28 OGOS

/
8 Comments

AYAH
Nukilan: Penaberkala

Ayah,
Aku tetap bangga walau kau seorang petani
Pengusaha bendang dan tidak berpelajaran
Tidak pandai menulis,membaca lagi mengira
Kerna ku tahu
Kasihmu tulus dan luhur

Ayah, 
Kini kau sudah tiada
Tak sempat untuk aku menabur jasa
Hanya iringan doa 
Dari jauh dapat aku panjatkan

Ayah, 
Sungguh sepi hati ini
Masih belum puas ku mendapat kasih sayangmu
Tatkala aku mula mengenal erti kasih dan sayang seorang ayah 
Kau dipanggil menghadap Illahi

Ayah,
Walau kau tiada di sisi
Tapi kau sentiasa dekat di hati
Setiap masa menemani diri
Tatkala riang mahupun sunyi

Ayah,
Rindu rasa hati
Untuk ku peluk dan ciummu
Untuk ku ucap selamat hari bapa
Untuk ku ucap selamat hari lahir
Untuk bersahur dan berbuka bersama
Untuk meraikan lebaran bersama 
Untuk menyokongku tika susah dan senang

Ayah,
Berapa lama pun telah kau pergi
Kau kan sentiasa di hati
Masa tak bisa pudarkan ingatan padamu
Seorang ayah yang banyak berjasa
Susah payah seorang diri
Korbankan diri demi keluarga!


Hari ini, 28 Ogos 2011, genaplah 5 tahun pemergian arwah ayah tercinta, Mah Hassan Bin Ya'acob. Semoga arwah tenang di sana.
Hanya ruangan ini yang aku ada untuk melepaskan rindu padanya. Hanya iringan doa yang mampu aku utuskan.
Selama manapun engkau telah pergi, akan ku kenang selalu. Keranamu adalah ayahku tercinta, tiada pengganti, tiada ke-dua mahupun ke-tiga. Kasihmu tetap abadi.



You may also like

8 comments:

  1. Al-Fatihah.

    Semoga arwah ayah senantiasa dirahmati Allah.

    Salam Aidilfirti, Encek penaberkala ^^

    dill.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...
    Semoga roh ayahmu ditempatkan bersama para Solihin.

    (^_^)

    Ade satu lagu sesuai dgn post ko ni bro...
    Aidilfitri Tanpamu, Melastik Bintang. [http://t.co/z81tesu]

    Kudoakan dirimu sentiasa kuat dan tabah menghadapi kehidupan ni,wahai teman (^_^)

    ReplyDelete
  3. al-fatihah
    banyak2 berdoa kepada allahyarham ayam ko yer pena
    :-)

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..

    insyaAllah, anak ayah akan berjaya dalam hidupnya.. anak ayah akan menjadikan setiap kata2 dan pesanan sebagai panduan hidupnya.. anak ayah akan memartabatkan segala perjuangan yang telah ayah curahkan dalam hidupnya..

    ReplyDelete
  5. Nasrullah Jaafar:
    terima kasih bro
    really appreciate it

    ReplyDelete
  6. Hans:
    terima kasih kawan atas ingatan mu

    ReplyDelete
  7. HaiDa HiDa:
    insyaAllah
    doakan segalanya dipermudah
    amin :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...