Penutup tirai SUKAN NEGARA 2010 disudahi dengan kejayaan SKUAD HARIMAU MALAYA dalam Piala AFF 2010.

Pembuka tirai SUKAN NEGARA 2011 dimulakan dengan KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA, KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA KOREA, dan PIALA SULTAN AHMAD SHAH untuk sukan bola sepak.


T A H N I A H

Datuk Lee Chong Wei

Juara Kejohanan Terbuka Piala Malaysia 2011


T A H N I A H 

The Red Worriors 

 Juara Piala Sultan Ahmad Shah



TRIVIA SUKAN

BOLA SEPAK : THE RED WORRIORS

Oktober 2010 merupakan detik bersejarah buat semua peminat bola sepak tempatan terutama penyokong setia The Red Worriors di atas kemenangan dan kejayaan menjulang Piala Malaysia sekaligus menamatkan kemarau 89 tahun untuk bergelar JUARA. Kemenangan ke atas Negeri Sembilan 2-1 menidakkan kemaraan bekas JUARA PIALA MALAYSIA 2009.




Kemaraan The Red Worriors bukan setakat itu, malah berjaya melahirkan dan menyumbang pemain berbakat seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Shahrul Idlan Talaha untuk berkhidmat dan membantu skuad Harimau Malaya dalam menjulang Piala AFF 2010.


Kejayaan demi kejayaan diraih sehinggalah kini The Red Worriors berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Kemenangan bergaya ke atas Selangor 2-0 menobatkan Kelantan selaku Juara baru Piala Sultan Ahmad Shah.



::nota penulis::
Ambo bangga jadi ore qlate, tapi ambo tak bangga bilo ada peminat hok baling mercun masa match. Tak tau la sampai bila benda ni akan terus berlaku dan berlaku. Semoga semua yang ditahan dan direman mendapat balasan yang setimpal. Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain dan kejadian yang sama tidak berulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bila weh? Apapun, semoga The Red Worriors terus mara ke depan dengan lebih kejayaan untuk musim terbaru 2011.

Maklumat lanjut, kunjungi blog rasmi The Red Worriors di sini : THE RED WORRIORS



BADMINTON : LEE CHONG WEI

Kemaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terhalang dek kerna kemenangan lebih berpihak kepada musuh tradisi iaitu jaguh dari China, Lin Dan dalam Kejohanan Terbuak Korea. Sehingga kini, Lin Dan terbukti lebih hebat dalam pertemuan dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dengan kemenangan 15 kali berbanding Chong Wei yang hanya 7 kali dalam kesemua pertembungan di gelanggang antrabangsa.



::nota penulis::
xpe kalah pun, Chong Wei bagi tentangan hebat tadi. Mampu bangkit pada set ke 2 dengan kemenangan 21-14. Bagi saingan sengit, mengekori rapat mata demi mata sehingga mata ke-14. Kerana sedikit kesilapan dan kealpaan, Chong Wei ketinggalan di mata ke-16. Kemenangan berpihak kepada jaguh China, Lin Dan 21-16 dalam set penentuan. Apapun, bangga dan kagum dengan prestasi Chong Wei, setidak-tidaknya mampu membuat muka Lin Dan stress dan tertekan.


Sekian laporan daripada penaberkala untuk Visible Voice

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

"menang pakat sorak, kalah jangan kutuk"


p/s: gambar dirakam menggunakan Gigabyte device sewaktu menonton Buletin Utama menggunakan laptop peribadi
Percaya akan keupayaan lagu untuk memotivasikan diri? Perlu percaya walaupun bukan semua lagu dapat bertindak sebagai mangkin dalam memotivasikan diri.


Motivasi diri perlu ada dalam diri? Ya perlu ada dan mustahak dalam apa jua pekerjaan yang kita kerjakan tidak kira belajar, bersukan, bekerja atau apa sekalipun.


Seperti ramai orang berkata "Motivasi bergantung pada diri sendiri kerana tiada siapa yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri". Betul, tepat 100%. Tapi jangan lupa, faktor luaran perlu diambil kira dan tidak boleh dinafikan begitu saja . Contohnya : Orang sekeliling, faktor persekitaran dan sumber motivasi. Salah satu sumber yang boleh dibincang sebagai sumber motivasi adalah lagu.


Kenapa lagu? Kerana lagu dapat membantu meningkatkan kemahiran merangsang deria. Deria yang dirangsang sudah tentu telinga iaitu melalui pendengaran. Mendengar adalah salah satu kemahiran penting kerana dengan mendengar kita dapat menyerap lebih banyak perkataan. Menurut teori, dalam proses mendengar, otak manusia mampu memproses kira-kira 800 perkataan seminit. 90% komunikasi berlaku melalui pertuturan manakala 20% daripada apa yang kita dengar mampu untuk kita fahami.


Apa kaitan dengan lagu?

90% komunikasi berlaku melalui pertuturan? Mungkin kerana lagu adalah seni pertuturan yang diiringi irama dan muzik.

20% daripada apa yang kita dengar mampu untuk kita fahami? Mungkin 20% daripada lagu-lagu yang tercipta di atas muka bumi ini mampu untuk kita dengar, faham dan jadikan motivasi diri. Ada tapi bukan semua.


Jadi, tidak salah rasanya kalau ada yang mengatakan lagu pun dapat memotivasikan diri. Pendapat peribadi, lagu Fikirkan Boleh adalah salah satu sumber kekuatan utama dalam memotivasikan diri. Setuju atau tidak? Walaupun sejak di bangku sekolah rendah lagi didendangkan dengan lagu ni, tapi sama sekali tak pernah rasa bosan bila dengar. Kadang-kadang, bila dengar boleh plak rasa bersemangat dan menjadi lebih optimis dan positif!


