communicate english dengan kau
Malay pun Malay la, asal kau selesa dengan aku. Kan?


Tak lama lepas tu plak, ada lagi yang skodeng kita
Tapi aku tak pernah kenal pun dia
Dia budak UUM, namanya Ikin
Dialah orang asing pertama yang datang berkenalan dengan kita
Lepas dia kenal kita, selalu jugaklah dia datang bertandang dan bertanya khabar
Agak friendly, selalu bagi peringatan berguna dan nasihat-nasihat bernas.
Btw, thank you for the bookmark.


Hari demi hari, hubungan kita makin intim, cewah
Susah kot nak berenggang
Kalau ada masalah je, aku akan luahkan apa saja yang terbuku di hati pada kau
Kalau aku gembira sekalipun, aku akan share dengan kau
Kalau aku nak melawak, meloyar buruk pun, kau juga jadi mangsa
Kalau aku tengah sengal, sewel, jiwang karat, pun aku bersama kau
Kadang-kadang tu, kaulah jadi tempat aku memotivasikan diri
Tempat aku belajar sesuatu yang aku belum tahu dan perlu ambil tahu
Bukan untuk kita je, tapi mudah-mudahan untuk orang lain jugak


Makin lama dengan kau, makin ramai kawan aku dapat
Hidup aku pun makin happening
Tapi ikut musim la, ada datang ada pergi
Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti
Setiap yang datang, pastinya aku akan ingat
Antara yang selalu datang dan aku masih ingat : pisey, green, padinno, cikti, cikbiol, athirah, fifiey, amirah, kak hanie, hans, kami, bro sop, zul, syamel.
Skang, ikin, cikti, green, cikbiol lama dah menyepi :) Harap-harap sihat selalu
Ni antara mereka yang aku tak pernah kenal pun sebelum ni
Yang tak tersebut di sini, sorry la. Jangan kecik hati
Unik kan? Tapi mereka sungguh ramah dan mesra.
Selalu ambil berat dan bertanya khabar, beri kata-kata semangat dan nasihat
Walaupun bukan direct untuk aku, kau menjadi wakilnya, tapi tak apa
Asal mesej yang nak disampaikan tu aku terima dengan senyum gembira
Terima kasih semua!


Member aku pun selalu gak tanya pasal kita
Member sekolah rendah, sekolah menengah, dan terkini member satu kampus
Anem, Atinmarzuki, Hadi, Payeh, Anis Balqis, Gjoe, Tiyah, Azie, dan ramai lagi
Bukan tu je, kakak aku pun stalk kita kadang-kadang. Semua benda dia tahu.
Tak payah nak call, mesej. Bila dia tau je, sah-sah la satu famili akan tahu,haha
Tak kira la kita dating kat mcD ke, KFC ke, Restoran Tarbush ke
Kita honeymoon di Jerejak ke, daki Bukit Jambul Ke, semua dia tau


Terkini, makin ramai lagi aku dapat member baru
Mungkin orang berkenalan dengan kau, sekaligus berkenalan dengan aku
Kira aku tumpang kasih sayang kau la,haha.
Sebab apa, sebab mereka kenal kau dulu baru kenal aku.
Sebab tu aku rasa kau unik, menarik, kau memang da bomb.
Aku sayang kau lebih la!


Hari-hari aku cek VVIP KE KENDURI KAWEN kita.
Fulamak, dulu ciput je. Tapi sekarang, alhamdulillah dah makin ramai.
Unexpected untuk terima seramai tuh, dah nak cecah 250 orang.
Dari mana, nama apa, tinggal mana pun tak sempat nak tanya dan berkenalan.
Takleh plan pasang satu khemah je lah nanti, kena pasang lebih la camni.


Sponsor pun makin baik hati, kalau dulu nak dapat dana untuk nasi lemak RM1.20 pun susah
Tapi sekarang, alhamdulillah rezeki semakin murah. Makin ramai yang sponsor.
Boleh la untuk beli bunga telur dan tempah kad jemputan,haha.


