13 OGOS : HARI KIDAL SEDUNIA

/
42 Comments
First time dalam hidup, aku baru tahu rupanya ada jugak orang iktiraf "Hari Kidal Sedunia" iaitu pada 13 Ogos setiap tahun.

Mengikut e-kamus versi 5.01 edisi professional, Kidal bermaksud:
1. kiri; tangan ~ tangan kiri;
2. gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apabila membuat sesuatu).



Jadi, jelas, aku seorang yang kidal. Jangan pandang rendah pada orang kidal, walaupun menulis menggunakan tangan basuh berak, tapi itu sudah ditakdirkan begitu. Nak buat cam mana kan? Bukan tak pernah try nak guna tangan kanan, cuma tidak menjadi. Tak menjadi macam mana? Macam nak berak sambil berdiri. Boleh? Konfirm la susah kan?

Kalau sebut soal kidal, tangan kiri itu pasti. Dalam apa jua pekerjaan, sudah pasti tangan kiri yang laju bergerak sendiri tanpa berfikir panjang. Nak menulis, nak pegang benda, nak tunjuk, nak angkat tangan, nak tekan kalkulator. Hatta, nak pegang sudu semasa makan sekalipun.

Pernah suatu hari, time foundation dulu. Aku makan kat kafe. Nasi goreng kampuuunggggg extra bilis. Makan guna sudu. Tengah syok-syok makan tak ingat dunia, tiba-tiba member kat depan aku bersuara:

"Weh, pehal ko makan dengan tangan kiri?"

Aku slumber je jawab, "sebab aku kidal la aku guna tangan kiri. Kekok nak guna tangan kanan"

Pastu dia pun cakap, "tak elok makan guna tangan kiri. Tangan basuh berak"

Terdiam seketika. Sempat lagi aku menjawab, "aku guna pakai sudu, bukan pakai tangan". Tapi dalam sudut hati, sedikit terasa dan segan. Apa nak buat, dah tabiat sejak kecil time makan guna sudu dengan tangan kiri. Tapi, kalau makan guna tangan, taklah pula aku guna tangan kiri. Mujur sempat praktis sejak kecil lagi, kalau tak mampunya kena bahan tiap-tiap kali nak makan,hahahaha.

Tapi, mulai peristiwa tuh, baru la aku slow-slow belajar guna sudu pegang tangan kanan. Mula-mula tu, memang kekok habis la. Sudu ke mulut, makanan jatuh poh pah poh pah. Mak aih, macam budak kecik je. Tapi, lama-lama ok la sikit. Dah pandai suap ke mulut sendiri guna sudu dengan tangan kanan. Pencapaian cemerlang seumur hidup ni kan? Ye lah, dapat ubah apa yang biasa dibuat sejak kecil, bukan mudah. Sekarang pun, asyik lupa je nak pegang sudu guna tangan kanan. Kadang-kadang, terpegang juga dengan tangan kiri. Bila makan separuh jalan, ataupun hampir licin makanan dalam pinggan, baru sedar. "Eh, guna tangan kiri rupanya,lol" Lepastu, cepat-cepat tukar. Tabiat oh tabiat, susah betul nak ubah.

Di sekeliling aku, ramai juga orang kidal. Jadi bila makan, dari kiri ke kanan, semua pegang sudu tangan kiri. Kalau ingat, try juga tukar guna tangan kanan. Tapi, kalau terlupa tu kira halal je lah. Kadang-kadang, memang tak akan perasan pun. Kalau menulis pulak, boleh tengok semua pegang pen atau pensel dengan tangan kiri. Perghhh, seragam macam pancaragam,hahaha.

Tapi, jadi orang yang kidal ni ada limitsi jugak. Benda-benda yang ada di dunia ni kebanyakan untuk orang-orang normal. Jadi, bila orang kidal nak guna jadi kekok la sikit. Contoh gitar, pernah jugak aku try pegang nak petik petik jadi lagu bila larut malam tarakucahcah tarakucahcah, tapi lain macam la gayanya. Orang pegang cara lain, aku pegang terbalik. Tak boleh, tak sesuai. Kalau tak, dah lama aku jadi ahli muzik,haha.