Apapun, jom layan lagu ni! Ambil semangat sikit, kasik burst out sikit semangat dalam diri. Yeah! Klik link di bawah jom layan sat lagu nih. Berkobar-kobar, don't hot-hot shit chicken maa. Fikirkan boleh sokmo



Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Apa yang dapat diambil sebagai intipati lagu nih lebih kurang macam ni la:

Kalau kau fikir ragu-ragu akan jadi tak menentu
Kalau kau fikir kau boleh, kau boleh melakukan
Kalau kau fikir kekalahan, kau akan temui kegagalan
Kalau kau fikir kemenangan, kau akan temui kejayaan
Apa yang penting, PERCAYA, TABAH dan BERTINDAK atas kemampuan
Nescaya KEJAYAAN milik kita bersama!


Lagu ni aku dapat gambarkan macam seseorang yang tengah menasihatkan orang lain yang dalam keraguan dan kurang keyakinan diri. Dan mungkin sesuai dan cocok untuk aku pada ketika ini dan mana-mana yang dalam situasi yang sama. Biasa la, awal-awal semester. Otak masih beku, tak nampak flow perjalanan macam mana dan paling penting tak kenal lagi subjek-subjek sama ada MAJOR atau MINOR yang diambil. Ditambah plak dengan Final Year Design Project (FYDP) untuk Process Plant Design (PDP) dan lain-lain subjek yang agak baru dalam kamus hidup. So, relax, take time, and enjoy with the new environment! Chaiyok.


Maka diisytiharkan lagu ni : Fikirkan Boleh! menjadi lagu tema untuk semester baru,LOL.



Bukan apa, orang kata daya upaya minda dapat ditingkatkan dengan beberapa cara. Antaranya:
  • Tulis didalam diari atau buku catatan perkara yang positif dan baik setiap hari. (taip dalam blog pun boleh kan? Ni ye la kot, salah satu usaha,haha)
  • Memiliki motivasi diri yang tinggi. (tengah cari la ni, tu dengar lagu nih)
  • Memfokuskan fikiran. (F.O.K.U.S, yes,try to go for it)
  • Sentiasa berdoa selepas berusaha. (insyaAllah, akan amalkan sentiasa)
  • Membaca buku-buku yang berfaedah. (tak suka baca buku, suka baca blog. Tapi banyak jugak blog yang berfaedah, jangan bimbang tak sesat)
  • Sentiasa mengajak, merangsang orang lain untuk menjadi hebat. (cuba lakukan, cuba selagi mampu untuk menolong dan diperlukan)
  • Berkawan rapat dengan orang yang positif lebih dari yang negatif. (electrostatic discharge?)
  • Memerhatikan keindahan ciptaan Allah S.W.T. (sekecil-kecil ciptaannya, tak mampu ditandingi oleh kehebatan manusia, subhanallah. Refer lagu dikir barat : Anak Tupai)

"Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it."
Greg Anderson



People are like tea bags!
You have to put them in hot water before you know how strong they are

Teh boh : Sampai harini tak tau apa maksud BOH

Teh lipton : Favourite time duk rumah sewa dulu
Nak jadi teh apa? Serbuk teh yang timbang? Teh BOH? Teh uncang LIPTON? Green tea? Teh bing? Teh O Bing? Teh tarik? Sendiri mau tentukan babe.


Analogi cukup mudah, kita nak minum, kita yang pilih dan tentukan nak beli brand apa?
Kita nak minum, kita yang order nak minum yang mana?
Tuntas, semuanya terletak di tangan kita!
Tepuk dada tanya selera, Alah bisa tegal biasa!
Hidup bukan sekadar untuk menguji orang, perlu ingat!
Kita sendiri pun perlu diuji dengan hadirnya orang-orang di depan mata kita.
Walaupun sukar tapi itulah yang tersurat, nak tak nak perlu juga hadap.
Dalam setandan pisang, mustahil tak akan ada yang busuk sebiji kan? Mesti ada punya.
Cuma kita tak tahu apa kondisi dan sebab sebenarnya, sama ada ditebuk tupai, dibaham burung atau digigit beluncas.


Persoalannya sekarang, apa nak buat jika ada pisang yang busuk/ buruk itu dalam tandan yang sama?
Asingkan dari tandan dan biarkan dipatuk ayam dan itik?
Campakkan terus ke dalam hutan/ belukar?
Ataupun masih ada kah harapan untuk digunapakai untuk dibuat cekodok/ lepat pisang?
Itulah yang agak sukar sikit, tapi cukup mudah kalau kita fikir ia betul-betul pisang, main campak je.
Tapi cuba fikir dalam konteks manusia sejagat?
Apa yang penting "People are like tea bags! You have to put them in hot water before you know how strong they are."Apa pula kata anda?

END NOTE : Quote yang simple yet meaningful, dijumpai dalam library AMD sewaktu internship dari June 2010 - January 2011. Kebetulan, situasi yang dialami ketika itu memang cocok dengan apa yang dimaksudkan dalam quote itu. Hanya kawan-kawan sekapal layar saja yang akan faham di sebalik yang tersirat. Tapi, tak mustahil orang lain di luar sana pun pernah tempuhi dan alami situasi yang sama bukan? Hidup penuh cabaran dan dugaan. Itulah realiti dan hakikat.


Kehidupan tidak seindah apa yang kita sangka, tapi keindahan itu kita bisa cipta!



Dulu, nasi lemak 30 sen, nasi lauk ikan 30 sen, nasi lauk ayam 50 sen, air berperisa 20 sen.
Sekarang, nasi lemak ke, nasi berlauk ke, air sirap ke, tak ada paling koman RM1 tak payah mimpi nak acu cuba try test merasa semua tuh.


Dulu, semua free kecuali makanan, minuman dan keperluan asas
Sekarang, susah nak cari benda free, mana taknya nak kencing berak pun paling kurang kena bayar 30 sen. Nasib baik je kentut free lagi setakat ni.


Dulu, budak-budak kumpul ramai-ramai main guli, naikkan wau/layang-layang, main polis entri, baling ting dan main kondi-kondi.
Sekarang, susah nak cari budak-budak yang tau main ini semua, kebanyakannya akan cerita pasal PS, XBOX, PC, LAPTOP dan senagkatan dengannya. Zaman sudah berubah, dunia makin maju


Dulu, makcik-makcik bukak gerai jual goreng pisang, produk makanan. Bukak kedai jual kain baju, barang perhiasan dan kraftangan
Sekarang, masing-masing dah jual produk guna internet. Tag je kat facebook, iklan je kat blog, dah boleh hasil. Kerjanya lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga.