Apa aku mengarut ni? Bukan ke tadi nak mintak maaf dengan kau ke?
Panjang gila melalut, haktuih


Sebenarnya, aku hanya nak recall je kisah kita bersama
Agar kau bisa senyum, aku pun tengah senyum time taip warkah berlagu pilu ni
Sekarang, sudah genap 2 tahun dah hubunga kita kan? MAAFKAN AKU SAYANG.
Aku lupa tarikh Anniversary kita, 22 Februari. Mesti kau kecewa kan?
Jangan sedih sayang, Birthday kau hari tu kan aku dah wish pada 20 Februari lepas.
Aku siap bagi hadiah lagi tuh. Ni hadiah yang aku beri agar kau bisa setia bersamaku -> ALBUM KITA
Special aku buat untuk kau dan aku, imbau kembali kisah-kisah lama dan sejarah hidup kita. Kau suka? Aku bahagia
Dan hari ini, sekali lagi mampu buat aku tersenyum bila aku belek helaian demi helaian album itu.
Terkenang balik kisah-kisah lama, ada yang sedih, suka, lawak, memang secukup rasa!
Tapi party birthday kau tak meriah kan? 4 orang je datang termasuk aku.
Sekalung terima kasih kepada semua yang sudi join : Mira, Hazwan, Nini
Takpe tak ramai, asal meriah :)
Harap next year, dari 4 orang akan meningkat la paling kurang jadi 50 orang.
Nanti kita tengok next year ye!


Aku rasa panjang gila dah surat aku tulis buatkau ni. Sorry la, xde madah istimewa untuk kau kali ini. Kau belek la madah-madah yang pernah aku kasik kat kau dulu ye. Okla, aku rasa setakat ni je kot. Last but not least, Ingat ikrar cinta kita "When voice become visible, muteness become readable"


One more time, MAAFKAN AKU SAYANG!




pssst : Oitt, best gila taip surat cinta,hahaha. Tapi sayang, SAYANGku hanyalah sebuah blog, VISIBLE VOICE. Writing is therapy, making friends is happy, reading is my new hobby.


2 YEARS ALREADY

Sepanjang 2 tahun ni, ada 2 review khas dari blogger lain pasal blog ni. Nice to know their opinion, suggestion and critics. Terima kasih buat bro sop dan bro zul.


Selama 2 tahun jugak, sudah 4 kontest menang. Top commentator kat blog sis hanie, Top refferer untuk blog sis hanie, puisi kantoi, cerpen sesedap rasa. Untuk suka-suka, pernah la menang komen sambung cerita dan informasi pasal pelancongan. Dari pihak penaja, tiket ke konsert DT DiGi. Tu je kot. But for me, more than enough. Income ciput tu hanyalah sekadar sampingan, not the main focus. Dapat ambek, tak dapat nak buat camne. Blog cikai. Paling penting, kawan makin ramai. Thanks to all friends who know me. Tak kiralah sebagai penaberkala ataupun nama sebenar.


Peristiwa paling menarik sepanjang bergelar blogger, ramai yang bertanya kenapa letak nama penaberkala? Ada yang konpius sama ada pena bercolour or pena berkala? Takpe, one day I'll explain. Second, ada yang jumpa panggil "penaberkala" bukan nama sebenar. Respon? Senyum sudey, mungkin dengan ini orang tahu kewujudan kita di alam lain (alam siber) selain alam nyata. Last but not least, I think paling menarik dan diluar jangkaan. Masa tu stay kat Penang untuk internship, balik jogging dari Empangan Ayer Hitam singgah sebentar breakfast di kedai makan tepi jalan. Guess what? Ada blogger asal dari Penang nampak dan tanya kat blog, "Makan kat tepi jalan eh, 3 orang dan pakai baju hitam?" Haha, kelakor. Kecik sungguh dunia ni, ingat mustahil nak jumpa. Btw, cik mira, Penang is the best place to visit. Kirim salam kat smua orang Penang. Lastly, thanks selalu berkunjung ke blog ni.


::endnote::
senaman petang untuk jari, ketuk-ketuk keyboard bila kelas petang cancel, yeah :)
sape baca habis memang tabek spring, ada yang tertipu or teremosional ke? haha

Dibawakan terus dari bumi Tronoh, Perak
Bersiaran dari Universiti Teknologi PETRONAS
Lintas langsung dan juga siaran rakaman
Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Program 3 hari 2 malam
Padat dengan informasi
 Dibawakan khas untuk semua warga UTP dan seluruh rakyat Perak
Dipancarkan terus melalui saluran RTM untuk seluruh rakyat Malysia



Istimewa 17-19 Feb 2011

FORUM PERDANA

Dewan Chancellor UTP

Siaran Rakaman
Masa : 800 Malam
Tempat : Dewan Chancellor, UTP
Tajuk : Isu Palestin
Moderator : Ustaz Mohd Erfino Bin Johari, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi
Ahli Panel:
1) Tun Dr Mahathir, Bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia
2) Prof. Madya Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor, Pensyarah Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM)


Siaran Langsung
Masa : 1000 Malam

Tempat : Dewan Chancellor, UTP
Tajuk : Kasih al-Amin
Moderator : Dr Ridhuan Tee Abdullah
Ahli Panel:
1) Prof. Dato' Dr. Zaleha Bt Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2) Dr. Zahazan Bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn. Bhd.
3) Prof. Madya Dr. Fakhruldin Bin Mohd Hashim, Pensyarah Kanan dan Ketua Penyelidik Teknologi Laut Dalam, Universiti Teknologi PETRONAS.