Ada orang kata, "orang kidal biasanya pandai matematik dan kira-kira" , eh ye ke? Aku pun tak pasti tentang kesahihan kenyataan tu. Tapi, aku suka dengan nombor dan subjek kira-mengira. Subjek membaca kureng sikit. Orang-orang kidal lain di luar sana tak tau la plak camne kan. Tulisan pulak, tak tau nak komen. Sebab kadang-kadang aku rasa tulisan aku kemas dan cantik lagi menawan (naik lif tekan sendiri ke apa ni?), tapi kadang-kadang tulisan buruk macam cakar ayam duk cakar longkang. Tengok mood jugak lah.

Mungkin ramai lagi orang yang kidal kat luar sana ada cerita dan pengalaman sendiri. Kalau ada, boleh la share macam cerita seliparburok ni. Apapun, selamat Hari Kidal Sedunia buat semua insan yang bergelar "mat kidal" atau "cik mek kidal"

13 OGOS : HARI KIDAL SEDUNIA

Siapa kidal, angkat tangan. Jangan lupa daftar sini, jom kita buat pertubuhan orang-orang kidal,lol
Buat jamuan jom,haha


You may also like

42 comments:

  1. hehe aku pun kidal, ekekee tak sangka ada jugak hari macam ni.. aku pun penah kena tegur dgn kawan masa sekolah menengah dulu. sejak tu dah biasa makan pakai sudu tangan kanan..

    ReplyDelete
  2. selamat hari kidal sedunia bro (^_^)

    ReplyDelete
  3. hehe.. aku pon kidal, tapi bab menulis ja.. yang laen semua tangan kanan. :)

    ReplyDelete
  4. rupanya hari kidal sedunia pun ada yer..hehe
    kami da cuba byk kali tulis pkai tgn kiri,mmg susah betul..huhu

    ReplyDelete
  5. padin:
    laa, kidal jugak ke bro? haha
    dah lama kenal, hari ni baru tau

    tu la, kadang-kadang teguran member-member ada betulnya jugak
    at least, boleh kita ubah mana yg kita mampu

    ReplyDelete
  6. Nasrullah Jaafar:
    thanks bro
    first time tau ada jugak hari kidal ni,haha

    ReplyDelete
  7. seliparburok:
    owh, kidal pun banyak pesen eh?
    menarik jugak ni baru tau
    seb baik ada hari kidal sedunia :)

    ReplyDelete
  8. tieykah:
    terima kasih
    ingat tuh, 13 Ogos setiap tahun, hoho

    ReplyDelete
  9. LiFe KaMi:
    tu la pasal, baru tau jugak ada rupanya hari kidal sedunia ni
    layan je lah

    sama la,jadi orang kidal ni pun try jugak menulis guna tangan kanan
    tapi, tulisan macam budak tadika la jadinya,haha

    ReplyDelete
  10. tahukah anda bahawa org kidal juga punya kelebihan utk tulis terbalik? mcm tulis ikut imej di cermin. tak caya cuba try. btw, dah tau pasal hari kidal sedunia since kat sekolah dulu. bila tiba 13 ogos, mmg ramai org wish kat aku kot. hahaha. terasa glamour sebentar kat sekolah.

    p/s - kalau rasa nak dihargai sebagai orang kidal, silalah ke USA. mmg byk benda khas utk org kidal especially meja n kerusi dalam kelas. so mmg selesa salin notes ler. :)

    ReplyDelete
  11. panjangnya cerita kidal dia. hha.
    yuhuuu, arisha dulu pun awkward pegang sudu tgn kanan..then apabila dah menjadi kebiasaan, it goes like normal people yg guna tangan kanan. klo in writting, until now arisha masih tak bisa menulis guna tangan kanan..even i'd tried almost a few times, tetap tak menjadi..at last, tulisan dah jadi mcm budak tadika yg baru belajar. kuakua.
    anyways, selamat hari kidal jugakkkk la!! :)