Dulu, ramai-ramai sepakat kumpul syiling, mudah nak kontek famili di kampung guna public phone. Kalau yang berada dan berkemampuan sikit, tak main syiling, pakai kad terus, RM5 ke, RM10 ke, cucuk je terus dapat buat panggilan. Siap beratur lagi nak guna, ambil turn.
Sekarang, tengok public phone pun macam tengok tiang elektrik kat tepi jalan.Lebih malang, kotak je tinggal, ganggang entah ke mana, nombor entah ke mana. Masing-masing ada handphone sendiri. Time kecemasan atau takde kredit je lah singgah guna public phone. Tu pun, berjam nak cari syiling baru dapat buat panggilan.


Dulu, pergi sekolah naik basikal. Tak kira budak sekolah rendah atau sekolah menengah.
Sekarang, mak ayah sudah senang, anak-anak boleh pergi hantar dan ambil, ulang-alik dari rumah ke sekolah. Budak sekolah yang besar sikit, jarang dah naik basikal, semua nak naik motosikal. Tak dapat motosikal, mogok seminggu taknak pergi sekolah.


Dulu, nak tengok komputer sebiji dalam kampung bukan main susah. Kalau ada sebiji, riuh satu kampung macam UFO landing ke bumi.
Sekarang, bukan setakat komputer, laptop pun sudah mampu dimiliki tak kira di mana jua berada. Tak kira di kampung mahupun di bandar.


Dulu, nak dapatkan internet (kemudahan jalur lebar) dan lain telefon bukan main susah. Especially yang terpuruk di corot kampong. Nak dapatkan talian susah macam nak cari emas kat lombong, kalau jumpa tuh memang gembira dan rasa bertuah.
Sekarang, internet ada merata-rata tak kira tempat, line telefon pun sama tak kira telco, Maxis, Celcom, DiGi, dan seangkatan dengannya semuanya ada. Mudah je nak dapat, macam biskut merri kat kedai je skang, ada duit jalan dan layan!


Dulu, orang-orang zaman dulu ramai free hair (tengok album lama-lama kat rumah), pegangan agama tak sekuat hari ini, tapi masalah sosial kurang berlaku. Paling teruk, habis belajar terus kahwin di usia muda.
Sekarang,semakin Islam berkembang pesat, semakin penuh maksiat. Tak kira penampilan dan perwatakan macam mana, masing-masing buat hal sendiri. Kes bunuh, rogol, rompak, ragut, dah jadi macam kes tak pakai helmet/ tali keledar kat jalan raya. Mudah berlaku di mana saja.


Dulu, kalau berjauhan, main surat-menyurat. Kalau emergency, pakai telegram. Nak pos duit, guna money order.
Sekarang, tak main surat-surat kosong, hanya surat rasmi saja. Setem pun kurang laku, pejabat pos pun kurang mendapat sambutan. Emergency? Pakai faks, takpun emel ataupun sms/ call terus. Duit? Transfer terus dari bank ke bank. Dunia di hujung jari, CIMB CLIKS dan internet Banking kan ada. Life is so easy!


Dulu, pagi-pagi beli paper, UTUSAN, BERITA HARIAN dan lain-lain.
Sekarang, pagi-pagi bukak BLOG, BERITA ONLINE dan baca apa yang ada, scroll sampai habis, baca sampai lebam. Newspaper, kalau tak dapat free, tak de headline dan cover depan yang menarik untuk dibeli, memang tak akan sentuh dan baca.


Dulu, aku tulis benda-benda ngarut macam ni dalam DIARI je. Setahun beli satu, sampai 1/4 tahun DIARI entah ke mana, satu pun tak tulis dan catat. Tulis 2 bulan, 10 bulan lagi koyak-koyak buat jet. Last-last baca balik apa yang tulis dalam tuh, senyum sendiri. Last-last, masuk dalam api jugak, tak sanggup dowh nak baca balik,haha
Sekarang, beli PLANNER je untuk catat benda-benda penting. Benda-benda tak penting, karut-marut, apa saja yang terlintas kat kepala otak macam ni, taip je kat blog. Tekan publish, view dan baca balik. Lain masa pun boleh jenguk balik, famili kat kampung pun stalk melalui blog, ke mana pergi, buat apa, apa yang terjadi dan sebagainya.


Dulu, hidup sekadar hidup, tak pernah nak fikir dan ambil tahu. Hari-hari yang berlalu hanya dibiarkan berlalu tanpa sebarang perancangan dan berfikiran panjang.
Sekarang, setiap apa yang dilakukan kena fikir panjang. Baru tahu apa itu erti hidup yang sebenar, baru dapat membezakan yang dulu dan yang sekarang.


Dulu, budak tadika, murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah
Sekarang, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sedar tak sedar dah masuk universiti. Alih-alih, dah masuk tahun akhir.


Dulu, 8 bulan tak sentuh buku, kerja la konon time Internship
Sekarang, kembali ke tempat asal, kampus tercinta untuk tamatkan saki-baki yang tinggal dalam menuntut ilmu mendapatkan segulung IJAZAH dan mendapatkan AZIZAH.


Dulu, hari-hari boleh hadap facebook, blog, twitter
Sekarang, kenalah berpada-pada memandangkan internet tak berapa sihat kat sini


Dulu Facebook, Sekarang kena betul-betul hadap buku-buku, face the book yang tebal-tebal
Dulu Blog, Sekarang kena kurangkan sikit sebab REPORT dan ASSIGNMENT bakal kunjung tiba
Dulu Twitter, Sekarang kenalah bertweet/ berkicau dengan real dalam lecture hall/ hostel. Jumpa balik member-member setelah 8 bulan tak jumpa.