SIARAN LANGSUNG : SOLAT JUMAAT



Lintas langsung Khutbah dan solat Jumaat dari Masjid An-Nur Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) pada 18 Februari 2011.
  
PROGRAM-PROGRAM LAIN

RAKAMAN : PROGRAM TA'ALIM

SEMINAR IPT
19 FEB 2011

RAKAMAN PERSADA JURNAL
19 FEB 2011

HALAL FEST
17-19 FEB 2011
CHANCELLOR COMPLEX, UTP


Kompleks Chancelor, UTP

Orang-orang sekitar Perak, moh-moh datang ke HALAL FEST. Bawak anak-beranak datang beli produk-produk hallalan toyyiba.

TEATER : MAHKAMAH LORONG

Teater : Mahkamah Lorong

Dipetik dari blog rasmi Tronoh Theater Shop (TTS) ->  http://www.tronohtheatershop.blogspot.com/

Tarikh: 19 atau 20 Febuari 2011
Tempat: Multipurpose Hall (MPH),UTP
Masa: 9 Malam
Tiket Masuk: RM5

Cerita memaparkan keadaan sosial di satu lorong yang dihuni oleh gelagat pelbagai jenis binatang. Ketenangan mereka terganggu dengan pembunuhan seekor kucing Parsi di lorong tersebut. Mahkamah Lorong bersidang untuk mendakwa Gagak pembunuhnya. Gagak telah didapati bersalah membunuh.

Namun adakah benar gagak telah membunuhnya?


Saksikan sendiri untuk mengetahuinya.

Untuk maklumat lanjut dan tiket masuk, sila hubungi :

Naemah | aisyahnaemah@gmail.com | 017-2337279
Ammar | e.mailasyraf@gmail.com | 013-4043889








:::::NOTA TUKANG TULIS:::::
Yeah, tiket teater dah beli. First time dalam hidup nak pergi tengok teater. Harap-harap, kali ini takde halangan macam tahun lepas, tiket burn bergitu saja. Terlepas untuk tengok Teater Bangsawan. Dapat tonton Mahkamah Lorong pun jadi la. Warga UTP, jom sama-sama tonton teater terbaru dari Tronoh Theater Shop (TTS)

Malam ni jom pi Chancellor Hall. Alang-alang ada siaran langsung kat kampus, jom la kita pakat gi kawan-kawan. Bila lagi nak tonton LIVE! Orang jauh tu, jangan lupa bukak dan tonton tv1 malam ni. 

Uish, padat gak aktiviti weekend ni. Sempat ke tak nak pergi tak tau la. Sape nak pergi HALAL FEST, jangan lupa ajak aku skali. Nak join sekaki.

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat!
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W


JUNJUNGAN MULIA
Rabbani


Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,

Abdullah nama bapanya,Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya, lahirnya putera yang utama..

Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,

Muhammad nama diberi,gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama di syukuri terima putera yang berbakti...

Tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah,

Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,


RASULULLAH
Hijjaz


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia 

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


BUDIMU RASULULLAH
In-Team

BudiMu bagai air mengalir
JasaMu bak selaut mutiara
BaktiMu bagai segunung permata… Rasulullah

Wahai insan bernama Muhammad
Sungguh mulia pengorbananMu
Tidak kenal erti penat lelah
Ya Rasulullah

Assolatu 'alan Nabi
Wassalamu 'alar Rasul
Assyafi'il abtahi
Wa Muhammad 'arabi

Akan ku cuba
Teruskan perjuanganMu
Sesekali tidak ku kecewa
Walau rintangan jua halangan
Yang bakal menghalangi perjuangan

Kan ku selawat padaMu
Tanda bukti kecintaan
Moga mendapat pahala dan jua barakah

Wahai Nabi kekasih Allah
Sungguh tabah menempuh dugaan
Segala bakti pengorbananMu
Tuhan saja bisa membalasnya

Ku pohoh dicucuri rahmat
Ditetapkan iman di hati
Moga-moga ku menjadi insan yang berguna


Bacaan lanjut:
Fadhilat/ kelebihan selawat ke atas Nabi SAW -> FADHILAT
Teks selawat Nabi -> SELAWAT NABI


SUMBER TEKS SELAWAT : HIJRAH



Masihkah kau ingat saat bernasyid di pentas-pentas sekolah?
Masihkah kau ingat saat berarak keliling sekolah?
Masihkah kau ingat Majlis Maulidur Rasul di madrasah?
Tapi, itu semua hanyalah sejarah!
Kini, segalanya sudah berubah.