    ReplyDelete
  12. anak buah aku kidal
    hehehehe
    aku x plak
    :-)

    ReplyDelete
  13. NHAR:
    tulis terbalik? nice info, thanks for sharing

    napelah takde orang bagitau sebelum ni
    kalau tak dah lama buat entri pasal orang kidal,haha

    p/s : rasanya, US la yg isytiharkan 13 Ogos sebgai hari kidal

    ReplyDelete
  14. Rtp Farra Arisha:
    baru tau, Arisha pun kidal jugak rupanya
    bab pegang sudu,memang ramai yg kekok bila guna tangan kanan
    bab menulis pulak, seriously jadi macam tulisan budak kecik,haha

    ReplyDelete
  15. Hans:
    ingat ke ko pun kidal
    xpe, kira ada wakil dalam family,haha

    ReplyDelete
  16. bila sebut kidal, teringat kat mankidal.hehe

    ReplyDelete
  17. sama mcm ank sdara.tiap masa kena tgur sbb die da tbiasa mkn pkai tgh kiri,hehe..tp yg cian nye, mber yg kidal ni susa ckit time kat kelas yg ada krusi mlekat sekali ngn meja kecik tu..kan meja kecik tu kat belah kanan

    ReplyDelete
  18. selamat hari kidal.
    eh, sudah terlambat kah?
    hiks..

    ReplyDelete
  19. samat hari kidal! yeah!

    dill.

    ReplyDelete
  20. si para para:
    tu la, pandai dia cari nama komersial
    lepas ni kena ingat penaberkalakidal jugak,hak3

    ReplyDelete
  21. SZ:
    takpe, kira simpan wish ni untuk next year

    ReplyDelete
  22. intan:
    kalau makan guna tangan kiri, elok tegur-tegur time kecik ni
    kalau tak, nanti jadi tabiat sampai ke besar

    bab meja macam kat bilik tuisyen tu, memang susah sikit la utk kami orang-orang kidal
    tp, lama-lama boleh jadi biasa
    alah bisa tegal biasa

    ReplyDelete
  23. saya pon kidal =)
    selamat hari kidal ol kidalans!

    ReplyDelete
  24. jas imran:
    kidal jugak ke bro? haha
    rmai dah gang "kidalans" ni
    selamat-selamat

    ReplyDelete
  25. selamat hari kidal tuk semua yg kidal dan juga tuk my roomate.. tpi Alhamdulillah skank dia dah pndai makan ngan sudu gne tangan kanan.. katanya, "berkat keprihatinan kawan2".. hehee..

    ReplyDelete
  26. HaiDa HiDa:
    kes pegang sudu ni memang famous utk orang2 kidal
    tak sah kalau tak kena tegur oleh orang2 sekeliling

    "berkat keprihatinan kawan2"
    ni memang betul, kalau kawan2 tak tegur, rasanya masih slumber dek je guna sudu pakai tangan kiri

    ReplyDelete
  27. Hairun Ariffsyah Bin Yusof @ Hashim:
    tu la, first time jugak tau
    sila-sila, no prob

    ReplyDelete
  28. Reporting back !!! Aku pun Kidaaaaal!

    ReplyDelete
  29. Saya pun kidal jugak..hihihi..cari2 pasal hari kidal..jmpe blog saudara..terasa dihargai seketika bila baca sbb x sangka,org kidal de persamaan antara 1 sama lain..heee..btw, thanks for sharing..=D

    ReplyDelete
  30. Aku Pun Kidal .. Memang Orang Selalu Lah Ejek .. Tapi Itu Dah Takdir Kan ?

    ReplyDelete
  31. Ahmad Saufe:
    ye ke? Aku baru tau
    hoho, satu gang la kita apai

    ReplyDelete
  32. rad.diah.ucu.chumell:
    owh, kidal jugak rupanya
    thanks sudi singgah dan baca
    yes, despite our differences,we still have some similarities

    ReplyDelete
  33. Are.Da Dyi.Da:
    yup, itulah takdir
    kalau kecik-kecik, boleh lagi nak ubah
    tp dah besar panjang, memang terlambat lah,haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...