Akhir kata, dulu lain, sekarang lain
Masa tak akan mengundur ke belakang, masa akan sentiasa meninggalkan kita di belakang
Masa tak berhenti walaupun sesaat, masa akan sentiasa bergerak walaupun kita sesat
Masa akan cepat berlalu, kerana masa tidak pernah akan menunggu
Masa akan terus berlalu, walaupun kita langsung tidak ambil tahu


Ok, sekian
Semester baru bakal bermula
24 Januari 2011 detik baru bakal tercipta
Jadikan yang lepas kenangan, yang akan datang cabaran
Semoga setiap urusan dipermudah dan dapat ditempuhi dengan tabah!
Amin


Satu je yang sama
Dulu, single. Sekarang pun masih single,LOL. Bila nak berdua jugak nih, zzzzzz
GOODBYE, FAREWELL
By : Kolabomi Adeko

Farewell is beautiful
A glimpse into the future
Farewell is wonderful
It sets for Adventure

Goodbye is sad
A dive into the past
Goodbye is hard
It memories cast

For old faces must go
Yet new places to go

A chapter opened
And a chapter closed

O Farewell O farewell
How nice if I could tomorrow tell

O Goodbye O goodbye
In thou sweet memories lie

For us you take backward
And make to the past hold
Farewell a' forward
To face the future bold

And today
Yes verily day
With feelings set at bay
These very words I say

Farewell and goodbye
Goodbye and farewell

I say with pleasure and pain
Yes with tears
With grief and joy
Tears of grief and joy 



p/s : Berpisah hanya jarak, hati tetap dekat. Keep in touch! Terima kasih kepada semua kakak-kakak dan abang-abang yang dikenali sepanjang menetap di Penang selama 8 bulan. Afiq, Akmal, Kak Idayu, Kak Jannah, Kak Ummu, Kak Ain dan Syakirah dan semua yang terbabit.

Tidak dilupakan kepada semua trainee UTP-AMD : Muzek, Alip, Din, Hazwan, Faiz, Faris, Abang Khalis, Cha, Miji, Jakir, Afifi dan kawan-kawan UTP-PENANG tak kira di INTEL : Deli, Lalapo, Dilla, Ayu, Zue, Ujie, Farah, Fiza, Zatie ataupun BOSCH : Moh. Nice experience in Penang right? See you in UTP next week.


THANK YOU and SORRY FOR EVERYTHING! 
 

Sometimes I wonder Why does it take a minute to say hello and forever to say goodbye?

I got the answer
Because once I knew people, I'll keep remember them
Regardless how long the time we are not meet one each other
As long as my memory is OK, and your memory is not break down
Believe me, I'll still remember all of you and hope you so!



Kawan-kawan dari darjah 1 pun masih ingat, jangan kecik hati. Anis Balqis pun dah ada blog,haha. So, agak mustahil orang-orang yang baru kenal nih boleh dilupakan begitu saja. Kalau terserempak kat tepi-tepi jalan, kalau tak tegur tuh, cepat-cepat bagi LLL. LLL = lempang laju-laju. InsyaAllah, I'll remember back,haha. Kalau ada yang nak kahwin tu, jangan lupa jemput. Kalau yang nak bertandang ke Kelantan, don't forget to contact me. Mana tau dapat budu free ke sebetol :)


Jom dinner!
2 more farewell dinner to go. Makan dulu, balik kampus baru start jogging, LOL

CATATAN BERMAKNA : RENTITAN PERJALANAN KE KENNY ROGERS

Tarikh : 12 Januari 2011
Lokasi : Pulau Pinang


Menyahut cabaran dan promosi Kenny Rogers! Rombongan 4 jejaka berbaju merah, aku bersama Faris, Muzek dan A.Alip pun bermula.

Destinasi 1
Kenny Rogers @ Kompleks Bukit Jambul

Laporan dari lokasi
Kelihatan kelibat-kelibat pelanggan berpakaian merah memenuhi seat dan ruangan Restoran Kenny Rogers. Sambutan hangat dan menggalakkan dari pengunjung sekitar Penang nampaknya. Kelibat warga AMDers turut serta memenuhi seat sempena Farewell Din : Kak Ina, Kak Maria dan ahli-ahli sejawat. Meriah sakan depa.

Reaksi
Putus asa dan kecewa bila tengok takde seat kosong. Beredar dari Kenny Rogers dengan muka tebal sebab tak dapat masuk,LOL. Beralih angin mencari tempat yang sesuai untuk lunch. Mencadangkan beberapa lokasi baru sebagai ganti untuk hilangkan sedikit hampa di dada:
  1. KFC
  2. Mc Donald
  3. Kapitan

Solusi
Cadangan A.Alip diterima sebulat suara. Rombongan melencong ke arah Restoran Nasi Ayam Misai. Lagipun, tak pernah lagi try Nasi Ayam Misai nih. Nama dah unik, kena lah pi try sekali kalau nak tau best ke tak. Jom usha-usha jap Restoran Nasi Ayam Misai di Kompleks Bukit Jambul.


Nasi Ayam Misai di Kompleks Bukit Jambul
Restoran Nasi Ayam Misai ni terletak di aras bawah Kompleks Bukit Jambul. Cawangan lain yang ada kat Penang ni adalah di Sungai Ara, area traffic light (simpang tiga). Tak tau? Nak pergi roger aku.


Nasi Ayam Misai Set A : RM 3.50
Menu utama yang disediakan adalah Nasi Ayam. Nama pun Restoran Nasi Ayam Misai. Tapi, takde lah plak misai kat dalam pinggan tuh. Cashier pun perempuan. Tak tau la mana misai yang dimaksudkannya. Kat sana, ada banyak set untuk dipilih. Dari set A sampailah ke set E dengan harga yang berbeza-beza ada. Pilihan di tangan anda. Ada mulut, perut kosong, duit yang penting, GO ON! Pilihan kami tak lain tak bukan set paling murah,haha. Set A : RM 3.50!


Diskusi : Rancangan seterusnya
Mood makan masa tu agak ke laut. Mana taknya, plan lain, dapat lain. Hancur luluh jugak lah. Robek hatiku Kenny Rogers Bukit Jambul agak menghampakan, ceittt. Tapi dalam frust dan hampa tuh, habis jugaklah nasi sepinggan air secawan. Not bad. Next plan? Discussion pun bermula. "Jom la try pi sebelah petang lak", celah idea geliga Muzek.