Youtube dan internet digeledah
Dengar selawat dan turut berqasidah
Update blog harap dapat muhasabah
Tapi belum tentu dapat berubah
 Semoga semuanya dipermudah :)

Amin
SELOKA VALENTINE
Nukilan : Penaberkala

14 Februari setiap tahun
Valentine day diberi nama
Kenapa perlu ada sambutan
Sedangkan ia ditegah agama?

Hukum-hakam telah diputuskan
Fatwa pun sudah diwartakan
Kenapa masih ramai buat bantahan?
Adakah masih kurang kefahaman?

Bila ada yang melarang
Memberi nasihat "silalah jauhkan"
Kenapa kau mula naik berang?
Adakah masih tak faham akan tuntutan?

Bila ada yang kritik
Kau mula naik pelik
Kau kata orang jelik
Mentang-mentang kau cantik

Bila ada yang pesan
Valentine day jangan ada sambutan
Kau kata "orang dengki dan meroyan"?
Kau kata "Sebab orang tu takde pasangan"?

Kalau betul nak berkasih sayang
Bukan sehari perlu buktikan
Islam pun mengajar erti kasih sayang
Tapi biarlah bertempat dan ikut aturan!

Apa pula kata kalian?


KOMIK VALENTINE




Al-kisah bermula bila cek STATISTIK kat akaun NUFFNANG. Macam biasa, cek visiotrs, member yang datang jenguk, income, dan paling utama KEYWORD. Sebut saja soal keyword, rasanya tak sah kalau takde yang menggelikan hati.


Nak tau apa yang mereka cari? Ada ke patut cari "PERTAMA KALI KENA RABA" kat blog ni. Aduh Saliha sungguh. Mana la ada aku bukak story pasal aksi-aksi terlarang ni. Hahahaha. Setakat ni, blog ni bebas lagi la dari anasir-anasir lucah. Jangan nak buruk sangka, ish3.


Nah, kat bawah ni buktinya. Sila tengok dan percaya apa yang mereka cari di carian Internet.


Klik tajuk entri di bawah untuk bacaan lanjut!

Apa mereka cari?
1) Mesin basuh : Nak beli mesin basuh ke nak belajar cara nak basuh baju ni? Try search kat GOOGLE dan taip "mesin basuh"
2) Cara membuat dadah jenis shabu : Opppps. HARAM buat dadah. Rosak anak bangsa, ish3!
3) Cikgu Saifudin kimia : Cari cikgu nak tuisyen ke apa ni?
4) Kelantan to English : Kat GOOGLE translater takde eh? Nasib baik ada kat sini kan? hahaha
5) Pertama kali kena raba? Ok, I'm speachless jap. Tiba-tiba imiginasi aku aktif,LOL


Ironinya, apa sebenarnya yang ada di blog ni?
1) Mesin basuh :Kisah mesin basuh, pelik tapi benar. Jom terjah kat sini -> KISAH MESIN BASUH
2) Restoran Shabu-shabu : Dadah shabu takde, makanan kat shabu-shabu ada ler. Kat sini -> Episod 1 dan sini -> Episod 2
3) MRSM Jeli : Klu kat sekolah menengah dulu, ada la cikgu kimia, tapi Cikgu Zaifuddin la. Ni mungkin ada kaitan dengan entri Para Pendidik sempena hari guru kat sini -> Insan Teristimewa
4) Budulish : Loghat Kelantan yang ada bau-bau bachang omputeh. Thanks kepada yang share kat FB. Next tiem kita sambung lagi segmen loghat Kelantan ni Jom belajar kat sini -> BUDULISH
5) NO RABA-RABA HERE OK! hahaha -> OUT OF TOPIC. Harap maklong


Ok, sempenan VALENTINE DAY ni, bukan nak agung-agungkan, bukan nak ceramah dan segala bagai, cuma nak sampaikan sedikit maklumat untuk perhatian dan renungan kita bersama. Pesanan untuk diri sendiri jugak.


Dah tahu kan hukum sambut Valentine tu apa? Kalau dah tahu bagus, kalau belum tahu boleh ambil sedikit pengetahuan kat sini -> HUKUM Sama-sama kita baca dan fahami! Sumber lain pun banyak kat internet, cuma perlu search and find macam orang-orang kat atas tadi tu buat,haha. Semoga ia bermanfaat untuk kepentingan sejagat.


