SUKU AKHIR KE-2 PIALA MALAYSIA 2011 : KELANTAN VS TERENGGANU


14 Oktober 2011, suku akhir ke-2 Piala Malaysia 2011

Medan untuk pasukan yang kalah di suku akhir pertama untuk mencari kemenangan
Medan untuk pasukan yang menang di suku akhir pertama untuk mengunci benteng pertahanan

Tugas berat untuk Kelantan, bila tewas 1-3 di tangan Terengganu
Tugas berat untuk Perak, bila tewas 1-3 di tangan Selangor
Tugas berat untuk Felda United untuk bertahan, bila menang tipis 1-0 terhadap Negeri Sembilan
Tugas paling berat yang dipikul Sabah bila kalah di laman sendiri di tangan T-Team 1-2



Apapun, tumpuan kuat semestinya terarah untuk perlawanan Kelantan dan Terengganu
Ikut rekod atas kertas, Stadium Kota Bharu tak pernah kalah di tangan pelawat, masih kekal dengan rekod bersih paling koman seri.
Jadi malam ini, perlawanan suku akhir ke-2 antara Kelantan - Terengganu sudah pasti menjadi tanggungjawab berat untuk kesemua pemain The Red Worriors
Dan pastinya menjadi debaran buat jutaan peminat fanatik bola sepak Kelantan
Bukan sekadar untuk berjuang mempertahankan rekod bersih tanpa kalah, malah perlu menang paling kurang 2-0 untuk layak ke peringkat separuh akhir.
Dengan ketiadaan 3 pemain bila dilayangkan kad merah, terutama tonggak pasukan iaitu Shakir Saari, mungkin laluan sukar untuk Kelantan malam ini.
Adakah kemenangan malam ini itu mungkin, ataupun sebaliknya?
JAWAPAN :  Suku akhir memang Kelantan dah kalah. Tapi kalah di stadium sendiri masih belum.
Aku sudah bersiap sedia untuk frust menunggeng,lol
So, frust saja, tak jadi frust menunggeng


Apapun, jom kita serbu ASTRO ARENA, pada jam 845 malam untuk menyaksikan Siaran Langsung perlawanan antara Kelantan dan Terengganu.
RTM akan menyiarkan perlawanan siaran langsung antara Perak dan Selangor.
Lain-lain venue, korang tengok tweeter sudeyyyy


Keputusan penuh Suku Akhir ke-2 Piala Malaysia 2011
*keputusan semasa suku akhir pertama*

Kelantan 2 : Terengganu 2
*Terengganu 3 : Kelantan 1*
Terengganu menang agregat 5-3
 
Perak 0 : Selangor 1
*Selangor 3 : Perak 1*
 Selangor menang agregat 4-1
 
Negeri Sembilan 1 : Felda United 0
*Felda United 1 : Negeri Sembilan 0*
Seri agregat 1-1, penentuan melalui tambahan masa
dengar kata, Negeri Sembilan menang 
T-Team 2 : Sabah 1
*Sabah 1 : T-Team 2*
T-team menang agregat 4-2  


notakaki : suku akhir pertama, banyok puok kito kutip kad meroh, main bekeng ko guano? harap-harap male ni dok jadi lagu tuh doh. Sumbak gol buleh kiro. Gomo bola jange duk gomo oghe. 
aku tengok bola malam ni berapi macam ni....sebab seharian duk hadap resume tadi
lagi berapi tadi bila tengok dengan member-member terenganu, ngeng
kaloh pulok doh


Hujan ribut panas terik badai taufan...
Jiwa kami tetap teguh bersama Kelantan...
Walau jatuh walau bangun berhalangan....
Kalah menang tetapkan terus perjuangan....

 Adakah ini entri terkahir aku untuk Piala Malaysia 2011? jeng jeng jeng
yezza, ini entri last. No more about Piala Malaysia 2011 after this. Good luck team penyu!

Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga Piala Malaysia kekal milik pasukan pantai timur yeahh

    ReplyDelete
  2. Hazwan Arif:
    beyeh doh tu menang 2-0 di tempat lawan
    konpem doh sebelah kaki ke final

    ReplyDelete