Hampa! Percubaan pertama di Kompleks Bukit Jambul GAGAL
Balik ke office dengan perasaan penuh hampa dan dukacita. Arghhhh, sia-sia pakai baju merah,haha. Kang dah masuk paper untuk lepas geram. Apapun ,bulatkan tekad untuk teruskan usaha mencuba kali ke-2. Promosi skali staun beb, rugi plak kalau tak pergi alang-alang dah dekat dengan outlet Kenny Rogers.
Promote punya la kencang, tak kan promoter sendiri tak pergi kot. Kamon la. Merah mu bara semangat waja! Yeah


Hasil carian di search engine
Alang-alang habis lunch awal, apa lagi. Masa untuk FACEBOOK. Check akaun NUFFNANG sekali terutama section KEYWORDS. Fulamak, ramai jugak yang search and find pasal PROMOSI KENNY ROGERS ni. Patut la aku tak ada tempat, ramai yang tau rupanya.


Google membantu dalam mengawal lalu-lintas blog
Ni hasil usaha gigih member aku, Fatiyah. Siap search kat GOOGLE dan printscreen. Pastu, siap upload kat FACEBOOK,haha. Mai la claim hadiah, gula-gula KOPIKO 3 bijik. Berguna gak entri yang aku buat. At least dapat kasik tau informasi kepada orang-orang yang memerlukan. Itu yang penting.

Konklusi
Misi pertama GAGAL

Menurut saksi kejadian di Kenny Rogers Bukit Jambul, service kat sana agak teruk dan tidak memuaskan. Order lain dapat lain, dan perlu menunggu dari pukul 1130 pagi hingga pukul 130 tgh hari baru boleh makan. Kesian, apakan daya. Itulah lumrah, "di mana ada gula, di situ ada semut". Sebab tu ramai yang cabut lari lepas tuh.
 
Perjalanan belum berakhir setakat tuh, ada lagi sambungannya. Misi ke-2 diteruskan! 


Destinasi 2
Kenny Rogers @Queensbay Mall

Percubaan ke-2 : Queensbay Mall
Laporan dari lokasi
Sebaik tamat waktu kerja, terus melencong ke Queensbay Mall. Dari jauh tengok que panjang gak. Ada la yang dah mula give up dan nak berpatah balik. Tapi, aku terus mara ke depan dengan penuh semangat. Fuh, nasib baik kat dalam Kenny Rogers Queensbay Mall kosong. Tak sampai 15 minit dah boleh order. Tunggu dan borak-borak tak sampai 15 minit makanan dah siap-sedia terhidang kat atas meja. Service terbaik!


Fenomena Kenny Rogers : Merah mu bara semangat waja

Suka duka mendapatkan Kenny's Quarter Meal


Reaksi
Apa tunggu lagi? Makan je lah. Tapi sebelum tu, snap-snap lu kejap. Macam menarik je bila tengok satu Restoran Kenny Rogers penuh dengan warna merah. Tak tahan dek kerna kempunan tengah hari tadi, jadi masing-masing fokus dengan makanan masing-masing. Gulp!


Siap-siaga untuk membalas dendam



Konklusi
Misi ke-2 BERJAYA!


MENU SANTAPAN
jangan meleleh

Muffin vanilla dan chocolate

Ice lemon tea
Kenny's Quarter Meal

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati


Amacam? Ada can nak jadi journalist tak? Kalau bukan pasal pelancongan, pasal makanan,haha.
Jangan lupa usha-ussha tempat menarik untuk dilawati di Penang:

CREDIT TO BALA TENTERA :  Faris, Muzek, A.Alip


SUMBER TRAFIK : Secara langsung kesesakan lalu-lintas : Feedjit Live
 
Kesinambungan kepada entri lepas : TRAVELOG EKSPLORASI KE TELUK DUYUNG @ MONKEY BEACH


Orang kata "a picture speaks louder than word". Mungkin video ini dapat speaks louder than picture,haha. Sama-sama menikmati keindahan alam dan keseronokan mengembara di Pulau Pinang! Cuti-cuti Malaysia, melancong dalam negara pun cukup :) Ada rezeki lebih kita pi ke luar plak.


Dengan ini dipersembahkan video hasil usaha keras Mohlensa. Terima kasih Moh, nice video! Kenangan terindah for the last trip in Penang. Dapatlah juga bawa balik kenangan setelah 8 bulan bertamu di pulau mutiara.





Untuk keterangan lanjut mengenai Teluk Duyung @ Monkey Beach, boleh la rujuk entri lepas di sini!


Pengembaraan ke Kenny Rogers untuk promosi sempena 12 Januari 2011 agak mencabar. Merah mu bara semangat waja! Ikuti liputan lanjut kemeriahan di Kenny Rogers dan senario orang-orang berbaju merah nanti. Tahniah kepada yang sempat berkunjung.
Pernah dengar pepatah ni : Rumah dah siap, pahat masih berbunyi? Pastinya semua pernah dengar dan belajar dalam subjek teras Bahasa Malaysia sejak dari bangku sekolah lagi. Persoalannya, apakah maksud sebenar yang cuba disampaikan? Search kat google ataupun refer kat link ini -> Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. (wajib baca)

Sudah jelas dengan maksudnya? Sudah faham dengan definisinya? Jom bagi contoh situasi untuk menghubungkaitkan pepatah melayu ini dengan keadaan semasa.


Rasanya, inilah pepatah melayu yang paling tepat dan sesuai dengan keadaan sekarang. Kalau dulu, dunia blog kecoh dengan isu-isu bola sepak Piala AFF Suzuki, tapi kini selera orang ramai berubah serta-merta dan terarah kepada Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku dan lebih tepat lagi pasal Anugerah Juara Lagu (AJL 2010).

Apa yang dapat dirumuskan di sini ada dua perkara

1) Isu bola sepak
Malaysia Mantap! Malaysia Hebat! Juara Piala AFF Suzuki! Sana-sini penuh orang berbicara. Orang yang tak minat bola sepak pun tiba-tiba jadi minat bola. Itu bagus! Langsung tak salah. Masing-masing bagi sokongan padu. Puji sana, puji sini. Kalau senario macam ni, memang ok. Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Ini tak mengapa kerana bunyi yang dihasilkan itu lemak merdu dan sesuai dijadikan halwa telinga. Kongsi kegembiraan bersama!