Tapi, kenapa masih ada segelintir yang masih kurang faham? Malah ada yang membangkang bila Fatwa dikeluarkan. Macam-macam alasan dan rasional yang mereka bagi. Ada yang cakap orang yang kutuk golongan yang sambut Valentine adalah orang yang dengki/jeolous sebab single? LOL. Kamonla. Malangnya, alasan depa pun ikut hati dan perasaan sendiri, bukan ikut ilmu dan mata hati. Klik sini untuk bacaan lanjut -> FATWA Semoga kita beroleh lebih kefahaman :)


Petikan dari : Utusan

Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.


Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.


Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’


Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.


Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.


Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.


Masih lagi ragu-ragu. Kamonlah, tak payah banyak nak beralasan. Kenapa perlu HARAM? Rasionalnya ada di sini -> Salah satu punca berlakunya kezaliman!


Tertarik dengan satu petikan di blogpost hari ini yang berbunyi;
Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)”
Nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat sini : Hakikat hari kekasih, anda sanggup?
Semoga bermanfaat !
p/s: korang ni, kalau tajuk tak lucah tak nak baca, ish3. Dah ada ke kat surat khabar pasal yang kena cekup semalam? Apapun, harap kita yang faham, tak buat la walau berkasih dan sayang tahap mana pun. Klau dah kawen lain cerita, tapi tetap need to say NO to VALENTINE!
LOGHAT KELANTAN : BUDULISH
Sebut saja KELANTAN, semua orang tahu akan loghatnya yang tersendiri. Sebagai anak jati KELANTAN, rasa bangga perlu ada dalam diri kerana adanya identiti sendiri. Bukan untuk berpecah dari kelompok yang sedia ada (1 Malaysia), tapi inilah keindahan yang sekian lama terpatri dalam sejarah Malaysia. Sehingga kini, ramai orang dari luar Kelantan pun sudah ada yang mahir bertutur dalam loghat Kelantan. Bukan setakat itu, malah orang asing pun, contohnya dari Arab pun mampu untuk menuturkan loghat Kelantan.


Kagum dan bangga! Tak percaya? Jom tonton video di bawah sebagai bukti konkrit dan bukannya omongan kosong. Rasanya ini adalah pencapaian yang membanggakan. Kerana apa? Kerana bukan semua orang mampu bertutur dalam loghat Kelantan meskipun rakyat Malaysia sendiri. Lagipun, belajar bahasa bukan suatu yang boleh dianggap mudah. Betul tak? So, I'm very proud to those people yang mahir dalam banyak bahasa. You are lucky!




Tak dikecualikan negeri-negeri lain di Malaysia. Masing-masing ada loghat tersendiri. Sama juga seperti negeri Terengganu dengan loghat G : makanG, ikanG, etc, Melaka dengan longat U : ulaU melingkaU atas pagaU, Negeri Sembilan dengan loghatnya : poi mane? poi pokan ke?, Kedah, Perlis, Penang dengan loghat utara : Hang nak pi mana, mai minum ayak ni. Jangan duk loqlaq lagui tuh, Perak dengan loghat koma, teman, ayor dan sebagainya. Tak terlepas pandang dengan negeri-negeri seberang laut sana, Sabah dan Sarawak dengan loghatnya yang susah untuk faham dan difahami tetapi mampu untuk dipelajari : kitak, kamek, dan sebgainya. Menarik bukan?


Walaupun 1 bahasa yang sama, Bahasa Malaysia, tapi pertuturan kita dalam dialek/ loghat yang berbeza-beza mengikut budaya dan lokasi. Cukup hebat dan istimewa. Itulah pesona utama dalam sistem komunikasi dan interaksi di Malaysia.


Sebut soal loghat Kelantan, pun berbeza mengikut kawasan dan daerah. Daerah Kota Bharu, Pasir Putih, Bachok, Machang, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Tumpat mahupun Rantau Panjang ada slang dan dialek tersendiri. Kadang-kadang, penggunaan kata yang digunakan oleh orang berlainan daerah pun masih ada yang tak pernah kedengaran dan diketahui maksudnya. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan segmen EDISI LOGHAT KELANTAN di blog ini. Khas ditujukan kepada semua orang Kelantan terutamanya supaya menghargai bahasa/ dialek sendiri dan juga untuk makluman dan informasi tembahan kepada pembaca di luar sana.


Segmen edisi sulung EDISI LOGHAT KELANTAN kali ini akan menampilkan isu mengenai LOGHAT BUDULISH (istilah rekaan sendiri penulis). Memandangkan Kelantan terkenal dengan BUDU, maka ianya cukup sinonim dengan orang-orang Kelantan. Begitu juga dengan tutur kata yang dikeluarkan oleh orang-orang Kelantan, kadang-kadang diperli dan dijadikan jenaka. Kalau bercakap bahasa standard (cakap luai), maka ada yang akan akan perli "bau budu weh". Kalau ada yang speaking English, pasti akan ada suara-suara nakal yang berjenaka, "pecoh botol budu tuh" ataupun "retak doh la botol budu".


