CONVOFAIR 2011, UTP

/
8 Comments


Pesta Konvo @ Convofair
Acara tahunan yang diadakan di setiap universiti untuk meraikan para graduan yang bakal menyarung jubah labuh, topi petak berambu, dan terima kertas segulung.

Tahun ni, convofair Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) akan diadakan pada 14-16 Oktober 2011 di Oval Park.



Convofair 2011 di UTP tahun ni dah masuk kali ke-11. Dah darjah 5 rupanya UTP ni kalau sekolah. Tapak convofair tahun ini agak berbeza dari kebiasaanya kerana tahun ini sedikit perubahan dibuat iaitu di Oval Park, UTP. Kalau lalu di lebuhraya depan UTP tu, nampak la khemah-khemah bercancang-arang di tepi tasik. Kalau lalu sebelah malam, boleh tengok UTP skang dah jadi macam i-City, habis pokok kena make-up pakai lampu. Makin romantik dah jadinya kawasan Oval Park dan Tasik UTP. Cayalah!!!




Ni antara tentatif/aktiviti yang akan diadakan sepanjang convofair 2011 di UTP. Untuk abang-abang dan kakak-kakak yang nak datang convo tu, boleh la angkut family sekali datang ke UTP untuk berkelah di tepi tasik sambil layan apa yang ada. Kalaulah aku convo taun ni, konpem satu kampung aku angkut datang sini. Ok, tipu.
 
Ni pre-event convofair 2011 yang sempat aku join. Terima kasih untuk RM50.
Nak tau lebih lanjut, boleh baca cerita dongeng di sini : Treasure Hunt
 


Apa lagi yang menarik tentang convofair 2011?
Amekaw, Malaysia Hari Ini (MHI) pun akan berlintas langsung di UTP. Sape nak masuk tibi tuh, boleh la gi tempek muka kat lensa kamera. Bangun pagi-pagi pi berhimpun di Chancellor Complex. Mana tau untung-untung cameraman terzoom kat jerawat batu seketul atas dahi tuh.




Ini aktiviti-aktiviti menarik yang ada time convofair nanti. Boleh la kasitau anak-beranak suruh datang. Orang-orang Perak pun, datang la kalau nak beraktiviti bersama famili. Sesuai sangat la tuh untuk beriadah dan berehlah di UTP.



Jom weh berkayak. Duk 5 tahun sini sekali habuk pun tak pernah berkayak.


Tu dia, tournament PES pun ada. Sape rasa PRO, boleh pi beradu tenaga.



Stress? Jom kita pi tendang bola.  Aku nak pi try la nanti sepam dua.


Yang ni dah lama aku pencen. Klau time muda-muda dulu, dah lama aku join bab lari-lari nih.



Pakcik yang nak datang tengok anak convo boleh la bawa joran sekaki sebab ada pertandingan memancing. Orang sekitar Perak pun buleh la nak join.



 Hok ni memang menarik, aku ingat untuk anak-anak ribenna je. Rupanya mak bapak pun buleh join sekaki. Bak kata penganjur "ayah sedara kids, mak bapak, abang kakak, datuk nenek, bapa tiri bapa angkat, nenek tiri nenek angkat sume pun boleh.. >___<"


Dan untuk malam penutup, akan ada konsert amal yang akan menampilkan Mirwana.






notakaki : Harap-harap convofair taun ni tak hujan. Kalau taun sebelumnya, time convofair je hujan, hujan je convofair. 

Semangat pulak aku promote convofair 2011 ni. Sape suruh hangpa semua sesat masuk blog aku cari pasal convofair 2011. Kang dah sebakul aku kasik. Apepun, semoga kalian semua selamat sampai ke UTP dan selamat meraikan hari konvokesyen kalian. Congratulation to all graduates.


You may also like

8 comments:

  1. Dulu UTP tu kampus kejuruteraan USM sblum pindah ke transkrian. Sellau jugak dtg ziarah member kt Tronoh. Last sy lalu dpn UTP tu thn 2009 tyme nak gi ke lumut. padahal sy dok chemor jer dan bukannya jauh dari UTP

    ReplyDelete
  2. shameel Iskandar:
    mari la bro weekend ni
    dekat je tuh UTP dgn Chemor
    klu datang tuh, roger-roger la
    boleh jumpa dengan pemilik blog bicaradariaku secara live

    ReplyDelete
  3. Nak pergi... tapi ada kerja pula...Huhuhu...

    ReplyDelete
  4. bestnya.. aktiviti pun menarik.. pagi2 tdi sblm g keje dah tgk MHI, tgk gak la kot2 ada blogger Penaberkala.. hehee..

    tahniah tuk semua yang akan konvo..

    ReplyDelete
  5. konsert mirwana sangat best. teringat jadi org back stage time kat kms, sembang2 ngan mirwana, mereka sangat cool especially along. sembang macam dah lama kenal jer.

    p/s - selamat menyaksikan konsert mirwana.

    ReplyDelete
  6. Jamal Ali:
    owh, tengah internship ke skang?
    xpe la, nk buat camne
    relax bro, taun depan ada lg
    kalau ada la,haha

    ReplyDelete
  7. HaiDa HiDa:
    uish, mana ada pergi MHI td
    duk dalam bilik je, tengok kat tv
    klu pi, takut camera pecah nanti,hak3

    ReplyDelete
  8. NHAR:
    tak pernah lagi tengok konsert mirwana
    alang-alang dah dekat sini, boleh la try pi tengok nanti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...