Tapi persoalannya sejak bila bermula dan sampai bila akan bertahan? Time skuad Harimau Malaya dibelasah teruk dulu, memang kaw-kaw punya kena kutuk. Time skuad Harimau Malaya menjulang piala, masing-masing ditiup angin ibarat lalang, semua kembali memberi sokongan padu. Cuba bayangkan, di mana penyokong ini semua andai suatu hari nanti skuad Harimau Malaya kurang menyerlah. Adakah masih menyokong dan gah bersama ataupun balik kepada bentuk asal dan berpaling tadah. Dalam erti kata lain mengutuk? Tepuk dada tanya selera. Tepuk kepala, galilah dengan akal!


2)Anugerah Juara Lagu
14 lagu-lagu terbaik tanah air 2010 berentap di pentas paling berprestij. Hari-hari dengar radio dan lagu-lagu di mp3, inilah saatnya lagu-lagu terbaik sepanjang tahun dipilih dan dinobatkan sebagai juara lagu. Tapi kali ini agak berbeza, AJL 25 menimbulkan sedikit kontroversi. Pertama kali juara untuk AJL diboooo dan tindakan protes penonton membaling kerusi tersebar di sana sini. Di mana silapnya?


Bukan setakat itu, pelbagai isu ditimbulkan. Dari aspek juri sehinggalah pemegang gelaran juara lagu. Kebanyakan daripadanya membangkang keputusan dan memperli juara. Apakah ini semua? Paling tepat, inilah situasi yang sebenar yang dapat menggambarkan rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Tapi tak sama dengan kes 1 tadi, bunyi pahat kali ni agak membingitkan telinga yang mendegar dan memenatkan mata yang membaca.

Lepas ni, agak-agak isu apa plak?

Konklusi, orang kita kalau puji, herm memang tinggi melangit ke atas langit
Tapi, kalau bab mengutuk, memang kaw-kaw kutuk dalam hingga menjunam ke perut bumi

Ok, titik


Jom la layan lagu yang telah diiktiraf sebgai juara lagu AJL 25. Best ke? Layan je lah dulu

Nasib baik ada AJL 25, ada jugak peluang untuk aku bukak telinga dengar lagu ni dan bukak mata untuk baca liriknya.




Tolong Ingatkan Aku
Lagu dan lirik oleh Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita



SUMBER -> Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)

09/06/12 NOTA: Menulis puisi dan lirik itu satu disiplin yang berbeza. Kadangkala melodi diutamakan untuk memberi rentak pada penceritaan dalam mana-mana lagu. Ada juga masa lirik membawakan ritma yang menentukan corak melodi. Puisi lebih bebas dan tak tertakluk pada mana-mana ukuran.

Dalam proses penulisan lagu, saya lebih biasa dengan melodi dulu sebelum lirik. Dalam kes ini, saya sudah tahu apa yang saya cuba sampaikan jadi liriknya mudah dicapai dari apa yang saya pernah kupas.

Seperti yang awak boleh lihat, walaupun ceritanya sama (perkataan yang digunakan pun sama), terdapat kelainan dari segi susunan dan fokus masing-masing. Puisi barangkali lebih kepada memujuk supaya jangan bergaduh dan berpisah, manakala lagu/liriknya adalah peringatan untuk tidak bergaduh dan berpisah. Haha.. Saya hanya menulis, bukan menghurai. ;p

Kesimpulannya, saya lebih selesa berlagu dari berpuisi. Tapi, setelah mengupas subjek ini di dalam puisi, macam lagi senang lah pulak untuk menulis lirik. Mungkin saya akan cuba cara ini lagi. ;)


Kata-kata yang dipetik daripada blog Ana Raffali. Jelas, beliau menghasilkan lagu kerana minat dan bukannya untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 2010. Penulisan puisi, diikuti irama dan muzik membuahkan seni lagu yang unik dan penuh kontroversi setelah dinobatkan sebagai juara. Tapi lirik lagu ni agak puitis dan menarik


Antara baris ayat yang paling mendalam maksudnya adalah seperti berikut:

"saku penyeluk masa" - dalam saku ada duit, penyeluk saku ambil duit dalam saku, duit masuk dalam saku penyeluk saku. penyeluk masa ambil apa, apa masuk dalam saku penyeluk masa? ;)

Maksudhnya apa?
Maksudnya penyeluk masa tak dapat apa-apa. Memang sesuai ditujukan kepada kita semua. So, aku pun malas nak menyeluk saku masa aku sendiri tentang isu ini. Tapi dah terbabas taip entri ni,aiyoo. Just to give my point of view. Padahal lebih baik pi makan maggi tomyam satu bungkus, telur rebus 2 biji, milo ais secawan. Kenyang jugak perut. So stop protest/complaining kerana tak mungkin akan ada juara baru AJL 25. Kutukan/pujian pun tak mungkin dapat menjana pendapatan hasil sumbangan wang yang dimenangi Ana Raffali,hak3. Sia-sia saja.

Jawapan daripada pihak berkenaan : HARIAN METRO


Sebab ramai tengah kecoh-kecoh pasal Ana Raffali, tak pasal-pasal aku try Google tadi. Bukan apa, kalau semua duk kecoh pasal sesuatu isu, aku suka baca, intai, dan fikir. Herm, ada yang baik, ada yang buruk. Nak tau gak kenapa ramai orang tak suka dia. Ke tak suka lagu dia? Konpius,haha
Hasilnya, jumpa la blog dia nih http://ana46.blogspot.com/
Best jugak rupanya lagu-lagu Ana Raffali. Nasib baik ada AJL, baru kenal,haha.