Eh! BUDULISH pun ada? Haha, saja je tambah :)

Apa yang menarik dalam loghat Kelantan, banyak perkataan pinjaman English yang digunapakai dalam sebutan/intonasi (pronounciation) dengan cara tersendiri dalam percakapan sehari-hari. Cuma, kita perasan atau tidak yang menjadi bezanya. Sebab itulah, entri kali ini diberi jolokan nama LOGHAT BUDULISH, maksudnya bila BUDU (perturan orang Kelantan), dan penggunaan kosa kata English bertembung, maka wujudlah BUDULISH. Macam MANGLISH jugak lah.

BUDU + ENGLISH = BUDULISH

BUDU + ENGLISH = BUDULISH

Sebut soal English plak, orang Kelantan dilabelkan sebagai golongan yang agak tercicir dalam penggunaan English. Mungkin faktor geografi dan urbanisasi yang menjadikan jurang cukup berbeza jika dibandingkan dengan negeri maju yang lain. Tapi, tak boleh dinafikan masih ada ramai anak jati Kelantan cukup hebat dan fasih berbahasa Inggeris. Tapi kebanyakaanya, kurang mampu dan kurang diberi pendedahan.


Jadi, bila English mula berkembang maju, banyak kosa kata yang dipinjam dan diasimilasikan untuk digunapakai dalam pertuturan sehari-hari. Menariknya, dengan tone dan rima yang unik dan tersendiri. Maka wujudlah koleksi kata BUDULISH antaranya seperti di bawah:

KOLEKSI KATA BUDULISH


CARA BACA : Budulish - English - Malay
1) strow - straw - penyedut minuman
2) bolpen - ballpen / pen - pen
3) bok - book - buku
4) bekwoh - big work - kenduri-kendara
5) stapenah - staff nurse - jururawat
6) skru deba - screw driver - pemutar skru
7) undo - reverse - pusing balik
8) pomen - formen / mechanic - mekanik / juruteknik
9) loyar - lawyer - peguam
8) neja - manager - pengarah
9) dreba - driver - pemandu
10) epot - airport - lapangan terbang
11) guste - go as turn - pusing balik
12) erek - erect - tarik / perbuatan mendirikan dan membangunkan sesuatu
13) gohek - go ahead - maju ke depan / mara (pandu kenderaan)
14) broka - broker - orang tengah
15) pasengja - passenger - penumpang
16) jem - jam - kesesakan lalu-lintas
17) speka - speaker - pembesar suara
18) saksoba - absorber - penyerap tekanan (kenderaan)
19) poda - powder - kapur kasut
20) paik - modified - ubahsuai
21) tra - try - cuba
22) teh - test - cuba
23) stemek - estimate - jangkaan
24) pintu gek - gate - pintu pagar
25) grenti - warranty - jaminan
26) henda - handle - pemegang
27) stek - staight - lurus / jalan terus
28) kona - corner - pusing / belok
29) op - stop - berhenti

30) karen - current - arus elektrik
31) goli / keypo - goolkeeper - penjaga gol
32) daba lain - double line - line berkembar
33) stetmi - statement - kenyataan / laporan
34) pok gad - guard - pengawal keselamatan
35) maik - mike- mikrofon


:::::IDEA:::::
Asal-usul segmen ini adalah hasil idea penulis sendiri dan entri ini adalah hasil suntingan dari perbincangan di sini -> [AWOK]2 @ FACEBOOK

Bila BUDU bercampur ENGLISH maka wujudlah BUDULISH, lol

Orite, apa khabar ore-ore Qlate? Sedar tak sedar, dari kecik sampai loni, kito sbenarnyo sangat mahir bertutur dalam dialek English.

Cuma satu je masalah kito, PRONOUNCE je glecoh rail sikit. Tapi takpo, kito patut berbanggo dengan nenek moyong dan generasi sebelum kito. Bakpo? Sebab mereka lah hok jadi perintis kepada BUDULISH ni. Hebat jugo demo ni :)

orang-orang lama : pelopor BUDULISH yang valid sampai hari ni

Pastu, kito pakat kena antar ke skoloh-skolah. Kito blaja English hok betul ikut tajwid dia dan cara nok sebut hok betul. Hari ni la baru kito sedar sbenarnyo hari-hari kito duk guna perkataan English cumo tok sedar jah.

Contoh?

Ni beberapo contoh la hok kawe prase dan rajin guno dalam kecek sehari-hari.

1) strow - straw
2) bolpen - ballpen / pen
3) bok - book
4) bekwoh - big work
5) stapenah - staff nurse
6) skru deba - screw driver
7) undo - reverse
8) pomen - formen / mekanik
9) loyar - lawyer
8) neja - manager
9) dreba - driver
10) epot - airport

Ada lagi hok demo tahu? Jom pakat-pakat tambah. Kawe nak compile dan buat satu koleksi tak lain tak bukan di http://penaberkala.blogspot.com/

CREDIT to all CONTRIBUTORS for the BUDULISH :)

TQ


suko dio baco BUDULISH, baru jumpo ko?
Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat untuk menjayakan entri ini : BUDULISH COLLECTION untuk setakat ini. Apa-apa tambahan, boleh kasik lagi, nanti kita buat untuk segmen lain.


:::::CONTRIBUTORS:::::
|khairul anuar|
|faiqah fauzi|
|fauzan azmi mohd sabri|
|wan pai|
|nik adli hakimi|
|saiful azli|
|nurul fatiyah ibrahim|
|wan anim|

Perkongsian ilham bersama blogger terkenal : BELIAMUDA
|Muhammad Hanifi|
Jom berkenalan

"kayo sungguh bahaso kito"


p/s : any idea? jangan malu jangan segan untuk tambah koleksi terutama blogger-blogger Kelantan.

I love MATHEMATICS and CALCULATION :)

Absolutely amazing!

Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 9876543
2123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Cannot achieve right?
The highest absolutely is 100%!



Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

Can you?

Believe me, YES you CAN!


What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help to answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%


From the equation above we already know that:
Attitude 100% > Hardwork 98% > Knowledge 96%

Hence, good ATTITUDE must come first


Then, look how we can achieve 101% in our life

The answer is
Look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

See?

Even the mathematics expression can show it to us!

Amazing right?

Therefore, we can conclude that with mathematical certainty:

While Hard Work and Knowledge will get you close to 100%
Attitude will Get you there, exactly 100%

It's the Love of God that will put you over the top! More than 100%



Let's think the % is our target in life
So, we already know how to achieve it
Just depends on us
Go for it or not


end note : just motivate myself to be better. Never lose hope! POSITIVE and OPTIMIST :)

Sometimes, I remember one TERM which I knew since my primary school time. It can motivate myself from that time till now. It is simple word, but so meaningful. I'm pretty sure that all of you know about it already. About what? About the term D.U.I.T!

D U I T or we call it MONEY right? Without MONEY we can't do anything because MONEY is everything. A great meaning for the term is absolutely essential to practice in our life. What ever we do, whoever we are!
  • D doa
  • U usaha
  • I ikhtiar
  • T tawakal

BUT I don't AGREE with this equation. Do you AGREE?

Mak aku pun a woman, but SHE never creat problem pun kat aku. Aku ada la yang banyak create problem kat dia,hahaha. Astaghfirulllah :( Aku rasa orang yang buat equation kat atas ni tengah FRUST putus cinta dengan AWEK dia kot. Ish3, kesian. Ekspresikan diri dengan formula matematik, hebat-hebat. See! This is what we call the BEAUTY of MATHEMATIC :)


OK, that's all for now. Chopppp, tersasul terus type omputeh, haha. Patut tergeliat jari-jemariku,LOL. Cukup setakat ini kelas matematik kita pada hari ini. Ok, ada satu ASSIGNMENT untuk kalian semua yang dah masuk kelas ni. SILA JAWAB SOALAN DI BAWAH!

you want the answer of life?
take 5 multiply it by 8
Add 2
Square it
then cube it
then square root that
then multiply by -1 twice
then multiply by pi
substrate 5
take all that and divide by 0
what is your answer for life? (refer picture below)

dah cari jawapan ke belum?
ulang suara

jom cari jawapan untuk HIDUP
Ok, ambik kalkulator dulu
sila kira
5 darab 8
tambah 2
lepas tu jawapan tadi kuasa 2
kamudian kuasa 3
hasilnya kena punca kuasa 2
darab -1
sekali lagi darab -1
darab dengan pi (3.142)
hasilnya tolak 5
ambil semua jawapan tadi bahagi dengan kosong
itulah jawapan HIDUP ikut perkiraan matematik

selamat menjawab!
Apakah jawapan anda?


What is the answer? Can you find the answer for me. Thank you!