SENARAI LAGU AJL 25

Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali




KOMPILASI AJL
Nukilan : penaberkala

Usah hanyut dibuai mimpi dan janji yang tidak pasti
Walaupun si jejaka sudah berjanji sumpah setia, itu mungkin kehebatan Drama King
Walaupun si gadis cantik lagi manis setanding Sofea Jean, itu mungkin hanya luaran semata
Bilamana nokhtah cinta memancarkan sinarnya
Tidak mungkin akan ada kebahagiaan dalam perpisahan
Ku ada kamu itu tidak cukup hanya di bibir sahaja
Kerana Cinta sempurna itu harusnya tulus ikhlas hadir dari dalam jiwa
Kebahagiaan ibarat pelita hidup
Yang dapat bulatkan tekad untuk terus berlari mengejar penghujung kehidupan
Hidup perlulah bijak dalam mencari konklusi
Agar dapat kecapi keindahan hidup sebenar yang bukan sekadar ektravaganza
Jahat biar berpada, baik biar bertempat
Tolong ingatkan aku bila aku terleka dan terlalai
Selamat Malam!


end note : keputusan AJL25 memang unexpected. Apapun tahniah. Sudah mula suka dengan lagu TIA : Tolong Ingatkan Aku! Agak-agak bila plak nak ada Anugerah Juara Nasyid?

Teluk Duyung atau lebih dikenali sebagai Monkey Beach adalah satu lokasi pelancongan yang agak menarik untuk dilawati di Pulau Pinang. Aktiviti riadah seperti tracking : Dari Taman Negara Pulau Pinang ke Teluk Duyung / Monkey Beach ataupun hiking : Dari Teluk Duyung / Monkey Beach ke Muka Head (rumah api) adalah antara 2 aktiviti utama di sana.

Aktiviti tepi pantai seperti banana boat, jetski ataupun tapak untuk BBQ juga disediakan untuk pengunjung. Paling menarik, lawatan ke sana akan ditemani monyet-monyet cute yang pastinya nakal dengan pelbagai gelagat yang mampu membuatkan kita tergelak, senyum sinis mahupun tertawa kecil.

Berikut merupakan rentitan perjalan kami ke Teluk Duyung / Monkey Beach pada 8 Januari 2011. Coretan ini adalah travelog kami ke sana, perkongsian maklumat dan pengalaman serta sebagai tanda kenang-kenangan dan bukti kami pernah sampai ke sana terutama bagi ahli ekxplorasi sendiri. Semoga membaca catatan travelog ini mampu membuat kita senyum sendiri.

830AM
Berkumpul di flat Mutiara Perdana
Ahli eksplorasi kali ini paling ramai setakat ini iaitu seramai 22 orang yang terdiri daripada Faris / Moh / Farah / Ujie / Ayu / Alip / Deli / Miji / Dila / Amin / Muzek / Lapo / Anuar / Adam / Illias / Faisal / Fiza / Zati / Zu / Jakir / Afifi / Cha .

6 kereta sebagai jentera mengangkut ahli rombongan ke Teluk Bahang
WMD - WND - TAV - TAT - NCL - PJX

900AM
Bertolak dari Bayan Baru ke Teluk Bahang
Perjalanan bermula dari Bayan Baru menuju ke Teluk Bahang. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit agak lancar dan bebas dari kesesakan lalu lintas.

1030AM
Tiba di Teluk Bahang


Pelbagai pakej disediakan di sana. 7 tawaran destinasi menarik disediakan untuk para pengunjung. Seperti apa yang dirancang dan dipersetujui, destinasi D : Teluk Duyung / Monkey Beach menjadi destinasi pilihan kami.

1040AM
Pendaftaran di kaunter Taman Negara Pulau Pinang

Ahli ekplorasi kali ini dibahagikan kepada 2 kumpulan
GROUP A : Untuk membawa dan menyediakan makanan di tapak BBQ
GROUP B : Tracking

Group A : Menaiki boat bersama bahan mentah/ makanan
Ujie / Deli / Miji / Lapo / Zu / Jakir / Afifi / Cha

Group B : Tracking menuju ke Monkey Beach / Teluk Duyung
Faris / Moh / Farah / Ayu / Alip / Dila / Amin / Muzek / Anuar / Adam / Illias / Faisal / Fiza / Zati


Pendaftaran dimulakan oleh Organizer : Faris diiukuti oleh ahli-ahli ekplorasi. Setiap pengunjung perlu berdaftar di kaunter untuk mengisi maklumat peribadi seperti nama, umur, asal dan waktu berdaftar sebagai rekod Jabatan Pelancongan Pulau Pinang.


1055AM
Group B : Tracking bermula


14 ahli eksplorasi memulakan tracking tepat jam 1055 pagi. Masa yang ditetapkan adalah 1 jam 15 minit. Persoalannya, mampukah kami memenuhi waktu yang ditetapkan? Untuk ahli eksplorasi, tahukah berapa lama masa yang anda ambil untuk tiba ke destinasi? Lepas ni korang akan tahu.



Check point pertama setelah 5 minit perjalanan bermula. Bergambar kenang-kenangan. Perjalanan (tracking) ke destinasi tidak sesukar mana memandangkan track yang disediakan agak baik dan terjaga. Tanda arah yang disediakan di sepanjang perjalanan memudahkan lagi peserta tracking mengenalpasti arah tuju exsplorasi.



Antara aksi-aksi tracking yang sempat dirakam. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tapi, alhamdulillah semuanya selamat. Seni yang diperlukan dalam tracking adalah seni menyusun tapak agar tidak terpeleot dan terbabas.


1100AM
Group A : Chef dan ahli dapur menaiki boat menuju ke Monkey Beach

8 ahli lagi meneruskan perjalanan menaiki boat berserta bahan mentah untuk BBQ dan makanan. Tugas terpikul di bahu mereka adalah menghidupkan api untuk BBQ dan membakar ayam.


Antara Chef yang ditugaskan, agak profesional dan berkemahiran tinggi. Bakal-bakal menantu mithali. Berkenan cepat-cepat hantar rombongan meminang,haha. Apapun, satu pujian dan penghargaan kepada mereka yang terlibat kerana bertungkus-lumus menyediakan ayam bakar kepada peserta tracking. Lagi satu, mereka tak makan selagi tak siap semua ayam dibakar. Bravo!


1210NOON
Tiba di Monkey Beach / Teluk Duyung
Durasi tracking yang berjaya direkodkan adalah 1jam 14minit. Nampaknya berjaya memenuhi masa yang telah ditetapkan, tapi kurang 1 minit. Pecah rekod wooo.

Antara penemuan-penemuan berharga sepanjang perjalanan


Pokok romantik : Mempunyai daun-daun yang berbentuk LOVE is CINTA




Tapak penyelidikan USM.
Cuba cari perkataan tersembunyi di sebalik gambar di atas



Pokok unik : Batang pokok yang berpintal dan memiliki permukaan yang luas seperti cendawan.

Itulah antara keindahan alam yang sempat kami rakam. Subhanallah!


1220NOON
Tiba di tapak BBQ
Perjalanan menuju ke tapak BBQ, terletak berhampiran kaki bukit untuk hiking ke Muka Head (rumah api)


1230NOON
BBQ bermula
Agenda utama eksplorasi, BBQ dimulakan. Acara membakar ayam diketuai oleh Chef lalapo dibantu oleh rakan setugas yang lain : Miji / Cha / Jakir / Afifi / Deli


SHIFT A : Tonggak utama BBQ
SHIFT B : Mengambil alih tugas memberi peluang shift A menjamu selera
SHIFT C : Saat-saat akhir time ayam tinggal 5-10 ketul,hak3


100PM
Persediaan juadah untuk lunch

MENU

Nasi goreng

Ayam bakar + sosej

Soya + Teh

Pencuci mulut : Limau


120PM
Lunch hour
Acara kemuncak mengambil tempat, iaitu majlis makan-makan di tepian pantai. Terbaik dengan menu-menu yang superb terhidang!

"Lama sungguh tak makan-makan tepi pantai macam ni ramai-ramai. Time kecik-kecik je berkelah"
Antara dialog yang terpancul keluar sewaktu menikmati juadah


Gadis-gadis beralih tempat makan setelah berebut kuasa dengan monyet yang ada di Monkey Beach. Mereka tewas di tangan monyet setelah seketul ayam bakat berjaya dirampas di depan mata,haha. Hanya mampu menjerit, monyet berjaya mendapatkan makanan untuk lunch!

Persoalannya, kenapa monyet pergi serang tempat makan perempuan dan bukannya lelaki? Musykil! haha, kesian tengok depa berperang dengan monyet.


230PM
Game : REGU
Sementara menunggu boat tiba jam 330 petang, selepas mengisi perut dan kekenyangan, game menarik pula mengambil tempat. Game yang simple dan menarik, REGU dikelolakan oleh Amin.

Masing tekun mendengar taklimat dan berada dalam group masing-masing
Group 3 : Anuar / Afifi / Muzek / Ujie / Dilla
Korang memang terbaik, banyak gak boleh jawan,haha. Good job!
Group 1 paling aktif dan mantap! Syabas

Aksi-aksi si bisu dengan pergerakan isyarat
Aksi paling mencuit hati : PAPADOM
Illias did a great job, sampai mati aku akan ingat,haha


315PM
Packing barang dan kemas tapak BBQ
Semua sampah-sarap perlu dikutip dan dibawa pulang. Jagalah kebersihan alam sekitar! Kepada sesiapa yang bakal berkujung ke sana, bawalah pulang sampah-sarap yang ada bersama kalian. Semoga keindahan Teluk Duyung / Monkey Beach terus terpelihara.

333PM
Bertolak pulang ke Taman Negara Pulau Pinang
Semua 22 ahli eksplorasi diangkut menaiki 2 buah boat, 11 orang untuk satu boat. Makluman kepada sesiapa yang berniat untuk berkunjung ke sana, RM50 untuk sewa boat bagi satu arah. Perjalanan 2 hala, pergi dan balik bernilai RM100. Semakin ramai, semakin murah dan meriah!

343PM
Tiba di Taman Negara Pulau Pinang

350PM
ISOMA : Istirehat + Solat + Minum + Ambil gambar
Kemudahan tandas awam untuk mandi disediakan di Taman Negara Pulau Pinang. Surau juga disediakan. Konklusi, kemudahan yang tersedia agak memuaskan dan cukup lengkap.

Sebelum bertolak pulang, kami bergambar sebagai kenangan dibawa pulang


Akhir kata, terima kasih kepada smeua yang terlibat.
Exsplorasi paling meriah!
Terbaik

430PM
Bertolak pulang ke destinasi masing-masing

600PM
Ketibaan di flat Mutiara Perdana


Penghargaan
  1. Faris : Organizer dan tunggak utama dalam mendokong misi ini
  2. Dilla : Resipi rahsia ayam berempah yang sedap dan mengancam
  3. Lalapo : Ketua chef yang berdedikasi
  4. Jakir /Afifi / Cha / Deli / Miji : AJK logistik dan tukang masak yang berdedikasi
  5. Moh : jurukamera liputan, video maker. Thanks for the nice video!
  6. Alip : tunggak utama sumber foto blog visible voice
  7. Amin : organizer game regu yang jiwang : CINTA perkataan wajib dalam setiap jawapan,LOL
  8. Muzek : Tahniah sebab tamatkan tracking walaupun kepenatan,haha
  9. Adam : jurukamera, setiap sudut dan sediap detik
  10. Illias : Peserta regu paling kreatif di abad ini, ada harapan masuk Raja Lawan Lawak musim terbaru
  11. Faisal / Fiza / Zati / Farah / Ayu : tahniah berjaya menamatkan tracking sejauh 3km lebih.
  12. Zu / Ujie : AJK makanan yang siap sedia di tapak BBQ

end note : semua merasa apa yang diceritakan, tapi semua perlu tahu setiap detik dan momment yang istimewa. Semoga eksplorasi ini dapat dijadikan kenangan paling berharga untuk hari-hari terakhir di Penang (internship). Salam kenal buat semua dan jumpa lagi di lain waktu dan ketika!


Rakaman video eksplorasi ke Teluk Duyung @ Monkey Beach ada di sini -> VLOG EKSPLORASI
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...