SUMBER ASAL lupa katne sebab dulu post kat NOTE di FACEBOOK -> aplikasi matematik dalam kehidupan
B a y a n g - b a y a n g


B A Y A N G - B A Y A N G
N u k i l a n : P e n a b e r k a l a

selagi adanya cahaya
selagi itu adanya ia

di darat, di air
ia pasti hadir

zahirnya bila adanya sinaran
matahari, bulan mahupun neon

satu warna pelbagai rupa
hitam gelap dijadikan cerita

setiap detik dan ketika
dimensinya mungkin akan berbeza

jarak dekat bukan segala
tak tertangkap oleh sesiapa

lari laju bukan kepalang
tak terkejar keliling padang

hadir bukan sembarangan
tak terlindung walau dilitup awan

tiada sakitnya bila dipijak
walau dengan jentera jentolak

tiada hilangnya di muka air
campak batu-bata mahupun batu lekir

dikejar tak dapat
digodam tak sakit

bukan kuasa sakti
ternyata kuasa realiti

bila konsep saintifik ditatap
Oh! Rupanya cahaya dihalang objek legap


usah takut, usah gusar akan hadirnya
wujudnya hanya seketika cuma

bukan selalu
cuma ikut waktu

bukan berpusat
tapi merata tempat

hadirnya hanya sekali
yang pergi tak akan kembali

hadirnya tiada kali ke-dua
bentuk sama hakikatnya tidak serupa

tataplah selagi ada di depan kerdipan mata
bila hilang sinaran cahaya maka ghaiblah ia

ini bukan madah pujangga
ini cuma bayang-bayang punya cerita


Bila internet membuat hal
Semua akan bukak perihal
 
Bila internet  menjadi lembap
Semua kerja tertangguh tak siap

Bila internet seringkali tenat
Nak connect pun selalu tak dapat

Bila internet menjadi isu
Aku pun tak larat nak terus membisu






Agak-agak kalau tak dapat connect internet / internet lembap tahap siput sedut dalam kampus sebab apa?
Mungkin sebab-sebab ni kot:
  1. server tak berapa nak sihat (luar kuasa)
  2. catuan connection oleh pihak berkuasa (luar kuasa)
  3. ramai sangat download movie ( gila kuasa)
  4. ada kaki-kaki hacker merosakkan segala network (memang mereka paling berkuasa)
No 4 tu kasik highlight sikit kasik terang. Sebab tak mustahil wujudnya makhluk-makhluk perosak macam ni.Kalau pernah jumpa dan kena dengan orang macam ni, memang tahu la kesan dan akibatnya. Dalam terang ia tersembunyi,LOL.

Bukan tuduhan melulu, tapi tak mustahil ada. Jadi, sesiapa yang ada kelebihan dalam bidang hacking especially in networking tuh, gunalah sebaiknya. Jangan sampai menganiya dan menafikan terus hak orang lain.

Aku ingat balik kampus dari internship 8 bulan, dah setle pasal masalah internet. 8 bulan duk cakap pasal masalah yang sama je kat rumah sewa, naik tensi dowh. Balik sini pun, ramai gak yang masih duk cakap-cakap pasal internet. Adoi, macam-macam isu ada. Malas nak ambil port, asal dapat connect pun dah ok. Terima kasih internet, jangan tenat selalu.


tukang taip : Baru cuba kerjaya baru, jadi penulis komek la plak


Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya
Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatNya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi


SERIBU BAYANGAN
Damasutra

Klik dan dengar



::kata-kata selepas seminggu lebih tak update blog::
Penangan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas (baca : jem tanpa roti) menyebabkan telinga dijamu dengan lagu-lagu rock kapak dan tangkap leleh. Memang terbaik la lagu-lagu zaman 80an - 90-an. Tersangkut gak dengan lagu ni. Update blog pun duk tengah dengar lagu ni. Layannnn je laaa


Perjalanan dari Kota Bharu ke Tronoh yang normalnya 6 jam, dah pecah rekod bila jem di Tanah Merah, Bukit Bunga, Gerik dan selepas Tol Kuala Kangsar hingga ke RNR Sungai Perak ambik masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke kampus tercinta. Perghhh, berbaloi-baloi cuti CNY. Orang cina yang beraya, orang melayu yang suka dan gumbira. Cuti beb, sape tak mau.


Timo kasih banyok kepada nipi@beliamuda sebab sudi tumpangkan separuh jalan dari Melor ke Jeli. Timo kasih jugok ko Pok Jak bagi tumpang dari Jeli ke Tronoh. Sempat jugok tawaf kat Ipoh 3 kali,haha. Tak lupa pada yang memeriahkan perjalanan, konco-konco seangkatan yang merasa jem tanpa perasa, Pehe dan Zaim.

----------------------

GONG XI FA CAI

Akhirnya, update gak. Huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...